Thursday, September 9, 2010

Selamatkan traffic blog anda!

Selamatkan traffic blog anda!


Memandangkan Hari Raya ialah besok dan Raya tahun ini dijangka hujan, maka ini akan beri kesan kepada jumlah visitor ke blog aku. Sama ada hujan itu akan menjadi rahmat atau bala kepadaku, aku pun taktau lagi. Jadi, sama ada rahmat atau bala, hujan atau tidak, cebisan informasi ini sepatutnya memberitahuku untuk menyediakan payung sebelum hujan. Dan untuk itu, aku pun menge join kan diri aku dalam surat berantai yang telah aku terima sebentar tadi.

Bak kata Dahlia, kau boleh suka, benci atau diam membatu setelah melihat kekelakaranku dalam meneruskan survival blog ini di musim cuti. Pepehal pun yang kau nak pikir, jadilah follower (kat bawah sekali blog ni) dan bagilah komen yang membina untuk entry ini.





Dan kepada yang tak tahu apa yang aku cakapkan, senang jer:

1) Create New Post dan berikan title yang boleh menarik orang nak baca posting tu. Aku tak rekomenkan kau pakai unsur lucah atau politik atau sensasi sebab nantik ada yang tengah badmood marah.

2) Padam link yang paling atas dan masukkan link blog kau kat paling bawah. Jangan potong que. Sabar. Kalau dah masuk dalam list tu, OK laa tu.

3) Copy paste kan ayat-ayat testimoni bagi surat berantai kat bawah ni sebagai keramat.


Testimoni positif:

"Saya telah mendapat surat ini dan telah mengikuti panduannya dan keesokan harinya, yang pipih datang melayang, yang bulat datang tergolek-golek" (otaitua@atas-angin.gov.my)

"Saya ingatkan diorang bergurau. Tapi saya cuba jugaklah sebab takde benda nak buat sementara berbuka. Menjelang habis teraweh, jumlah UV blog saya pada malam itu, menyamai jumlah pageload blog cikai saya ni untuk 2 tahun lepas. Maka selamatlah sudah Hari Raya saya" (panduslowdifastlane.cibai.edu)

"Teruskan segala usaha yang menyeru kepada kebaikan" (Ustaz Hambali)

Testimoni negatif:

"Saya tak mengendahkan lawak bodoh mamat ni tapi keesokan harinya, ketupat yang saya nak makan terjatuh. Saya syak scuba dan APCO ada kena mengena dalam isu ini" (IkutSukaAku)

"Bidaah! Syirik!" (abang karkun)

"Main tipu la, camni" (Mohd. Nuffnang dan Din google)

"Scuba, kau memang cibai" (Mark Zuckerberg)


Kalau korang memang pemalas macam aku, kau copy-paste jer posting ni sebagai posting korang dan jangan lupa nak buat 3 step di atas selepas itu. Jangan salahkan aku kalau traffic kau tak bertambah tapi traffic orang lain yang naik.

Cepat! Bukan susah pun nak mencuba. Buktikan kepada diri sendiri; anda tidak malas dan mahu mengekalkan graf trafik blog yang cun!
Walaupun jumlah traffic aku masih rendah, aku harap semoga jumlah traffic aku tidak menurun dan steady hingga orang office datang bekerja semula pada Isnin nantik. Takyahlah aku nak berselindung depan stakeholder dengan alasan traffic jatuh sebab cuti Raya.

Otak pun bakal sebu dok makan tepung dan air oren bodoh jer dua tiga hari nantik...Sufi kebenda, camni?

Hahaha

5 comments:

Unknown said...

payapedas,aku ader tulis pasal penipuan seperti ini,cuba baca post aku,thank

hazman aka species1980 said...

Hmmmm.... untuk blog pun ade teknik2 berantai....

kisahsensasi said...

rasanya dah menjadi kelaziman trend trafik time raya akan sedikit merudum....

Irwan said...

saya tak rela dengan fakta trfik merudum di kala holiday, jadi saya buat sesuatu utk lari dari kebiasaan dari biarkan kebiasaan meneruskan kegiatan rutinnya

Irwan said...

kejayaan teknik berantai itu bergantung kepada berapa ramai yang tertarik kepada rantai tersebut...jadi, surat itu kena dihantar ke target yang sesuai...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails