Thursday, March 31, 2011

Atan dan Abu (Malaysia: Negara Kabel Bawah Meja)




Abu ialah kaum bumiputera kat Semenanjung ni. Dia ada degree. Tapi tu semua tak membantu. Kenapa? Sebab dia takde kabel


Masa dia lepas PMR, dia apply nak masuk MRSM. Dengar kabarnya, budak kampung miskin yang dapat keputusan cemerlang, senang masuk MRSM.  Sapa yang dapat masuk MRSM pulak, dengar ceritanya, mudah nak masuk UITM. Abu dapat masuk MRSM. Yang Abu tak puashati ialah, bila dia dah masuk MRSM, dia dapati berapa ramai anak Datuk dan orang kaya yang keputusan tahapa-hapa ntah dapat masuk MRSM jugak. Kengkawan dia yang tak cukup satu kredit jer, usahkan nak masuk, nak beli borang pun akak MARA tu ushar semacam.

Bukan kat MRSM ajer. Kat U lagi dahsyat. Melihat kengkawan flunk masa dua semester pertama itu dah biasa. Ada yang flunk sebab cinta, disko. Ada yang flunk sebab dadah dan seks. Abu OK. Cuma dia telah lihat bagaimana susahnya golongan orang sederhana atau miskin nak survive dan kekalkan kewarasan dalam dunia universiti yang itu duit, ini duit. Abu terpaksa bekerja sambilan nak tampung perbelanjaannya. Dalam kesusahannya itu, dia melihat saja anak-anak orang kaya yang flunk degree, downgrade ambik Diploma. Flunk Diploma, makbapak hantar gi kolej swasta. Flunk jugak lagi, makbapak diorang ambik diorang kerja dengan kompeni keluarga. Abu pula, walau seorang yang ber CGPA tiga, terpaksa bersabar dengan menjadi petani 2 tahun selepas graduasinya.



Abu ambik keputusan nak mulakan bisnes sendiri. Dia bukak kedai welding. Mula-mula Abu main kerja kecik. Setelah sekian lamanya, Abu nak cuba main kontrak kerajaan.

Nak dapatkan kontrak satu hal. Masa Abu bida secara lurus, tak pernahnya dapat. Dah turunkan harga, kasi hadiah bonus, offer timeline tahap bunian, pun tak dapat jugak. Last-last Abu ikut jalan belakang. Saja nak merasa duit kerajaan, katanya. Abu kena servis setiap orang daripada akak kerani, hinggalah kepada driver Pengarah. Ada yang nak kemah sebijik. Ada yang suruh buat sengkuap kat rumah mereka. Ada jugak yang nak duit atas angin jer. Walaupun Abu tak redha, tapi nakwat camner? Abu takde kabel.


Bila projek dah dapat pulak, nak buat progress claim, kena pau lagi. Dahlah duit nak rolling dah takde (sebab tulah nak buat claim), nak kena belanja sipemeriksa tu karaokelah, hantar duit kat anak dia lah. Segala masalah kewangan si pemeriksa tu dah jadi cam masalah Abu pulak. Sampaikan reban ayam mamat tu pun Abu terpaksa buatkan nak luluskan progress claimnya. Kalau tak, kang, budak-budak dia tak bergaji bulan tu. Tapi, claim tu dibayar lambat jugak. Dah nak lingkup dah kompeni Abu sebab lambat dapat payment dan budak budak lari. Abu tak mengeluh. Abu tak mengadu. Tapi dalam hati Abu, dia simpan dendam yang teramat sangat.

Abu berdendam dengan MARA yang buat pemilihan kemasukan pelajar ke MRSM. Abu berdendam dengan pihak pengajian tinggi yang mengenakan harga yang sangat mahal untuk orang dapatkan ilmu nak bantu negara. Abu berdendam dengan penjawat awam yang mengambil peluang ke atasnya dan kontraktor-kontraktor lain yang senasib dengannya. Memang dendam Abu tu bodoh. Memang sifat berdendam itu satu sifat yang bodoh. Tapi, bolehkan kita salahkan Abu yang hanyalah seorang yang menuruti?


Pengajaran dari cerita si Abu ini ialah: PM dan parti politik, mereka datang dan pergi. Polisi pendidikan, pembangunan atau apa saja, memang bergantung kepada mereka. Tapi penjawat awam yang dok dalam kerajaan tu, tocang mereka tersangatlah panjang. Dahlah mereka tutup jalan orang muda ke dalam kerajaan, pendapat baru pula tak pernahnya nak dengar. 


Transformasi kerajaan takkan berjaya andai papan pemuka yang mengadap rakyat itu masih lagi macam cibai.
Transformasi kerajaan takkan berjaya jika penyelesaian adalah taktikal dan bukan penambah-baikan proses.



Orang akan tetap kata kerajaan sial bila penjawat awam berperangai cam sial.
Orang akan tetap kata kerajaan mangkuk bila penjawat awam sibuk nak abiskan peruntukan pejabat setiap hujung tahun.
Orang akan tetap kata kerajaan cibai bila penjawat awam, memikirkan apa yang senang baginya daripada memikirkan nak memudahkan pelanggannya.


Cabut ajer piagam pelanggan yang korang tampal kat dinding tu.
Buang ajer gambar-gambar pemuka negara kat dinding tu andai ia tak menimbulkan rasa amanah.
Pijakkan ajer Khat "Bismillah" tu kalau bila bercakap dengan pakcik india estet yang tak reti menulis tu macam bercakap dengan orang Jepun yang rogol mak dia.

by Abu 

Wednesday, March 30, 2011

Apa sumbangan anda?





Dua bulan lepas, aku sedang menunggu giliranku untuk diambil keterangan sebab ada roadblock. Di depanku ada seorang pakcik yang sedang merayu-rayu kepada abang polis tu. Ceritanya pakcik tu, lampu keretanya tak menyala. Dan akibat dari itu, dia perlu didenda. Pakcik tu mintak jasa baik polis agar lepaskan dia sebab dia bukan taknak tukar lampu, tapi duit pun takde. Kalau ada duit, tentu dah dia tukarkan sekali tayar spare yang dia dok guna sejak setahun lalu. Dah botak dah bunganya. Aku tak sampai hati, lepas habis roadblock, aku dekati beliau dan kosongkan walletku untuk membantu pakcik tu. Beliau berhenti menangis sebelum memelukku macam anaknya sendiri.


Sebulan lepas, aku sedang melawat sebuah hospital. Saja nak tarbiah akhlak. Aku bawak hamper hasil keuntungan projek terbaruku. Aku niat nak kasi kat budak-budak kecik. Kebetulan aku terjumpa dengan kawanku yang baru menyambut kelahiran anak baru. Kami melawat isterinya. Dari tempat isterinya, aku terdengar kisah-kisah sedih yang sedang dibualkan di katil sebelah. Rupanya, akak kat sebelah tu, beranak anak pertama dan suaminya tak dapat datang sebab bekerja. Bila aku selidiki, rupanya akak tu dah kena cerai dan sekarang dia sebatang kara. Mak bapak dia dah takde. Masalahnya takde sapa yang percayakan dia nak tolong dia. Semua orang pikir dia ni beranakkan anak haram. Kawan aku dan aku mengambil keputusan untuk mengambil tahu. Alhamdulillah, sekarang akak tu dah kembali semula dengan suaminya.


Dua minggu lepas, aku sedang menunggu budak-budakku kembali dari kedai harware. Kami sedang memasang sengkuap di kawasan kediaman yang macam tempat orang kaya-kaya. Sedang aku melepak tu, aku terdengar orang dari rumah sebelah bergaduh. Aku tak tau apa titik butir pergaduhan tapi aku pasti ia berkenaan dengan duit. Aku terpikir; jika orang kaya macam ni pun boleh gaduh pasal duit, apatah lagi orang-orang kampungku atau orang-orang yang dok bergelendangan di bandar-bandar besar?


Dan pada hari Isnin lepas, akhbar-akhbar menunjukkan betapa berkesannya program transformasi yang telah dijalankan. Yang aku lihat, indeks magnitud jenayah, pilihanraya kecil dan harga barang saja yang semakin meningkat. Ruang beza antara kaya dan miskin semakin terasa, mengakibatkan ketidakpuas-hatian dikalangan rakyat. Ahli politik sibuk berkempen walau parlimen belum dibubar. Ahli agama pula sibuk dengan hal furuk walhal hal tauhid terang-terang diambang bahaya. Dan semua ini, bukannya aku risaukan untuk kita yang dah tua ni.



Berubahlah! Atau mengubahlah! Hidup ini sementara untuk kita habiskan semuanya untuk diri kita sahaja. Jika kita tidak membantu sekarang, jangan marahkan dunia bila kita tidak dibantu bila memerlukan nantik. 
Ingat! Dunia bukan semakin baik. Maka sebagai persediaan, tanamlah modal sebanyak-banyaknya dalam saham Allah.

Saturday, March 26, 2011

cuba teka


cuba teka:

Apakah amalan yang wujud di zaman Rasulullah SAW yang asalnya datang melalui mimpi para sahabat, dan masih wujud sehingga ke hari ini?





Azan






So jangan kutuk tabligh tu mula dari mimpi.
Sekian.

is it love or is it love?





Every newborn is a living proof that God is stilll OK with human. 
But when we start seeing babies, dumped like thrash and garbage, 
we must seriously start reassessing our relationship.
With Him

Friday, March 25, 2011

Gila



Semuanya bermula dengan kejahilan. punyalah jahil sampaikan dia tak tau pun yang dia tu wujud. Sampailah ada yang tanya dia, nama dia sapa. Sejak dari itu, semuanya bercambah. Kejahilannya bertukar menjadi kekaguman.

Dalam kekaguman, dia mengekori gerak hatinya. dia ke kiri mengikut nada naluri, atau ke kanan menuruti lembah lojika. Setiap penemuan menambahkan lagi akan kekaguman. Petunjuk di sepanjang jalan, seolah-olah mengarahkan dia ke satu sudut yang belum dapat dikomprominya. Dalam ketertanyaan, dia meneruskan pengembaraan kekagumannya. Semakin lama semakin kagum. Semakin lama semakin dalam.

Apabila ditanya apa yang dikagumkannya, dia tak dapat menggambarkan. Maka dia pun mula belajar untuk cuba menggambarkan kekagumannya. Dia mula mendalami keterujaan dalam pengetahuan dan kefahaman. Maka semakin terbukalah hijab, semakin terasalah kehampiran, semakin bebaslah...

Namun, semakin dia rasa dia faham, setiap kali, pasti kefahaman itu mencambahkan kejahilan-kejahilan baru. sehinggakan ada kalanya penemuan barunya mendedahkan bahwa apa yang dia lakukan selama ini walaupun bukan salah, namun masih belum TEPAT. Tapi kesalahan itu juga adalah satu kekagumannya tersendiri. Dan ia berputar-putar begitu. Maka ini menambahkan lagi akan keka-kekaguman. Begitulah sedikit sebanyaknya...

Dalam kekaguman timbul keasyikan. Kepesonaan. Kelarutan. Dia hilang dalam keasyikannya. Tatkala dia kagum, dia lupa segala-galanya. Mana boleh begitu, kerna dia masih dibaluti dunia. Masanya masih belum tiba. Dan bukanlah si hamba yang taat andai meminta-minta dicepatkan, bahkan pula apa yang tak pasti lagi terbaik untuknya.

Maka ada masanya dia pasti kembali ke sarung duniawinya. Perlu makan, perlu rehat, perlu pengurusan. Tetapi ketagihannya dalam candu sufisma bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki secara klinikal atau psikolojikal. Sufisma ialah soal dia dengan Dia. Biarkan mereka. Kita uruskan saja, mana yang terdaya...

Kerna sampai masa, Dia pasti kembalikan dia kepada kita.
Untuk berkhidmat untuk Nya.

Bukankah ITULAH semua ini?
Mahu menjadi HAMBA?
Mahu kerja?

Apakah gunanya jumaat kali ini?






Kemanakah aku jumaat ini?
Dengan siapakah,
Akanku lunch nantik?
Wait, gaji dah masuk ke belom?
I better check that later

But for now,
I think I want to lay down.

I want to enjoy my Friday.
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar!




Thursday, March 24, 2011

Hai-Oh Hai





Hai Oh Hai,
Awan gelap sudah sampai!
Angkat kain yang diampai,
ketepikan ikan yang disalai.

Hai Oh Hai,
Camaner nak buat kerja?
Harga getah tengah beria,
Sapa sangka,
Hujan di tengahari pula.

Hai Oh Hai,
Apalah nak jadi hai.
Anak muda lepak bandar
Padahal kerja kampung tak sempat nak ngular.

Hai Oh Hai,
Aku dok ngeluh napa la pula?
Bukannya tak sihat; seluruh kuderat,
Bukannya sembab; kata nak work smart.
Apasal masih dok terpisat-pisat?

Hujan biarkan turun.
dah tau kan hujan,
Kenapa tak bawak raincoat?
Alur pokok getah, kan boleh cover dengan zink? Bekas getah kan boleh cover dengan plastik? Takde alasan nak lepak-lepak! Takde alasan nak borak-borak. Hujan, akan turun jugak. Perut yang dah berbunyi ni, takkan nak isik dengan kerak?

Hai Oh Hai,
Ada pulak 
yang kan makan 
penyepak.


Bebas

Aku ingin bebas.
Dan untuk itu,

Aku kena harungi dulu
PENJARA ini
click on picture

Interview dengan wali (menjaga kebersihan-hati)


Sebagai orang islam, kebersihan itu mustahak. Dari bersih dari menjaga terkena percikan air kencing pada seluar, sehinggalah kepada kebersihan rohani. Kebersihan luaran boleh dikesan dengan bau, warna atau rasa. Kebersihan dalaman, orang kata, boleh dilihat dari perbuatan dan tutur kata.

Dan pabila tanda-tanda orang yang kotor hatinya itu mula kelihatan, haruslah seorang muslim itu bermuhasabah sama ada dia melakukan amalan pembersihan harian yang wajib, seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam.


Misalnya berwuduk dengan sempurna sebelum solat menghilangkan dosa kecil, pahala mendirikan solat serta bacaannya mengimbangi dosa-dosa lalu serta memperbaharui syahadah. Kemudian dalam sehari dianjurkan membaca sepuluh potong ayat Al Quran sebagai makanan harian kepada hati. Ada yang yang lebih taat menjadikan YAsin, Waqiah, Sejadah dan yang satu lagi tu sebagai bacaan wajib dalam sehari. Siap Qadak-qadak bacaan, ni...
Dalam seminggu pula yang lelaki diwajibkan mendengar khutbah takwa di masjid. Dalam setahun, semua orang seolah-olah kena reset dengan solat sunat Aidil Fitri.


Zakat membersihkan harta. Begitu juga derma, sedekah. Berkongsi dan bekerjasama juga diterima sebagai cara mentarbiah nafsu, membersihkan akhlak. Berkongsi kepedihan juga cara membersihkan hati. Mengunjungi hospital semasa kita sihat dengan membawa buah tangan, misalnya.

Dan setelah diri itu bersih, wangi, bersikat, jagalah ia sebaik mungkin. Kerana tak tahu lagi sama ada kita sempat atau tidak untuk mandi pada pagi esok nantik. Bangkitlah sebentar membersihkan diri. Berwuduklah.

Dah alang-alang, tu, sujudlah sekali, sepam dua.

Bukan selalu...

Wednesday, March 23, 2011

sepinanindah



sepi itu indah
jika ia terisi
sepi itu syahdu
bila mula merayu
kesepian perlu 
untuk menghargai keberadaan
tanpa sepi
hidupku ini

bising

Pengajaran dari keluar tabligh



Aktiviti pentablighan dari luaran memang nampak cam simple. Nampak cam memainn jer. Cam takder penghayatan keimanan langsung. Sambil dengar taklim buleh bertepuk tampar atau jawab tweet. Masa tengah khususi lebih macam borak kosong. Dan masa-masa terluang masa keluar 3 hari umpamanya, kalau bukan sebab duduk dalam masjid, memang series rasa keluar tu macam keluar gi camping jer. Kejap-kejap, makan. Kejap-kejap aktiviti. Namun setelah berkecimpung dalam aktiviti ini sekian kalinya, serta bergaul dengan orang yang berupaya membimbing serta bersabar dengan orang yang banyak tanya cam aku ni, maka aku dapati keluar tabligh adalah latihan prektikel yang paling ketat disiplinnya yang pernah aku alami.

Aku akan sentuh beberapa aktiviti utama saja yang dilakukan masa keluar tabligh tu. Kalau nak ulas setiap saat, series aku cakap aku terpaksa buat satu lagi blog nak cerita pengalaman keluar tabligh ajer. Tapi tu dah kira cam cuba nak menerangkan sedapnya rasa durian lah. Atau umpama nak terangkan wanginya bau bunga ros. Sampai bila pun tak abis.

Benda yang paling basic masa keluar tabligh ialah style duduk dan mendengar. Ada masa kita duduk santai. Ada masa kita duduk formal. Duduk formal ni untuk dalam majlis macam bayan atau taklim atau mesyuarat. Duduk santai pulak ialah time-time selain dari yang tadi. Kedua-dua ni ialah style duduk kat lantai. Skil duduk bersila lelama ni amat penting sebagai seorang Islam sebab kalau kita series nak belajar Islam, kita kena selalu dok dalam ceramah dan berada dalam keadaan bersila. Jadi, skil-skil duduk sunnah ni amatlah mustahak. Pada aku. Nak duduk mengangkang tu memanglah boleh, tapi kita keluar tablighkan nak belajar-belajar hidupkan sunnah? Kita pushlah diri nak hidupkan dalam sunnah masa 72 jam tu. Dan skil duduk ni amat penting. Camana skil tu? Haaaaa....

Benda basic kedua ialah skil berdiri. Budak tabligh akan berjumpa dengan orang. Dan bila berjumpa dengan orang, maknanya kita biasanya akan berada dalam keadaan berdiri. Skil berdiri sambil bercakap dengan orang atau di khalayak ramai, ada bezanya dengan style berdiri masa mendengar orang lain bercakap. Gerakan tangan, body language, sampai ke kening pun amat dititik beratkan. Bila kedua-dua skil berdiri dan duduk ni dikuasai, skil tahan menguap dan mengantuk pula akan turun secara laduni.


Masa bermesyuarat, kita dilatih untuk mengatakan usul atau hujah kita dalam bahasa yang formal dan sopan. Disamping itu, adab mesyuarat juga menekankan konsep tekan nafsu dimana usul orang lain mestilah dilihat lebih bernas dan baik dari usul kita yang perlu lebih diteliti dan diperhalusi takut-takur dek usul kita ni, jemaah pulak yang akan dapat susah. Kengkadang tu, kita memang positif bahawa idea kita ni memang berkesan tapi sebab amersab dah putuskan, kita kena belajar taat. Taat jer satu hal. Nak jaga ketaatan masa melihat apa yang kita khuatirkan tu berlaku, tu satu lagi hal. Dan soal menjaga ketaatan dan kesetiaan kepada keputusan mesyuarat adalah satu nilai murni orang Islam yang aku lihat semakin munafik dalam diri aku dewasa ini. Maka aku kena selalu letakkan diriku dalam mesyuarat.

Masa bayan pulak, kita belajar dua aspek. Aspek mendengar dan aspek berkata-kata. Masa berkata-kata (membayan), kita kena fokuskan kata-kata kita kepada yang benar dan ikhlas saja. Kata-kata yang bercampur-baur niatnya, hanyalah kata-kata yang kosong. Tahan nafsu dari nak bercakap benda yang walau bermanfaat, tapi di luar dari 6 point. Dan apa yang dah dikata, kenalah kota. Jangan cakap benda yang tak buat, atau tak buat benda yang dah cakap. Tu sebab agaknya ada kriteria tertentu sebagai pembayan. Takdelah nantik pembayan dilaknat dek apa yang dikatakannya dek kelemahan amersab mengenal jemaahnya.


Masa khidmat paling banyak perkara yang dapat dipelajari. Khidmat ialah menjadi orang belakang tabir yang menyediakan makanan, tempat rehat dan solat, menjaga imej jemaah yang datang di mata qariah tempatan, serta yang jadi sekuriti. Jangan ingat bila khidmat takyah ambik bahagian dalam program jemaah. Taklim kena pegi. Mesyuarat, bayan, ghash, kena sertai disamping bertindak memastikan para jemaah takyah runsing pasal mana nak makan, nak tido nak bermanusia atau sebagainya.

