Tuesday, October 5, 2010

Aku anak Malaysia


Aku cumalah rakyat yang hina. Salah satu dari jutaan mereka. Suaraku takkan kedengaran. Ditenggelamkan oleh jiranku yang nampaknya lebih memerlukan. Namun aku terus juga berada dalam barisan. Mengharapkan satu hari nanti, masa untuk suaraku didengari, akan kesampaian.
Mintak sedekah lagi senang dari hantar borang cukai
Ketika di jabatan kerajaan, aku diperlakukan umpama aku ni peminta sedekah. Giliranku diletakkan paling bawah, di bawah anak pengarah, sedara datuk, orang berduit dan yang berkabel besar. Dan apabila tiba masaku, aku kena isi borang semula. Semata-mata kerana lokalitiku, bukan dalam jurisdiksi mereka.
Dari pembangkang..
Namun ku sahut seruan kerajaan. Belilah barangan buatan tempatan. Ketika di jalan raya, aku memandu di lorong kiri. Keretaku perlahan, takut menghalang kereta import para menteri. Tak sampai setahun, keretaku mula meragam. Tingkap yang macam sial, enjin pulak yang macam minum minyak hitam. Baru jer lepas warenti, keta pun masuk wokshop. Genuine part yang dibuat di Rawang, lagi mahal dari barang import. 

..sampailah ke kerejaan..
Dengan sabar, tinggal beberapa bulan saja lagi, langsailah harga keretaku. Tapi 6 tahun itu tiada maknanya, seandainya terlewat bayar sebulan dua.

Semakin hari, kurasa semakin sial. Malaysia adalah negara bangsawan dan mereka yang berkapital. Orang kebanyakan sepertiku dibiarkan terkial-kial. Sebab makbapakku bukan jutawan kosmetik, atau orang politik atau artis terkenal.



Bukankah ini negaraku? Bukankah aku ini Melayu? Kenapa pula hakku yang perlu dicatu? Bukankah sudah separuh abad negara ini merdeka? Mengapakah keadaan kita masih di takuk lama?


Malaysia ialah negara orang kaya dan bangsawan. Sekali lagi aku tekankan. Orang kebanyakan sepertiku takkan dipedulikan. Apa yang terdaya olehku hanyalah terus beratur dalam barisan. Sedangkan si mereka, selamba potong que sebab ada kenalan. Kami tak dipedulikan seandainya membayar cukai pada masanya. Tapi kamilah pengkhianat negara, seandainya terlewat sebulan dua.






dititipkan oleh Abu
Pembayar cukai tegar

10 comments:

Gen Fujita said...

luahan hati peribadi ke ni? :)

Irwan said...

Inilah kenyataannya di Malaysia maaa

The Sharkox said...

Mana dio shout box? kawe dok jumpo...hahaha

Hey, a malaysian wrte about his Malaysia, tak salah pun...

The Sharkox: Jejaka Hensem dari Sintok

± said...

regardless the race..(aku rasa) as malaysian, we're in the same state of prejudice

kyle said...

sokong dark half! hehe......sabo je lar....yg penting kita xbuat kat org ape yg kita alami tue...huhu

Kemm said...

apparaaa.. org kat UK gaji standard 40k pound setahun pun, byr minyak 1.20 pound seliter. kereta 30k pound. bandingkan negara kita, gaji 24k rm setahun, minyak 1.8 rm, kerata 120k rm. lighter diorang jual 1 pound, kita sini jual 1.2rm

tak ke tinggi cost of living tu...? aku setuju ko kata malaysia nih negara bangsawan.

it's all about buying power lah aku rasa. kita punya duit rendah sangat value dia, sebab kerajaan nk kasi eksport brg murah kuar luar negara.. aku tak pandai, org bagitau aku hehehe..

Oleh itu, mari kita sama sama jadi bangsawan. mana ada kemahuan disitu ada jalan. pelan pelan kayuh. usaha, doa & tawakal. Semoga berjaya.

nota kaki: ni bukan iklan MLM atau any skim cepat kaya. harap maklum :)

± said...

kita leh jerit² kat blog, buat puisi, or compose lagu yg siap lirik tentang ketidakpuasan sbg rakyat...but we're just wasting our time...they maybe heard us but never listen

so, shud we stay like this till the day we die? bro irwan ade solution kot..huhu

Kemm said...

"they maybe heard us but never listen"

aku suka ayat nih :)

Irwan said...

they don't listen maybe because we shouted at the wrong wall.

Or used different frequency because 'bats' and 'dogs' listen to different channels from the audio spectrum.

That doesn't mean we have to keep it to ourselves.

What I need to do is to blogwalk this article at the relevant blogs, hoping some of them out there HAVE the SAME feeling and maybe, just maybe..they will forward it to those who can make a change..

for our children....


(maut tak?)

± said...

perghhh!!! kamikaze tahap tertinggi! nanti aku pos kat fb rosmah..huhu..mn tau dia layan pulak..hahahaha

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails