nahnujundullah.blogspot.com |
Pada bulan Ramadhan, setan dibelenggu. Kenapa ada orang buat maksiat jugak masa Ramadhan kalau setan takde? Sebab kita masih ada unsur 'nafsu' dan 'dunia luar' sebagai team jahat dalam diri kita. Unsur nafsu ini, pempaham jelah apa tabiatnya. Unsur dunia luar pula ialah perkara mungkar atau maksiat yang mempengaruhi kita melalui pancaindera dan anggota. Team baik hanyalah iman ,akal dan lojik. Akal pulak dah semakin tak lojik sekarang ni. Ada ke pakai tudung lilit dipadankan dengan baju baby tee dan jeans ketat? Kemontokan itu hanya dicover oleh sehelai selendang cotton seethru yang digayakan macam kita ni dok kat negara bersalji ke apa. Akal lojik yang patutnya kita boleh gunakan untuk melawan hasutan atau prasangka bisikan setan, telah disibukkan dengan memikirkan hal keterusan hidup atau karier. Kalau tanya camana nak solvekan low hanging fruit dalam masalah kos pentadbiran, kita boleh kasi satu program serampang dua mata dalam masa sejam. Tapi bila ditanya kenapa nak mengamuk-ngamuk semasa memandu di jalan raya dan bawak keta cam cibai, kita tak menjawab, malah semakin mencibaikan lagi pemanduan kita. Padahal kita tahu, ia cuma berpunca dari pakcik kopiah lebai yang bawak keta macam kayuh basikal kat depan kita tadi. Kita tahu, bahawa kita telah terkantoi dengan ujian terhadap nafsu.
Dengan ketiadaan setan, kita mengenali tahap ketaqwaan kita terhadap Allah. Kita boleh teguk air paip secara senyap kalau dah tahan sangat masa berpuasa, atau skip semayang terawih semalam dua. Takde sapa yang tau. Kita dan Dia jer yang tau. Selama 11 bulan, kita mungkin boleh tuding kat setan atas kenakalan atau kemungkaran kita, tapi apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan memang 100% disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Kebanyakannya akan kalah dengan nafsu sebab pada bulan Ramadhan, perut tak dijaga, beli juadah berbuka macam nak buat jamuan perpisahan. Dan bila perut dah penuh, mata dah lalok, Johny pun mudah terjaga, maka; nafsu semakin berkuasa. Dia akan pujuk, rayu dan perdayakan mangsanya. Sehingga bila semua dah dalam cengkamannya, manusia tadi akan menguda atau dikuda. Maka tak hairanlah kenapa dalam bulan puasa, orang masih ditangkap khalwat.
Unsur dari luar pulak memainkan peranannya dengan menyediakan tempat, masa dan peluang bagi manusia memenangkan nafsunya. Nafsu mata, nafsu perut, nafsu sex. Kawasan kejiranan kita ni dah macam fashion show bila time petang Raya dengan awek belasan tahun membawa motor lajulaju sambil tak pakai tudung atau helmet. Ditambahkan lagi dengan pakcik tua berseluar pendek bawak cucu jalan-jalan. Kemudian dengan budak-budak pelapis pasukan merempit kampung, yang sentiasa tak puas hati dengan bunyi ekzosnya. Adakalanya unsur ni sekadar membuatkan kita bengang. Ada kalanya ia buatkan kita bertukar menjadi Hulk. Tapi kebanyakannya sekarang lebih menjurus kepada persenyawaan. [bersambung ke Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 2) ]
No comments:
Post a Comment