Haduiiihh. Sakit pinggang lak aku dok menaip benda ni. Aku rasa aku nak berenti sampai sini je lah dulu. Kalau korang nak tau lagi apa benda yang bestnya keluar tabligh ni, korang keluarlah tabligh.
Series best! Wa cakap luuuu...


p/s: Aku rasa kita kena budayakan soalan ini: "Sudahkah Anda Keluar, Bulan ini?"

Tuesday, March 22, 2011

Atan dan abu (supernatural nights- Media Prima Bastard)



Aktiviti mingguan kami selama ini ialah bertandang kat rumah Brader bus stand untuk tengok cerita Supernatural. Walaupun RTM3 dah ganti slot itu dengan cerita Fuhh!, kami tetap juga meneruskan aktiviti memekak kat serambi rumah brader ni. Cuma agendanya dah jadi lain. Agenda Supernatural akan disambung minggu depan di mana si Atan akan bawak semua siri SuperNatural season 6 yang akan habis di download. Malam ni, agenda kami ialah borak kosong.


"Amender, la RTM3 gi tukar citer Supernatural dengan Fuh! Aku dari takde paper dengan Awal Ashaari, sekarang dah naik meluat pulak tengok dia, hisshhhh" kata Abu menghangatkan keadaan.


"Nakwatcamner? Dah RTM3 tu stesen TV free. Dia buat apa saja yang dia suka, la. Lainlah itu stesen TV bapak..." katakata Atan terhenti sebab abang karkun dengan Bang Ali baru sampai. Sejak kehadiran Bang Ali dalam jemaah kami ni, abang karkun biasa keluar buat misi dengan beliau ajer. Kami macam semakin terpinggir. Well, sebenarnya aku jer yang rasa macam tu. Atan dan Abu cam tu jugak menyetannya. Brader bus stand dalam saliknya. Aku jer yang tahapahapa. Padan muka aku.


"Assalamualaikummm" salam trademark dari abang karkun dengan 'kummm' tu panjang sikit. Dah dekat 2 bulan aku tak jumpa dia. Abang karkun nampak cengkung. Bang Ali pulak yang nampak makin berisik. Masa kami first time bertemu dengan Bang Ali dulu, beliau kurus. Lagi kurus dari aku. Atan menyambut plastik buah tangan dari Bang Ali. Kami semua bersalaman. Bang Ali dan abang karkun (aku dok berabang-abang ni, dah macam orang Brunei la pulak) buat pusingan nak salam semua orang sebab kami semua dok nyandar kat dinding. Masa abang karkun salam aku, mata kami bertentangan. Tibatiba aku rasa macam nak nangis, sayu umpama seorang anak kecil yang bertemu dengan bapanya yang baru pulang dari kerja. Aku terasa macam air mata mula nak berlinang. Pang!

Hinggap satu pelempang lembut dari abang karkun. Aku tersedar dari kebanganganku dan cuba mengcover air mata yang terpercik di pipi. Bila aku dah settle, baru aku perasan kat mata abang karkun pun berlinang jugak.

Haritu abang karkun dengan Bang Ali sambut takazah dan kena ke Mesir dengan tergesa-gesa. Baru dua hari balik dari ijtimak Tongi, dia terus ke sana. Senyap. Pastu brader pulak ke sana. Dua hari lepas tu, brader balik. Ben Ali tumbang. Tapi brader muka sayu. Abang karkun tak balik-balik. Sampailah malam ni aku baru jumpa dia dan Bang Ali. Haaa. Bang Ali? Bang Ali, aper cer?


"Bang Ali, aper cer?" kataku pada Bang Ali setelah kami semua settle down di tempat duduk masing-masing. Kedengaran soalanku umpama dijawab oleh bunyi plastik buah tangan yang sedang diselongkar oleh Atan dan Abu. Mereka terhenti setelah menyedari kami semua sedang memerhatikan gelagat mereka. Mereka meneruskan keselongkaran dengan slow sedikit.


"Abang Alhamdulillah. Korang camner?" jawab dan tanya Bang Ali. Kelihatan abang karkun bangun menuju ke TV.


"Makin lemah, la bang. Sedang kritikal pun ada" jawabku sambil tarik muka series sayu. Abang karkun menge-on kan suiz TV dan mengambil remote. Dia melambai-lambaikan remote kepada Atan dan Abu. ATan dan Abu buat muka tak heran sambil membahagi-bahagikan penemuan mereka dalam plastik tadi.

Brader bus stand pun keluar dari dapur membawa dulang dan jag berisi air nescafe O panas. Ada juga semangkuk air basuh tangan. Aku menyambut dulang itu. Brader bersalaman dan berpelukan dengan abang karkun. Brader salam dengan Bang Ali. Brader duduk di antara ATan dan Abu dan merampas plastik.


"Itulah. Aku pun tak paham apa yang sedang berlaku, ni" kata Bang Ali lagi. Bang Ali ni peramah jugak orangnya. Aku ingatkan orang-orang terpilih ni semuanya kena pendiam belaka.


Abang karkun kelihatan menge on-kan TV prepare nak tengok cerita SuperNatural. Oh ye! Abang karkun tak tau lagi yang SuperNatural dah takder agaknya. Aku nak usik dia...


"Bang, abang asyik keluar sambut takazah ni, mesti iman meningkat gila babeng, punyer, ye tak?" kataku memulakan.


"Patutnya. Tapi tak tau lagi. Kenapa?" jawab abang karkun sambil menukar-nukar channel kat TV. Lepas tu dia turun naikkan volume. Lepas tu tukar-tukar kaler dan brightness. Naik sawan aku dibuatnya.


"Sebab SuperNatural dah takder. Dah ganti dengan cerita pasal artis" kataku dalam nada mengusik. Abang karkun tersengih, tak percaya dengan kata-kataku. Dia tekan info, nak tengok intisari rancangan selepas ini. TV brader ada Astru. Astru boleh tengok info.


"Ishhh, biar benar.." kata abang karkun tak percaya. Dia letakkan remote dan menyelongkar mencari buku guide bulanan rancangan TV di Astru. Senyap sekejap. Brader bus stand dan Bang Ali dok geleng kepala melihat gelegat abang karkun macam tak percaya dengan ketiadaan rancangan TV kegemarannya.


"Tidak! Tidak! Tidaaaaakkkkk!!!!!" jerit abang karkun macam orang histeria, tak percaya cerita SuperNatural kegemarannya dah takder. Kami ketawa berdekah-dekah.


"Jaga iman-jaga imannnn" kataku sambil tunjuk kat jantung abang karkun. Abang karkun mencekak bajuku macam orang gila.


"Media Primaaaaaaaaaaaa Bastaaaaaaaaarrrrrdddddddd!!!!!"

Sebelum aku Mula,




Ya Allah, Tuhan yang Satu,
As Somad tempat mengadu,
Al Wahab tempat berharap.

Dengarlah permintaanku
Yang meminta-minta tanpa malu
Kerna siapa lagi yang mahu mendengar?
Selain Mu?

Ya Allah, aku tak pandai nak memuji Mu,
Laksana pencinta, sesuci cahaya,
Ku cuma tahu meminta-minta
Dan yang tak menyabar-nyabar pula.

Aku pemalas, aku perungut,
Aku juga tahu takde gunanya
Andai tiada selari dengan kehendak Mu.

Maka sebelum aku mulai hariku ini,
Aku bermohon padaMU ya Allah,
Ampunilah dan terimalah kami.
Mudahkanlah urusan kami
Dan kurniakanlah kami jalan keluar dari semua ini...

Melihat bayangan di Cermin.



Semua orang sedar apa yang berlaku di dunia Arab. Asap orang yang terbakar dulu, dah merebak ke Mesir, Libya, Bahrain, Yaman, Syria dan tak keterlaluan jika dikatakan banyak lagi kebakaran yang sedang dirangka masa aku tengah bercakap ni. Masyarakat mahukan perubahan, itu cerita asalnya. Kini, semuanya bagaikan satu cerita lawak ulangan macam zaman Iraq, zaman Afghan, zaman Iran. Lastlast yang huru-hara ialah dunia Islam. Yang kebuluran, yang perlukan bantuan, ialah orang aku. Yang tak semayang, lupa tuhan, ialah ummat akhir zaman yang 'beriman'.

Jumlah orang Islam yang ramai berbanding penganut agama lain tak beri impak yang baik kepada dunia. Bahkan, dunia ini semakin jahanam pun terima kasih kepada orang Islam. Jangan salah sangka. Kami bersolat. Kami juga berzakat. Tapi pada waktu di antaranya, kami bagaikan terlupa bahwa kami juga perlu taat.

Perintah Allah itu, sampai kepada kita pada setiap masa. Ada yang 5 kali sehari. Ada yang seminggu sekali. Ada setahun sekali. Ada yang seumur hidup, sekali. Ini semua perintah khusus. Yang ini kalau tak perasan, maknanya masih banyak perkara yang perlu dilempangkan. Tapi kepada yang yang dah tahu, jangan sangka diri tu dah bagus sebab terselamat. Sebab bila dah tahu dan buat-buat tak tahu pulak lepas tu, lempang yang hinggap nantik lebih istimewa dan menyeluruh.

Ada juga perintah yang datang secara tidak langsung. Mak kita kirim balik kang beli susu dua tin, contohnya. Atau bos yang mahukan report customer return ini disiapkan dalam masa yang tak lojik, umpamanya. Ramai perasan dan semakin cemerlang dalam ujian berupa orang mintak sedekah dan derma.

Tapi perasan tak kita ni, orang Islam ni, menjadi agak sensitif dan terlalu defensif bila kita menerima peringatan? Perasan tak kita ni jadi kritikal semacam bila halhal seperti kebersihan hati atau mati atau solat dibincangkan oleh seorang Islam yang lain? Dapat lak yang menegur tu lagi muda atau lagi Noob dari kita. Dah tu, apa yang ditegurnya betul, lak tu!

Dan antara semua 'ke-perasan-perasan-tak-an' itu, kita kena tanya diri sendiri, apakah perubahan dari sudut rohani yang telah kita lakukan sejak dari akil baligh? Adakah jumlah surah hafazan yang kita ingat semakin berkurangan? Balik-balik baca Surah Al-Ikhlas dan Wal-Asr, ajer?

Adakah jumlah sunnah dalam hidup kita semakin bertambah? Atau adakah sekarang ni kita dah kembali ke mandi telanjang? Atau tak pakai seliper dalam jamban? Cuba tengok muka kat cermin. Bila tengok muka tu, ada nampak macam orang Islam tak? Kalau tak nampak dengan muka, cuba ke belakang sikit. Tengok bayangan satu badan. Ada rupa cam orang Islam tak? Orang Islam dok umah pakai seluar bermuda, tak pakai baju ke? Isap rokok, ke? Pegang tasbih ke hulu ke hilir, ke? Ye ke?

Bukan yang menimbulkan persoalan itu yang dipersoalkan bagai nak rak. Atau persoalan yang yang ditimbulkan disoalkan benar ke idak. Patutnya kita terima kasih dengan mereka kerana bersuara. Kerana mereka bagitau mereka bernyawa dan ambik tahu.

hehe.

Adakah anda nak duduk main tengok-tengok? Atau anda nak pecahkan cermin serta frame-frame gambar yang bergantungan dalam hati tu dan buat sesuatu ntuk perubahan itu?

Ayuh! Mulakan dengan berwuduk!

Monday, March 21, 2011

Haik?



Tamatlah sudah si hari Isnin
Tahapa pulaklah nantik, di hari Selasa
Cukuplah sudah, kita bermain,
Tibalah kini, masa seriesnya

Huarggghhh...
Tang-Tang-Tuuu lah nak mengantuk
Eh, betullah..
Nak kena bangun awal la, esok!
Hehehe.
Pandaila nak berselok belok
Camanalah hati tu, tak semakin teruk?
Dah tau sakit, tapi tak mau jenguk!
Kang bila diserang, merengek macam beruk
Kan dah ilang ngantukkk...
Lebih baik kau duduk.

Kawan,
Kau pun tahu.
Kau pun tahu akan keadaan dirimu.
Noda di hatimu semakin membatu
Jangan salahkan Dia jika
Pahat dan tukul diguna untuk
Menyelamatkan mu

Kembalilah!
Sementara pintu masih terbuka!



kepala paip kat bilik sebelaaah ajer...
berwudhuk lahh

Friday, March 18, 2011

Pergilah dengan kesejahteraan




Andainya aku harus pergi,
Aku mau pergi dengan sejahtera.

Mengetahui anak biniku akan hidup aman
Tak merempat, atau menagih kat mana-mana.
Pemergianku sekadar kehilangan ajer,
Yang ditimbal balik dengan insuran nyawa.

Andainya aku harus pergi,
Aku mau pergi dengan aman.

Aku mau pergi dengan bersih, jika tak dapat menjadi sesiapa
Aku mau orang dengar berita pemergianku, walau tak kenal, akan mendoakan kesejahteraanku,
Sedaya upayaku tak mahu melukakan hati sesiapa,
Walau kita baru sekali bersua
Dan aku harap pemergianku tak mengeraskan dendam atau dakwa
Ke atasku di sana pula.


Andainya aku harus pergi,
Aku tak mau menyusahkan sesiapa.

Kalau boleh, berita pemergianku hanya tersebar setelah aku selamat dikebumikan kat mana-mana. Yang penting padaku aku disempurnakan. Tak penting padaku siapa. Dan untuk itu kadang-kadang, bila terdengar berita kematian sesiapa saja, kenal atau tidak, kawan atau sedara, akulah yang jadi orang terdepan yang menghulurkan keringat dan tenaga dalam menyempurnakan jenazah.

Andainya aku harus pergi,
Aku harap,
Aku mati dalam keimanan ini...

Laa eelaa ha illallah

Thursday, March 17, 2011

Burung yang suka mandi lumpur



Teringat kisah seekor burung yang cantik yang sedang membersihkan bulu pelepahnya di atas dahan sebatang pokok. Burung itu menyisirkan paruhnya di celah sayap dan ekornya mengeluarkan daun dan bulu yang terlekat. burung itu semakin bersih dan semakin cantik dan ia berdiri megah di atas dahan pokok itu.

Burung itu memandang ke bawah dahan dan terlihatlah olehnya sebuah lubang di tanah yang berisi lumpur. Tibatiba burung itu terbang menjunam ke bawah dan masuk ke dalam lumpur tersebut. Ia pun bermain-main dan berkubang dengan lumpur itu tadi. Habis lumpur memasuki setiap celah bulu dan sayapnya.

Setelah penat bermain, si burung nak kembali ke dahannya. Tapi dia tak boleh terbang kerana sayap dan ekornya sudah dipenuhi lumpur. Si burung pun bersedih. Dia pun menangis di tepi kelopak lumpur.

Selesai ia berduka cita, si burung berjalan ke sana sini. Dia teringatkan ada satu kolam air yang berhampiran. Perlahan-lahan dia berjalan merentasi kawasan cik Kucing dan Cik Ular sementara nak sampai ke kolam air yang ditujunya. Akhirnya si burung berjaya sampai di kolam air. Dia pun membersihkan lumpur di badannya. Sampai berkocak air di kolam itu dek lumpur dari badan si burung.

Selesai membuang lumpurnya. si burung dah boleh mengibarkan sayapnya. Setelah test flight, dia pun berjaya terbang dan kembali semula ke dahan tempat asalnya. Dia pun mula membersihkan bebulu pelepahnya kembali.

Bila dah bersih dan cantik dan kering, si burung berdiri di atas dahan mendabik dada. Kemudian ia terlihat ke lopak lumpur tadi. Kemudian ia terjun dan berkubang semula.

Begitulah keadaan si burung yang cantik. Berulang-ulang dalam pekerjaannya. Hinggalah ada burung lain yang mengganggu, aturannya...


pengajaran:

1) sentiasalah berada dalam keadaan sentiasa membersih dan mencantikkan diri, sama ada dari luaran mahupun dalaman.

2) Jangan ditanya lojika burung yang berkubang lumpur. Saat-saat kita menurut nafsu, pernah kita persoalkan kelojikan kita?

3) Masalah takkan selesai dengan duduk menangis di tepi kolam lumpur. Lumpur makin mengering dan keras, ada la. Bergerak! Cari penyelesaian!

4) Lumpur kena basuh kat kolam air, bila dah bersih, barulah boleh sisirkan pelepah sayap. Tak bersih, masakan boleh cantik?

5) Kalau taknak terpedaya dengan kolam lumpur, jangan tengok!

6) Jangan berhenti dari terus menrus membersihkan diri setelah kotor.

7) Dapatkan pendapat luar jika mahu keluar dari vicious cycle.

8) Masa lalu kat kawasan yang berbahaya, jalan diam-diam.



Wednesday, March 16, 2011

Wali dari Bangi (Si Pemuda yang Extra Joss)




Cerita bermula dengan seorang akauntan muda. Dia dah ada kerjaya, kereta, simpanan, rumah dan seorang awek yang bakal diperisterikannya. Semua nampak macam according to plan. Makbapak, jiran, housemate juga suka dengan dia. Orang suka ajak dia pegi kenduri dan dinner. Dia cool. Sehinggalah si akauntan muda ini dilaporkan terlibat dengan tabligh.

pemuda itu dilaporkan mula ambil mudah dengan pekerjaannya. Dia kelihatan lebih banyak menghabiskan masa di surau bersolat sunat daripada berada di mejanya menulis sesuatu atau menjaga talipon. Berborak dengan dia pun dah semakin tak best di mana setiap titik butir yang keluar dari mulutnya ialah Allah dan Rasul saja. Rakan serumah juga merungut dengan mengatakan TV serta radio mereka sering sahaja rosak secara misterius setiap kali kehadiran si pemuda ini. Tapi sejak pemuda kita ni dah join tabligh, mereka semakin tak sebulu. Nampak batang hidung jer, ada je la call yang masuk, tweet, atau malaikat yang lalu. Pemuda kita ni bukan tak perasan semua tu. Bahkan dia tau. Jalan yang dipilihnya ialah jalan keseorangan dan mujahadah. Maka, makin menjadi-jadilah joss dia.

Mula-mula dia berketayap ke hulu ke hilir. Lepas tu semakin kerap berkemeja pagoda. Pastu kemeja dia dah ada zip kat depan. Seluar pulak makin kembang dan makin pendek. Mata dia pun nampak barai-barai, siap ada kesan celak. By this time, ke mana saja pemuda ni pergi, dialah yang jadi imam. Orang mesti pandang dia satu macam dan segan-segan. Ini memberikan pemuda ini satu semangat dalam perubahan baru yang dialaminya.

Bila semangat dari luaran semakin membara, pemuda kita ini semakin series dalam kepentablighan nya. Dia tak miss mesyuarat markas, apatah lagi malam markas. Pantang dengar ada ijtimak atau jorr kat mana-mana, kalau dia tak khidmat, mesti dia iktikaf sekali, punya. Hubungan dengan awek semakin renggang. Balik kampung jumpa makbapak jiran kengkawan pun semakin kurang. Kerja pun dah pandai lompang-lompang. Kehidupannya semakin terarah dan berputar di sekeliling jemaah tabligh. Tangga masjid atau serambi surau itu lebih selesa padanya dari tilam atau sofa. Makan dalam dulang itu lebih kenyang dari makan pakai pinggan.


Sampai satu tahap, semua itu dirasakan dah bagai rutin padanya. Dia mula rasa hambar. Kosong. Bukannya dia tak buat zikir pagi petang. Bukannya dia tak buat 2jam setengah. Bahkan 3hari setiap bulan dia pun dah berapa tahun ntah istiqomah tak putus. Tapi pemuda kita ni rasa kosong. Dia rasa hambar. Semuanya predictable. Dah tak fight.


Dalam kelompok jemaah tu, ada dikalangan mereka yang ikut tarekat. Mereka dah lama nak ajak pemuda kita ni join tarekat diorang tapi sebab pemuda kita ni selalu sambutkan takazah bagi pihak markas diorang, maka diorang takde lah kacau dia sangat. Tah camana lak malam tu pemuda kita ni boleh sangkut pulak dengan puak-puak bijik tasbih ni. Hujung minggu tu, pemuda kita ni akan join zikir mingguan mereka.


Sejak dari tu, dah tak nampak batang hidung lagi dah kat markas....



Tuesday, March 15, 2011

Isu Baibel dalam BM


Haritu kecoh pasal buku Interlok. Sampai tak senang orang tua tu nak menghabiskan sisa-sisa hidupnya, korang kerja kan. Tak habis dengan buku Interlok, isu bahasa kembali diperdebatkan dengan isu Baibel dalam bahasa Melayu. Isu ni patutnya antara Hishamudin dan puak cej. Tetiba lak ada orang Melayu yang mempertahankan kehendak orang kistian ni. Eh? Korang ni mangkuk ke apa? Kok ye pun nak raih undi, takkan sampai sentuh isu agama?

Bukan apa, sebagai seorang orang kampung yang jumud dan Melayu totok, aku rasa terkilan dengan tindakan orang Melayu yang mempertahankan kemasukan Baibel dalam bahasa Melayu ke Tanah Melayu ini. Bangang ke apa? Walaupun bangsa Melayu ni bukan bangsa membaca, namun sekerat yang membaca tu pulak terdiri dari nerd-nerd yang mudah terpengaruh. Kau tengok jerlah camana diorang tepengaruh dengan idea free country lah, atheist lah, freedom of choice lah. Kau tengok jelah budaya membaca FB lagi hebat menular dari membaca buku sekolah atau suratkabar? Ni Tanah Melayu ke, apa ni?

Isu bahasa Melayu sebagai bahasa dalam Baibel, satu masa dulu hebat diperdebatkan antara blogger semenanjung dengan blogger dari borneo. dua-dua Islam. Sorang cakap tak boleh macam aku. Yang kat Borneo pulak kata tak murtad der dengan membaca Baibel dalam BM. Malah, bukan nak berlagak, kata mereka, Islam orang Borneo lagi takwa nampaknya dari orang Islam Semenanjung. Last-last kongklusi dari perdebatan itu kita dapati bahawa:


1) Tak setuju sebab takutkan masa depan akidah anak-anak kaum majoriti yang terdiri dari Islam ni akan berisiko. Di Malaysia, kebebasan beragama hanyalah kepada yang bukan Islam. Kepada yang Islam, mereka tertakluk dalam hukum syariah. Walaupun kecil, namun sistem syariah ada Baitulmal dan pengecualian cukai. Bermakna orang Islam Malaysia ada standard. Ada identiti. Dan identiti Islam Malaysia sejak dulu lagi ialah pegangan kita kepada hukum warak: pencegahan. Maka sebab itu, Baibel, kitab yang dilabel PALSU dalam agama Islam, ditegah dari menggunakan bahasa pengantar negara ini.


2) Setuju sebab bila ada unsur sebegini dalam masyarakat Islam Malaysia, muslim Malaysia akan bersedia dengan lebih meningkatkan kefahaman mereka tentang spiritualiti mereka sendiri. Dari sudut positif, ini memang benar. Disamping itu, ia memaksa bangsa Melayu dalam lebih memahami agama yang ditegah dari menjadi ikutan yang dok diulang-ulang dalam semayang ni. Ini sepatutnya menjadikan generasi muslim Melayu akan datang, lebih dalam pemahamannya. Ia dapat dicapai dengan mengintegrasi dan memperkasakan ilmu tauhid di peringkat sekolah rendah.


3) Berdiam diri. Orang yang berdiam diri terbahagi kepada dua:


a) tak tahu wth is going on
Melayu macam ni samada dia asyik dalam dunia dan masalah dia, atau dia sedang asyik dalam dunia atau masalah luar (orang). Tanya tu, tak tau, tanya ni, tak tau. Tapi bila masa-masa terluang, suara dia ajer yang dok membebel, menyemakkan ruang bandwith frekuensi bunyi boleh dengar. Diorang, kalau bom meletup kat sebelah pun diorang buat derkk ajer dengan headphone dia, sehinggalah shrapnel letupan kena kat kepala hotak mereka ni agaknya. Tapi bab benda tak berguna, janagan celen. Bola. Hoki. Badminton contohnya. Tanya bab berdehem, haram tak pernah amal, rupanya.


b) tahu wth is going on tapi choose to be diam
diorang ni dari satu sudut, bijak sebenarnya. terdiri dari orang yang pernah kecewa dalam hidup, pendendam, orang yang kosong atau anda. Ya. Kita tahu semua benda ni tapi apa yang kita buat? Apa yang kita rasa? Kita tak rasa apa-apa. sebab kita bukan dalam golongan setuju atau tidak setuju. Kita dok berdiam diri masa orang tanya ada apa-apa nak tanya tak, tapi membebel macam mak datin masa dalam keta on the way balik rumah. Kita dok berdiam diri dan menyelamatkan diri sendiri sedangkan kawan kat sebelah ajer dok terkuis-kuis cuba mencapai kita meminta tolongnya. Apa yang kita buat? Kita diajar agar jangan perlahan ditempat kemalangan, kan? Drop gear, kita jalannn...


Jadi berbalik kepada isu Baibel dalam BM, apa pendirian kita tentang isu ini:

HARRROOMMMM!!!!!!!

Apakata lepas ni kita buat siri kanak-kanak "Cerita Dari Baibel" pulak dalam Astro (dalam bahasa Melayu)?


sakit hati



ketahuilah, wahai diri
takkan kemana dengan sakit hati
terus menerus menyimpan bara
sungguhpun tak membakar,
bahangnya akan tetap membinasa

hidup terlalu singkat untuk membenci,
atau dibazirkan dengan bersendiri.
Baguslah jika tak pernah menyusahkan sesiapa.
Bukankah kini dah sampai masanya,
Kita memudahkan hidup orang lain pula?

Kenapa nak berjasa?
kenapa nak bertimbang rasa?
Bukankah dunia ini dah sampai masanya?
Rembat jer ler apa yang ada
Sapa yang last, dialah yang kena.

Tak. Bukan, kita lebih dari itu
Kita semua dijadikan untuk sesuatu,
Itu aku rasa, kau pun tau.
Memang kadangkala dalam menempuh liku,
Penat dan tekanan, buatkan kita keliru.
Tapi itu bukan alasan nak kau kau aku-aku
Masa semakin suntuk, 
Dunia semakin sempit,
Inilah masa yang sesuai, aku rasa...

Untuk kita bersatu.






Monday, March 14, 2011

Atan dan Abu (Gempa bumi, rusuhan, tsunami, nuklear dan Datuk Lee Chong Wei)





Atan: sampai sekarang Jepun masih dilanda dengan gegaran. Ini menyebabkan air laut berkocak dan menjadi tsunami. Menurut data huru-hara ombak direkodkan setinggi antara 1 hingga 10 meter.


Abu : Gegaran telah memusnahkan loji nuklear dan telah berlaku pencairan. Tak kisahlah apa maknanya tapi lepas ni kita jangan makan sushi atau pakai selipar jepun. isu nuklear ni juga bermakna akan ada teroris dapat sumber nak buat bom atom. Siaplah korang...


Atan : Ombak tsunami dijanga melanda kawasan sekitar benua. jujuran gunung berapi dan plat tektonik di permukaan bumi dikatakan masih belum selesai dengan kerja mereka. Sama ada akan ada gegaran finale atau semua tekanan itu meletus dengan letupan di gunung berapi yang berkenaan.


Abu : Dah tentu media Jepun dan dunia akan dikaburkan dari berita sebenar tentang pencemaran radioaktif yang berlaku di Jepun. Serupa macam cerita wayang yang diorang buat pasal peperangan di Iraq, Afghanistan, Iran, Pakistan atau propa-propa politik dan kapitalis kat Bullshit Utama. Sekarang pun orang Malaysia lagi sibuk blog pasal Merong Mahawangsa dari cerita pasal orang Jepun yang nak datang lepak kat rumah kita buat sementara.


Atan : Ekonomi dan masyarakat dunia yang teruja akibat huruhara di dunia Arab, dinormalizekan kembali dengan tragedi di Jepun. Pasaran ekonomi menjadi teragak-agak. Semua disaran agar mula beli emas dari sekarang. Harga duit akan di manipulasi. Tak pasal-pasal je kang ramai pengemis jadi muflis. Di satu sudut, Cik Israel mengambil peluang dengan meluaskan lagi kawasan jajahan mereka dan mengebom orang Palestin sepam dua.


Abu : Segala isu di luar sebenarnya merupakan input kepada Malaysia. Malaysia boleh meningkatkan lagi pelaburan dalam negeri dalam sektor semikonduktor dan teknologi memandangkan geografinya yang kukuh. Loading cip-cip kat Jepun yang tengah disaster tu mesti nak kena alih kat mana-mana. Nilah masanya. Isu dunia Arab juga meningkatkan pelancongan dan jumlah orang lelaki pakai seluar pendek semayang jemaah kat surau KLCC. Ramadhan kalini dijangka ceria. Sipakan plan nak berniaga apa. Tu ajer.


Atan : Keadaan huruhara pula semakin merebak ke sini sana. Rusuhan dan keganasan dilaporkan bermula juga di negara besar. Semua dah malas nak kerja bila duit gaji; walau camana jimat pun akan habis menjelang hari kedua. Batas moral atau timbang rasa semakin binasa. Manusia berpuak mengikut fahaman dan ideolisme.


Abu : Manusia semakin hilang kekuatan mental dek rasukan dadah, muzik dan seks. Ditambah lagi dengan tweeter. Orang tak cukup tidur pasal main tweet dengan follower gambar avatar cun tu memang biaser.


Atan dan Abu: Sigh...
Atan dan Abu : ...dan kau dan aku dah lupa semua ini sebab Datuk Lee Chong Wei menang All England.

Saturday, March 12, 2011

Lets do Do'a


May Allah; 
eases the burden

May Allah go easier,
 on the women and children

And may Allah 
forgive,
those 

who seek pardon...

Thursday, March 10, 2011

RTM3 cari pasal lagi! Supernatural diganti Fuhhh?!!



Malam haritu, rakan-rakan sefanatik siri SuperNatural yang ditayangkan di RTM3 setiap Selasa jam 11malam, telah mula men tweet-tweetkan diri semasing, mengingatkan akan detik siaran pada malam tersebut.

Semasing sibuk dengan cerita last week lah. Ada yang nak jadi Castiel lah. Ada jugak dua tiga orang tahsapantah datang join-join tweet dengan kitorang. Sempena menyambut siaran mingguan siri SuperNatural kat RTM3. Bukannya takleh download siri ni sampai habis. Dah ada dah. Tapi ia disiar semula jika kami nak refer balik bagi memastikan siapa betul masa kami berdebat pasal siri-siri kegemaran kami ini saja. Apa yang menariknya cerita Supernatural ialah bukan saja pada jalan cerita Dean dan Sam dalam mengelakkan apokalips, tapi juga eksplorasi gaya persembahan cerita yang ditonjolkan oleh pembuat atau team SuperNatural ni. Maklumlah. Bila ia sebuah siri TV, dia akan disaksikan oleh peminat, lebihlebih lagi pengkritik.

Cerita SuperNatural setakat ini mencabar pemikiran fans nya dengan menampilkan watak PENULIS buku Supernatural tu sendiri dalam kisah pengembaraan Sam dan Dean. Atau buat cerita Sam dan Dean terperangkap dalam game maze house dengan fanatik cerita SuperNatural (ni kira live tribute to fans la ni). Menjadi laktu! Lepas tu ada kisah dimana style 'what-if, what-if" digunakan untuk mem-spike kan siri mingguan yang kengkadang sampai part hambar. Tak macam cerita Charms, Friends atau Cosby yang sampai satu tahap kita meluat tengok orang menari mengeliat-ngeliat konon macam Bill Cosby atau Will Smith dalam No Jiggy With It. Watak Sam dan Dean aku rasa dah meresap ke dalam pelakon tu sampaikan aku takleh tahan gelak bila tengok Dean berlakon cerita cinta satu masa sekejap dulu. Tengok. Nama pun aku tak panggil nama dia sebenar. Sapa ntah nama Dean winchester. Anyway...


Semalam RTM3 pergi taruk cerita Fuhh! menggantikan cerita SuperNatural yang dah berkurun kat situ. Siap cakap lagi lepas ni takde tukar-tukar lagi dah. Weyhh!! Haritu kau main-mainkan SmallVille. Sukasuka siar. Sukasuka sambung. Pastu tetiba kau tukar jadi tunjuk ajar nak seeku.


Sekarang kau tukar slot SuperNatural pulak. Untuk Pengetahuan kau, kitorang ni tengok RTM3 masa Bullshit Utama dan cerita SuperNatural ajer. Sajer nak belajar-belajar jadi rakyat Malaysia di desa. Kau buat lak camni. Camner aku tak gi langgan Astro? Camner tak dakyah MTV dan Nickleodeon yang meresap masuk ke jiwa generasi akan datang? Camner orang tak pergi ke media alternatif? Dan mengundi semangat yang menggalakkan pemberontakan?

Yang hampehnya tu bukan sekadar memerhatikan dia buat hati penonton marhaen cam kita ni cam mainan. Yang hampehnya ialah mengetahui kita dijual.

hehe

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Rabu

Raw-Boo

Hari rabu dah.
semalam rilek-rilek.
harini pun cam nak rilek-rilek gak.

Sampai bila nak rilek milek ni?
Besok dah Kames
Minggu depan dah tengah bulan...
Bulan depan, dahhhh habis satu quarter.
Cepatnya?
Cepat, kan?

Tulah nilai MASA di akhir zaman
Ayuh! Teruskan perjuangan!

Tuesday, March 8, 2011

Kesunyian itu


Aku mengaku
Aku berasa sunyi

Aku sunyi masa aku beratur dengan bebudak shift pagi di cafe menunggu giliranku membeli sandwic buatan fresh untuk sarapan...
Aku sunyi bila aku berdiri menunggu mesin fotostat habis memfotostat dokumen spesifikasi new product yang aku nak suruh bebudak ni jalankan sekejap lagi.
Aku sunyi masa aku sensorang kerja masa hari isnin semalam.

korang cuti.
ya.
korang cuti tak bagitau aku.

takpe.
keje kau tu, aku dah setelkan.
customer complaint kau tu, pun aku dah lengahkan.
dan hari ini dah hari selasa.

kau masih lagi cutiiii?!!

Huaaarggghhhh!!!!




keluhan hati seorang hamba Allah yang kena kerja sensorang, semalam. Satu pejabat cuti mengejut, mengakibat semua hal pejabat, dia yang handle.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails