Tuesday, March 22, 2011

Melihat bayangan di Cermin.



Semua orang sedar apa yang berlaku di dunia Arab. Asap orang yang terbakar dulu, dah merebak ke Mesir, Libya, Bahrain, Yaman, Syria dan tak keterlaluan jika dikatakan banyak lagi kebakaran yang sedang dirangka masa aku tengah bercakap ni. Masyarakat mahukan perubahan, itu cerita asalnya. Kini, semuanya bagaikan satu cerita lawak ulangan macam zaman Iraq, zaman Afghan, zaman Iran. Lastlast yang huru-hara ialah dunia Islam. Yang kebuluran, yang perlukan bantuan, ialah orang aku. Yang tak semayang, lupa tuhan, ialah ummat akhir zaman yang 'beriman'.

Jumlah orang Islam yang ramai berbanding penganut agama lain tak beri impak yang baik kepada dunia. Bahkan, dunia ini semakin jahanam pun terima kasih kepada orang Islam. Jangan salah sangka. Kami bersolat. Kami juga berzakat. Tapi pada waktu di antaranya, kami bagaikan terlupa bahwa kami juga perlu taat.

Perintah Allah itu, sampai kepada kita pada setiap masa. Ada yang 5 kali sehari. Ada yang seminggu sekali. Ada setahun sekali. Ada yang seumur hidup, sekali. Ini semua perintah khusus. Yang ini kalau tak perasan, maknanya masih banyak perkara yang perlu dilempangkan. Tapi kepada yang yang dah tahu, jangan sangka diri tu dah bagus sebab terselamat. Sebab bila dah tahu dan buat-buat tak tahu pulak lepas tu, lempang yang hinggap nantik lebih istimewa dan menyeluruh.

Ada juga perintah yang datang secara tidak langsung. Mak kita kirim balik kang beli susu dua tin, contohnya. Atau bos yang mahukan report customer return ini disiapkan dalam masa yang tak lojik, umpamanya. Ramai perasan dan semakin cemerlang dalam ujian berupa orang mintak sedekah dan derma.

Tapi perasan tak kita ni, orang Islam ni, menjadi agak sensitif dan terlalu defensif bila kita menerima peringatan? Perasan tak kita ni jadi kritikal semacam bila halhal seperti kebersihan hati atau mati atau solat dibincangkan oleh seorang Islam yang lain? Dapat lak yang menegur tu lagi muda atau lagi Noob dari kita. Dah tu, apa yang ditegurnya betul, lak tu!

Dan antara semua 'ke-perasan-perasan-tak-an' itu, kita kena tanya diri sendiri, apakah perubahan dari sudut rohani yang telah kita lakukan sejak dari akil baligh? Adakah jumlah surah hafazan yang kita ingat semakin berkurangan? Balik-balik baca Surah Al-Ikhlas dan Wal-Asr, ajer?

Adakah jumlah sunnah dalam hidup kita semakin bertambah? Atau adakah sekarang ni kita dah kembali ke mandi telanjang? Atau tak pakai seliper dalam jamban? Cuba tengok muka kat cermin. Bila tengok muka tu, ada nampak macam orang Islam tak? Kalau tak nampak dengan muka, cuba ke belakang sikit. Tengok bayangan satu badan. Ada rupa cam orang Islam tak? Orang Islam dok umah pakai seluar bermuda, tak pakai baju ke? Isap rokok, ke? Pegang tasbih ke hulu ke hilir, ke? Ye ke?

Bukan yang menimbulkan persoalan itu yang dipersoalkan bagai nak rak. Atau persoalan yang yang ditimbulkan disoalkan benar ke idak. Patutnya kita terima kasih dengan mereka kerana bersuara. Kerana mereka bagitau mereka bernyawa dan ambik tahu.

hehe.

Adakah anda nak duduk main tengok-tengok? Atau anda nak pecahkan cermin serta frame-frame gambar yang bergantungan dalam hati tu dan buat sesuatu ntuk perubahan itu?

Ayuh! Mulakan dengan berwuduk!

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails