Monday, August 23, 2010

Harini hari Isnin lagi

Sapa setuju kita mulakan kerja sekarang?

Alhamdulillah. Sampai jugak kita ke sini. Walaupun harini hari Isnin, dan biasanya ada kecibaian yang menanti dari sudut yang tak disangka-sangka, kita azamlah nak mulakan hari yang baru bermula sekarang. Kita azamlah untuk menghabiskan hari ini dengan penuh keceriaan, semangat dan positiviti. Kita azamlah untuk melakukan dan mengubah sesuatu pada hari ini. Walaupun sekadar mengubah kedudukan gumpalan kertas sampah yang mengganggu perjalanan kita.


Kita azamlah juga untuk lebih bertoleransi. Untuk lebih mengalah dalam hal kemanusiaan. Kerana takde bezanya kita dengan binatang jika semuanya kita dapat tanpa pantang larangnya. Undang-undang dan peraturan bukanlah penghalang tetapi pemangkin kreativiti. Pendesak agar kita lebih hikmah dan bijaksana. Agar kita tak menyelerakkan tepung semasa menarik jarum-jarum ini. Yang sudah-sudah lah. Mulakanlah buku baru.

Dan kita kena azam untuk bekerja seumpama dah tak boleh nak tunggu esok lagi dah. Walaupun harini baru hari Isnin, takkan kita nak bazirkan dengan hanya membuat plan? Kita takmau bertangguh lagi. Takmau tunggu last minute lagi. Kita azam juga untuk kerja dengan lebih semangat dan fokus supaya hasil lebih baik. Supaya kita sendiri puas hati mengenangkan hasil kerja kita nantik. Biarlah kita sendiri yang tepuk bahu kita ini.

Akhir sekali, semoga Allah menganugerahi kita dengan rahmat Nya pada hari ini. Walaupun kita ini jahil dari mencari...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails