Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Haiya 'alal Falah!
Untuk BERJAYA manusia kena ada dua:
Habblum minallah (hubungan baik dengan Allah)
Habblum minnan nas (hubungan baik dengan manusia)
Kejayaan RASMI ialah endup dalam SYURGA. Nak masuk syurga, manusia kena SEBUT PASSWORD DI BAWAH NI SEMASA HIDUPNYA dan MATI DENGAN PASSWORD.
ASYHA DUALLAA EELA HA ILLALLAH,
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR ROSULULLAH
(Aku bersaksi bahwa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH)
Setelah itu, selain kita kena mengetahui siapa ALLAH dan Muhammad SAW itu, dan apa makna bila dah masuk ISLAM ni, kita kena ingat:
ALLAH ITU MAHA AGUNG DAN TAK TERIKAT DEK MANA_MANA-MANA HUKUM
Dan Allah telah menetapkan rezeki setiap ciptaanNya.
Dan dalam hal rezeki dan cara mendapatkannya, Allah juga telah menetapkan jalan asbab bagi memudahkan manusia mendapatkannya. Kerana jika bukan jalan asbab yang Allah ambik, tentu manusia atas dunia tak jadi macam sekarang ni (kemajuan teknologi, ekonomi, pemikiran, etc). Tentu diorang jadi cam cerita majik macam The Matrix atau sebagainya. Tentulah orang kapir kebulur tak makan dan Iblis hidup sengsara dari saat dia taknak sujud, sampailah ke selama-lamanya. Tapi tak. Allah Maha HEBAT dan Maha Bijaksana.
Dan dalam menempuh keasbaban mencari rezeki yang telah dijanjikan itu, manusia kena ikut jalan yang ditunjukkan oleh BAGINDA SAW. Ikut jalan lain, dapat gak. Tapi tak dapat pahala la. Abis kat dunia jela. Dapat kenyang, berak dan kencing je. Takde faedah disudut akhirat (ni yang kita cakap takde pekdah-takde pekdah tu). Hidup kat dunia ni ialah mengumpul bekal untuk kehidupan akhirat. Jangan bila dah mati nantik kita mula dengan dompet yang kosong. Kat mahsyar memang pasti kena pau punya. Maklumlah, hutang banyak. MARA, PTPN, keta, umah, kawan, sedara....Memang alamat tak cium bau syurga lah gamaknya.
Jadi dalam memastikan segala rezeki (dan rahmat), hasil kebaikan yang dah kita lakukan, atau dari doa orang kepada kita, atau dari RAHMAT ALLAH kepada kita, dalam memastikan segala kebaikan yang macam air hujan yang terkumpul di atas kanopi kemah ni, turun mencurah dan sampai dan melencunkan kita, kita kena ada penyodok atau galahnya. Nak cucuk itu kemah yang mengembung. Kasi bocor satu lubang.
Dan penyodok itu ialah hablum minan nas. Menjaga hubungan sesama manusia. Muamalat, munakahat, bermasyarakat.
Ia dimulakan dengan menyebarkan salam dan senyuman, menggalakkan kata-kata yang baik daripada remark yang negatif dan pesimis, menggalakkan persatuan dan kemajuan daripada perpecahan dan kemusnahan (follow twitter aku..hehehe)
Itulah orang Islam. Dan ORANG ISLAM SEBENAR TIDAK MODERATE. MEREKA TAKKAN TOLAK ANSUR. Orang ISLAM sebenar takkan mau semua ini dipermain-mainkan. Mereka takkan mau apa yang telah susah payah dibina dan dikekalkan oleh orang terdahulu (sampai mati-mati weyyhhh!), hanyut begitu sahaja dek kemaruk masyarakat dengan gaya hidup sensasi atau FB.
ISLAM BUKANLAH TERORIS KEGANASAN!
ISLAM ADALAH PEJUANG KEAMANAN!
Kami balas peluru dengan batu
Kami balas kartun mengejek dengan pemboikotan
Kami balas genocide dengan bantahan seluruh dunia secara aman
Apa lagi bukti yang kau mahukan?
Camana BACUL lagi yang kau nak?
Sekarang kau tuduh kami promote keganasan?
Kau tuduh kami mudah dipengaruhi dek internet dan spekulasi?
Kau tahu tak apa yang kami dah alami?
"Kau rasa hudud tu ganas sebab yang kena sodomi semalam bukan kau" |
Baiklah. Kalau kau nak tau apa itu keganasan,
.
.
.
Kami biarkan Allah saja yang tunjukkan...
Saturday, February 26, 2011
Kebersihan Hati, Golongan Pembersih hati, Jawatankuasa masjid dan solat Jumaat
Tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita, eh? Pakcik?
Ye.
Pakcik akan KONGSI cerita pasal soal MEMBERSIHKAN HATI. Sebagaimana yang sedia maklum, KEBERSIHAN HATI amatlah mustahak dalam persediaan dalam menempuh jalan kesufian. Eh?
Sejak bila pulak kita nak ke sufi, ni pakcik?
Sejak 'aku' bertukar menjadi 'pakcik'. Sejak rambut 'beckham' bertukar kaler jadi nampak macam otromen. Sejak main tweet-tweet dan blogging itu dikatakan hanya untuk orang yang berpikiran cam budakbudak. Sejak itulah kita akan apa yang aku dah mengarut ni? Sekali lagi.
tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita pasal satu golongan yang bertanggungjawab membersihkan hati orang lain.
diorang ni terbahagi kepada beberapa level, mengikut pengalaman dan taqwa yang Allah beri kepada mereka. paling ramai adalah beginners dimana mereka terdiri dari orang baru dan orang lama yang sejuk dan dah berapa kali dah dok start dari mula dan dok di takuk tuuu jer.
paling cool golongan intermediate yang buat semua kerja. diorang ni biasanya golongan yang sedang nak naik. Gila respek dengan semangat dan kekobaran mereka ni bila dibandingkan dengan diri pakcik yang hinerdiner ni. pakcik suka lepak dengan diorang sebab diorang ni turun padang (kalau bukan memang diorang dok melepak dalam padang tu) dan masak dengan trend dan kancah dunia di luar sana. Merekalah yang paling layak nak memberikan usul bila mesyuarat nak buat apa lepas ni. Coollah diorang ni. Semangat dia, tu.
Kat atas golongan ni adalah think thankers. Mereka ni biasanya terdiri dari golongan intermediate tadi yang DIPILIH oleh think tankers yang lain melalui mesyuarat dan analisa yang ketat. Diorang ni yang selalu merujuk AQnS setiap pendapat dan pegangan pergerakan mereka ini dalam memastikan bahawa ia dilaksanakan melalui cara yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.
Dan kat atas dia pulak adalah decision makers. Shot callers. Aku tak paham part ni. Kita biarkan dulu.
Kembali kepada topik, hati yang dah kotor masih boleh dibersihkan. Jika kita umpamakan hati itu ialah seketul besi, dosa dan kemungkaran itu digambarkan dengan karat yang melekat pada permukaan besi tersebut.
Cara cepat nak bersihkan ialah pakai grinder. Tukar pakai mata berus dawai tu dan lanyak sampai berkilat. Tapi bila dah grind style camni, besi tu kenalah salut dengan minyak. Sebab grinding process tadi melukakan permukaannya. kita taruk minyak sama itu luka. Nak manja pakai minyak Singer. Nak safe cost, pakai minyak 2T atau minyak hitam pun buleh juger.
Cara manja sikit pakai kertas pasir. Kasi gosok itu karat. Karat yang kasar kita kikis pakai screwdriver atau penyodok burger. Kasi clear. Lepas tu kita gosok pakai kertas kasar. Dah nampak besi, kita gosok pakai halooossss. Kasi nampak macam cermin. Kalau pakai kertas haluus giler, silap-silap takyah nak cover dengan minyak lepas habis. Kilat tahan pun lebih lama. Pastu taruk itu besi dalam kertas sokkabar ke apa dan taruk dalam kotak. Kalau nak display, jangan lupa taruk secawan thirstyhyppo liquid kat sebelah.
Itu kalau besi tu dok diam-diam.
Cabarannya kepada golongan yang pakcik sebutkan masa termengarut tadi ialah bila besi yang nak dibersihkan tu, taknak dok diam-diam. Bila kita bang, dia datang, dia semayang. Bila kita nak pegang, dia terbang. Liat sungguh. Bukan apa. Dia ni nampaknya bergelumang tah kat mana ntah sebelum datang semayang ni tadi. Dan dia datang dalam kekotoran. Takperlah. Besok dia datang nak semayang dalam kekotoran semalam, ditambah dengan kekotoran dek gelumangannya pada hari itu pula. Maka terganggulah kesucian persembahan kita semua kepada Nya. Dan ini tak boleh pakcik biarkan.
Bukanlah bermakna kalau camtu yang mungkar-mungkar tu takyah datang ke masjid. Datanglah. Kami galakkan datang. Bahkan untuk golongan kamulah pakcik di sini. Tapi bila dah datang, ambil bahagian dalam program-program pembersihan. Support la. Paling kurang pun turut sama menyertai atau mempromosikan program pembersihan. Barulah proses pembersihan itu berjalan. Barulah tiap kali kita datang buat persembahan bila Dia memanggil, kita ada peningkatan. Bukannya makin kotor dan makin kotor.
Dan pakcik juga nak mintak maaf. Sebab kengkadang, bila dah jadi jawatankuasa atau 'jemaah' ni, kita ada rasa perasaan laa sikit. Ownership. Kengkadang tu memang tersasul tersalah perkataan, termendada melangkah di saf atau terasa macam masjid ni ana yang punya. Biasalah. Orang buat kerja akan rasa macam bagus. Itu lebih baik pada pakcik daripada orang yang diberi amanah tapi senyap dan tak buat apa-apa.
Akhir sekali pakcik doakan semoga kita semua dapat berjumpa lagi di Jumaat yang depan dan Jumaat-Jumaat yang seterusnya. Amin, warabbul alamin.
Friday, February 25, 2011
Alhamdulillah It's Friday!
Sukur, sukur
Kata burung tekukur
Mmbaahh, Mmmbaahh,
Kata si anak lembu
Mereka semua nampaknya hepi
Secerah mentari pada waktu pagini
Kabus sejuk menyelubungi
Kan best kalau harini cuti?
Tapi takper.
Harini Jumaat,
Lepas solat,
Kita akan bertebaran bebas
Mencari rahmat
Dan Pak Meon
Sebab Pak Meon kata
Nak belanja dinner
Ikan steamboat dan lobster 3 rasa
Itupun jika
Gaji Pak Meon,
Keluar pukul tiga...
Selamat dah Jumaat?
Ikuti update: Sabtu dan Ahad.
Insya Allah....
Bila time berdoa masa solat Jumaat, aku teringat...
"...minalmukminin walmukminaaattt..."
...dan semua jemaah menadah tangan nak berdoa sebab khutbah kedua dah nak habis. Ada yang terpisat-pisat baru jaga dari tidur. Ada yang kusyuk. Ramai juga yang baru nak letakkan henfon daripada bertwit-twit dari tadi. Aku pun angkat tangan nak meng aminkan doa...
Kemudian sampai part mendoakan keselamatan Raja dan Pemimpin Negara, tu. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Ada pakcik tua yang aku lihat menekapkan tangannya ke mulutnya. Ada yang melepaskan tangan mereka macam don't care. Ada yang siap buat macam doa tolak bala. Aku pandang ke depan semula. Aku pandang pada mereka. Kelihatan semua kembali menadah tangan mereka selepas doa keapda pemimpin itu berlalu.
Aku terkedu.
Bukan sebab riak kekecewaan yang aku lihat terpancar dari muka mereka masa mereka buat macam tadi tu.
Bukan sebab keramaian orang yang kelihatan terkesan setiap kali doa WAJIB kepada pemimpin didoakan di saat doa paling mustajab itu berlaku.
Atau aku terkedu sebab aku paham apa yang mereka cuba sampaikan kepada orang yang ternampak akan apa yang mereka buat sebab si Raja bersolat cuma beberapa saf saja kat depan tu. Menteri Besar kat sebelah dia, direct belakaang Imam.
Bukan semua tu.
Aku terkedu sebab aku dah tau.
Aku tak kusyuk dalam aminan ku...
Semoga solat jumaatku kali ini juga
Tak siasia...
Dah Jumaat...
Huik? Dah jumaat dah?
Cepatnya masa berlalu?
Mana perginya emasperakku?
Aku kat mana?
Kat mana aku?
Aku buat cenggini, Apsal dia jadi cenggitu?
Amender ni, Amender tu?
Hahahaha.
Aku tak peduli
Kerna aku dah sampai ke sini
Benda pertama yang aku kena buat
Ialah sujud syukur pastu straight solat taubat.
Allahuakbar?
Thursday, February 24, 2011
Amender ni?
Wahai diri, apakah ini?
Semakin hari semakin menjadi-jadi
Merutini sesuatu yang dulu kata benci
BUkankah dulu siap ada ikrar-mikrar, lagi?
Mana pergi azam dan tekad?
Mana hilang fokus dan semangat?
Balik-balik merungut pasal keringat
Baru mujahadah sikit, dah melalak tak hengat
Amender ni?
Kasi lempang itu pipi
Kasi cubit paha kiri
Sedarlah!
Bangunlah!
Kalau dok gini ajer bilanya nak berubah?
Dah tau cenggitu tak berjaya,
Pepandai lah nak pelbagaikan langkah
Tak mau ia ke kanan, tang kiri pula yang kita tala.
Takyah layan habuk yang masuk mata
Simpan ajer ombak yang dalam dada.
Buang terus objektiviti dunia
Ikat jubah, singsingkan lengan, ayuh!
Kita terjun sama-sama!
Kita Mug dan Realiti (Allah itu unik)
Allah itu satu. Allah itu unik. Tiada yang sama seperti Nya. Kita ni makhluk. Kita ni tak unik. Ada lagi manusia kat luar sana yang SAMA macam kita. Hahahaha. Gempak tak? Teruskan membaca...
Menurut cerita sensasi kat kampung aku ni, dikatakan ada lagi 6 orang yang SAMA macam kita ni dalam dunia. Aku tak berapa pasti pulak adakah ini bermakna 7 orang yang SAMA itu berada dalam SATU ZAMAN atau ada 7 ORANG YANG SAMA DALAM SEPANJANG ZAMAN. Dan bila dikatakan SAMA itu, yang aku paham ialah SAMA RUPA FIZIKAL dan CARA BERFIKIRNYA. Background yang SAMA tak dikira sama jika orang yang terhasil itu tak sama. Hehehe. Sama-sama...
Dan selama kita hidup dalam dunia ni, kita dok rasa kita nilah unik, kita nilah the shiznit, rupa-rupanya ada jugak orang yang sama macam kita. Tak cool ke tu? Ni dah ada FB ni, proses nak mencari tu mestilah lebih mudah, ye tak? Tak teringin ke nak jumpa dengan orang-orang itu semua? Dan saling bertukar-tukar cerita dan pengalaman dan tengok sejauh mana akan kesamaan antara kita-kita ini?
Mungkin dengan mengenali mereka, kita juga akan lebih mengenali diri sendiri dan memahami apakah tindakan seterusnya yang perlu kita ambil untuk meneruskan hidup kita ini. Mungkin juga kita dapat mengagak bilakah TARIKH LUPUT kita? Hei, lebih baik ada target daripada takder, ye tak? Tapi sebelum nak mencari kebenaran, baik kita menyediakan diri untuk menerima akan kebenaran yang bakal kita temui nantik. Sebab biasanya kebenaran itu pahit. Maka bukankah kita patut bersedia dengan membiasakan diri dengan kepahitan? Hehehe.
Dengan mengenali mereka juga mungkin akan membantu kita untuk merasakan yang kita ni tergolong dalam satu kelompok. Sebab perasaan tergolong dalam satu kelompok atau jemaah ini amatlah penting. Bila ada perasaan sebegini, barulah seseorang lebih jelas akan maksud hidupnya (walaupun dia salah paham dengan maksud itu) lantas akan melakukan sesuatu untuk mengubah hidupnya. Baru ada dorongan. Motivasi. Jika tidak, seseorang yang tiada pedoman akan membuang masanya sebagai manusia dengan hidup tanpa pengertian atau pegangan dan ini merendahkan martabatnya kepada martabat hewan yang makan, berak, tidur dan membiak. Mungkin ini sebab kenapa orang yang berjemaah dapat pergi lebih jauh berbanding orang yang persendirian. Tapi ini lain halnya untuk orang yang pergi kepada Allah. Mereka takbely ditakrif dengan skal sebegini sebab mereka dah masuk skal yang lain dan kami taknak citer pasal itu kali ini.
Yang aku nak tau sangat kalau terjumpa dengan kembar-kembar aku tu adalah, apakah perasaan mereka terhadap Allah pada saat ini. Aku nak tau bagaimanakah keadaan iman mereka. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Adakah 1432 ini lebih baik dari 1430 yang lalu? Diorang ada idea tak what the heck is going on with ME lately?
Seriesly, aku nak cari diorang ni....Tapi aku malas. Dan aku pura-pura bizi. So, aku tunggulah sampai nanti...
Wednesday, February 23, 2011
Interview dengan Wali (Atan Dan Abu)
"Aku pun tak tau apa yang Allah sedang lakukan sekarang ni" mula brader bus stand dengan muka seriesnya. Aku terhenti dari menaip di laptop. Aku berpaling memandangnya. Brader tertunduk memandang lantai.
"Haritu, masa kami ambik misi tu, kami ingat kami membantu" kata brader lagi. Aku makin dah tak paham ni. Bukankah misi kat Mesir tu berjaya? Kerajaan Mubarak dah ditumbangkan?
"Bukankah misi abang nak menumbang kerajaan yang tak amanah tu berjaya?" tanyaku sambil menyerieskan keningku. Dah lama aku tak berkerut camni sepanjang diorang takde sejak 3 minggu lepas. Melepak dengan Atan dan Abu, hmmmhh..jangan haraplah aku nak terpikir pasal masalah Islam global. Balikbalik dengar diorang bertekak. Balikbalik dengar Abu berkaraoke lagu Muniff Hijjaz dengan Abu. Lately diorang tengah gila lagu Maher Zain yang versi Melayu tu. Yang 'ada jalannya' tu...
"Memang. Tapi kau tengoklah apa yang jadi kat Mesir sekarang. Huruhara macam kat Iraq, Afghanistan. Isu Palestin pun nampak cam tak bergerak secara signifikan pun" sambung brader. Aku masih berkerut sebab aku pun tak ambik tau sangat dengan perkembangan kat Mesir sejak Hosni dah tumbang. Yang aku tau, api rusuhan itu dah merebak ke seluruh dunia Arab.
"Memang nampak macam dunia Arab ni mudah sangat nak dipengaruhi" kataku. Aku pun turut tertunduk memandang lantai yang ditenung jauh oleh brader sejak tadi. Malaikat-malaikat, lalu dihadapan kami.
"Sekarang ni, golongan pemuda Islam semuanya lebih cenderung nak merusuh daripada nak berusaha. Kalau dulu mereka lebih taat kepada waktu solat, kini semuanya boleh dipersoalkan..."
"Kalau dulu pengharapan dan yakin mereka terhadap Allah itu lebih tinggi berbanding sekarang di mana yakin mereka sudah berubah ke FB dan connectivity"
"Kalau dulu mereka lebih Islam, kini mereka lebih lancang. Akhlak umpama telah hilang" kata brader sambil memicit kawasan antra dua keningnya. Nampak macam beliau rasa bersalah dan bersedih. Aku rasa bersalah pulak melayan perasaan beliau.
Kelihatan Atan dan Abu baru sampai dan mereka naik ke serambi rumah brader. Setelah bersalam-salam, Atan dan Abu mengambil tempat duduk mereka.
"Apa cer?" tanya Abu. Aku memuncungkan bibir ke arah brader bus stand yang masih kelihatan terganggu dengan keadaan di dunia Arab.
"Apahal ni, brader? Sebulan berpisah, ni baru berjumpa, dahhh buat muka ketat. Brader gaduh dengan abang karkun ke? Misi tak berjaya ke? Abang Ali mana?" tanya Atan pula bertubi-tubi.
"Tak. Semua OK. Korang doklah kejap. Aku gi dapur bawak gelas" kata brader bus stand. Beliau bangun dan masuk ke dalam rumah menuju ke dapur. Kelihatan langsir di selak-selak.
"Apahal tu wan?" tanya Atan padaku.
"Dia risau yang misi mereka di mesir tu hanya memburukkan lagi keadaan" kataku. Aku sambung menaip di laptop. Abu dah rapat dengan aku sambil menyorongkan pen drive nya.
"Tolong update blog!" kata Abu. Dia menyorong-nyorongkan lagi pen drivenya ke laptop aku.
"Kau citer apa kali ni?" tanyaku. Aku memusingkan laptop ke arahnya. Kelihatan lampu berukben berkelip-kelip.
"Cerita anti-kerajaan la, macam beser" jawab Abu melawak. Dia menyucuk pendrivenya.
"Apsal kau nak anti-kerajaan?" tanyaku menduga.
"Ntah. Stupidity sells? Naikkan trafik maaa" jawab Abu pendek. Dia terus merampas kerajaan laptopku secara total. Lepas tu Atan pulak kacau dia dengan pendrive dia. Atan pun nak update blog dia jugak. Dan lepas tu diorang berguling-guling memekak kat serambi rumah brader ni berebutkan laptop aku. Dah tua pun masih perangai cam budakbudak lagi.
Aku pun dah lupa aku kat mana tadi...
Tuesday, February 22, 2011
Pulang juga akhirnya
Akhirnya aku sampai juga
Di pintu kereta
Maka akan kumulakan perjalanan
Untuk balik kerja
Semalam cam hamba,
Harini cam machai.
Kerja ngan orang,
Kengkadang memang cam cibai.
Menoleh ke belakang memandang kilang
Aku benci tempat tu, tapi apakan daya,
Aku punyai banyak hutang...
Tapi takper, dah nak balik dah ni
Jumpa anak, jumpa bini, akhirnya dapat juga aku mandi.
Malam ni nak tido awal, besok aku nak bangun pagi
Tapi aku rasa cam tak boleh
Sebab Supernatural ada malam ni.
Hehehe
Pulang juga akhirnya
Akhirnya aku sampai juga
Di pintu kereta
Maka akan kumulakan perjalanan
Untuk balik kerja
Semalam cam hamba,
Harini cam machai.
Kerja ngan orang,
Kengkadang memang cam cibai.
Menoleh ke belakang memandang kilang
Aku benci tempat tu, tapi apakan daya,
Aku punyai banyak hutang...
Tapi takper, dah nak balik dah ni
Jumpa anak, jumpa bini, akhirnya dapat juga aku mandi.
Malam ni nak tido awal, besok aku nak bangun pagi
Tapi aku rasa cam tak boleh
Sebab Supernatural ada malam ni.
Hehehe
Jalan-Jalan Cari Makan!
Aku nak puji sebab cerita Jalan-Jalan Cari Makan dah ganti pengacara. Kalau dulu puas aku menahan bisikan setan tiap kali melihat rambut Serina atau tatkala beliau menyuap makanan pakai tangan kiri, kini tengahari Ahadku lebih tenteram dengan kehadiran Qushairi OAG. Mamat ni dulu aku kenal masa cerita destinasi budget. Dengar cerita dia ni balak Yuna.
Pepehal pun, aku harap Chee akan lebih menjaga budaya dan adab ketimuran dengan makan pakai tangan kanan. Lagi satu, sebagai menyahut seruan Jakim, disarankan agar kedai yang JJCM terjah tu, check sekali status sijil Halal.
Clock kan juga timing yang diorang nak ambik untuk sediakan meal tu dari order hingga ke hidang. Takdelah time korang datang, diorang display baek. Bila kitorang datang, servis cam hampeh!
Chee juga disarankan agar menjaga imejnya. Walaupun dia budak underground, tak bermakna dia bley pergi mana-mana pakai seluar pendek (cam dalam cerita Destinasi budget dulu). Kalau Yuna boleh jaga aurat, takkan Chee tak boleh? Marilah kita berubah sempena Maulidur Rasul ni...
Itu jelah kot. Tulis pepanjang pun macamlah diorang baca. Balik-balik Mazidul jer yang datang. Mentang-mentanglah aku pandai cakap Mandailing...
Labels:
Isu Semasa,
RTM3
Selasa yang Lewat
Bangun! Bangun! Hari dah tinggi
Tak pergi kerja ke? Dah pukul berapa, ni?
Tu lah, malam tadi internet tak ingat mati
Silap-silap ni kang, ada yang gi keja tak mandi
Dah-Dah-Dah
Jangan dok termenung lagi
Hidupkan PC, log in dan sambung kerja kembali
Gerakkan otak, panaskan enjin, bancuhlah kopi
Kerja takkan bergerak jika asyik meng-update FB
Siap satu, datangnya sepuluh,
Pagi tadi OK lagi, by tengahari dah mengeluh
Lunch kat luar, nak ambik angin kasi kering peluh
Sebab petang ni kang ni,
Silap gaya mau aku balik pukul sepuluh.
Aduhhh!!!
(dahlah tak mandi!)
Monday, February 21, 2011
Atan dan Abu (Masuk kandang kambing, mengembek?)
Di curi dari sini |
"Bang, camana kita nak approach orang masa kita buat random?" tanya Atan. Abu kat sebelah merenung muka Abang karkun dengan muka berminat. Maklumlah, ni first time diorang kena buat random dengan cuma mereka berdua. Biasanya ada aku dan akulah yang biasanya approach orang. Diorang ni biasanya jadi tukang tokok tambah jer.
Kalini, diorang yang kena approach orang...Hehehe
"Kita kena ikut rentak mereka. Kita kan masuk ke dalam ruang peribadi dia..." mula abang karkun. Aku pun memasang telinga walaupun aku pernah tanya benda yang sama kat abang karkun satu masa dulu...
"Kalau mereka ni budak muda, kita pakai style budak muda. Kalau mereka orang tua, kita hormati mereka" sambung abang karkun lagi.
"Tu tau. Tapi kengkadang tu orang tu agak ganas melayan kita lah bangg" kata Abu yang memang terkenal dengan barannya.
"Dengan orang camtu, kita mintak maaf sebab mengganggu dia dan beredar" kata abang karkun.
"Tapi tak nampak cam tabligh penakut ke nantik?" tanya Abu yang tak suka perkataan penakut itu dikaitkan dengannya.
"Kita jumpa dia bukan nak bergaduh atau apa. Kita nak sampaikan ajer. Dan kita sampaikan kepada yang nak mendengar. Tu sebab ucap mula lepas salam ialah mintak sedikit dari masa dia. Cam salesman buat tu. Kalau dia tak minat, no heart feeling. Kita move on to the next customer" kata abang karkun cuba melawak sebab Atan dan Abu kelihatan begitu serius. Tak pernah diorang serius dalam hal tabligh semacam ini. Mana diorang nak pergi random, ni
"OK. Kalau dia tanya soalan pelik-pelik macam makrifat hakikat tu, camana?" tanya Atan pulak.
"Tang tu, korang pelawa diorang datang masjid untuk membincangkan perkara itu secar ilmiah. Lagipun, itu ilmu tinggi. Kita bukan nak cerita pasal tu..." jawab abang karkun.
"Kalau dia taknak pegi masjid?" tanya Abu spontan.
"Kita move on to the next customer" kata Atan dan abang karkun serenak. Mereka semua tersenyum.
"Sebenarnya, bila orang yang kita jumpa tu series, kita series. Bila orang yang kita jumpa tu melawak, kita pun melawak. Tapi apa saja yang kita buat, kita mesti sentiasa cuba bawakan fikiran mereka dari dunia yang sempit ke akhirat yang luas. Kalau dia berhujah, kita tengok hujah dia jenis apa. Kalau hujah jenis AlQuran hadis, kita diam dan dengar. Jangan lawan ayat Al-Quran dengan ayat Al Quran! Kalau hujah jenis akal, kita lawan dengan hujah akal, camtulah" kata abang karkun.
"So, kalau nak panjangkan cerita dengan orang tu, maka kita kenalah banyak hujah dan banyak ilmu, ye tak?" tanya Abu.
"Ye. Tu sebab harihari kita dengar hadis melalui taklim dan muzzakarah adab di rumah" explain abang karkun. Atan dan Abu dah muka cam puas hati. Mereka terdiam cuba menghadamkan info yang abang karkun download pada mereka.
"Dan untuk lebih berkesankan lagi segala apa yang kita dengar tu, kita kenalah belajar cakap apa yang kita dengar tu. Itulah 2jam setengah. Betul tak bang?" kataku menyambung nak tunjuk otai kat budak dua ekor ni. Hehehe. Cam bagus lak rasanya..Hins-Hins.
"Lebih kurangla" jawab abang karkun macam tak berminat dengan remark aku. Cheisss!!
P/s: Mungkin berkat takwa si Atan dan Abu yang bertanya abang karkun pasal benda ni agaknya, petang tu diorang berjaya membawa 12 orang (pakcik, abang dan budak muda) datang join buat ghash. Pergh!!! I mean, Subhanallah!
sajak mula minggu
Bermulalah sudah si hari isnin
Tamatlah sudah sessi main-main
Yang tinggal kini cumalah tensen
Dari hell (tempat kerja) sampailah ke heben (rumahku syurgaku)
Walau muka nampak cam ok-ok jer
Keadaan di hujung bulan, jangan disangka tiada buaya
Bulan nak kembali sabit, orang sensitif giler
Yang sebenarnya saiko sebab semua duit dah takder.
Bil tertangguh pun banyak nak dibayar ni
Walaupun minggu depan akan dapat gaji
Belum sampai ke tangan, duit bakal habis masuk ke poket ceti
Itupun kalau dapat mengelak dari TERhabis dijoli
Kerja pulak banyak yang tertangguh
Sebab haritu sibuk nak bercuti ngalahkan Mr Goh
Kini tensen tahap sawan babi
Semua nak kena siap by Jumaat sebab bos nakgi oversea
Maka kembalilah kita ke takuk lama
Macam biasabiasa, seperti tahun tahun terdahulu juga
Walau dah berkali kata nak berubah suasana,
Pi mai tang tu la jugak nampak gamaknya.
Itulah hakikat kehidupan duniawi
Andai diberi muka, akan tertelanlah hati,
Sepatutnya kita dah lebih dewasa
Mengusahakan yang kekal daripada yang sementara
Di dalam kesempatan di hari Isnin ni,
Marilah kita tarik nafas dalam-dalam;
Dan bersyukur ke hadrat Ilahi
Moga esok lebih baik dari hari ini...
Sunday, February 20, 2011
Beruntungnya ummat akhir zaman
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana di zaman kita, ajaran dalam pengayaan spiritualiti (agama) itu telah lengkap. Buku panduan juga dijamin takkan diselewengkan. Tak macam Yahudi dan Nasrani (manusia) yang masih menipu diri sendiri dan orang lain dengan cuba menegakkan buku yang telah obsolete (obsolete bukan sebab Allah perbetulkan ayat Nya sendiri, tapi sebab buku-buku tu dah dimodify oleh manusia sampai dah lari mesej asalnya). Bukankah Allah itu Maha Mengasihani dengan menurunkan buku yang baru dan yang terjamin originalitinya?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana kita tak dilahirkan bukan dalam zaman ini. Jika kita dilahirkan bukan dalam akhir zaman, maknanya kita ni kena pergi area tempat kaum Yahudi yang paling screw-up sekali dan cari Nabi akhir zaman kat situ. Macam yang Salman Al-Farisi buat. Dan kalau kita dapat jumpa pun dengan nabi tersebut, agak-agaknya kita boleh survive ke dengan keadaan maksiat dan kejahilan yang berleluasa pada zaman tersebut? Zaman Nabi Luth a.s contohnya. Atau zaman Nabi Musa a.s ke? Sibbaik lahir zaman ummat Muhammad SAW. Takyah gi Madinah pun kita dapat Islam. Bukankah Allah itu Maha Luas rahmatNya?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana nabi yang diturunkan adalah milik semua dan bukan milik sesuatu kaum seperti nabi sebelumnya. Maka ini memudahkan kita yang dari bangsa ajami ni untuk relate dengan kisah Baginda SAW dan bernaung di bawah panji Baginda. Takdelah orang Arab nak kerek lebihlebih cam orang Yahudi. Bukankah Allah itu Maha Adil?
Beruntungnya ummat akhir zaman, kita boleh mempelajari spritualiti kita dengan mudah dari Tok Sheikh, ustaz atau penceramah bebas yang semakin ramai dewasa ini. Terletak kat kita jer kita nak master bab mana. Dari bab tauhid, sampailah ke sistem perbankan Islam, semua ada ahlinya dan takyah kita nak meredah rusuhan kat Mesir nak ke Universiti Al-Azhar nak jumpa ahli yang bersanad mursyid. Allah telah jadikan Islam (agama yakni pengayaan spiritualiti) itu tersangat mudah untuk kita. Bukankah Allah Maha Bijaksana?
Beruntungnya ummat akhir zaman dimana mereka boleh tweet direct kat Allah bila ada masalah, tak macam ummat zaman dulu yang kena MELALUI nabi mereka kalau nak cakap apa-apa kat tuhan. Ummat akhir zaman hanya perlu maintain subscription (dengan jaga solat fardhu 5 waktu) untuk dapatkan kelebihan ini. Dan mereka boleh rapatkan hubungan dengan main tweet-tweet dengan Allah masa semua orang dah tido. Kengkadang Allah @mention kita tapi maklumlah, dia follow kita balik pun kira OK. Maklumlah, follower Allah kan berbilion-bilion? Kita ni sapa? hehe. Ni tamsilan ajer...Maha Suci Allah dari apa yang kita fikirkan tentang Dia.
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana dikatakan akan dihisab dulu sebelum ummat Nabi-Nabi lain. Takdelah lama sangat dok kat mahsyar. Sehari kat mahsyar sama jer cam berjuta hari kat mahsyar. Sapa masuk dulu kemudian tu jadi tak penting bila soalan selamat ke idak dari neraka itu masih belum terjawab. Lagipun umur ummat akhir zaman pendek-pendek. Cepat sikit habis kira semua orang. Bukankah Allah itu Maha Penyayang?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana semua orang kenal siapa Allah. Sekarang terserahlah kepada kita samada nak mencintai Nya atau berpaling dari Nya...
Saturday, February 19, 2011
Bila papa pakai seluar pendek kat Giant...
Sentiasalah menjaga penampilan diri tak kira di mana anda berada |
Bila kita tengok kemungkaran di depan mata, apa yang kita buat? Apakah yang kita rasa? Atau adakah kita tak rasa apa-apa? Lebih menyedihkan lagi jika kita mensyiarkan sokongan kita terhadapnya pula. Tapi persoalannya, bagaimana harus kita MELIHAT sebuah kemungkaran itu? Kita ambil contoh paling simple: katakan pakcik yang beratur depan kita kat kaunter beli belah ni ialah seorang Melayu yang berseluar pendek. Dan kita pun takde pilihan lain selain beratur di belakangnya sambil cover-cover tak nampak pangkal spender dia bila dia membongkok dan betulkan barang dalam troli dia.
Pertentangan mata yang pertama, kita senyum seikhlas yang boleh padanya. Ini ialah hak dia. Bagi salam kalau boleh tapi dalam nada yang mesra dan satuMalaysia. Tengok respon dia. Kalau dia jawab dengan OK, cantek. Kalau dia bengis dan menoleh, lagi cantek. Sebab takyah layan dia lagi dah.
Bila dia layan kita, mulakan dengan soalan bodoh macam: "Banyak abang shopping?" atau "Nak kenduri ke?" atau kalau dia tengah congak barang barang dia, kita cakap "saya ada sabun lebih kalau abang tak cukup"...Kasi dia ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. Kalau dia layan, kita teruskan. Kalau dia bolayan, lagi cantekkkk.
Kemudian NIATkan dalam hati yang kita mahu menegur perbuatan mungkarnya. Kita menegur sebab takut ini adalah ujian keimanan Allah terhadap kita. Kita takbley lepas peluang untuk berjaya. Tapi sebab kita nipun lemah, maka kita cakaplah sesuatu yang relevan dengan teguran yang nak disampaikan, mengikut kreativiti kita:
"Maafkan saya, tapi...abang ni, seksi-lah"
atau
"Abang ni rupa, macaaaam adik bongsu saya"
atau
"Mesir dah berubah, Malaysia bila lagi agaknya?"
...ikut keberanianlah. Kalau tak berani tegur, dah cukup teguran lisan dengan memberi salam tadi, sebenarnya...hehehe. Tapi niat tu kena betul. Kalau tidak, tak dapat pahala. Silap aribulan, pakcik tu masuk kanan, kita pulak yang masuk kiri sebab kerek semasa menegur...
Walaupun cadangan yang diberikan di atas agak tak masuk akal, mesej pentingnya di sini ialah:
1) untuk kita lebih sensitif terhadap kemungkaran,
2) ada rasa tanggungjawab dan mula ambil langkah proaktif dalam nak memperbetulkan kemungkaran dan
3) mengingatkan bahawa niat itu lebih penting daripada perkataan yang digunakan dalam menegur tu.
4) Menggalakkan semua untuk dapat tahap iman "menegur dengan lisan" daripada asyik dok di takuk " diam, benci dan doa" ajer...
5) Men-sound mereka yang masih atau yang berminat dengan budaya berseluar pendek (macam orang Arab kat KLCC tu). Berubahlah sebelum terlambat.
6) Peringatan kepada aku kalau aku screw-up satu hari nantik dan pakai seluar pendek jugak.
Wallahualam...
Labels:
Isu Semasa
Friday, February 18, 2011
Kita, Mug dan Realiti (Azan; Iblis vs Manusia)
baca dari mula....
Jadi, adakah maknanya setan akan melarikan diri dari timur ke barat setiap hari, mengikut kemaraan kekumandangan azan? Benar. Dan inilah senjata utama orang Islam dalam mengawal kemaraan tentera Iblis dari mempengaruhi manusia. Sebab kalau nak harapkan bacaan ayatul Kursi kita yang compang camping ni, setan buat pakat gelak jer. Kalau nak harap kat zikir atau air zaffaran dari Tok Guru nak halau jin dalam badan budak ni, diorang ambik azimat tu dan teguk macam minum air sejuk jer, depan kita. Azan, on the other hand, kau sekadar niat jer nak azan, maka menjadilah majiknya. Tak kisahlah kau sebut "Asyhadu-anla..." ke atau "Asyhadu-Alla..." ke. Dan kau tengok bertempiaranlah mereka lari bila sebut "Haiya 'allassolahhh" tu...
Selepas azan Maghrib setiap hari, tentera Iblis berpangkat besar akan keluar turun padang. Mereka akan check anak buah mereka (setan berpangkat bawah sikit dari mereka) yang supervise aktiviti persetanan diwaktu siang hari. Bila semua KPI nampak OK, barulah mereka akan bergerak menyelesaikan projek-projek besar mereka macam menyesatkan si abid atau memperdayakan si alim. Bagi mereka yang mungkar dan munafik cam kita ni, diorang hantar RTM3, Asstru dan makan minum jer nak sakat kita. Bagi yang power sikit, mereka waswaskan atau larikan niat. Bagi yang dah memang kapir, mereka hanya perlu sustain. Dan semua aktiviti ini mereka lakukan pada malam hari. Bagi yang 50/50, mereka tidurkan cepat-cepat. Sebab tidur ni, dia macam makan dan seks. Lagi banyak kita buat, lagi banyak kita nak. Dan makin pemalas jadinya. Kat situlah tricknya. Bila manusia dah malas, mereka akan terdedah kepada kekecewaan. Bila kecewa, mereka akan tuding tuhan. Mereka akan berprasangka dengan tuhan. Dan pintu rahmat pun tertutup. Dan manusia sebegini boleh dipersesatkan mengikut kreativiti mereka...
Bila dah time-time nak Subuh, tentera setan akan makin ligat. Diorang tak macam manusia yang bekerja makin slow bila menghampiri waktu balik kerja. Diorang makin ligat dan bekerja dengan lebih stratejik. Secara umumnya, semua orang akan diperdaya untuk tidur. Tidur pulak dalam keadaan mungkar macam tidur dalam junub, tidur dalam hadas, tidur tak tutup aurat, atau paling dahsyat: tidur tak mengucap. Yang berjaga akan dihanyutkan agar tak ingat langsung kat Allah (buat entry blog misalnya) dan sehingga boleh mendinasorkan Subuh. Paling diorang bagi penekanan ialah orang yang beribadat kepada Allah. Bagi yang berhajat, mereka akan dihembuskan dengan api harap dan prasangka. Bagi yang baru nak belajar ikhlas, niat mereka pula yang akan dilarikan sebelum mereka disesatkan. Macam-macam lagilah.
Bila azan Subuh berkumandang, mereka akan bertempiaran menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam lubang tandas. Mereka akan lepak situ sampai azan habis. Bila azan habis, diorang akan keluar balik sambung kerja. Biasanya yang sambung balik ialah batch baru sebab batch yang sebelumnya dah luka-luka sebab terbakar dek azan tadi.
Dan inilah kerja mereka setiap hari. Dan tentera ini menyesatkan bukan di kalangan manusia saja, bahkan dari kalangan jin juga (kerana Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk manusia dan jin). Kerja mereka ini adalah sistematik, bermesyuarat dan menyeluruh. Dari awal kejadian manusia (masa manusia berjimak) sampailah ke saat kematian. Mereka juga ada kelebihan knowledge retainment sebab Iblis takkan mati sampai kiamat, berlainan dengan kita di mana otai yang berpengalaman dan sombong tu akan mampos dan bawak sekali segala ilmu kependakwahan dia masuk dalam kubur. Yang tinggal hanyalah kita yang baru nak belajar-belajar dan memandai-mandai ni tanpa guidance. Tambahan pula, lagi otai orang tu dalam imannya, makin dia menjadi seorang pendiam. Nak kena angkat tangan dan tanya setiap kali. Banyak tanya kang kena chop yahudi pulak. Nampak tak? Betapa mencabarnya nak jadi pejuang?
Jadi, dari sini kita dah boleh agak kerajaan Iblis tu kat mana. Biasanya kerajaan tu terletak kat kawasan yang tidak dijamah dek azan. Tempat faveret adalah sama ada laut atau padang pasir. Tapi sebab diorang juga benci dengan matahari sebab matahari mengingatkan mereka akan tempat kembali mereka (neraka), maka laut bunyi macam lebih relevan. Tambahan pula, pasir adalah simbolik kepada kewujudan manusia dan tentu Iblis yang ego tu taknak ada kena mengena dengan pasir.
Mesej kali ini bukanlah pasal si Iblis atau tentera-tenteranya. Mesej kalini ialah pendedahan kepada tersusun dan sistematiknya kerja musuh kita ni. Mesej kalini ialah agar yang kita yang dalam perjuangan ini (lebihlebih lagi yang) tua melayan yang muda dengan kasih sayang. Yang muda ni dah sah-sah memang terpengaruh dengan nafsu dan JOSH yang membara. Tertakluk kepada yang otailah nak menegur mereka dengan hikmah dan bijaksana agar yang keras tak patah, yang rapuh tak berderai. Hidayah itu milik Allah dan bukan semua orang yang terpilih untuk bekerja direct untuk Allah. Dan orang yang telah dipilih inilah yang kita kena jaga dan asuh mereka agar mereka jadi lebih hebat dan berkesan dari kita. Janganlah berprasangka atau memandang rendah terhadap mereka. Sebab kita kena ingat, MUSUH itu bukanlah mereka, atau orang yang akan kita khususi atau randomi sebentar lagi.
Musuh sebenar itu ada dalam diri kita sendiri!
Kita, Mug dan Realiti (Azan; Senjata muslim terakhir)
Semua orang tahu, azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat fardhu bagi satu-satu kawasan. Dan semua orang juga tahu bahawa masuknya waktu solat fardhu, ditentukan menurut kedudukan matahari untuk kawasan tersebut. Solat Subuh sebelum matahari keluar dari ufuk timur, solat Zuhur semasa matahari gelincir sedikit dari tengah langit, Asar pula sebelum matahari nak terbenam, Maghrib setelah terbenam, dan Isya sebagai pengabdian di waktu malam.
Kemudian semua orang tahu bahawa bumi berputar dari timur ke barat. Maknanya matahari mula kelihatan dari ufuk paling timur sekali di bumi ini. Jika dari takrif persempadanan dan lokaliti manusia moden, Jepunlah negara pertama yang disirami matahari pada setiap hari. Maknanya azan untuk hari itu pertama sekali berkumandang di Jepun. Ia kemudian diikuti oleh negara jirannya. Maknanya azan bergerak dari timur ke barat.
Bila azan dikumandangkan, setan akan lari. Dikatakan setan yang bertempiaran masa dengar azan, mereka akan lari sambil terkencing-kencing dan terberak-berak menuju ke pengkalan berhampiran iaitu tandas manusia. Pengikut Iblis, memang ditune agar benci dengan azan. Azan ialah seruan mendirikan solat. Seruan mengajak manusia kepada Allah. Dan ia adalah bertentangan dengan perjuangan Iblis yang mengajak manusia jauh dari Allah.
1) Adakah anda melarikan diri semasa terdengar seruan azan dengan menukar channel/radio atau mempekakkan telinga dengan buat tak tau?
2) Jadi, mulai hari ini, kuatkan volume TV atau radio anda bila azan dikumandangkan. Tapi tolonglah lakukan dengan akhlak dan jangan sehingga mengganggu ketenteraman awam.
3) Ajarkan anak-anak kecil kita agar conscious dengan kewujudan azan. Ajarkan mereka menghormati azan dengan MENDENGAR seruan tersebut (DIAM) dan membaca doa selepas azan (PENTING!). Ajarkan juga terjemahan setiap kalimah dalam azan tu dan apa tafsirnya. Kalau tak tau, SILA TANYA ustaz!
4) Sebagai orang Islam, kita kena sensitif dengan waktu solat. Kena tau waktu solat hingga ke saat yang tepat. Harini Asar pukul berapa? Isya' masuk pukul berapa? Lepas tu, barulah kita akan menghargai waktu syuruk, imsak, dhuha, 2/3 malam dan sebagainya. Kita mulakan budaya ini dengan bertanyakan "dah solat?" selepas kita bagi salam setiap kali bertemu dengan rakan semuslim yang lain. Jadikan ini sebagai satu kebiasaan. Ni balik-balik "dah makan?" atau "keja dah siap?" atau anda tahulah sendiri...
bersambung lagi weyhhhh...
Thursday, February 17, 2011
Dah Jumaat dah? (sekali lagi)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Sampai jugak kita ke hari Jumaat.
Aiseh, harini ke KIAMAT?
Report dah hantar?
Hutang dah bayar?
Stok dah order?
Hujung minggu nantik ofis semua takder.
Rilek...
Kita baca Yasin dulu.
Lepas Subuh besok, kita baca Tasbih Fatimah
Insya Allah
Allah Permudah....
Kita, Mug dan Realiti (Azan; Kenapa Tak Azan?)
Antara ramai-ramai orang yang bersolat jemaah dalam masjid tu, sapakah punya pahala yang paling banyak?
Tok Imam?
Makmum?
Siak?
Atau takde sorang pun yang dapat pahala?
Kenapa tanya soalan ghaib camni? Sebab orang yang bijak, dia buat kerja sikit tapi nak dapat ganjaran banyak...Hehehehe...
Pahala Tok Imam memang banyak. Tapi ia berisiko untuk menjadi dosa kiranya bacaan Tok Imam atau niat Tok Imam tak betul. Nak jadi Tok Imam pun kena ada kelayakan. Kelayakan terbaru ialah mesti pernah join Siri "Imam Muda" kalau umur kita ni baru cecah 20-an. Kalau tidak, yang dah kawin ajer yang boleh jadi imam. Ye ke? NI yang golongan muda rasa nak merusuh ni. Semua yang tua jer dapat. Yang muda dapat janda jer...eh? Nyimpang pulak...
Pahala Makmum memang banyak berbanding dengan tugas yang kena dilakukannya. Bacaan dia ditanggung oleh Imam tapi sebab pahala solat berjemaah tu besar gila pahalanya, dosa salah baca tu kira sebelah mata jer bila jadi makmum ni. Paling penting makmum kena ada usaha nak baca dengan baik. Itu jer. Itu bukanlah bermakna makmum bloeh solat main-main kat belakang. Memang dapat kain buruklah jawabnya...
Pahala Tok Siak memang banyak sebab dia yang bentang sejadah, kemas masjid, cuci tandas dan sebagainya. Tapi pahala yang dia dapat adalah jenis tempias. Bukan macam pahala solat berjemaah yang macam air terjun mencurah-curah.
Orang yang paling banyak pahalanya pada pandangan kami ialah Tok Bilal. Sebab dia azan. Azan ialah seruan untuk mendirikan solat. Dan sapa yang mengajak, dapat pahala amalan kebaikan yang dianjurkannya. Banyak, tu! Kalau sorang makmum dapat pahala solat berjemaah yang macam air mencurah tadi, bayangkan kalau ada satu saf? 3 orang pun dah penuh satu tangki! Tok Bilal yang bijak adalah Tok Bilal yang selain azan, dia juga ajak orang lain untuk berjemaah.
Maka di sini kita lihat, orang yang malu nak azan itu adalah orang yang jahil. Dan orang yang azan sebab nak menunjuk pulak adalah orang yang mangkuk.
Mesej kali ini ialah agar abang-abang sekalian, berebut-rebut nak azan bila masuk waktu solat. Anda boleh azan di masjid (rebut mic dari Tok Bilal!), di surau pejabat, atau di surau RnR di sekitar lebuhraya di Malaysia. Dulu kami ada ramai anggota nak pastikan setiap tempat sujud akan terkumandang azan. Tapi sebab sekarang semua orang dah lalai dengan benda lain yang lebih fun (macam menguatkuasakan syariat atau berjihad contohnya)
Ajarkan anak-anak kecil laki dan pompuan kita untuk azan. Biasakan mereka mengumandangkan azan di rumah atau dalam kereta atau di mana saja. Sentiasa tanya mereka dah solat ke belum selain dah makan atau dah siap kerja sekolah ke belum.
Dan artikel ini juga nak memujuk kepada mereka yang telah dan sedang istiqomah melaungkan azan di surau, musolla walhal di masjid tempat mereka tinggal, walaupun selama bertahun diorang azan ni, takde sorang pun yang datang. Teruskan! Jangan berhenti! Laungkan azan itu dengan bersungguh-sungguh. Dayukan "haiya 'alasolah" tu, semendayunya jiwa yang sedang bersedih kerana manusia diluar sana DENGAR dan TAHU tapi TAK MAHU TAAT. Sambung doa lepas azan dengan permintaan agar Allah bukakan hati mereka yang mendengar azan tadi. Jangan putus asa! Anda sedang melakukan satu perjuangan! Dan kadang-kadang, anda kena kretif dalam usaha anda. Jika nak cari duit anda boleh kreatif dan buat apa saja, masakan dalam bekerja untuk Allah anda main tadah tangan ajer? Gilagila sikit! Dan jangan bersedih! Rilek. Dunia nikan, gurauan? Tunggulah kiamat nantik dan kita akan dapati kitalah orang yang paling 'sejahtera' sekali...
bersambung....
Wednesday, February 16, 2011
Tabligh-Leak: Rahsia Brader Joe
Ada sorang brader tu aku dok perati dari mula aku join jemaah ni. Dia tido lambat, bangun tahadjud dan bila waktu Subuh, dialah bangun paling awal. Masa waktu siang, aku tengok dialah yang paling rajin. Masa tengahari antara Zuhur dan Asar, tak pernah aku tengok dia tido. Mesti dia sama ada buat random atau tolong orang khidmat. Tak letih ke dia ni? Aku pernah cuba ikut tahap gaban dia tu tapi lastlast amal infradi aku yang lari. Aku nak tau apa rahsia dia. Kolegen plus ke? Jus Tok Guru ke? Kopi Radix ke?
"Bang, saya tanya ni, abang jangan marah lak" mulaku.
"Eh..Selagi tak usik Allah dan Rasul, wa OK" jawab brader tu yang kami kenali sebagai Brader Joe ajer.
"Abang ni tak letih ke?" tanyaku. Jariku menekan butang record padda henfonku yang sengaja aku flashkan depan dia macam aku ni nak jawab sms ke apa...
"Eh...Letih jugak..." jawabnya sambil merendahkan pandangan.
"Saya tengok abang harihari tido lambat, bangun cepat. Tengahari tak tido. Abang tak letih ke?" tanyaku bertubi-tubi. Brader Joe senyum jer.
"Oh..Tu" jawabnya sambil tersenyum.
"Tang tu abang amalkan zikir" jawabnya. Yes! Kan betul aku cakap. Ni mesti ada amalan apa-apa ni..Akhirnya aku dapat satu amalan baru...
"Kongsi laaa" usulku sambil buat muka kiut (wekkk!!!)
"Senang jer dik. Sebelum tido, kita zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Insya Allah, Allah akan bangunkan kita pada waktu pagi tu dengan kekuatan dua orang hamba" katanya...
La? Zikir ni, jer? Fikirku pada masa tu..
(dialog di atas berlaku 4 tahun lepas)
p/s: Sejak aku mengamalkan zikir ini, dah dekat 2 tahun dah aku cuma tido 2-3 jam jer sehari (kecuali hujung minggu atau sakit)
Tuesday, February 15, 2011
Mari Kenal Rasul Kita Fakta#9
GURAU DAN SENDA RASULULLAH
Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan kanak-kanak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada baginda lalu berkata,
"Wahai Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
--------------------------------------------------
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
---------------------------
Seorang perempuan tua berkata kepada Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh.
Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
dicuri dari: http://assyababuljaaby.blogspot.com
Mari Kenal Rasul Kita Fakta#8
Fakta#8
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Mari Kenal Rasul Kita Fakta#7
Fakta#7
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
Subscribe to:
Posts (Atom)