Saturday, August 28, 2010
Mari jadi wali. Tapi sebelum tu....
Adakah anda sufi? adakah anda bertarekat? Anda kenal mana-mana Sheikh yang mursyid? Sebelum anda memulakan perjalanan kesufian anda, bacalah info ini dahulu. Dan ingatilah ia sepanjang perjalanan anda.
Kaum Sufi Yang Terpedaya
Adab Makan : Ambil makanan yang terdekat dahulu
Atan dengan Abu (lepak kejap lepas tazkirah)
"Apa yang akan kau lakukan, sekiranya kau tau, takdir yang tertulis untukmu di Kitab Itu, tidak baik? Adakah kau akan bermuram durja dan menyerah kalah? Atau kau akan lakukan sesuatu, sesuai dengan syahadahmu?" tanya brader bus stand lagi. Kami tertunduk diam. Soalan ini agak berat. Kami belum sampai tahap pemahaman sebegini, lagi. Aku baru nak angkat tangan, tapi Abu dah berkata dulu: "Aku akan pastikan api yang menyala di sana nantik, adalah bakaran dari batu dan aku" katanya komfiden. Brader bus stand tersenyum. "Murid Abu Yazid, kononnn, piiirahhh" lawak Atan. Kami semua ketawa sebentar setelah dari tadi dalam kegundahan.
Labels:
Atan dan Abu,
Sufism
Subhanallah
![]() |
| Bukan gambar aku |
Maha Suci Engkau dari apa yang aku perkatakan tentang pentadbiran MU
Tentang apa yang aku fikirkan tentang MU
Atau tentang apa yang aku paham dari Perbuatan-PerbuatanMu
Melalui ibuku, ku kenali kasih sayang Mu
Melalui bapa ku, ku fahami veto kekuasaan Mu
Melalui saudara-maraku, aku belajar untuk bertoleransi
Melalui jiran-jiranku, aku belajar untuk memimpin.
Dan semua ini kutahu
Adalah untuk lebih memahami Mu
Namun, wahai Tuhanku,
Semakin ku cuba memahami,
Semakin aku tak mengerti...
Alone is one thing. Being left alone is another
Labels:
Isu Semasa,
Kehidupan,
Sufism
Friday, August 27, 2010
Kehebatan Melayu 4 (Main gitar mengalahkan dewa, tapi mengekalkan ciri ketimuran)
(Ikuti siri lengkap "Kehebatan Orang Melayu" di akuskizo.blogspot.com)
Kami pun (Azil dan aku) meneruskan pencarian kami untuk sesuatu yang gempak dalam muzik. Lama jugak kami stuck dengan kehebatan Mr. Baudin. Namun kami terus mencari orang yang lagi hebat darinya. Last-last..apa yang kami cari, ada kat negara jiran jerr...
Ni adalah intro kepada band BALAWAN..

info,
Kehebatan Melayu
Interview dengan Wali (Jangan TOGO!)
Pada hari tu, aku yang khidmat. Memang perangai aku, sebelum aku menyerahkan tugas sebagai orang khidmat kepada orang lain pada esoknya, aku akan sental periuk belanga, kuali, dapur, lantai, siling dan segalagala yang berkaitan bagi memudahkan orang khidmat esok. Dan akibatnya, pada malam tu, aku tidur lambat. Tahapa magicnya, si Atan dengan Abu yang sebelum ni memang kelawar pun boleh terzzzzz awal pada malam tu. Maka tinggalah aku seorang. Bila dah setel semua, aku mengambil wudhu, menghabiskan amalan infradi ku, dan terus landing di tempat tidur. Konon-konon jeles tengok member lain yang dah terlebih awal dalam persiapan nak bangun tahadjud malam ni. Bangun tahadjud memang digalakkan masa kitorang keluar 3Hari. Itulah pelengkap kepada semua usaha yang kita dah buat pada siang hari. Waktu siang, kita buat marketing kat manusia. Waktu malam, kita hantar report kat boss.
Tak lama rasanya sebelum aku blackout. Aku tersedar semula sebab aku mimpi macam aku jatuh katil, padahal aku tidur kat atas lantai marmar masjid. Aku menoleh ke jam dinding. Baru pukul 1pagi. Aku membetulkan posisiku untuk berjuang ke level 2. Baru aku nak terlena, aku perasan bunyi macam orang tersedu. Macam tarik hingus. Setau aku, takde yang selsema dalam jemaah kali ni. Ni mesti dah ada yang bangun tahadjud, ni. Aku meng-usha tubuh para jemaah yang tidur di sekeliling untuk mengenalpasti siapa yang tiada. Ohhh..Brader bus stand...huaaarrghh. Nguap. Mataku berair. Aku tersengguk. Ngantuk. Eh? Brader bus stand? Inilah peluang yang aku nanti-nanti kan! Aku mencapai handphone aku dan bingkas bangun sambil menggosok-gosok taik mata.

Wali dari Bangi (persiapan nak keluar 3Hari)
Aku tengah melayan kepala sambil bermain gitar di bilik aku. Tibatiba:
"Assalamualaikummmm" salam orang dari luar bilik. Cam kenal jer intonasi ni? Abang karkun?
"A'ah" jawab abang karkun sambil membuka pintu bilik aku dan mempersilakan brader bus stand dan dirinya sendiri untuk masuk ke dalam. Aku parking gitar dan membuat sedikit ruang untuk mereka. Memandangkan ruang bilik sewa aku ni sempit, diorang aku persilakan duduk atas katil, sementara aku berdiri di tepi, mempersilakan mereka duduk macam orang Jepun. Brader bus stand tercari-cari mana nak duduk. Alah. Cover jer tu. Biaser la. Wali. Aku mengibas-ngibas satu sudut di tilam kepamku untuknya. Dia duduk di situ. Abang karkun terus menyusul di sebelahnya, macam rumah sendiri. Dia mengambil teddybear pemberian awekku dan memeluknya manja. Saja nak nyakat aku, la tu...

Wali dari Bangi (Tasykil Atan dengan Abu)
Tanpa berlengah lagi, aku menghubungi Abu. Bercakap dengan Abu, serupa bercakap kepada Atan dan Abu. Bercakap dengan Atan pulak, rasa macam bercakap dengan batu. Atan ni ngikut jer kepala si Abu.Abu pulak kepala gilagila. Diorang ni adik beradik. Satu mak, lain bapak. Aku rasa kegilaan ni datang dari bapak bapak mereka.
"Mana?" tanyaku spontan bila telefon dijawab.
"Bagilah salam duluuu" kata Abu. Lagi satu bercakap dengan Abu ni, kena tahan sikit. Sebab dia cakap direct. Atan pun sama. Tapi kalau dari Atan, bunyinya macam lembut dan bersopan. Tapi kalau ayat yang sama keluar dari mulut Abu, nak kusiatsiattt jer mulut mamat ni. Prejudisma cuba mengambil alih.
"Assalamualaikummm.." salamku macam budak tadika yang boring. Belum sempat aku habiskan salamku, Abu menyampuk sambil menyanyi lagu Rabbani:
"..sallamm sejahteraa..aa..kepaada annda semuuaaa, mogaa sejahteraaaaa.." nyanyi Abu sambil cuba memimik suara arwah Ustaz Rabbani. Walaupun dalam telefon, aku boleh dengar bunyi orang menyampuk kat belakang dengan menyambung dan menyanyikan lagu yang sama. Aku pasti itu suara si Atan-yang-mengikut-ajer itu. Abu pulak cuba low key kan suaranya kononkonon dia bass dan Atan treble dalam sebuah band akapela.
Thursday, August 26, 2010
Interview dengan Wali (Pemerhatian-pemerhatian dari Persidangan Para Wali, Ramadhan 1431, part 3)
![]() |
| We are watching you |
Kes orang tak puasa kat Malaysia, memang dah biasa. Dan langkah sinikal dan hikmah golongan syariah dalam menguatkuasakan undang-undang Allah (van mayat), amatlah dipuji. Namun, ini tidak mematahkan semangat kuda-kuda setan yang terbawa-bawa dengan cara hidup selama 11 bulan yang lepas ke dalam bulan Ramadhan. Tahun 1431 menyaksikan jumlah orang tak puasa paling tinggi setakat abad ini. Trend peningkatannya juga semakin membahayakan. Dikhuatiri keadaan ini akan semakin teruk pada masa akan datang. Salah satu informasi yang menarik yang dapat aku curikan untukkan korang ialah tahap kreativiti orang Melayu dalam melanggar atau bermain-main dengan perintah Allah ini....
Atan dengan Abu (kantoi tak poser)
"Erk! Alhamdulillah", katanya. Kemudian terbaulah daging burger McDonald. "Kau tak poser, ke?" tanya Asan. "Puaserr!" Nafinya. Muncungnya panjang sedepa. Dia berdebar-debar. Tak mungkin Asan boleh tahu yang dia tak puasa? Adakah Asan wali? Atau Asan ada ESP? sejenak berlalu..."Aku nampak kau kat drive thru tadi. Ada lagi tak?" tanya Asan selamber.
Selamat Aku
![]() |
| Perahu dan Pendayung dahada di tangan. Ayuh! |
Aku lemah
Aku nak kalah
Aku perlukan bantuan
Tetapi bukan kemanusiaan.
Bukan kewangan.
Mungkin cuma sedikit lisan
"Sabarlah, lagi 3 jam nak bukaa"
Labels:
Artikel,
Isu Semasa,
Kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)