Thursday, July 8, 2010

Aku dan agensi kerajaan-cerita 2 dan kan ku cari kongkluusiii

cerita 2:

Lepas PMR, aku masuk MRSM. Lepas MRSM, aku masuk KYPM Kuantan. Lepas tu aku masuk Uniten. Sepanjang pengajian aku di luar PayaBesarPedas ni, kerajaan membantu aku melalui MARA. Cek MARA tu umpama surat cinta yang aku nantikan setiap bulan. Aku rasa terhutang budi dengan MARA dan kerajaan.Aku pernah berazam untuk bekerja dengan MARA. Tapi aku takde kroni, kabel atau tali benang, so aku kenalah cari kerja lain sementara tunggu otai-otai dalam gomen tu meninggal.
Tapi Allah Maha Hebat. Selepas aku grad, ekonomi merudum dan banyak graduan menganggur. Aku pun sekali la. Aku join Skim Sangkutan Lanjutan dan ditempatkan di OISCA, BAngunan Mara, Jalan TAR. Aku bekerja sebagai juruteknik. Dan selama aku bekerja di situ (2 bulan), aku telah didedahkan dengan kebenaran.
Salah satu tugas aku masa tu ialah untuk menghubungkan Pejabat OISCA tu dengan Bangunan Mara melalui sistem LAN. Jadi aku memang selalu kena jumpa Makcik Pengarah bahagian OISCA, nak mintak tandatangan itu, ini. Nak cari dia ni petang-petang, jangan harap. Abis solat Zuhur je pukul 2.30 petang. Pukul 3.15ptg dah turun minum petang. Pagi? Pukul 8 sampai 10 pagi dia pegi beli sayur kat mini pasar tani kat tepi Bangunan MARA. Pukul 10pagi pulak, biasanya dia akan "sibuk" buat kerja dia dan aku takbley kacau. Kadang-kadang dia ada mesyuarat. Ok. Sibbaik aku ada ilmu National Geographic Channel. Setelah mengkaji pola pergerakan Makcik Pengarah tu, mengenal pasti raut muka ceria atau badmood dia, dan ayat-ayat baek pujian terhadap tudung atau baju kurung atau anak-anak dia yang belajar tinggi tu, barulah aku berjaya mendapatkan autograf untuk meneruskan tugasan aku.
Kemudian, setelah kedua-dua bangunan tu di LAN kan, aku pun nak buat database asas untuk budak-budak tajaan MARA yang ke Jepun melalui OISCA. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke belakang tabir Bangunan MARA dan melihat dengan makrifat yang hakiki bagaimana diorang ni buat kerja. Fail bertimbun sampai ke siling lah. Condong-condong nak tumbang lak tu. Yang fail sesat la, isik fail tercicir dan hilanglah, dan toksah cerita pasal borang permohonan pinjaman MARA yang aku pun tak tau camana nak cover kat Pakcik Khalil dari Felda Rokan Barat yang tanya aku status permohonan pinjaman MARA anaknya yang baru lepas SPM masa tu.
Yang menyayat hati ialah bila aku tertengok ada seorang pakcik dari Pahang yang terpaksa balik ke Temerloh balik sebab salinan SPM anaknya tak disahkan oleh ketua kampung. Yang membuatkan AKUSKIZO masa tu ialah masa aku dapati rupa-rupanya salah satu sebab kenapa cek MARA untuk student lambat keluar ialah sebab Pengarah (macam makcik Pengarah OISCA tadi), lambat tandatangan sebagai pengesahan. Punya menyirap aku. Siap aku terdengar lagi dia ajar budak ofisboy nak bagi alasan apa sebab nak cover dia yang lambat.
Terlintas balik kenangan masa aku kat Kuantan; terpaksa menghambakan diri untuk pinjam duit dari member. Ada masa tu terpaksa temankan akak senior balik naik bas dari Kuantan ke Johor demi nak dapatkan RM200. Kat uniten lagila maksiat. Yang paling aku bangga: 3 hari berturut-turut, hidup dengan 2 bungkus maggi jer. Suku makan pagi, suku makan petang, balance makan malam. Semuanya demi mendiamkan desakan dari perut aku ni yang kosong (supaya aku dapat tidur sebab besok nak exam), sebab cek MARA masuk lambat. Dahla lambat, nak kena tunggu 3 hari lagi nak cash kan. Kalau nak on the spot cash-out, kena pergi kat CIMB Pertama Kompleks, KL masa tu. Nak kena pinjam motor lagi. Duit berapa sen benar. Masa tu aku tak tau kenapa budak JPA boleh dapat duit on time tapi kitorang ada-ada aje masalah. Aku tak pikir apa-apa sebab mak aku selalu pesan; kita ni orang susah. Diorang nak bagi bantuan pada kita pun dah kira syukur. Tapi setelah melihat camana mangkuk-mangkuk ni bekerja dan setelah mengetahui apa tugas sebenar dan maksud akronim MARA tu sendiri, aku mengaku; aku kalah pada setan dalam hati aku ni.
Sejak dari tu, aku jadi anti-kerajaan. Lebih-lebih lagi MARA. Sungguhpun begitu, bila ada orang yang mempersoalkan tugas MARA, aku tetap melenting sebab secibai-cibai MARA tu, aku tak lupakan kulit. Malah kalau diberi peluang nak jadi Pengarah apa-apa dalam MARA, aku akan sanggup berenti kerja dan berkhidmat.
Dan benda pertama yang aku akan buat ialah pencen-awalkan Makcik-makcik dan pakcikpakcik yang bikin malu MARA ni. Lepas tu keluarkan budak-budak yang anak orang kaya dari senarai budak-budak MARA. Lepas tu buat JOM Heboh MARA. Hahahaha


Pemerhatian:

1) Suasana kerja dalam pejabat kerajaan tidak menggalakkan kreativiti. Tidak hairanlah jika kita menemui sistem yang lapuk, lembab dan tidak berguna dalam sistem sesuatu jabatan kerajaan sebab suasana pejabat tidak menggalakkan evolusi sistem tersebut. Salah satu cara mengatasi ialah dengan meletakkan seorang Pengarah/pengerusi yang objektif semasa berbincang dan punyai interpersonal skil yang tinggi dalam mengawal topik yang sedang dibincangkan dan motivasi ahli yang sedang membincangkannya. Bukan yang hebat dalam melaga-lagakan orang. Dia mesti sentiasa melihat bagaimana nak buat jabatannya lebih rakyat-friendly. Senang jer nak cari Pengarah macam ni. Cari yang jaga waktu solat dan solat berjemaah setiap waktu. Dialah orangnya. Sebab orang macam ni taat kepada bos yang tidak kelihatan, tak macam Pengarah sekarang yang bermuka-muka dan sibuk peluk periuk nasi dia jer.

2) Penjawat awam membawa imej kerajaan di hadapan rakyat. Mutu kaunter perkhidmatan yang buruk membayangkan pentadbiran yang buruk. Macam kedai makan jugak. Tapi hairannya, mutu ini boleh pulak dijaga bila pelanggan itu ialah orang luar (macam kaunter imigresen kat KLIA, dsb), tapi kaunter untuk rakyat (macam di GH atau klinik), layan orang macam kita tak bayar cukai pulak. Dan takde sapa pantau dan kalau komplen pun, Komunikasi Korporat dari jabatan tu akan cover balik. Tu sebablah kita mengadu kat TV3. Tapi TV3 pun dah condong macam fail-fail di pejabat MARA. Penyelesaiannya dah ada sebab ada setengah jabatan yang mutu servis kaunternya bagus macam yang dimulakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

3) Bukan semua student IPT yang menjual diri kerana nak bergaya atau terikut-ikut dengan budaya barat. Sapa yang nak jadi villain? Sapa yang taktau apa itu maksiat? Sapa yang tau bila kami menangis sorang-sorang depan tuhan sebab malu dengan apa yang kami lakukan demi untuk teruskan harapan ibubapa kami. Kitorang cuma mahu teruskan kehidupan sebab kos nak belajar untuk membantu negara kat Malaysia ni mahal sangat. Dulu korang yang cakap nak taja kitorang. Dahla mintak tajaan macam mintak sedekah. Bila dah jadi budak korang, kena mintak sedekah pulak setiap bulan sebab cek masuk lambat. Kos budak Arab nak belajar kat Malaysia, sama macam kos rakyat Malaysia nak belajar kat sini. Baik aku pegi Arab. Boleh aku bukak kompeni aku kat sana sebab takde saingan. Cukup tahun, bila kompeni dah maju, aku balik. Dapat Datuk. Penyelesaian untuk ini bukanlah buat survey. Tapi hantar agen perisikan untuk menyiasat sendiri apa sebabnya. Kata budak U ni penting untuk negara. Laburlah untuk buat risikan. Ni tidak, duit risikan tu habis hantar SB ke luar negara check hotel, check limo supaya line clear supaya diorang boleh lepak bogel dalam bilik hotel. Mangkuk betul. Penyelesaian? Contohi dan pertingkatkan lagi tugas JPA.


Konklusi:

Ada jumlah yang signifikan dari golongan rebel, budak-budak yang taknak balik Malaysia atau yang bermindset penentang kerajaan ni, dicetuskan oleh sikap orang yang bekerja untuk kerajaan sendiri. "Raja" dan "Kera" dalam "kerajaan" tu berubah-ubah. Tapi mamat-mamat ni tetap di sini. Dan ekor mereka semakin panjang, lemak mereka semakin tebal. Kalau nak ubah Malaysia, ubah veteran-veteran tua (yang tak berguna dan berfikiran sempit) dalam organisasi kerajaan kita ni. Sapa yang takbley terima (dan taknak belajar) FB, blog, email, atau taknak cuba idea baru, kita bagi kata dua: berubah atau sila tandatangan di sini (pencen awal).
Kita perlukan breakthrough dalam mutu civil servant kita supaya rakyat percaya kepada sistem (bantuan) yang ditawarkan kerajaan. Barulah mereka bergantung kepada kerajaan. Ni tidak. Last-last diorang pergi ke along. Atau orang luar. kenapa? SEBAB ORANG TEMPAT KITA BERNAUNG ITU TIDAK ENDAHKAN KITA (DAN PAKSA KITA ISI BORANG ITU INI MASA MINTAK TOLONG MEREKA) SETELAH KITA ANGKAT MEREKA JADI RAJA. Cuba cina takde IC kang, takyah isik borang, tau-tau dapat dah myKAD. Tak tanya pun apa itu rukunegara. Cakap Melayu pun tak reti. Lawak ke apa?

Baru-baru ni, kerajaan nak buatkan Melayu kurang bergantung kepada kerajaan. Amenda ni? Bila kami dah tak perlukan kerajaan, buat apa nak undi kamu? Itulah yang berlaku kepada non malays. Kita biarkan mereka berdikari dan sekarang mereka nak mula tunjuk taring. Padan muka kita. Nak ikut cara demokrasi, tapi tak paham selok-beloknya (sebab taknak belajar dengan pelopornya: Yahudi). Kera di hutan disusukan, biasa arr. Dah mak kera, dia jaga anak kera laa.

Jadi, kepada semua, marilah kita sama-sama bersatu dan sokong kerajaan balik dan lepas tu baru kita gaduh (dalam kelambu) pasal apa yang kita nak buat kat Malaysia ni untuk 20 tahun lagi (Cina dah buat dah, India dah mula nampak hasil dah). Kenapa 20 tahun? sebab setelah tahun ke 21, anak yang kami buat pada hari ini dah boleh mengundi dan mengubah kerajaan DEMOKRASI Malaysia ni. Hahahaha. Padan muka korang.

Berubahlah atau sila tandatangan di sini. Hahaha.


Pandangan sempit ini tidak ditaja oleh sapa-sapa sebab nak elakkan isu cek lambat. Sumer pakai duit dan masa sendiri.

2 comments:

adnoor said...

scube,
luahan hati dan fikiran rakyat marhain yang terdera...

kalau nko makan maggi 1 bungkus bahagi 3, aku plak 2nd yer 1sem, sibuk kerja kat MCd Kajang nak tampung duit poket, bila duit yang MARA bagi setelah tolak duit pegajian dan yuran asrama tinggal RM700 jer nak survive utk 5 bulan. maknanyer RM140 sebulan... dan akhirnye sem tu pointer aku jadik 1.8 heheheh... dan banyak lagi anak MARA yang flop semester tuh....

Irwan said...

Betul. Dahla MARA tu cover budak2 yang MISKIN. Diorang buat camni plak lagi. Tu yang aku bengang tu. Dan memikirkan adik-adik aku yang masuk U ni, aku risau diorang jadi cam aku gak. Student tak patut pikir pasal semua ni except focus pada pelajaran, Sebab tulah bangsa lain score...

Tapi dulu laa...Sekarang aku redha sebab aku dah jadi WALI. Hahahaha

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails