Monday, October 25, 2010


Tahapa-hapa punya perhimpunan
Buang masa, air liur dan karan
Setakat berpantun, tuding-tuding atau bersajakan,
Baik berhimpun di pantai Port Dickson

Dari si misai hai si songkok tinggi
Hingga ke pemudi bertudung sengkuap
Orang undi kau agar kau atur strategi
Bukannya pergi melopong atau tahan menguap

Ada juga yang bermuka series
Kerut di kening nampak meyakinkan
Bila disuruh komen, dia speechless
Tapi bila kat belakang, dialah yang paling lantang

Balik-balik cerita transformasi
Optimus Prime dan si Bumblebee
kalau takat main gerak-gerak jari
Samalah korang dengan kitorang di kedai kopini

Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
UMNO bersidang lagi
Tapi semuanya sekadar cakap

Tiap tahun camtulah adanya
Persidangan dewa yang memperjuangkan bangsanya
Takde sorang pun yang ada agenda
Semuanya dok pikir lepas ni, hidangan ringan pukul berapa?

Orang berhimpun berbincang dasar
Apa yang kekal, apa yang kena tukar
Kalau setakat nak buat kelakar
Baik iklankan ajer di Buletin Utama

Lepas habis perhimpunan Agung
Pulanglah si makan tanggung dan si berak cangkung
Kembalilah ia semula ke kampung
Sambung lepak kat kedai kopi,
Sambil mulut melopong.

2 comments:

ابن زين الرمباوي said...

salam.. tuan aku syor jangan kita start hina orang..sebab tak tau sape kesudahan yang baik nanti...syor jer...

Irwan said...

shukran Ibnu Zain. Syor yang sangat baik.

Hamba anggap kesudahan mereka lebih baik dari hamba dan hamba selalu ingatkan diri sendiri akan hal ini.

Apa yang hamba cuba sampaikan di sini ialah betapa buang masanya persidangan itu sedangkan kita semua tahu; persidangan itu ada pakai duit kita dan takde pun perbincangan pasal nasib kita atau agama kita di dalam tu.

Demokrasi ialah sistem negara ini sekarang dan mereka melaungkan mahu mewakili bangsa aku.

Jadi, naktaknak, kita kena ambik tau jugak apa agenda mereka. Keep our enemies close.

Dan orang yang membangkang ialah orang yang sayang. Kalau saya tak sayang negara saya, tentu saya memalingkan diri saya dari semua ini.

Dan jika mereka mahu berjaya, mereka perlu terima semua kritikan dengan hati yang terbuka.

Shukran lagi sekali.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails