Thursday, March 17, 2011

Burung yang suka mandi lumpur



Teringat kisah seekor burung yang cantik yang sedang membersihkan bulu pelepahnya di atas dahan sebatang pokok. Burung itu menyisirkan paruhnya di celah sayap dan ekornya mengeluarkan daun dan bulu yang terlekat. burung itu semakin bersih dan semakin cantik dan ia berdiri megah di atas dahan pokok itu.

Burung itu memandang ke bawah dahan dan terlihatlah olehnya sebuah lubang di tanah yang berisi lumpur. Tibatiba burung itu terbang menjunam ke bawah dan masuk ke dalam lumpur tersebut. Ia pun bermain-main dan berkubang dengan lumpur itu tadi. Habis lumpur memasuki setiap celah bulu dan sayapnya.

Setelah penat bermain, si burung nak kembali ke dahannya. Tapi dia tak boleh terbang kerana sayap dan ekornya sudah dipenuhi lumpur. Si burung pun bersedih. Dia pun menangis di tepi kelopak lumpur.

Selesai ia berduka cita, si burung berjalan ke sana sini. Dia teringatkan ada satu kolam air yang berhampiran. Perlahan-lahan dia berjalan merentasi kawasan cik Kucing dan Cik Ular sementara nak sampai ke kolam air yang ditujunya. Akhirnya si burung berjaya sampai di kolam air. Dia pun membersihkan lumpur di badannya. Sampai berkocak air di kolam itu dek lumpur dari badan si burung.

Selesai membuang lumpurnya. si burung dah boleh mengibarkan sayapnya. Setelah test flight, dia pun berjaya terbang dan kembali semula ke dahan tempat asalnya. Dia pun mula membersihkan bebulu pelepahnya kembali.

Bila dah bersih dan cantik dan kering, si burung berdiri di atas dahan mendabik dada. Kemudian ia terlihat ke lopak lumpur tadi. Kemudian ia terjun dan berkubang semula.

Begitulah keadaan si burung yang cantik. Berulang-ulang dalam pekerjaannya. Hinggalah ada burung lain yang mengganggu, aturannya...


pengajaran:

1) sentiasalah berada dalam keadaan sentiasa membersih dan mencantikkan diri, sama ada dari luaran mahupun dalaman.

2) Jangan ditanya lojika burung yang berkubang lumpur. Saat-saat kita menurut nafsu, pernah kita persoalkan kelojikan kita?

3) Masalah takkan selesai dengan duduk menangis di tepi kolam lumpur. Lumpur makin mengering dan keras, ada la. Bergerak! Cari penyelesaian!

4) Lumpur kena basuh kat kolam air, bila dah bersih, barulah boleh sisirkan pelepah sayap. Tak bersih, masakan boleh cantik?

5) Kalau taknak terpedaya dengan kolam lumpur, jangan tengok!

6) Jangan berhenti dari terus menrus membersihkan diri setelah kotor.

7) Dapatkan pendapat luar jika mahu keluar dari vicious cycle.

8) Masa lalu kat kawasan yang berbahaya, jalan diam-diam.



4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

banyak pengajaran ni. tengs bro.

Marhaenonymous said...

kisah perbandingan manusia dan haiwan yang amat menarik..

manusia ada akal tapi tidak pada haiwan..

tapi manusia yang berakal pun lebih teruk dari burung cantik yang suka mandi lumpur..

pengajarannya jangan ikut nafsu..!!

Irwan said...

cerita ni memang popular dalam pengajian sufi ni.

in fact saya ceritakan semula ikut apa yang saya paham dan ingat...

semoga kita semua mendapat sesuatu yang bermanfaat

± said...

mesej nasihat yg sgt bermakna

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails