Wednesday, October 20, 2010
Interview dengan Wali (Salah Faham)
"Solatlah seolah-olah itulah solat kamu yang terakhir. Bekerjalah seolah-olah kamu hidup lagi esok hari" kataku mengulangi quote yang aku baca malam tadi pada brader bus stand.
"Apa yang kau faham dari ayat tu?" tanya brader padaku. Aku baru nak tanya dia, dia pulak yang tanya aku dulu. Tak acilah camni.
"Kita kena usaha untuk kusyuk dalam solat dengan membayangkan itulah solat kita yang terakhir" kataku. Mudah. Aku selalu dengar benda ni.
"Bagus. Lagi?" tanya brader lagi.
"Kita kena bekerja dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita nak hidup selama-lamanya" sambungku.
"Bagus. Sungguh bagus kesalah fahaman kau" kata brader. Huh? Salah faham?
"Apa maksud abang?" tanyaku spontan. Aku mengeluarkan sebatang rokok nak isap. Bas pun lagi seploh minit. Sempat lagi ni. Rokok aku kepit di bibir. Aku menyeluk saku-sakuku mencari lighter. Tiba-tiba brader mengambil rokok dibibirku sambil buat isyarat jari simbolik 'katakan tak nak pada asap rokok' macam dalam iklan kat TV barubaru ini. Aku tersedar.
"Ayat tu simple jer sebenarnya. Ia menyuruh kita mengutamakan ibadat dari kerja" kata brader. Cam biasa, aku mengerutkan keningku tanda aku nak dia explain dengan lebih lanjut.
"Kalau kita dah tau kita nak mati, adakah kita akan tangguhkan solat kita?" tanya brader. Aku menggerakkan bijik mataku ke bucu kanan mataku. Kemudian ke bucu kiri tanda aku sedang men digest kata-katanya. Kemudian brader sambung lagi:
"Dan kalau kita boleh hidup selama-lamanya, tangguhkan dulu kerja kita ni. Pergi sahut seruan azan tu dulu sebab kita dah nak mati dah ni". Aku gerakkan lagi bijik mataku tanda aku sedang berpikir.
"Dan kau boleh berenti berlakon macam kau baru dengar benda ni" kata brader sambil menujal bahu kananku. Adoilaaaa..Penyakit abang karkun dah berjangkit kat brader pulak. Sesemut bahuku ditujal oleh brader. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Bas pun sampai. Aik? Cepat pulak bas ni? Kami berdiri dan bersedia nak naik bas.
"Tu sebab aku tak kasi kau isap rokok tadi. Memang tak sempat nak abis der" kata brader. Kami menaiki bas dan menuju ke tempat kerja masing-masing...
Wali dari Bangi (Salah Faham)
"Bang" panggilku pada abang karkun. Mungkin dia tak dengar sebab bunyi penyapu lidi di simen kasar yang dihayunnya menenggelami bunyi suaraku. Abang karkun masih terbongkok-bongkok menyapu dedaunan kering di depan masjid tempat kami keluar ni. Aku pulak dok ngadap laptop (yang aku pinjam dari student yang keluar dengan kami), cuba nak cari idea nak update blog (hehehe).
"Bang!" teriakku dalam pitch yang lebih nyaring. Kelihatan beberapa ekor kelawar yang bermastautin di celah atap masjid berterbangan lari, terkejut mendengar suaraku. Abang karkun terhenti menyapu. Dia mengangkat keningnya sambil memberikan pandangan "Ada apa?" padaku. Mungkin mode membaca fikirannya sedang off sebab dia tak dapat membaca fikiranku macam biaser. Mungkin juga sebab dia dok fokus pada dedaunan kering yang berselerak depan masjid ni hingga terlupa akan duniawi. Dia menstretchkan pinggangnya sebab dok terbongkok-bongkok menyapu.
"Abang menyapu lawan arah angin la" kataku sambil memuncungkan bibirku menunjukkan ke arah kawasan yang baru disapunya tadi dipenuhi daun semula setelah ditiup angin. Abang karkun pergi ke spot itu dan menyapu daun di kawasan itu.
"Terima kasih atas teguran kau" mula abang karkun.
"Kita kena terus menyapu dan terus menyapu" katanya. Aku buat muka berminat, sedangkan jemariku sedang terketap-ketip menaip setiap butir perbualan kami. Henpon aku tengah caj, jadi aku tak dapat nak record cam biaser.
"Kenapa abang tak tunggu angin berenti dulu, baru sapu? Kan redundant ajer abang menyapu daun kering ni, time-time camni?" usik aku agar dia menyelam lebih dalam.
"Kita dalam usaha ni, macam nilah. Kita takleh nak tunggu timing yang sesuai dengan kita, baru kita nak buat kerja" katanya lagi. Aku mengerutkan keningku tanda tak paham.
"Setiap masa, angin dunia meniupkan daunan kering ke hati kita. Dan hati kita, umpama laman masjid ini, akan sentiasa dipenuhi daun" sambungnya lagi.
"Kalau kita nak tunggu angin berenti, maka banyaklah daun yang kita kena sapu nantik. Takut pinggang pulak tak tahan" katanya sambil menge stretchkan lagi pinggangnya.
"Jadi, kita kena sentiasa menyapu, lah?" tanyaku.
"Ye. Dan menyapu pulak, kenalah dengan ilmu. Kalau tidak, akan jadilah macam aku tadi; menyapu lawan angin. Apa kau kata? Redundant? Dah sapu tapi tak bersih-bersih. Kena sapu dua tiga kali" tanya abang karkun padaku.
"Makan dalam lah mesej abang ni" kataku memuji. Abang karkun bermuka series.
"Dari kau taruk pedang kat leher aku, baik kau ambik penyapu ni dan tolong aku menyapu. Dok main internettt, jer kerjanya" abang karkun menghulurkan penyapu lidi padaku.
"Ta'atttt ya, amer!" kataku melawak sambil meletakkan laptop dan menyambut penyapu lidi tadi. Aku pun mulalah menyapu.
"Dan bila menyapu tu bro, niatkan supaya Allah bersihkan hati kita, sebagaimana usaha kita nak bersihkan laman masjid ni. Baru ada hasil dunia akhirat" katanya lagi.
Aku pun faham. Aku pasang niat dan mulalah menyapu. Baru dua tiga kali hayun, aku mula terasa sakit pinggang. Aku pun meluruskan posisi badanku dan menge stretchkan pinggangku.
"Kau ingat nak bersihkan hati tu senang?" usik abang karkun.
"Menyapu daun lawan angin ni, lagi senang dari nak menyapu kotoran dunia di hati kita" kata abang karkun.
"Dan labih bagus kalau ada yang tolong perhatikan kita sebab kengkadang kita tak perasan kalau kita missed a spot" katanya lagi. Pergh. Banyak info nak kena ingat ni...
"Jom pekena sepam dulu, bang. Kang dah Asar tak sempat pulak" ajak ku pada abang karkun untuk pergi membayan jin (isap rokok) di port kami di belakang masjid. Budak-budak pun tengah tido ni. Line clearrr. Kalau tak kang, kena tunggu tengah malam baru dapat isap. Takleh isap depan budak-budak. Kang dia join pulak kang. Siap pau lagi.
"Tu lah dia. Baru dua tiga kali hayun, dah nak rehat. Dah nak bertangguh" kata abang karkun yang mula mengorak langkah ke belakang masjid. Aku tersengih dan meninggalkan penyapu dan membawa laptop budak student tu mengekori abang karkun. Hehehe. Apa nak jadilah karkun zaman sekarang...Hish..Abang karkun, abang karkun.
"Kau yang ajak aku, kau salahkan aku pulak" kata abang karkun dari depan. Aku rasa telanjang bila pikiranku dibaca tibatiba macam ni. Takpe, dah biaser...
Tuesday, October 19, 2010
RTM3 Memang nak Kena!
Baru minggu lepas aku warning jangan apa-apakan siri Supernatural yang bakal ke udara malam ni, minggu ni dah jadi season finale. Mangkuk ke apa? Memang sah ada bapuk RTM3 yang follow aku!
Aku tak pedulik. RTM3 kena sambung dengan season seterusnya. Kalau tidak, aku taknak tengok RTM3 sampai Smallville Ahad depan....
Labels:
RTM3
Yang Mana Satu?
Monday, October 18, 2010
Contradictions
Hi guys! Thanks for visiting my site, even if you're just blogwalking. Don't forget to checkout my other blog as well!
Labels:
iklan
Abang Polis dan Budak HC
Sorilah semalam tak update. Semalam agak busy sikit sebab baby sitter cuti...Sebagai gantinya, ikuti ending kisah komik Abang Polis dan Budak HC kita di alam barzakh...
Ikuti kisah penuhnya di label 'komik'
Ikuti kisah penuhnya di label 'komik'
Labels:
Komik
Selamat Hari Isnin
Rilek la brader,
Kita kena selamber.
Walaupun cibai macamana,
Hari Isnin kita kena lalui juga.
Kalau rasa malas nak kerja, biaser ler.
kalau terpikir nak ambik MC, jangan buat cerita.
Kalau harini malas, esok pula camana?
Tabiat tak baik, jangan sekali kita mula...
Masa tak menunggu sesiapa
Yang pasti
Ia sedang meninggalkan kita
Daripada buang masa berpikir benda yang tak guna
Baik gerakkan jari,
Mulakan kerja
Jangan dok baca blog ni ajer.
Tangguhkan dulu,
Rehat tengahari kan ada.
Atan dan Abu (dress code)
"Apsal kau pakai tie lak ni?" tanya Atan pada Abu. Abu kelihatan janggal berpakaian kemeja tuck-in, berseluar slack serta siap ber tie bagai. Biasa pagoda dengan jeans ajer.
"Aku ada interview" jawab Abu. Dia tergopoh-gapah memasukkan fail dan kertas-kertas surat khabar dalam beg galasnya. Dah lambat agaknya. Selalu Abu rilek-rilek jer. Atan cuma memerhatikan ajer gelagat Abu. Atan tau, Abu perlukan interview ni. Tak macam dia, Abu ni independent. Abu tak suka lepak kat rumah mak diorang macam Atan. Abu suka berdikari dan inginkan kebebasan. Tak macam Atan. Atan kata dia nak temankan mak kat rumah sebab adik-beradik lain sumernya sama ada dok kat asrama atau dah bekerja. ATan tak kisah kalau dia lambat kerja, asalkan dia dapat kerja yang membolehkan dia menjaga ibunya. Tak macam Abu. Abu lepak town dan keadaan kewangan yang genting sejak dia berenti sebulan lalu memaksa dia untuk menerima apa saja kerja yang ada. Abu sebenarnya tertekan.
"Aik? Mana pergi motto 'fak dres kod' kau? Selalu kaulah yang paling anti pasal dress code ni. Ni siap pakai tie lagi, ni? Kerja apa yang kau mintak ni? Salesman ke?" Atan cuba bermain dengan api. Abu tak mempedulikan Atan melainkan terus buat hal dia dengan menyarungkan stokin.
"Pelik manusia ni" sambung Atan. "Kalau dengan manusia, pandai pulak nak jaga penampilan. Bila dengan tuhan, sembahyang pun kengkadang berlenggeng ajer". Atan menyalahgunakan senario untuk menyampaikan hasrat yang bunyi macam dah lama terbuku di hati. Abu mengushar Atan. Dari panahan mata Abu, nampaknya dia terkesan. Abu bukak stokin balik dan masuk bilik.
Sebentar kemudian Abu keluar dari bilik. Sambil lalu depan Atan yang sedang dipukau oleh PS3;
"Amacam? Kalau macam ni ada chan tak aku dapat kerja?" tanya Abu. Atan pause sekejap dan melirik pada Abu. Tergelak besar Atan melihat Abu berpakaian kurta hitam siap berserban hijau lagi. Sekali imbas macam waliullah. Kalau pakai vest, memang nampak macam Taliban. Atan bagi 2 thumbs up. Abu balas dengan satu dari kanan. Tanpa mempedulikan stokin, Abu ambik beg galasnya dan keluar dari rumah. Atan yang mulanya tadi tergelak dengan penampilan Abu, terus berenti gelak. Dia pergi ke tingkap nak tenogk Abu. Kelihatan Abu bergerak menuju ke keretanya dengan berpakaian sebegitu. Atan berpikir "Biar benar?"
Tengahari tu, Atan dapat mesej dari Abu:
"Aku dah dapat kerja. Besok start"
Atan cuma mampu bertasbih...
Kita, mug dan Realiti (asbab)
Bayangkan anda berada dalam hutan. Dalam keterlekaan, tangan pulak terluka kena duri rotan. Nak dijadikan cerita, luka tu kena tepat tang urat arteri. percikan darah tu mengalir ikut denyutan jantung anda. Anda cemas. Usahkan First aid kit, minyak gamat pun tak bawak. Anda melihat darah mengalir menitik-nitik dengan banyaknya. Mata mula berpinar nak pitam. Perjalanan pulak, nak pusing jauh, nak teruskan pun jauh...Apa nak buat?
Dunia ini, dunia asbab. Setiap ayat dalam Al-Quran turun pun setelah 'penyebab turunnya ayat' itu berlaku (walhal Al-Quran itu sudah siap tersedia di Sidratul Muntaha). Walhal Allah Yang Maha Kuasa itupun melakukan sesuatu di atas muka bumi ini dengan asbab. Bukannya Allah itu lemah. Tapi Dia memberi satu mesej. Mesejnya ialah, jika manusia hendak buat atau ubah sesuatu di dalam realiti ini, manusia itu perlu melakukan asbabnya. Nak hilangkan haus kena minum. Nak hilangkan lapar kena makan. Dan nak selesaikan masalah, kita kena buat asbab. Biasanya, kita akan solat. Tapi dalam keadaan genting macam urat terluka dan mengalami pendarahan teruk serta takde bandage atau first aid kit ni, mana sempat nak solat-solat? Wudhu pun belum tentu dapat ambik dengan darah-darah mengalir ni...Apa nak buat?
Selalu kita dengar orang kata kita kena ikhtiar dan selepas itu baru boleh berdoa dan bertawakal. Ada juga yang kata kita kena doa dulu, lepas tu baru berusaha. Ada juga yang tak buat apa-apa selain berdoa dan mengharap bantuan dari Allah saja. Aku setuju dengan pendapat kedua. Pada aku, kita kena mintak izin dulu dari Yang Maha Kuasa sebelum kita memulakan apa-apa usaha (Allah Maha Mengetahui tapi Dia suka dengar pengakuan dari mulut kita sendiri). Sebab masalah yang kita hadapi ini adalah ketentuan Dia juga (walaupun kebanyakannya sebab kita yang hidup tak ikut peraturan). Jadi, sebelum nak hilangkan masalah, kita kena mengaku dengan Allah dulu dan mintak hidayat dan pertolongan dariNya. Sebab tak guna jugak kalau dah buat macam-macam tapi Allah tak izinkan.
Maka anda pun beristighfar banyak-banyak. Kemudian anda memulakan dengan Bismillah dan doa pendek sikit, mintak tolong pada Allah. Hehehe. Doa pulak kena ada adab. Tapi dalam kecemasan begini, adab yang simplenya ialah puji Allah dulu, seru nama-nama Nya dari Asma'ul Husna yang berkaitan dengan masalah kita ni, kemudian selawat sekali sebagai adab kepada Baginda SAW.
