Wednesday, February 16, 2011

Tabligh-Leak: Rahsia Brader Joe



Ada sorang brader tu aku dok perati dari mula aku join jemaah ni. Dia tido lambat, bangun tahadjud dan bila waktu Subuh, dialah bangun paling awal. Masa waktu siang, aku tengok dialah yang paling rajin. Masa tengahari antara Zuhur dan Asar, tak pernah aku tengok dia tido. Mesti dia sama ada buat random atau tolong orang khidmat. Tak letih ke dia ni? Aku pernah cuba ikut tahap gaban dia tu tapi lastlast amal infradi aku yang lari. Aku nak tau apa rahsia dia. Kolegen plus ke? Jus Tok Guru ke? Kopi Radix ke?


"Bang, saya tanya ni, abang jangan marah lak" mulaku.
"Eh..Selagi tak usik Allah dan Rasul, wa OK" jawab brader tu yang kami kenali sebagai Brader Joe ajer.


"Abang ni tak letih ke?" tanyaku. Jariku menekan butang record padda henfonku yang sengaja aku flashkan depan dia macam aku ni nak jawab sms ke apa...


"Eh...Letih jugak..." jawabnya sambil merendahkan pandangan.
"Saya tengok abang harihari tido lambat, bangun cepat. Tengahari tak tido. Abang tak letih ke?" tanyaku bertubi-tubi. Brader Joe senyum jer.


"Oh..Tu" jawabnya sambil tersenyum.

"Tang tu abang amalkan zikir" jawabnya. Yes! Kan betul aku cakap. Ni mesti ada amalan apa-apa ni..Akhirnya aku dapat satu amalan baru...


"Kongsi laaa" usulku sambil buat muka kiut (wekkk!!!)


"Senang jer dik. Sebelum tido, kita zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Insya Allah, Allah akan bangunkan kita pada waktu pagi tu dengan kekuatan dua orang hamba" katanya...

La? Zikir ni, jer? Fikirku pada masa tu..




(dialog di atas berlaku 4 tahun lepas)

p/s: Sejak aku mengamalkan zikir ini, dah dekat 2 tahun dah aku cuma tido 2-3 jam jer sehari (kecuali hujung minggu atau sakit)

10 comments:

Penglipur Lara said...

terima kasih!

Khairul Antasha said...

salam.. sy ada amalkan zikir ni.. tp tak tau la khasiat dia mcm tu...terima kasih... :)

~* chirpy_chummy *~ said...

owh...thnx. bley try amalkan ni.

fyna said...

gud info......





jom singgah n follow2 belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Irwan said...

no, thanks to Allah....



tapi warning: side effect amalan ni bukan lah bermakna kita ni bley tak tido cam aku. Ia berguna bila kita busy. maklumlah. kenduri lagi, projek lagi, kehendak batin lagi, kikiki...

Irwan said...

eh? biar benarrrr? takkan korang tak tau kot?

Dark Half said...

biasa kalau ikut solat jemaah buat ikut kiraan cam brader joe ckp tu..tp kat umah aku short-cut..huhu...x menjadi la agaknya kalau x cukup syarat

Kemm said...

terima kasih.. nk cuba amalkan jugak..

King Of Single said...

tq bro..

buat semua ibadat kene ikhlas..insyaALLAH pasti dibantu ALLAH

D Yatie said...

terima kasih. :) InsyaAllah akan diamalkan.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails