Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun


Malaysia,
Kau berharga padaku kerana di sini ada ibu dan bapaku
Dan di sini jugalah aku mengenali Dia.
walaupun dalam hal kedua-duanya,
Selalunya membuatkan aku,
tertunduk malu

Malaysia,
Aku tak tau apa yang telah berlaku.
Aku tak paham apa yang sedang berlaku.
Namun yang pasti,
aku tak suka apa yang bakal berlaku.
Jika aku tak buat sesuatu

Malaysia,
Di hari lahirmu,
penghunimu buat taktau.
Sedangkan tanpa hari ini pastinya kehidupan mereka tak sama.
Jika mereka masih di India, China atau di seberang sana.

Malaysia,
Maafkan kami.
Kami yang sepatutnya menjaga kamu.
Kini kamu pula yang mendoakan kami.
Agar bersatu.

Malaysia,
Aku harap hubungan kita akan berkekalan.
Kerana ku janji,
Kau akan lebih dihargai;
Pada esok hari.

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 6)


Diorang hantar frontline diorang nak test kedalaman "air" di Malaysia...
 Aku bukanlah nak membuang masa korang dengan mengulang-ulang apa yang korang lebih tau dari aku. Cuma yang satu ni aku rasa korang terlalai sedikit. Askar-askar kelab ini sekarang sedang 'testing the water' dengan orang Melayu. Sebelum Illuminati keluar secara terbuka di Malaysia, mereka perlu pastikan bahawa puak majorti negara ini sudah berpecah dan takkan bergabung kembali, walhal dalam isu agama sekalipun. Buktinya, mereka menghantar budak-budak mencurah cat kat surau, lepas tu mintak maaf. Mereka masuk dalam tempat ibadat kita dan memijak tempat kita meletakkan kepala kita. Lepas tu mintak maaf. Dan orang Melayu mangkuk, terus berhujah. Yang x pakai hukum warak. Yang y pakai hukum syarak. Dah tu menghukum orang itu bodoh hukum, atau orang ini berkepentingan politik. Paling kelakar, blogger yang ketagih melihat jumlah visitor di blog mereka, tanpa pikir panjang terus mengadu domba. Yang jelasnya, Melayu dah takboleh disatukan lagi. Dari sebesarbesar kepala golongan x dan y ini, sehinggalah ke mamat atau minah intelek yang fikir mereka sedang melakukan sesuatu for the greater good. Dan keadaan ini umpama memberi lampu hijau kepada kelab yahudi ini untuk meneruskan fasa ketiga dalam menghuru-harakan Malaysia yang paling aktif membantu Palestin...


Kau nak tau apa fasa ketiga? Fasa ketiga ialah menyempitkan laluan orang Melayu ke Indonesia. Itu telah berlaku dan masih hangat lagi. Lepas tu, parti komponen BN kedua terbesar akan berpecah dan bergabung dengan parti lain (sebab nak kontrol Parlimen). Jangan salah faham. Aku tak kata parti komponen BN itu adalah hidden hands. Tapi mereka sebenarnya diguide oleh otai hidden hands ni yang berada di selatan Malaysia. Diorang pun taktau yang diorang ni tengah menjalankan agenda freemason. Backup plan diorang ialah dengan meramaikan lagi pengundi dikalangan orang dia. Memandangkan pompuan diorang takut beranak, dan kalau ye pun, paling awal diorang boleh naik ialah lagi 20 tahun, cara cepat ialah mengimport rahim yang aktif. Legally or illegally. Lepas tu, bagi kerakyatan kepada mereka. Selindungi kemasukan mereka dengan isu beri kerakyatan secara auto kepada orang tua. Bila orang tua ni mati, mykad diorang ni akan di turunkan ke generasi seterusnya. Apa susah? Semua data ada kat APCO apa? HAckers kat Taiwan pun berlambak sedang menganggur. Tu sebab korang tengok banyak GRO dijumpai di selatan dan utara Malaysia. setelah ditangkap, mana perginya mereka ni? Ohhh...kerja kat shopping kompleks rupanya...



Pendatang India, Melayu dan bangsa lain, kita boleh kenal dari muka dan bau badan mereka. Tapi pendatang yang berkulit kuning dan berambut rebonding ni, kita terlalai sikit bila dah terbau minyak wangi made in China dan terlihat paha-paha yang wow itu. Maklumlah, kitakan makan ayam. Ayam bertelur, kita menelur.

Jadi, apa yang kita nak buat? Kepada orang Malaysia, kibarkan Jalur Gemilang di mata mereka. Ingatlah untuk bersatu untuk mempertahankan negara ini jika ia diserang nantik. Bukannya lari ke Singapura atau Chennai.

Kepada orang Melayu: BERSATUlah. Tinggalkan UMNO dan PKR dan kuatkan PAS. Yang korang takut sangat dengan hudud apasal? Korang mencuri, ke? Kalau tak salah, apsal takut sangat? Kembalilah kepada Islam. Sekurang-kurangnya, janganlah bergaduh macam budakbudak. Gaduhlah macam orang yang boleh menguasai katakata. Korang ada nampak bangsa lain gaduh macam bangsa kita?. Ni tidakkk. Balik-balik berkokok. Balik balik menghukum. Yang kaya ialah TV3...

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 5)


Kemuncak kejayaan ahli kelab freemason setempat ialah bila berpecahnya penduduk majoriti sesebuah negara itu kepada beberapa bahagian dan dah takboleh dicantumkan lagi. Bila dah pecah, baru mudah nak perintah. Manusia ni pulak ada dua sifat utama: rohani dan jasmani. Spiritual dan Material. Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. Agama dan kehidupan. Bila manusia semakin ramai lebih percayakan manusia dari tuhannya. Sekularisme. Agama hanyalah dalam dewan masjid. Time kerja, kita kerja. Nak solat dhuha ke, hajat ke, buat kat rumah atau time lepas office hour (tang beramal pandai pulak ikut hukum, tapi time mengular atau berinternet, takpe pulak buat time kerja). Part ni, mereka dah berjaya. Macam aku cakap tadi, kat Malaysia, ada dua golongan utama. Golongan x, lebih tertumpu kepada politik dan kemajuan negara. Tapi golongan ini telah dipecah-pecahkan lagi semenjak zaman Tun Dr. Mahathir, thanks to Anwar. Tun Dr. yang nampak benda ni, telah menjatuhkan Anwar (yang kononnya nak mengakali kelab freemason untuk kebaikan Malaysia) dan menaikkan Tun Abdullah Badawi yang kewarak-warakan sedikit. Aku tak salahkan Tun Dr. Niatnya baik. Cuma Tun Abdullah yang TERLALU baik. Beliau ni lebih kepada sikap Abu Bakar r.a semasa bersama Baginda SAW. Apa yang Malaysia perlukan untuk mengalahkan kelab yahudi malaysia ini ialah orang yang macam Umar Al Khattab r.a atau Umar Abdul Aziz. Tapi dah takde calon, nak wat camner? Calon yang ada pun (Anwar) pada masa tu, terbawa-bawa pulak dengan sikap rebellious dan mentaliti 'aku betul, kau salah, maka kau kena mati berdarah'.

Dalam Freemason, cuma ada ritual biasa biasa. Dalam illuminati, diorang siap ada nyala2 lilin lagi
Golongan agama pulak, hidup dengan aman damai sebab orang Melayu Malaysia pada masa tu, masih berpegang kepada hukum WARAK (Baca INterview dengan Wali 3). Tambahan pula, kelab yahudi ni terlalu sibuk dengan aktiviti memecah belahkan golongan x sebab plan diorang tak semudah yang dirancangkan kerana tibatiba out of no where, golongan muda yang berkesedaran Islam pulak yang bangkit. Jadi makin naik lemaklah golongan Y. Golongan Y susah nak disangkal sebab diorang menggunakan hujah agama. Macam zaman gelap Kristian dulukala. Namun, ada juga beberapa cubaan menggugat golongan y dilakukan dari dalam dan luar Malaysia contohnya menyuntikkan fahaman Syiah dan Wahhabi, isu ajaran sesat dan paling kelakar: terorisme. Aku tengok, rancangan freemason sekarang ni makin terdesak sebab, lagi mereka usik Islam kat Malaysia, lagi menular pemahaman Islam dikalangan rakyat.

Untuk info pasal Freemason di Malaysia, sila ke : http://xazryx.blogspot.com atau nak lagi dahsyat: http://ibnuyaacob.com....

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 4)

Freemason: Malaysia Lodge
Sebetulnya, aku pun taktau nak mulakan artikel ni dari mana sebab semuanya telah di download secara rawak semasa guru brader bus stand menenung mata aku tadi. Namun, kefahaman itu datang dari Allah dan aku harap korang jangan salah faham. Kalau dah baca, sila komen, dan jadilah follower aku. Hahahaha. Aku pun ada hidden ends...

Siapa yang tak pernah dengar tentang Freemason? Sapa yang taktau Illuminati tu apa? Kalau korang taktau, open new tab dan search kat google. Freemason kat Malaysia berasal dari Singapura. Dan aku rasa, korang boleh agak sapa yang bawak kelab yahudi intelek ni ke sana: askar Yahudi. Dah lama dah. Punyalah lama sampai orang Melayu pun ada yang pernah menyandang kerusi penting dalam freemason Singapura tu. Punyalah lama sampaikan diorang dah masuk dan beranak pinak kat Malaysia; bukan setakat APCO ajer, malah arkitek Yahudilah yang design Masjid Jamek KL (tak perasan ke lambang bintang yahudi kat dinding masjid tu?). Cuma Illuminati (golongan keagamaan dalam Freemason) jer yang masih teragak-agak nak keluar dari almari. Sebagai orang Islam yang schizophrenic, aku memang sentiasa paranoid. Cuma paranoia aku lebih kepada mencari sense dalam non-sense yang berlaku dalam negara ini. Aku ni mamat 80/20. Dan laksana seorang manager yang suka micro-manage, aku lebih suka menumpukan pemikiran aku kepada 20% kategori 'others' yang selalu orang terlepas pandang. Korang tak paham apa yang aku cakapkan ni? Pandaipandailah google kat tab sebelah yang korang bukak tadi...

Sunday, August 29, 2010

MARDEKAAA!!

Gambar paling famous pada bulan Ogos
Setiap tahun, sebagai rakyat Malaysia yang menghabiskan 20% masa dalam sehari di depan skrin (TV atau PC), aku perasan kehangatan Ramadhan dengan bermulanya iklan-iklan Raya di TV. Iklan diskaun. Iklan pakaian. Iklan kemasyarakatan. Macam-macam. Dan serupa dengan Ramadhan dan Raya, aku akan diingatkan kepada 31 Ogos melalui iklan-iklan Yasmin Ahmad dengan Petronas. Namun, sejak pemergian beliau, aku dah tak terasa kehangatan sambutan bulan kemerdekaan.
Aku taknak letak gambar Yasmin sebab takde gambar beliau pakai tudung
Minggu depan dah nak 31 Ogos, dan kerajaan risau dengan kurangnya jumlah bendera yang dikibarkan. Penjelasannya mudah: tahun ni merdeka pada jatuh hari Selasa. Isnin ambik cuti. Balik kampung dari Jumaat lagi. Dan sudah tentulah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan hambar sebab bulan Ramadhan. Orang Malaysia yang memang terkenal sebagai rakyat yang suka berpesta, hanya nampak 31 Ogos sebagai cuti. Diorang tak nampak allahyarham Tunku Abdul Rahman. Diorang tak nampak Sarjan Hasan. Malah dah ada orang Melayu mangkuk yang anggap cerita Bukit Kepung tu berbaur rasisme. Apa yang bermain di benak diorang: barang mahal, duit sikit. Jadi, dari menghabiskan duit beli bendera yang akan dibuang, baik simpan duit tu untuk bayar zakat atau bagi duit pada fakir miskin (ye lah tu).

Saturday, August 28, 2010

Mari jadi wali. Tapi sebelum tu....


Adakah anda sufi? adakah anda bertarekat? Anda kenal mana-mana Sheikh yang mursyid? Sebelum anda memulakan perjalanan kesufian anda, bacalah info ini dahulu. Dan ingatilah ia sepanjang perjalanan anda.

Kaum Sufi Yang Terpedaya

Adab Makan : Ambil makanan yang terdekat dahulu

Apa yang korang belajar dari gambar ni?
1) Berpuashatilahlah dengan makanan yang paling hampir.
2) Takyah pergi jauh-jauh nak beli juadah berbuka'
3) Jangan ingat orang takde, CCTV takde
4) Mamat dalam gambar tu bukan makan, tapi sedang menyediakan makanan...

Atan dengan Abu (lepak kejap lepas tazkirah)


"Apa yang akan kau lakukan, sekiranya kau tau, takdir yang tertulis untukmu di Kitab Itu, tidak baik? Adakah kau akan bermuram durja dan menyerah kalah? Atau kau akan lakukan sesuatu, sesuai dengan syahadahmu?" tanya brader bus stand lagi. Kami tertunduk diam. Soalan ini agak berat. Kami belum sampai tahap pemahaman sebegini, lagi. Aku baru nak angkat tangan, tapi Abu dah berkata dulu: "Aku akan pastikan api yang menyala di sana nantik, adalah bakaran dari batu dan aku" katanya komfiden. Brader bus stand tersenyum. "Murid Abu Yazid, kononnn, piiirahhh" lawak Atan. Kami semua ketawa sebentar setelah dari tadi dalam kegundahan.

Subhanallah

Bukan gambar aku

Maha Suci Engkau dari apa yang aku perkatakan tentang pentadbiran MU
Tentang apa yang aku fikirkan tentang MU
Atau tentang apa yang aku paham dari Perbuatan-PerbuatanMu

Melalui ibuku, ku kenali kasih sayang Mu
Melalui bapa ku, ku fahami veto kekuasaan Mu
Melalui saudara-maraku, aku belajar untuk bertoleransi
Melalui jiran-jiranku, aku belajar untuk memimpin.
Dan semua ini kutahu
Adalah untuk lebih memahami Mu
Namun, wahai Tuhanku,

Semakin ku cuba memahami,
Semakin aku tak mengerti...
Alone is one thing. Being left alone is another 

Friday, August 27, 2010

Kehebatan Melayu 4 (Main gitar mengalahkan dewa, tapi mengekalkan ciri ketimuran)

(Ikuti siri lengkap "Kehebatan Orang Melayu" di akuskizo.blogspot.com)
Kami pun (Azil dan aku) meneruskan pencarian kami untuk sesuatu yang gempak dalam muzik. Lama jugak kami stuck dengan kehebatan Mr. Baudin. Namun kami terus mencari orang yang lagi hebat darinya. Last-last..apa yang kami cari, ada kat negara jiran jerr...

Ni adalah intro kepada band BALAWAN..

Interview dengan Wali (Jangan TOGO!)

Pada hari tu, aku yang khidmat. Memang perangai aku, sebelum aku menyerahkan tugas sebagai orang khidmat kepada orang lain pada esoknya, aku akan sental periuk belanga, kuali, dapur, lantai, siling dan segalagala yang berkaitan bagi memudahkan orang khidmat esok. Dan akibatnya, pada malam tu, aku tidur lambat. Tahapa magicnya, si Atan dengan Abu yang sebelum ni memang kelawar pun boleh terzzzzz awal pada malam tu. Maka tinggalah aku seorang. Bila dah setel semua, aku mengambil wudhu, menghabiskan amalan infradi ku, dan terus landing di tempat tidur. Konon-konon jeles tengok member lain yang dah terlebih awal dalam persiapan nak bangun tahadjud malam ni. Bangun tahadjud memang digalakkan masa kitorang keluar 3Hari. Itulah pelengkap kepada semua usaha yang kita dah buat pada siang hari. Waktu siang, kita buat marketing kat manusia. Waktu malam, kita hantar report kat boss.
Tak lama rasanya sebelum aku blackout. Aku tersedar semula sebab aku mimpi macam aku jatuh katil, padahal aku tidur kat atas lantai marmar masjid. Aku menoleh ke jam dinding. Baru pukul 1pagi. Aku membetulkan posisiku untuk berjuang ke level 2. Baru aku nak terlena, aku perasan bunyi macam orang tersedu. Macam tarik hingus. Setau aku, takde yang selsema dalam jemaah kali ni. Ni mesti dah ada yang bangun tahadjud, ni. Aku meng-usha tubuh para jemaah yang tidur di sekeliling untuk mengenalpasti siapa yang tiada. Ohhh..Brader bus stand...huaaarrghh. Nguap. Mataku berair. Aku tersengguk. Ngantuk. Eh? Brader bus stand? Inilah peluang yang aku nanti-nanti kan! Aku mencapai handphone aku dan bingkas bangun sambil menggosok-gosok taik mata.

Wali dari Bangi (persiapan nak keluar 3Hari)

Aku tengah melayan kepala sambil bermain gitar di bilik aku. Tibatiba:
"Assalamualaikummmm" salam orang dari luar bilik. Cam kenal jer intonasi ni? Abang karkun?
"A'ah" jawab abang karkun sambil membuka pintu bilik aku dan mempersilakan brader bus stand dan dirinya sendiri untuk masuk ke dalam. Aku parking gitar dan membuat sedikit ruang untuk mereka. Memandangkan ruang bilik sewa aku ni sempit, diorang aku persilakan duduk atas katil, sementara aku berdiri di tepi, mempersilakan mereka duduk macam orang Jepun. Brader bus stand tercari-cari mana nak duduk. Alah. Cover jer tu. Biaser la. Wali. Aku mengibas-ngibas satu sudut di tilam kepamku untuknya. Dia duduk di situ. Abang karkun terus menyusul di sebelahnya, macam rumah sendiri. Dia mengambil teddybear pemberian awekku dan memeluknya manja. Saja nak nyakat aku, la tu...

Wali dari Bangi (Tasykil Atan dengan Abu)


Tanpa berlengah lagi, aku menghubungi Abu. Bercakap dengan Abu, serupa bercakap kepada Atan dan Abu. Bercakap dengan Atan pulak, rasa macam bercakap dengan batu. Atan ni ngikut jer kepala si Abu.Abu pulak kepala gilagila. Diorang ni adik beradik. Satu mak, lain bapak. Aku rasa kegilaan ni datang dari bapak bapak mereka.
"Mana?" tanyaku spontan bila telefon dijawab.
"Bagilah salam duluuu" kata Abu. Lagi satu bercakap dengan Abu ni, kena tahan sikit. Sebab dia cakap direct. Atan pun sama. Tapi kalau dari Atan, bunyinya macam lembut dan bersopan. Tapi kalau ayat yang sama keluar dari mulut Abu, nak kusiatsiattt jer mulut mamat ni. Prejudisma cuba mengambil alih.
"Assalamualaikummm.." salamku macam budak tadika yang boring. Belum sempat aku habiskan salamku, Abu menyampuk sambil menyanyi lagu Rabbani:
"..sallamm sejahteraa..aa..kepaada annda semuuaaa, mogaa sejahteraaaaa.." nyanyi Abu sambil cuba memimik suara arwah Ustaz Rabbani. Walaupun dalam telefon, aku boleh dengar bunyi orang menyampuk kat belakang dengan menyambung dan menyanyikan lagu yang sama. Aku pasti itu suara si Atan-yang-mengikut-ajer itu. Abu pulak cuba low key kan suaranya kononkonon dia bass dan Atan treble dalam sebuah band akapela.

Thursday, August 26, 2010

Interview dengan Wali (Pemerhatian-pemerhatian dari Persidangan Para Wali, Ramadhan 1431, part 3)

We are watching you

Kes orang tak puasa kat Malaysia, memang dah biasa. Dan langkah sinikal dan hikmah golongan syariah dalam menguatkuasakan undang-undang Allah (van mayat), amatlah dipuji. Namun, ini tidak mematahkan semangat kuda-kuda setan yang terbawa-bawa dengan cara hidup selama 11 bulan yang lepas ke dalam bulan Ramadhan. Tahun 1431 menyaksikan jumlah orang tak puasa paling tinggi setakat abad ini. Trend peningkatannya juga semakin membahayakan. Dikhuatiri keadaan ini akan semakin teruk pada masa akan datang. Salah satu informasi yang menarik yang dapat aku curikan untukkan korang ialah tahap kreativiti orang Melayu dalam melanggar atau bermain-main dengan perintah Allah ini....

Atan dengan Abu (kantoi tak poser)


"Erk! Alhamdulillah", katanya. Kemudian terbaulah daging burger McDonald. "Kau tak poser, ke?" tanya Asan. "Puaserr!" Nafinya. Muncungnya panjang sedepa. Dia berdebar-debar. Tak mungkin Asan boleh tahu yang dia tak puasa? Adakah Asan wali? Atau Asan ada ESP? sejenak berlalu..."Aku nampak kau kat drive thru tadi. Ada lagi tak?" tanya Asan selamber.

Selamat Aku

Perahu dan Pendayung dahada di tangan. Ayuh!


Aku lemah
Aku nak kalah
Aku perlukan bantuan
Tetapi bukan kemanusiaan.
Bukan kewangan.
Mungkin cuma sedikit lisan
"Sabarlah, lagi 3 jam nak bukaa"

Tips Pemanduan: Berhenti ketika lampu isyarat merah

"Naik sawan aku melayan lampu isyarat ni"

Semalam, semasa kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari rumah mentua aku, kami melalui beberapa siri lampu isyarat. Sampai kat area taman perumahan kami, lampu isyarat dah kuning. Ada beberapa saat saja lagi sebelum ia bertukar merah dan aku memecut kereta. Lampu dah merah tapi aku langgar jugak. Isteri aku menepuk bahu aku.
"Abi, lain kali takmau lah buat camni. Bila lampu merah, berenti lahhh" katanya. Aku terdiam. Kepala hotakku mencari alasan-alasan pemati hujah. Aku sebagai ketua keluarga, mesti mempertahankan keputusan yang aku dah buat. Aku takmau dilihat sebagai flip-flop atau dianggap sebagai telah membuat keputusan yang salah. Biaser laaa. Ego.

Kisah Para Wali (Sahl yang menyembunyikan karomahnya)

"Gua carik makan dengan jalan atas air"
Sahl sering berjalan di atas air tanpa sedikit pun kakinya basah. Seseorang berkata kepada Sahl:
"Orang-orang berkata bahawa engkau berjalan di atas air"
"Tanyakanlah kepada muazin di masjid ini" jawab Sahl. "Ia adalah seorang yang dapat dipercayai"

Kemudian orang itu menceritakan:
"Telah kutanyakan muazin itu dan ia menjawab:
"Aku tidak pernah meyaksikan hal itu (Sahl berjalan di atas air). Tetapi beberapa hari yang lalu, ketika hendak bersuci, Sahl tergelincir ke dalam kolah dan seandainya aku tidak ada di tempat itu nescaya ia telah jatuh"

Ketika Abu Ali bin Daqqaq mendengar kisah ini, dia pun berkata:
"Sahl mempunyai berbagai karomah, tetapi ia ingin menyembunyikan hal itu"

Kisah Para Wali (Abu Yazid memberi jalan kepada anjing)



Suatu hari Abu Yazid berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya. Jalan yang sedang mereka lalui itu sempit dan dari arah hadapan datanglah seekor anjing. Abu Yazid mengelak ke tepi untuk memberi jalan kepada binatang itu.
Salah seorang muridnya tidak menyetujui perbuatan Abu Yazid ini dan berkata: "Allah Yang Maha Besar telah memulikana manusia di atas segala makhluk-makhluk Nya. Abu Yazid adalah raja di antara di antara kaum sufi, tetapi dengan ketinggian martabatnya itu beserta murid-muridnya yang lain memberi jalan kepada seekor anjing. Adakah perbuatan seperti itu sangat elok?"



Abu Yazid menjawab:"Anak muda, anjing tadi secara diam-diam telah berkata kepadaku: "Apakah dosaku dan apakah pahalamu pada awal kejadian sehingga aku berpakaian kulit anjing dan engkau memakai jubah kehormatan sebagai raja di antara para sufi?"
Oleh sebab itulah aku memberi jalan kepadanya"

Kisah Para Wali (Abu Yazid belajar dari anjing)

"Pelajaran itu ada di mana-mana..."
Pada suatu hari Abu Yazid sedang menyusuri sebuah jalan dan ketika itu seekor anjing berlari-lari di sampingnya. Melihat hal ini Abu Yazid segera mengangkat jubahnya tetapi anjing itu berkata:

"Tubuhku kering dan aku tidak melakukan kesalahan apa-apa. Jika tubuhku basah, engkau akan menyucikannya dengan air yang bercampur tanah tujuh kali, selesailah persoalan di antara kita. Tetapi apabila engkau mengangkat jubah seperti seorang Parsi, dirimu tidak akan bersih walaupun engkau membasuhnya dengan tujuh lautan."

Abu Yazid menjawab: "Engkau kotor secara lahiriah tetapi aku kotor secara batiniah. Marilah kita bersama-sama berusaha agar kita berdua menjadi bersih"

"Tetapi anjing itu menyahut: "Engkau tidak elok berjalan bersama-sama dengan diriku dan menjadi sahabatku, kerana semua orang menolak kehadiranku dan menyambut kedatanganmu. Siapa pun yang bertemu denganku akan membalingku dengan batu tetapi siapa pun yang bertemu denganmu akan menyambutmu sebagai raja di antara sufi. Aku tidak pernah menyimpan seketul tulang tetapi engkau memiliki seguni gandum untuk makanan esok hari"

Abu Yazid berkata: "Aku tidak boleh berjalan bersama seekor anjing! Bagaimana aku dapat berjalan bersama Dia Yang Abadi dan Kekal? Maha Besar Allah yang telah memberi pengajaran kepada yang termulia di antara makhluk Nya yang terhina di antara semuanya!"

Kisah Para Wali (Abu Yazid dengan Nabi Khidir terkantoi)

Pada suatu hari seseorang berkata kepada Abu Yazid; "Sewaktu orang meninggal dunia di Tabaristan, kulihat engaku di sana bersama Khidir a.s, dia memeluk lehermu sedang engkau meletakkan tanganmu di punggungnya. Ketika orang ramai kembali dari kubur, kulihat engkau terbang ke angkasa"

"Ya, segala yang engkau katakan itu benar-benar terjadi" jawab Abu Yazid.

Kisah Para Wali (Abu Yazid dan perjuangannya)

Hatim Tuli berkata kepada murid-muridnya: "Barangsiapa di antara kamu yang tidak memohon keampunan bagi penduduk neraka di Hari Kebangkitan nanti, ia bukan muridku." Perkataan Hatim ini disampaikan kepada Abu Yazid. Kemudian Abu Yazid menambahkan:


"Barangsiapa yang berdiri di tebing neraka dan menangkap setiap orang yang dimasukkan ke dalam neraka, kemudian menghantarkannya ke syurga lalu kembali ke neraka sebagai pengganti mereka, maka ia adalah muridku"

Kisah Para Wali (Abu Yazid dengan aku)


Pada suatu hari seorang aku yang tidak mempercayai Abu Yazid datang mengujinya.
"Berikan kepadaku jawapan satu masalah," katanya kepada Abu Yazid.
Abu Yazid mengetahui bahawa aku tidak mempercayainya. Maka berkatalah Abu Yazid: "Di atas sebuah gunung itu ada sebuah gua dan di dalam gua itu ada seorang sahabatku. Mintalah padanya untuk menjelaskan masalah itu kepadamu"


Aku segera pergi ke gua yang dikatakan Abu Yazid. Tetapi yang kujumpai adalah seekor naga yang besar dan sangat menakutkan. Menyaksikan hal ini, aku pun jatuh pengsan dan pakaianku menjadi kotor. Apabila sedar cepat-cepat aku meninggalkan tempat itu, tetapi kasutku tertinggal. Aku kembali kepada Abu Yazid, sambil bersujud di kaki Abu Yazid aku bertaubat lalu Abu Yazid berkata kepadaku:

"Maha Besar Allah! Engkau tidak berani mengambil kasutmu hanya kerana takut kepada makhluk Nya. Apabila engkau takut kepada Allah, bagaimanakah engkau berani mengambil 'rahsia' yang engkau cari dalam keingkaranmu?"

Wednesday, August 25, 2010

Pendidikan Mercun

Setiap tahun, ada saja kejadian kemalangan akibat main mercun. Kalau dulu, kemalangannya agak Mcgyver, dengan kisah-kisah budak-budak bikin mercun sendiri. Sekarang, mercunnya tak dimodify, mercun katak jer...tapi sekali meletup..POW!!! Apa taknya. Sekarang kita main volume. Semuanya pasal kapitalisme. Nothing personal, k.

Serupa macam isu kronik buang bayi atau seks bebas, mungkin cara menangani masalah ini ialah dengan mengadakan Pendidikan Mercun di sekolah-sekolah. Kita tidak akan dapat menghalang sifat ingin tahu seorang kanak-kanak, jadi apa yang kita boleh buat ialah dengan memberi EDUCATION kepadanya. Hehehe...

Bonus Raya!


Kerajaan baru umumkan bonus Raya. So it wasn't rumor after all!

Selamat Hari Raya...We're on average RM300 richer. Thanks, Allah.
Let's give it a break to our PM. At least he's trying...
Salamat Duit Raya

Harini dah hari khamis

Anytime boleh kiamat. Mungkin Jumaat ini?

Alamak. Dah hari khamis! Besok hari Jumaat! Hari yang dinanti-nanti kan. Khuatir jika kiamat berlaku. Eh? Tapi dajal belum keluar? Yakjuj makjuj tu, amenda? Tapi tak mustahil Allah dengan segala kehebatanNya boleh buat semua tu berlaku dalam 24jam saja. Sebab masa itu relatif. Sesaat tanpaMu ku rasa seribu tahun di jiwaku...

Prejudisma

Kita selalu membuat anggapan. In fact, lagi administrative jawatan seseorang dalam kariernya, lagi banyak dia buat andaian. Andaian itu perlu semasa membuat rancangan masa depan sebab tanpa andaian, kita taktau nak mulakan rancangan kita tu kat mana. Tapi andaian-andaian utama kita ni, perlulah disokong dengan data dan pemerhatian-pemerhatian yang secukupnya, bukan sekadar dari sebuah pertemuan yang singkat, atau mengenal seseorang atas nama jawatannya saja. Kita perlu mengenal seseorang secara individu. Atau dalam hal perancangannya: kita perlu selidik sesuatu senario itu dengan teliti dahulu, sebelum mengeluarkan sebarang hipothesis.

Kalau nak jadi baik, berkawanlah dengan orang baik-baik

Yang baik perasan baik, yang jahat dok sakat yang baik

Aku selalu mendengar falsafah di atas. Dalam hal orang Islam, kita diingatkan agar memilih kawan yang sesuai. Kalau kita berkawan dengan orang baik, besar kemungkinannya kita akan terikut-ikut dengan kebaikannya. Jika kita selalu lepak dengan orang yang kurang baik, memang kita akan silap-silap mengambil takhta kemangkukan kawan tu tadi (dengan mengumpat kawan tu, kononnya sebagai pengajaran). Jadi, peraturan asasnya ialah: pilihlah kawan-kawan yang berakhlak baik.

Tuesday, August 24, 2010

Kisah kali ini: Kami hanyalah juadah berbuka puasa

"Kami menanti dengan penuh debaran akan azan itu" kata Amir

Salam. Nama saya John. Saya ialah seketul paha ayam dalam lauk kari untuk juadah berbuka puasa sebentar lagi. Kawan-kawan lain yang semangkuk dengan saya ialah Toto (kentang) dan Mr. KulitkayuManis. Kami sedang bertasbih sambil berbincang akan perjalanan yang bakal kami tempuhi setelah menunaikan maksud penciptaan kami sebentar lagi iaitu: menjadi makanan kepada manusia. Kami juga perasan Amir (kurma), Cik Tiq (buah betik), Cici (nasik) dan Alang (bayam merah) kat atas meja ni. Kami semua tak sabar-sabar nak berkhidmat kepada orang yang sedang beribadat kepada Allah ini.

Dia tidak dimiliki oleh sesiapa


Aku berSAKSI bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad SAW itu hanyalah hamba ALLAH

Dia yang memiliki Kita
Dia tidak dimiliki oleh sesiapa
Setinggi mana pun PERASAN seorang engkau
ingatlah

Sedangkan Muhammad SAW itu hanyalah hamba
dan hamba tak memuNYA kan tuannya
menyayangi, menyintai itu memang indah
namun mentaati itulah tahap kita

bersyukurlah dipilih untuk menyaksikan semua ini
dan diberi kelebihan menikmati
kemanisan disebalik erti

perbaharuilah syahadah mu!
solatlah!

Interview dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431-part 2)

Walaupun Malaysia takde gempa bumi, kau lupa ke keliling Semenanjung ada apa?

 "Kenapa Malaysia takde gunung berapi atau gempa bumi?" tanya abang karkun kepadaku. Aku blank. Amenda tanya soalan Geografi tetiba, ni? Aku buatbuat gelabah dan mengerut dahi seolah-olah berpikir.
"Sebab kita berada di luar lingkaran gunung berapi dunia?" jawabku komfiden.
"Kenapa ada gempa bumi?" tanyanya lagi.
"Sebab pergerakan plat tektonik antara benua" jawabku. Yang ni aku tak kompom. Main tembak jer.
"Dua-dua salah" potong abang karkun.
"Bumi akan bergetar bila salah satu dari 4 perkara ini berleluasa tanpa ada seorang pun yang merasakan perkara itu adalah salah" kata abang karkun.
"Apa dia?" Aku yang dah memang merakamkan perbualan kami, mengeluarkan pen dan kertas seolah-olah nak menyalin info yang abang karkun nak bagi.

Wali dari Bangi (Chai Agung-sesi pekena teh)

Rakyat Malaysia suka teh tarik. Tapi sudahkah mereka merasa Tabligh Chai?

Kitorang tengah lepaklepak selepas selesai semua program untuk hari ini. Cuma tinggal nak buat adab tidur dan solat sunat yang berkaitan jer lepas ni dan kami akan tidur. Dan part inilah yang paling aku suka masa keluar tabligh ni. Part lepaklepak pekena teh. Sebab pertama ialah masa ngeteh ni, kitorang akan bertukar-tukar cerita pasal pengalaman kami keluar tabligh dan sebab kedua ialah abang karkun punya teh memang kaw. Teh dialah Chai Agung.

"Kalau kat Malaysia, kau beli serbuk teh yang kotak hijau ada gambar harimau tu. Kau masuk separuh kotak kecik tu ke dalam periuk yang berisi air kemudian jerang air tu sampai mendidih. Bila dah mendidih, kau masukkan susu isian sejat ke dalam air teh yang sedang mendidih ni tadi. Kau terus masukkan sambil kacau sampai kaler air teh tu berubah dari hitam ke warna air teh yang kaw. Dah cukup susu, kau kasi besar api sampai naik buih. Kasi tutup api dan hidangkan dalam cawan. Gerenti meletup. Ada yang taruk gambir sikit, ada yang taruk cengkih. Tapi teh susu tu pun dah power dah tu. Tak caya, cuber lerrr" explain abang karkun dengan minat.

Atan dengan Abu (Mencari Sahur)

Kelisa Biru

"Bagi aku drive" kata Abu. Abu mengambil kunci kereta dari tangan Atan. Biasanya, Atanlah yang tukang bawak kereta dan Abu akan jadi tukang karut kat sebelah. Tapi malam ni, tahapabendantah, Abu gatal nak bawak keta. Si Atan biarkannn ajer. Diorang masuk ke dalam keta. Start enjin. On lampu dan terus cargas. Malam ni mak takde, so kena beli sahur awal-awal. Kalau lambat kang, takut kedai makan dah takde makanan yang memberansangkan. Yang tinggal cuma kuah dan ayam goreng kecut sahaja. Camana nak membekalkan tenaga untuk mukmin yang berpuasa macam Atan dan Abu kita?

Monday, August 23, 2010

Hipnotisma ala payobosa 2

Cara menggunakan payabesarpedas.blogspot.com

Klik kat gambar untuk tengok dengan jelas

Aku pasti, ramai yang tak sempat nak baca sampai habis cerita-cerita dalam blog ni. Dapatlak aku dah buat style butang 'read more' untuk meng-adventurekan lagi hidup korang. Akibatnya, korang tak dapat menikmati dengan sepenuhnya akan lautan informasi yang terkandung dalam setiap cerita kewalian yang diketengahkan. Sebab korang malas nak tekan butang read more tu dan baca sampai habis. Aku susah-susah taruk gambar banyak-banyak dan penuhkan server blogger, korang taknak nikmati..Rugilah...Jadi, demi memutuskan hubungan persaudaraan dengan setan sebab membazir, kat posting ni, aku ajarkan cara yang aku sangka korang dah tau, untuk menikmati setiap cerita dalam blog wali-wali ini. Aku pun dapat benda ni dari member aku dan member aku tu dapat dari member dia, dan dia tu dapat dari satu seminar blogger tu. Sanadnya tak sampai ke golongan tabiin atau mana-mana golongan agama pun.

Harini hari Isnin lagi

Sapa setuju kita mulakan kerja sekarang?

Alhamdulillah. Sampai jugak kita ke sini. Walaupun harini hari Isnin, dan biasanya ada kecibaian yang menanti dari sudut yang tak disangka-sangka, kita azamlah nak mulakan hari yang baru bermula sekarang. Kita azamlah untuk menghabiskan hari ini dengan penuh keceriaan, semangat dan positiviti. Kita azamlah untuk melakukan dan mengubah sesuatu pada hari ini. Walaupun sekadar mengubah kedudukan gumpalan kertas sampah yang mengganggu perjalanan kita.

Pengaruh TV



Anak pertama aku baru pandai berjalan. Well, berdiri pun masih goyang-goyang lagi. Dan untuk melihat gelagatnya cuba menikmati her new found skill, amatlah menghiburkan hati aku. Aku suka mengusiknya supaya dia akan menggoyang-goyangkan kepala atau bahunya agar dia cepat belajar seimbangkan badannya. Tak sabar aku nak lihat dia bersujud kepada Allah pula...

Interview dengan Wali (Pemerhatian-pemerhatian hasil dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431-part 1)

Ramai yang berdiri tapi tak ramai yang solat

Brader bus stand nampak series. Walaupun dialah yang paling series dan waras antara jemaah kami ni, namun, keseriesannya pada kali ini nampak berbeza. Apabila kening brader bus stand bercantum, itu maknanya tak lama lepas tu, mesti ada takazah (job) baru. Seperti yang dijangkakan, aku mendekati brader bus stand.
"Seriesss jer bang? Abang pegi mana? Dari Jumaat menghilang?" tanyaku cuba nak memisahkan kening brader bus stand yang seakan-akan bercantum itu.
"Teruk-teruk" jawabnya pendek.
"Amenda yang teruk?" tanyaku lagi. Cayaa, lah. Aku rasa aku dah ada sikit-sikit lempias kebolehan nak baca pikiran orang...
"Ramadhan kali ini menyaksikan penurunan tahap keimanan yang sangat drastik di kalangan orang Islam sedunia. Lebih-lebih lagi di Malaysia" jawab brader bus stand. Kening aku pulak yang bercantum. Apa yang brader ni mengarut ni?

Sunday, August 22, 2010

Apa nak jadi dengan TV3?


Sejak dari kecik, hanya TV1, TV2 dan TV3 aje yang clear kat kawasan kampung aku. Kalau nak TV7, 8 dan 9, kena beli boosterla, kena letak antenna atas galahlah, atau kena tebang pokok kundang pusaka nenek yang menghalang gelombang TV ke rumahku. Bukannya kampung aku takde orang yang mampu nak pakai TV satelit. Cuma bilangan orang dalam kampung aku yang dah semakin kurang. Jadi yang tinggal adalah orang-orang tua dan diorang semua tak pedulik sangat apa yang ditayangkan di TV. Tak macam aku atau budak-budak muda yang lain. Sungguhpun di rumah mak bapak kami ada TV, kami lebih gemar melayan TV di kedai kopi kampung sebab boleh bincang-bincang dan berkongsi-kongsi pendapat dan rokok. Namun, sebab owner kedai kopi ni orthodox sikit, TV dia cuma ada RTM dan TV3 ajer. Nak tukar channel pun kena pulas-pulas tombol yang dah dua-tiga kali tercabut tu. Dan sebagai golongan pemuda harapan bangsa yang prihatin, rancangan berita ialah rancangan kegemaran kami.

Nikmat Raya dah kembali

F**K sampul duit raya

Baru je semalam aku letak posting pasal takde kejadian kemalangan mercun dalam Ramadhan kali ini (post kat bawah ni). By pukul 8 malam jer, dah ada dua. Satu kat Kedah, satu lagi kat Terengganu. Yang kat Terengganu tu, siap tercampak, tersangkut atas pokok dan meninggal dunia.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails