Tuesday, October 5, 2010

Aku anak Malaysia


Aku cumalah rakyat yang hina. Salah satu dari jutaan mereka. Suaraku takkan kedengaran. Ditenggelamkan oleh jiranku yang nampaknya lebih memerlukan. Namun aku terus juga berada dalam barisan. Mengharapkan satu hari nanti, masa untuk suaraku didengari, akan kesampaian.
Mintak sedekah lagi senang dari hantar borang cukai
Ketika di jabatan kerajaan, aku diperlakukan umpama aku ni peminta sedekah. Giliranku diletakkan paling bawah, di bawah anak pengarah, sedara datuk, orang berduit dan yang berkabel besar. Dan apabila tiba masaku, aku kena isi borang semula. Semata-mata kerana lokalitiku, bukan dalam jurisdiksi mereka.
Dari pembangkang..
Namun ku sahut seruan kerajaan. Belilah barangan buatan tempatan. Ketika di jalan raya, aku memandu di lorong kiri. Keretaku perlahan, takut menghalang kereta import para menteri. Tak sampai setahun, keretaku mula meragam. Tingkap yang macam sial, enjin pulak yang macam minum minyak hitam. Baru jer lepas warenti, keta pun masuk wokshop. Genuine part yang dibuat di Rawang, lagi mahal dari barang import. 

..sampailah ke kerejaan..
Dengan sabar, tinggal beberapa bulan saja lagi, langsailah harga keretaku. Tapi 6 tahun itu tiada maknanya, seandainya terlewat bayar sebulan dua.

Semakin hari, kurasa semakin sial. Malaysia adalah negara bangsawan dan mereka yang berkapital. Orang kebanyakan sepertiku dibiarkan terkial-kial. Sebab makbapakku bukan jutawan kosmetik, atau orang politik atau artis terkenal.



Bukankah ini negaraku? Bukankah aku ini Melayu? Kenapa pula hakku yang perlu dicatu? Bukankah sudah separuh abad negara ini merdeka? Mengapakah keadaan kita masih di takuk lama?


Malaysia ialah negara orang kaya dan bangsawan. Sekali lagi aku tekankan. Orang kebanyakan sepertiku takkan dipedulikan. Apa yang terdaya olehku hanyalah terus beratur dalam barisan. Sedangkan si mereka, selamba potong que sebab ada kenalan. Kami tak dipedulikan seandainya membayar cukai pada masanya. Tapi kamilah pengkhianat negara, seandainya terlewat sebulan dua.






dititipkan oleh Abu
Pembayar cukai tegar

Monday, October 4, 2010

Aku Tahu Kau Mendengar


Wahai Tuhan
Dengarlah rintihan
Di saat tiada siapa yang mempedulikan
Makhluk ini telah sedar akan kesalahan
lalu tunduk sujud menyembahMu
Meminta di ampunkan

Kau Maha Kaya
Kau Maha Agung
Kau lah yang mengampunkan
Semasa Adam tersalah makan
Kau lah yang memberi jalan keluar
Kepada Yunus yang di dalam perut ikan
Kau mikrajkan Isa
Dari kaumnya yang dalam kesesatan
Dan Kaulah yang menciptakan Muhammad SAW
Sebagai Nabi akhir zaman

Kaulah Yang Lebih Mengetahui
Apa yang terbaik untuk diri ini
Tetapi Ya Rabb,
Aku cumalah insan
Yang sering dilingkungi kerisauan
Aku lalai dalam kesenangan
Aku mengeluh dalam ujian
Aku mengaku salah
Aku yang tergopoh-gapah
Ampunilah daku, wahai Allah
Selamatkanlah daku
Makhluk Mu yang bersalah

Interview dengan Wali (Ada apa dengan Israel?)


Aku berkerut bila membaca bahawa Palestin akan menarik diri dari rundingan damai sekiranya Israel tidak membekukan dasar peluasan penempatan haram mereka. Dari satu sudut, baiknya orang Palestin yang hanya meminta agar PEMBEKUAN dasar yang sepatutnya DIHENTIKAN. Dari satu sudut yang lain, apa halnya dengan Israel yang sibuk nak meluaskan negaranya?

Dari zaman dulu lagi, pemimpin dunia tahu, siapa yang dapat kuasai bangsa Yahudi, maka mereka sudah menguasai separuh dari dunia. Kerana selepas pelbagai sejarah penindasan dan bala, kaum yahood telah belajar. Mereka belajar bahawa mereka tak boleh nak terapkan sifat kebangsaan tanpa kiblat. Mereka tak dapat nak halakan semangat patriotisme tanpa negara. Mereka telah diberkati dengan pelbagai cabang ilmu di dunia ini. Tapi ini semua tak berguna jika mereka terus berselindung di sebalik negara orang. Mereka tak mahu kelihatan secara terang-terangan. Camana hebatpun perancangan Illuminati atau Freemason, mereka lebih suka dikenali sebagai hidden hand. Kerana bila mereka keluar, orang ramai akan nampak mereka. Dan mereka tahu hakikat diri mereka, bahawa mereka hanyalah contoh buruk sebagai pengajaran untuk kaum manusia.


Dan peristiwa kiamat bermula dengan pembantaian orang yahood. Mereka takde cara lain selain memihak kepada dajal. Dan untuk melengah-lengahkan lagi kiamat, mereka perlu ada sebuah kubu. Sebab itulah negara Israel diwujudkan. Namun, orang yahood bersepah-sepah di sekeliling dunia. Tanah yang sekangkang kera takkan dapat menampung kaum mereka yang akan pulang mencari perlindungan ketika sampai masanya. Peluasan tanah perlu dilaksana. Kerana camana pun diorang cuba, kebangkitan Islam tetap berlaku juga.

Yahood tak peduli dengan tunjuk perasaan beramai-ramai. Mereka gelakkan sajer golongan ulamak yang lebih yahood dari mereka. Dan penghantaran melalui laut hanya membantu mereka mengenalpasti di mana batu sempadan NEGARA mereka.
Kalau camni orang atas flotilla, gerenti diorang goyang

Mereka hanya akan goyang bila yang datang ada sunnah. Mereka hanya akan kalah, jika yang datang itu tak pernah tinggal solat Subuh berjemaah. Mereka takkan buat apa-apa kepada yang mengajak kepada Allah. Dan selagi itu belum berlaku, tanah Palestin akan terus diratah.
Gambar Curi

Pecahan Melayu


Melayu adalah TUAN TANAH Malaysia. Kedudukan mereka takkan dapat dikalahkan selagi mereka berpegang kepada konsep beraja. Untuk kalahkan mereka, mereka diperdaya untuk menerima demokrasi. Demokrasi ialah hak ketuanan kepada majoriti. Dari sini, barulah Tanah Melayu dapat dijajahi.


Melayu amat berpegang kepada agama. Mereka faham bahawa tanpa agama, mereka hanyalah orang asli yang hanya membuang masa. Dan untuk itu, kuasa dalam hal agama diberikan kepada yang kenyang dan kaya. Kerana jika bukan ibubapanya, kelalaian pasti menyerang keturunan mereka.


Di sudut yang lain, kuasa untuk pembangunan diberikan kepada yang bergeliga. Mereka sudah tentulah dididik dengan cara hidup dunia. Mereka ini diberikan kelebihan dan kuasa. Supaya mereka terus lalai dari bersiap-sedia.


Dan sepanjang masa, mereka diadu-adukan. Mereka dilaga-lagakan. Sehingga apabila sudah kenyang dek termakan umpan, tangsi kapitalis direntap dengan sepenuh kekuatan.


Akhirnya berpecahlah Melayu. Kepada UMNO, PAS, PKR dan tunggul-tunggul kayu. Jenis yang masa muda menjadi hamba nafsu. Bila dah tua, pandai pula bermodalkan anak cucu. Kemana menghilangnya si perenggan kedua, tak siapa yang tahu. Tak kisahlah apa jasa, bakti atau sumbangan beribu. Yang pasti, bila keadaan mendesak, mereka semua inilah yang akan lari dulu.

Yang tinggal hanyalah yang kulit bawang dan yang terlalu tua untuk melakukan sesuatu. Dan akhirnya, tanah ini akan dapat tuan baru.

Jalan Melayu

Pilihan ada banyak, tapi yang nyata ada 2 ajer

Ada 2 jalan yang nyata. Jalan pertama ialah jalan kesufian. Jalan kedua ialah jalan kenabian. Ramai yang tertipu dengan jalan kesufian kerana ujiannya ialah keakuan. Lagi ramai yang terkeliru dengan jalan kenabian kerana ujiannya ialah ketaatan.


Mengambil jalan kesufian bermakna menyertai puak tarekat. Sebelum bermula, kena suluh guru dengan syariat. Ada tak simpang siur dalam senarai sanad. Kemudian diikuti dengan aktiviti berbaiat. Setelah itu kena selalu ingat. Permainan iman, ujiannya hinggalah ke detik sakarat.

Ramai yang suka dengan jalan ini. Hanya perlu jaga diri sendiri dan hati. Otak diguna untuk memikirkan erti. Hati pula memandu, tapi jangan kerap memotong di sebelah kiri. Ujiannya berupa kemewahan dan keakuan. Namun tak ramai yang dapat, sebab zikir tak di istiqomahkan.


Mengambil jalan kenabian pula bermakna mengisytiharkan perang secara terbuka. Hidup berkurta, masjid itu rumah pertama. Dan setelah diisytiharkan, takkan musuh berdiam diri saja. Niat, amalan dan saf perlu sentiasa dijaga. Sedetik terleka, maka terjerat sudahlah ia. Kerana semuanya akan menjadi ujian tatkala, ketaatan dan keikhlasan menjadi tanda tanya.

Semakin ramai yang mengikut jalan ini. Dan antara yang ramai, pastilah akan diuji, yang mana betulbetul berisi. Kerana menyampai tanpa amal itu keji. Tapi lebih keji lagi yang mengumpat, orang yang CUBA memadamkan api.

sekadar hiasan

Kita ummat akhir zaman. Yang jauh dari Nabi dan Tuhan. Asalnya satu, kini dah berpecah-pecahan. Kerana masing-masing terlalu taksub, dengan jalan yang telah menjadi pilihan. Dan lebih suka menghukum dari memperbetulkan keadaan.


sekadar hiasan

Kita individu lalai yang bernama Melayu. Ingatlah: sebatang lidi takkan dapat jadi penyapu.

Saturday, October 2, 2010

Abang Polis dan Budak HC

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Wali Dari Bangi (the trip to BaitulMaqdis)

Lion Gate


"Abang ni komfidenn jer nak masuk masjid tu" kataku tak percaya. Kami baru sampai ke kawasan masjid. Kami perlu menapak ke dalam masjid kerana takde kawasan yang boleh parking UFO.

Soalanku masih tak terjawab. Brader dan abang karkun berjalan laju ke arah masjid. Kelihatan 3 orang tentera yang aku tahu Israel menjaga pintu masuk. Semua orang diperiksa. Orang tua, kanak-kanak, bahkan jurugambar RTM3 yang membuat liputan tentang Masjid Al-Aqsa barubaru ni pun turut dicheck memory card nya..Kami semakin menghampiri. Aku ushar brader dan abang karkun kat depan yang fokus kepada berjalan masuk. Kelihatan krew Jejak rasul sedang main angkat-angkat tangan dengan pengawal bersenjata Yahood itu. Aku rassa cuak. Apsal aku cuak? Apsal aku berdebar? Walhal aku tak rasa apa-apa masa tinggalkan puasa...


Dari kejauhan lagi abang karkun mengangkat tangannya ke arah pengawal itu. Mereka semua memandang jemaah kami bertiga serentak. rasa cuakku semakin tak tertanggung. Kulihat brader. Ku ushar abang karkun. Ku lihat mulut abang karkun terbuka slowmotion nak mengucapkan sesuatu:

"Assalamualaikummmm" bunya salam trademark abang karkun. Aku terflashback sekejap saat camana aku mula-mula bertemu beliau. Dan sekarang ni, aku mem follow dia memasuki Masjid Al Aqsa MELALUI pengawal Israel bersenjata.

Pengawal tu sumer hanya mengangkat tangan mereka serentak menyahut salam abang karkun. Ada juga kelihtaan yang tersenyum melihat presence abang karkun. Jemaah kami melintasi pintu masuk dengan mudah. Selepas melambai kepada kami, pengawal Israel tersebut menyambung aktiviti mereka membuli kumpulan dari RTM3 tadi. Brader, abang karkun dan aku berjalan laju menuju ke satu sudut di dalam kawasan masjid yang besar ini.  Kelihatan seorang tua sedang duduk di atas tikarnya melayan perasaan dengan biji tasbihnya.

Gambar curi

Dari jauh lagi aura kewaliannya jelas terpancar hinggakan aku terasa bagaikan terbakar dengan kehampiranku dengannya. Bila brader dan abang karkun bersalam dengannya, mereka seolah hilang dalam kilauan cahaya orang itu. Aku terhenti berjalan. Hatiku bertasbih kepada Allah atas penglihatan ini. Kilauan cahaya itu berkilau-kilau tiap kali brader atau abaag karkun menggerakkan tangan mereka cuba meng explaian sesuatu kepada orang itu. Aku masih bertasbih sambil menahan pancaran dan 'bahang' kehadiran orang itu dengan tanganku. Aku lemas dalam auranya. Mataku terik. Telingaku bingit seolah-olah berada di tepi air terjun yang hebat. Belakang leherku rasa lenguh dan aku meletupkan sendi di leher. Tak terdaya lagi aku memandang mereka yang bermain dalam kilau terang. Aku tertunduk. Aku lelapkan mata. Aku beristighfar.

Kalau tau, semua orang berebut nak Azan

Tup tup aku dah ada kat sini, pegang microphone. Abang karkun suruh aku bang pulak tu dan ada beberapa orang jemaah tempatan dan orang Melayu dan lain-lain (jemaah tabligh, kot?) kat belakangku.

Tiungggggggg. 

Berdesing bunyi microphone tu menunggu aku azan. Pukul berapa sekarang? Bang Subuh, ke?

Selamat Datang Baby baru!

Pagi tadi, lebih kurang pukul 9 lebih, maka lahirlah seorang lagi insan ke dunia ini. Seorang bayi perempuan yang comel. Alhamdulillah. Segala cuak, cemas dan runsing telah terjawab...


Kami belum pikir lagi nak bagi nama apa. Ada idea?

Abang Polis dan Budak HC

Baiklah, untuk MINGGU KOMIK kita pada kali ini, kita sambung kembali kisah abang polis dan budak HC kita semasa dalam perjalanan mereka di padang mahsyar.

Memandangkan content komik kalini agak heavy, aku harap pembaca semua lebih memandang ia sebagai sebuah komik yang di tulis oleh seorang lepasan SPM 15 tahun dulu.

Kepada yang dah terlepas, sila klik ke label 'komik' kat 'baca ikut tajuk' sebelah kiri skrin.

Untuk lebih skizo, korang boleh ikut jalan lain membacanya. Jalan ni klaka sikit. Ianya dibuat oleh peminat fanatik aku iaitu aku sendiri. KUKUKUKUKU

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan
Semoga terhibur..Esok Insya Allah ada lagi komik..

Friday, October 1, 2010

Kisah Para Wali (Abu Yazid dan selubung keakuan)


Abu Yazid berkata: "Dunia telah kutalak tiga. Kemudian seorang diri aku berjalan kepada Yang Esa. Aku berdiri dihadapan Nya dan berkata:
"Ya Allah, tiada sesuatupun yang kuinginkan kecuali Engkau. Apabila Engkau telah kuperolehi, maka semuanya turut kuperolehi"

"Setelah Allah Mengetahui keikhlasan hatiku maka kurnia pertama yang diberikan Nya kepada ku adalah membukakan selubung keakuan dari depan mataku"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails