Tuesday, October 26, 2010
Dunia dah nak kiamat
Siapa yang taktau, kita ini ummat akhir zaman? Siapa yang tak tahu, semua tanda kiamat kecik sampailah sederhana dah berlaku, bukan takat kat dalam dunia, bahkan kita ada tanda-tanda kiamat versi Malaysia. Siapa yang berani mengaku dia dapat rasakan kekusyukan dalam solatnya? Siapa berani mengaku dia ada ilmu ke-15 (ilmu laduni) dan layak menafsirkan penyelesaian (Al Quran) kepada semua masalah dunia? Bahkan ada guru-guru tarekat yang dah putus asa, melarikan diri dari gunung ke gunung menyelamatkan iman dan keluarga mereka. Ramai juga yang melarikan diri dari realiti kehidupan kerana kononnya menyahut seruan agama...
Maka tinggallah kita, si jahil yang takde mata, terkapai-kapai mencari makna. Ramai yang dah menjualkan diri dan jiwa mereka demi sesuap nasi. Ada yang suka-suka menjualkan anak, isteri bahkan harta benda jiran mereka. Ada yang menyelesaikan masalah dengan menamatkan riwayat orang yang banyak komplen. Dunia dah huru-hara. Kiamat is around the corner. Dan takde sapa yang pedulik mana kita nak pergi melainkan sibuk dengan tempat kita berdiri. Cuma kadangkala, aku tetap cuba menipu diri sendiri dengan mengatakan: harapan masih ada.
Aku tahu jalan yang perlu aku lalui. Jalan kesepian, penyisihan, kesalah-fahaman, kekeliruan. Setiap tapak yang ku langkahi, semakin bergoyang keimananku yang tahada tidaknya ini. Awal pagi aku sungguh bersemangat dengan tasbih Fatimah dan Surah Yassinku. Baru sampai dhuha, aku sendiri dah komfius dengan perjuanganku. Tapi inilah dia jalan yang berbahaya itu. Jalan yang telah dipilih oleh ketuaku. Bukannya jalan segunung Uhud emas. Bukannya jalan populariti. Tapi jalan lapar dan kenyang berganti-ganti. Jalan keluar dengan wangi, balik rumah dengan hitam berdaki.
Aku tau, imanku bukannya kuat sangat. Malah kepercayaanku lebih rendah jika dibandingkan dengan kepercayaan ibu dan isteriku kepada Nya. Namun aku tak boleh tunjukkan kelemahanku. Takut-takut nantik ada lubang untuk si musuh memporak perandakanku.
Cuma kadang-kadang, sebagai manusia, aku perlukan tempat mengadu.
Dan sesuatu yang mengatakan: "Ya, engkau benar. Teruskan perjuanganmu".
Dan untuk itu, Ya Samik, Kaulah yang Lebih Tahu.
Labels:
Artikel,
Isu Semasa,
Kehidupan,
melayu islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ayat yang puitis.
sy pun risau.
Post a Comment