Kita bersihkan tempat luka tadi bagi kawasan luka itu jelas. Laa..Takde la besar sangat (kita pulihkan semangat). Kemudian, kita pun cuit sikir air liur kita dengan jari telunjuk kanan. Kita calit pada kawasan luka sambil niat air liur dijadikan asbab. Kemudian kita tawakal kepada Allah. Alhamdulillah, darah berenti. Kita pun meneruskan kembali perjalanan kita di dalam hutan...
Dunia ini, dunia asbab. Setiap ayat dalam Al-Quran turun pun setelah 'penyebab turunnya ayat' itu berlaku (walhal Al-Quran itu sudah siap tersedia di Sidratul Muntaha). Walhal Allah Yang Maha Kuasa itupun melakukan sesuatu di atas muka bumi ini dengan asbab. Bukannya Allah itu lemah. Tapi Dia memberi satu mesej. Mesejnya ialah, jika manusia hendak buat atau ubah sesuatu di dalam realiti ini, manusia itu perlu melakukan asbabnya. Nak hilangkan haus kena minum. Nak hilangkan lapar kena makan. Dan nak selesaikan masalah, kita kena buat asbab. Biasanya, kita akan solat. Tapi dalam keadaan genting macam urat terluka dan mengalami pendarahan teruk serta takde bandage atau first aid kit ni, mana sempat nak solat-solat? Wudhu pun belum tentu dapat ambik dengan darah-darah mengalir ni...Apa nak buat?
Selalu kita dengar orang kata kita kena ikhtiar dan selepas itu baru boleh berdoa dan bertawakal. Ada juga yang kata kita kena doa dulu, lepas tu baru berusaha. Ada juga yang tak buat apa-apa selain berdoa dan mengharap bantuan dari Allah saja. Aku setuju dengan pendapat kedua. Pada aku, kita kena mintak izin dulu dari Yang Maha Kuasa sebelum kita memulakan apa-apa usaha (Allah Maha Mengetahui tapi Dia suka dengar pengakuan dari mulut kita sendiri). Sebab masalah yang kita hadapi ini adalah ketentuan Dia juga (walaupun kebanyakannya sebab kita yang hidup tak ikut peraturan). Jadi, sebelum nak hilangkan masalah, kita kena mengaku dengan Allah dulu dan mintak hidayat dan pertolongan dariNya. Sebab tak guna jugak kalau dah buat macam-macam tapi Allah tak izinkan.
Maka anda pun beristighfar banyak-banyak. Kemudian anda memulakan dengan Bismillah dan doa pendek sikit, mintak tolong pada Allah. Hehehe. Doa pulak kena ada adab. Tapi dalam kecemasan begini, adab yang simplenya ialah puji Allah dulu, seru nama-nama Nya dari Asma'ul Husna yang berkaitan dengan masalah kita ni, kemudian selawat sekali sebagai adab kepada Baginda SAW.
Kita bersihkan tempat luka tadi bagi kawasan luka itu jelas. Laa..Takde la besar sangat (kita pulihkan semangat). Kemudian, kita pun cuit sikir air liur kita dengan jari telunjuk kanan. Kita calit pada kawasan luka sambil niat air liur dijadikan asbab. Kemudian kita tawakal kepada Allah. Alhamdulillah, darah berenti. Kita pun meneruskan kembali perjalanan kita di dalam hutan...
Saturday, October 16, 2010
Kita, mug dan Realiti (Seploh hinggit punya citer)
Kita dah tau dengan solat, kita ada direct contact dengan Allah, tuhan sekalian alam. Pentadbir realiti ini. Dan Kita juga tahu, Allah lah yang menyelesaikan masalah. Makhluk takde kuasa, Allah saja yang Maha Kuasa untuk menggerak atau mengubah sesuatu.
Bayangkan kita suatu pagi, sedang menikmati pagi sebab kita tahu, harini walaupun ada kerja nak kena buat dan agak busy sikit, Insya Allah takde masalah. Tibatiba masa kita baru nak meneguk minuman kita, henpon berbunyi dan dapat call dari seorang kawan yang mintak bantuan. Katanya dia terkandas kat RnR Seremban, beg galas yang mengandungi wallet dah kena kebas masa dia kat musolla tadi. Yang tinggal cumalah henpon dan kredit tinggal beberapa sen.
Kita pun mula mencongak berapa duit yang ada dalam simpanan dan saku kita dan mula berpikir camana nak tolong member tadi, walaupun dari background kedengaran suara setan menyuruh kita suruh member tu mintak bantuan dari ahli keluarga dia dulu dan kita dah nak gerak dahni, nak pegi ambik anak kat umah mentua, atau memutuskan talian dengan berpura-pura takde line.
Tah camana kita tak pikir panjang dan terus start keta dan masuk tol. Dalam kegopohan itu, Allah ilhamkan pulak kita agar men double confirmkan jumlah wang yang available. Baru perasan duit ada seploh hinggit ajer. Aiseh...Takpe. Kita rilek lagi.
Sesampainya kat RnR, member kita punyalah syukur, mau dia sujud ajer kat tar tempat parking keta tu sebab kesudian kita datang. Masa bersalam dengan member tu, kita dalam hati hanya tuhan ajer yang tau. Ada seploh hinggit jer. Kita buat muka series dan terus mendapatkan laporan tempat kejadian. Member kita pun cubalah menceritakan cerita yang sebenarnya di samping menyuntik unsur emosi dan keterlupaan dan urgency nak pakai duit dalam ceritanya. Kita pahamla tu dalam hati. Tapi yang lebih kita tumpukan bukanlah mencari penyelesaian masalah member kita. Kita lebih menumpukan kepada camana nak cari duit lebih ni, sebab cuma ada seploh hinggit ajer ni.
Dalam keadaan tu, kita pun ikut plan A kita. Kita SMS semua member yang kita agak boleh membantu. Of course termasuk family kita sekali dengan cerita yang mengatakan member kita tu ialah kita. Lepas send, kita ajak member lepak tenangkan fikiran dulu. Kita ajak pergi musolla balik. Kita melengah-lengahkan masa bagi SMS dibalas.
Seminit, dua minit takde SMS. Langkah kita yang sedang menuju musolla menjadi semakin longlai. Member kita dok ulang-ulang betapa bersyukurnya dia dengan kedatangan kita sebab dia dah tak tau apa nak buat lagi dah tu. Kita pandang muka dia. Ushar kat dahinya yang berpeluh. Sebab katanya dia baru dapat anak baru dan isterinya ada menunggu di hospital. Tadi dia pegi Nilai jumpa sedara pinjam duit. Sedih benar aku dengar cerita dia. Aku lagi sedih kalau aku pun tak dapat membantu (sebab sekarang ni, aku sendiri memerlukan bantuan).
Seploh minit, 15 minit. Takde SMS. Dah ambik wudhuk. Kita pun beristighfar dan berselawat. Kita pun mulalah bersolat sunat wudhu, sunat taubat dan straight ke sunat hajat. Kemudian kita ulang tasbih Nabi Yunus a.s dalam perut ikan sebanyak minima 100x. Member kita pun ada sebelah. Tiba time doa, kami rasa kan itulah saat pertama kali selama hidup sebagai orang Islam ni, kami berdoa dengan penuh kusyuk.
Selesai salam-salam, kita pun mengajak dia minum. Duit tol ialah RM3.40. Minum lebih kurang RM4. Kang nak keluar tol, kita budget dalam tempat coin ada gak limenamhinggit lagi tu. Banyak duit limaposen. Dalam hati masih menunggu jawapan dari langit. Apa lagi yang kita boleh buat? sekurang-kurangnya, kita nak mencuri sedikit rahmat dalam usaha menenangkan hati member kita ni tadi.
Sambil minum, kita dok rasa-rasa henpon dalam saku. Apsal tak vaibret-vaibret lagi ni? Selalunya, diorang ni bila bagi SMS jer, direct terus balas. Ni nak balas cakap tak dapat tolong pun takde? Tak sent ke? Kita mengecheck henpon tengok sent box. Sumer dah send. Apsal diorang tak jawab lagi ni? Kita mula syak.
Mungkin solat tadi tak diterima? Mungkin ada salah mana-mana? Aiseh, takbley jadi ni. Kita menyeluk saku. Terasa duit singgit kertas. Kita ambik selai dan mencari budak-budak pondok yang mintak derma kat area RnR. Mesti ada punya. Diorang suka lepak sini. Kita nampak sorang. Kita terus masukkan duit singgit kita yang hina tadi dan bla. Terpisat-pisat budak tu menerima sedekah kita.
Bila dah jauh sikit, kita mula berdoa dalam hati, dengan doa Nabi Musa a.s masa berada di bawah pokok setelah membantu anak-anak gadis Nabi Syuaib a.s. Sekali lagi terasa kekusyukan berdoa yang jarang-jarang sekali dirasai. Nak mengalir pun ada jugak.
Kita menyertai member kita yang nampak dah letih me maintain mukanya dalam keadaan tersenyum. Dia nak cepat dah ni. Solat dah. Minum dah. Nak tolong ke tak, ni? Bisik setan dalam hati kita.
Baru duduk jer, belumpun sempat nak memegang straw nak minum seteguk dua, member kita dah mintak tolong sebab dia nak cepat. Bini dan anaknya dah selamat keluar dari labor room dan dia nak pergi azankan anaknya. Kita pun menelan air liur pahit.
Kita seluk saku kita dan terasa dua keping ajer (yang kita tau duit singgit). Kalau bagi ni kang, maknanya kita betul-betul gantung kat coin box dalam keta. Kalau bagi pun, dua hinggit? Apa yang mamat ni nak buat?
Kita genggam duit kertas dua helai tu dan hulur kat member kita dalam genggaman. Biaser arr. Boys. Dia pun terima sambil mengcover, taknak tengok la konon. Kita senyum (dalam hati rasa nak nangis). Member kita cakap timer kasih dunia akhirat dan bla. Kita dapat budget yang dia akan ketawa berdekah-dekah setelah mengetahui yang kita kasi tadi hanyalah dua hinggit.
Tapi member kita tak pusing-pusing. Dia terus start keta dan bla. Kita pulak yang terpisat-pisat memerhatikan member kita bla. Sambil disertai pisat-pisat budak pondok yang mintak derma tu tadi. Kita snap back to reality dan seolah-olah berlari anak ke keta kita. Tit-Tit, terus bukak tempat coinbox. Aisehhhhh...
Baru teringat, duit syiling dah clearkan semalam sebelum hantar keta kat carwash...
Kita pun dok tersandar di bangku keta. Peliknya, kita ketawa. Kita ketawa sensorang dalam keta sambil diperhatikan sinis oleh sekumpulan warga Pakistan dan keluarga sedang bermain di playground RnR. Mulut dan hati kita bertasbih kepada keindahan jalan cerita milik Allah. Kita ushar balik coinbox. Kita tutup. Kita baca Bismillah dan selawat. Kita seru nama Allah yang tertentu...
Bila kita bukak balik, ada duit seploh hinggit bergulung dalam coinbox. Kita tak heran dengan majik tu. Dan kita tak persoalkan jugak kenapa seploh hinggit ajer. Kalau nak kasi, kasilah lebehhh skettt..Tapi tak. Kita bersyukur yang amat sangat. Dan terasa betapa Dia Maha Memerhati dan Memelihara...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















