Tuesday, September 14, 2010

Interview dengan Wali (Nama adik sapa?)

Tak paham lagi, taktau lah aku


Masa ghash, aku suka jadi penunjuk jalan. Dan sepanjang karier aku sebagai rahabah, aku selalu tegur budak-budak. Adab dalam memulakan perbualan ialah mengetahui nama orang yang kita nak bercakap tu (supaya kita boleh sebut namanya masa doa dalam qiamul lail malam nantik). Apa yang merisaukan aku ialah meningkatnya jumlah budak-budak yang bernama 'Daniel' atau yang bunyinya sedap, tapi maknanya tahapahapa. Mak bapak zaman sekarang ni dah takde idea ke? Nama-nama yang Islam compliance dah takde ke? Ke, dah macam tu sekali tahap kejahilan orang Melayu?

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Isnin, wahai pengunjung kampungku!

Aku Buta IT. Namun, setelah kumelihat, IT itu membutakanku. Steve Jobs dan Bill Gates tak kenal aku. Tapi aku kenal benar perangai orang yang macamtu. Dan aku masih baru dalam dunia korang. Dalam keterujaanku dengan pengetahuan baruku ini, kadangkala aku terselfish atau terbad joke. Untuk itu, aku susun sepuluh jari dan mengucapkan:

"Jadilah follower aku"

Hahaha

RTM3: Jumpa botol coke dalam juadah Raya.

Ciuman lakonan. Nak idup...


Aku malas nak kutuk pasal ke-RTM3-an TV3 sejak peristiwa majlis berbuka dulu. Sebab 'semua orang nak survive'. Nak hidup, kenalah bersekongkol dengan orang yang ada kuasa, katanya. OK. Takpe. Ini kes daruratlah kiranya. Aku sebelah mata. Tapi aku takbley tahan bila tengok Coca Cola pun ada sekali dalam senarai pengiklan kat RTM3. Siap mangkuk dalam Melodi Raya (yang hanya menurut perintah tu), buat promo bangang dengan berpura-pura memegang sebotol Coke sorang masa mengacara. Bukan Coke ni Yahudi ke? Kandungan airnya pun dahlah tak berapa sihat. RTM3 takde etika ke dalam menerima sapa clientnya?

RTM3: Kepada Rancangan Jalan-Jalan Cari Mangkuk


Kepada semua yang terlibat dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di RTM3, aku nak bagi tazkirah ringkas:

SUAP MAKANAN DENGAN TANGAN KANAN.
CEBOK BUNTUT DENGAN TANGAN KIRI.

Aku tak taulah adab makan agama apa yang kau ikut, tapi aku takmau anak-anak sedara aku terikut-ikut dengan budaya makan dengan tangan kiri yang korang pamerkan. Kalau minggu depan aku tengok sapa-sapa makan dengan tangan kiri, aku akan off kan TV sampai nona start.

Kisah Para Wali (Abdullah bin Mubarak dengan Hambanya)


Abdullah mempunyai seorang hamba. Seseorang memberitahu Abdullah tentang hambanya.
"Hambamu itu setiap hari menggali kubur dan memberikan hasilnya kepadamu"
Pengaduan ini sangat merisaukan Abdullah. Suatu malam dia mengikut hambanya itu. Hamba itu pergi ke sebuah perkuburan lalu menggali sebuah kubur. Di dalamnya ternyata ada tempat untuk solat. Abdullah yang menyaksikan ini dari jauh, merangkak menghampirinya. Ia melihat hambanya yang memakai pakaian dari karung dan tali pengikat leher. Kemudian hamba itu mencium tanah sambil meratap. Menyaksikan kejadian ini, Abdullah menangis dan dengan diam diam meninggalkan tempat itu dan duduk di suatu tempat yang terpisah jauh dari situ.

Wali Dari Bangi (kena bayan 1)

"Siapa tak azam, takleh rasa beriani gam yang dihidangkan di luar tadi"
Dalam pengkajianku akan kewalian abang karkun, aku terpaksa turut serta keluar bertabligh dengannya. Program keluar 3 hari setiap bulan ni, pada mulanya memang berkisar sekadar memerhatikan tindak-tanduk abang karkun. Sebab kalau dia wali, segala tindak tanduk dia tidak akan bersalahan dengan 4 mazhab ataupun sunnah. Apatah lagi yang fardhu. Tapi lama-kelamaan, ada sekumpulan jemaah student yang memandang tinggi pada aku atas kerapatanku dengan abang karkun. Dapat pulak kadang-kadang masa program malam markas, aku disapa oleh kebanyakan otai-otai tabligh. Walaupun aku tau hakikatnya otai-otai dan student-student ini nampak aku sebab abang karkun, kadangkala aku terasa jugaklah kegempakan menumpang populariti tersebut.

Saturday, September 11, 2010

Yusof bin al Hussain (Salah seorang dari orang-orang yang di tolak)

"Anda tak kenal saya, tapi Dia kenal kita"

Ibrahim bin Khauwasy ialah salah seorang murid Yusof bin al Hussain. Berkat persahabatannya dengan Yusof itulah Ibrahim mencapai tingkat kerohanian yang menakjubkan, sehingga sanggup berjalan mengharungi padang pasir tanpa bekalan makanan dan binatang tunggangan. Melalui Ibrahim dikisahkan:

Pada satu malam, aku terdengar satu suara yang menyeruku:
"Pergi dan katakan kepada Yusuf al Hussain, engkau adalah salah seorang di antara orang-orang yang ditolak!"
Kata-kata ini menyedihkan hatiku, sehingga seandainya sebuah gunung ditimpakan ke atas kepalaku, nescaya lebih mudah kutanggung daripada menyampaikan kata-kata itu kepada Yusuf.
Malam esoknya terdengar pula satu suara yang lebih keras:
"Katakan kepada Yusuf al Hussain, engkau adalah slaah seorang di antara orang-orang yang ditolak!"
Aku bangun, bersuci dan memohon keampunan Allah. Aku memikirkan hal ini hingga malam yang ketiga dan seruan itu datang lagi:
"Katakan kepada Yusuf al Hussain, engkau adalah slaah seorang di antara orang-orang yang ditolak! Jika pesan ini tidak engkau sampaikan kepadanya, akan Kami timpakan bencana kepadamu sehingga kau tidak dapat bangun lagi"

Ahmad bin Khazruya (Berlawan dengan diri sendiri)

Perangi Nafsu


Beliau telah menceritakan sebagai berikut:

Telah sekian lama aku berlawan, dengan nafsuku sendiri. Suatu hari orang ramai pergi menuju ke medan perang. Di waktu itu aku ingin turut serta lantas aku memujuk hatiku dengan menceritakan ganjaran-ganjaran yang akan Allah berikan di akhirat kelak. Hatiku terus bersetuju. Aku merasa hairan kerana biasanya hatiku susah untuk menerima kehendakku. Tak seperti sekarang ini. Mungkin ini berlaku kerana aku sentiasa berpuasa sehingga batinku tidak dapat lagi menanggung lapar lebih lama dan ingin agar aku menghentikan puasaku.

Tangguh Program Bakar Koran



Inilah reaksi API kepada paderi tu masa dia nak buat latihan membakar Koran semalam
Saya, sebagai pemegang mohor Manusia Bangang Sedunia, mengisyhtiharkan: bahawa tarikh membakar Koran yang rosak atau yang tidak di baca, telah diTANGGUHkan ke satu tarikh di alam barzakh. Jadi saya nak minta mahap kepada semua pengikut dan fans yang telah menaikkan jumlah visitor ke blog saya dengan ucapan:

"Amacam? Goyang tak?"



Perghh..Lagi bagus gimmick ni dari pakai surat berantai scuba...


Mari Mogok Lapar

Ramadhan dah habis. Satu benda yang aku perasan dalam ramadhan kali ni ialah betapa susahnya nak pikir nak makan apa masa berbuka. Bukannya aku takde selera. Bukannya aku tak poser. Cuma tiap kali memandang makanan yang berlambak-lambak kat bazar ramadhan ni, aku teringat akan mak aku: dah makan ke dia? Sihat ke dia? 
Pastu terkenangkan nasib sedara mara aku di luar sana yang struggle dengan peperangan, bencana alam. Tak kurang juga dengan sedara mara aku dalam Malaysia sendiri yang miskin dan hina cam aku gak, yang kita semua bertungkus lumus nak dapatkan seringgit dua buat nak beli bekalan buka puasa ni, tapi tak sampai hati nak gunakan sebab kat depan pintu masuk bazar tadi ada deretan orang mintak sedekah. Dari yang bermain keyboard dan karaoke di tengah bulan Ramadhan, hingglah kepada yang tak buat apa-apa selain duduk di atas sejadah dan berzikir sambil menunggu sapa-sapa akan melempar balance beli Sata tadi kepada mereka.

Aku lapar, tapi aku dah hilang selera. Dan ini mengingatkan aku kepada lagu Temple of the Dogs (Hunger Strike)yang menaikkan kumpulan Pearl Jam dan Chris Cornell dulu. Kalau kau nak tengok versi lain bagi lagu ini, sila ke : http://akuskizo.blogspot.com/

Friday, September 10, 2010

Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 2)




[sambungan dari Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 1) ]
Apa yang dapat kita belajar setelah pemergian bulan Ramadhan ialah betapa teruknya diri rohani kita, jika kita tidak membendung nafsu dan memperkasakan akal. Kita telah sedar bahawa tanpa setan, kita masih cenderung kepada kemaksiatan jika nafsu tidak dibendung dan akal tidak diasah ke arah Allah. Cara nak membendung nafsu ialah dengan mengurangkan makan dan tidur. Dan cara nak asah fikiran ialah dengan menjaga pemakanan dan banyakkan proses bermuhasabah (melalui qiamul lail). Bulan Ramadhan menyediakan dua premis ini untuk memudahkan manusia KEMBALI ke FITRAHnya. Kembali ke fitrah bukanlah kembali berperangai cam budak belasan tahun. Kembali kepada fitrah ialah manusia kembali bersih, menghampiri kebersihannya semasa mula-mula lahir di dunia dulu.
Bila dah bersih, barulah doa-doa dan usahanya diperkenan oleh Allah. Barulah kehidupan keduniaannya mudah. Takdelah dia kena menghabiskan lebih 80% masa dalam umurnya untuk berpikir pasal hal-hal keduniaan.

Apa yang dapat kita buat melalui pelajaran bulan Ramadhan ialah kita kena jaga nafsu dengan menguatkan tahap kawalan akal kita terhadap nafsu dan di. Kekuatan akal bukan hanya bermakna ketinggian ilmu. Kekuatan sebenar akal ialah dalam pemahaman terhadap pengalaman dan tanggapan yang kita buat semasa merancang, semalam. Sebab ilmu tanpa amalan takkan menghasilkan pemahaman. Ilmu tanpa amal itu hanyalah sebuah assumption. Pemahaman, pengalaman dan assumption adalah elemen penting bagi seorang manusia dalam merangka rancangan hidupnya. Lagi tinggi pemahaman, pengalaman dan ketepatan dalam membuat assumption seseorang, lagi bagus rancangan untuk masa depan yang dikeluarkannya. Sebab bila dah ada rancangan, barulah Allah akan makbulkan. Manusia rasa tertekan bila apa yang dirancang tidak menjadi. Manusia yang tiada perancangan, lagilah tertekan sebab tadi masa ada masa, taknak buat rancangan sebab konon nak belajar tawakal. Tapi bila shit happen, dia mula kalut dan salahkan Allah sebab tak kasi dia chan.

Jadi, dengan semua pengetahuan ini, diharapkan kita akan lebih berwaspada menghadapi 11 bulan yang akan datang. Semoga kita akan lebih merasai kehadiran akan musuh-musuh kita ini semasa kita melalui perjalanan hidup kita ni nantik. Dan dengan itu, semoga kita akan lebih menyedari akan kasih sayang dan perhatian Allah terhadap manusia yang turun mencurah-curah setiap masa. Sebab semuanya adalah dalam takluk pentadbiran Allah. Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa keizinan dariNya. Dan jika sesuatu itu telah berlaku, maka kita kena cepat-cepat mengambil pelajaran darinya dan berbuat sesuatu. Demi esok yang lebih dirahmati.

Wallahu'alam

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails