Wednesday, May 11, 2011

Subhanallah 2



Ustaz Kasim (yang berserban; anak Guru Tok Sheikh Abdullah)
dengan seekor jembalang tanah

Tiada apa yang berlaku dalam alam ini yang tanpa pengetahuanNya.
Dari kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin, hinggalah ke keruntuhan akhlak dan moral dikalangan muslim Melayu. 

Kita tiada kuasa atas apa yang telah, sedang atau akan berlaku. 
Kita diadakan di sini, pada saat ini, hanyalah sebagai saksi.
Melihat apa yang berlaku, dan cuba fahami apa mesej yang disampaikan Nya.

Kalau taktau jugak, maka, selalu-selalulah tanya Dia.

Tuesday, May 10, 2011

Subhanallah 1






Segala yang baik datang dari Allah. Yang buruk juga berlaku dengan izin Allah. Dan setiap keputusan Allah itu ada hikmahnya. Ada hikmah bermakna ada kebaikan. Dan kebaikan dalam bahasa Allah ialah keberjayaan seseorang hamba untuk kembali kepada Nya.

Saturday, May 7, 2011

Sunyi...Sepi

Aku perlukan masa bersendiri
hati-hati dengan saya


.
.
.

Dan masa itulah mereka kembali...

Friday, April 29, 2011

Hinanya aku




Batubatu kerikil
Dan kulampair di karpet
Dalam surau ni
Adalah lebih baik dari dahiku.

Mereka berada dalam tempat manusia
Sujud pada tuhannya.
Mereka sentiasa berada
dalam dengungan zikir dan doa
Tak macam aku.

Aku cuma ke sini sebab nak cover
Awek yang aku tekel;
Jenis yang sembayang pula.
Dan sebab itulah
Aku rasa
Hina giler.

Semoga Allah sucikan aku dari nodaku sendiri...

Thursday, April 28, 2011

...Zolamna anfusana...



Warning: Semoga yang baik itu menjadi manfaat dan yang buruk itu dikomen kat bawah.


Wahai Allah,
Dengarlah,
Cubaan penipuan
Yang kesekelian kalinya.

Aku mengaku aku berdosa.
Aku melampaui batas.
Aku ditunggang nafsu...

Ya Allah,
Hinanya aku.
Bodohnya aku,
Bantulah aku...

Maha Hebat Engkau yang Maha Mengampunkan walau berkali dimungkiri,
Maha Agung Engkau menaungi tanpa dipinta disaat aku sengaja menjemur diri.
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Dari segala kebodohan dan kependek-akalanku terhadap hikmah akan rahmat Mu.

Cuma, Ya Allah,
Aku sepi.
Aku Pilu.
Aku Mengaku.
Kau lah Tuhan.
Akulah mangkuk ayan.
Kau telah memberi peringatan
Akulah yang telah membelakangkan.

Ya Allah,
Ampunkanlah kedua ibubapaku kerana
Melalui mereka ku kenal kasih sayang Mu

Ya Allah, 
Ampunkanlah guru-guruku kerana
Melalui mereka ku kenal Mu

Ya Allah,
Ampunkanlah semua ummat Muhammad SAW,
kerana limpah kurnia kasihan dari Mu.

Ya Allah, sungguhpun kami ditegah mendoakan kesejahteraan orang kafir,
Namun, ya Allah, 

Kami kasihan melihat anak kecil,
Orang tua dan wanita.
Walaupun mereka pergi ke tempat yang lebih baik,
Namun mereka telah pergi tanpa kalimah
Itu saja yang membezakan mereka dari menjadi saudara kami.

Selamatkanlah kami semua ya Allah.
Ampunilah kebodohan, kezaliman, kebusukan kami
Kami hanyalah gumpalan daging yang hancing.
Tiadalah ertinya kami di dunia ini,
Andai Kau biarkan kami terus bergelumang dalam lubang najis.

Ya Allah, Selamatkanlah kami,
Bersihkanlah kami
Dan terimalah kami.
Sesungguhnya kami hanya pengangan yang hanya mampu  menyaksi...

Wednesday, April 27, 2011

Atan dan Abu (Rakyat Malaysia ni Rugi! kata orang gila.)





"Rugi! Penduduk Malaysia ni RUGI!" teriak orang gila itu. Kami memasang telinga. Tak jelas perkataan yang dirapikkan oleh orang gila itu. Sesetengah kata orang itu gila. Pada kami tidak. Orang itu dalam rahmat Allah sebenarnya...

Kami mendekati orang itu. Orang itu memang dah biasa dengan kehadiran kami. Muka kami ni memang muka bawak nasi bungkus. Tapi ni bukan orang gila biasa. Dia tak jelir lidah macam anjing kehausan masa berdepan dengaan tuan yang biasa memberikannya makanan. Orang gila ni milik Allah...


"Kenapa abang cakap penduduk Malaysia RUGI?" tanya Abu direct kepada orang gila tu. Atan dok kat sebelah kanan. Aku dok kat tepi. Tangan menguis butang henpon, merakam perbualan kami.


"Orang serata dunia berebut-rebut nak jadi rakyat Malaysia sebab negara aman dan clear dari ring of fire, tapi rakyatnya sibuk nak jadi cam orang takde agama" keluar jawapan pertamanya. Atan buat tanda "best" pada Abu. Abu senyum gembira.


"Kenapa abang cakap penduduk Malaysia RUGI?" tanya Atan pula.
"Negara aman takde musim. Boleh ke masjid setiap waktu" keluar jawapan kedua. Kami semua tertunduk kecuali Abu. Abu istiqomah. Dia immune.


"Lagi?" tanya Abu.
"Paling ramai penolong Allah yang masih mendoakan kesejahteraan ummah. Kat tempat lain, Allah kata bala, bala. Takde delay-delay" jawabnya pula. Part ni kami tak paham. Aku pulak tanya. Err...


"Sebab penghuni kubur di sini masih aman damai bandingannya. Kat tempat lain, alam barzakhnya bingit dengan bunyi derita" katanya sebelum sempat aku bertanya. Aku benci betul. Semua orang boleh baca pikiran aku, ke Aku menggosok-gosok dahiku. Atan ketawa melihat gelagatku.


"Lagi?" tanya Abu lagi.
"Orang yang tau semua nak dok kat sini menunggu keluarnya Imam. Orang kat sini pulak hatinya dah sampai Madinah dan Mekah" jawabnya sambil menggosok kepalanya. Dia masih berdiri mengadap masjid. Kami dah ada yang menyangkung di sekelilingnya. Ada juga brader-brader yang mengelilingi kami, mencuri dengar interogasi kami terhadap orang gila itu.


"Lagi?" tanya seorang yang lain.
"Azan masih boleh berkumandang lagi" jawabnya sambil berlalu meninggalkan kami dan terus masuk dan duduk di tangga marmar masjid.

Kami insaf dan turt serta masuk dan menunggu waktu Maghrib. Orang gila itu masih meracau-racau di tepi tangga. By this time, dia dok cerita pasal Juliana Evans pulak...


Haishhh....

Tuesday, April 26, 2011

Wali Dari Bangi (aku kena berguru)


"Kau nak kena berguru, ni Wan" kata abang karkun sambil menepuk belakangku. Aku rasa selesa dengan body contact dari abang karkun. Terasa cakura jahat mengalir keluar dari tubuhku. Tinggi amalan abang karkun ni, bisik hatiku.


"Kau ni tak abes-abes mengarut, kan?" kata abang sambil menujal bahu kananku. Aku mengadoi keaduhan.


"Aku tengok singgahsana kau tu makin berhabuklah. Dah bersawang. Siap ada anak cengkerik lagi lepak kat bawah kerusi. Kau nak kena sapu dan serbis selalu" kata abanag karkun sambil ushar dadaku bahagian jantung. Aku rasa berdebar-debar.


"Kau dah laa lama tak keluar. Zikir tak amal. Sejak bukak kedai welding ni, dah pandai lompang-lamping solat fardhu. Tak baik tahuuu?" kata abang tembakan tepat ke mata ketigaku. Debaran di dadaku rasa tak tertahan. Nak luruh rasanya. Aku hampir membongkok menerima tembakan abang karkun. Aduh! Abang karkun tarik balik badan aku kasi up balik. Ni mesti ada tembakan kedua. Siaplaaa...Aku redha. Tapi tutup mata.


"Lepas solat pun main bla ajer. Dah takde tadah-tadah tangan. Paling celaka, solat jumaat pun dah pandai ngelat pakai teknik" kata abang karkun. Tembakan yang ini hampir membunuhku. Aku terkulai. Abang karkun kasi up aku balik. Hader lagiii?!


"Bila susah kemain mintak kat Dia, tapi bila dah dapat, kemain berdolak-dalih dari sujud fardhu atau nak ucap terima kasih. Kurang hajar dah adik aku ni" kata abang karkun. By this time muka dia dah series. Kening dia bercantum. Kulitnya yang pada kebiasaannya kuning langsat, bertukar kemerah-merahan macam singh mabuk. Aku cuak tengok muka dia. Distracted kejap sebab muka dia cam lawak pun ada.


Tetiba abang karkun berderai ketawa. Berdekah-dekah dia kat tepi aku sambil menggosok perutnya. Tak pernah aku tengok abang gelak luar kawalan camni. Apa sajalah yang dia dah baca kat dalam kepala aku tadi, ni. Aku cuba merewind memori aku sendiri...


Kemudian abang karkun rapat semula denganku dan memelukku.


"Abang bangga berjumpa dengan kau. Kau jangan lupa abang nantik!" kata abang karkun. Dia bangun dan berlalu dari port isap rokok belakang masjid jamek ni. Aku terpinga-pinga dengan perangai sorang member aku ni. Ntahapa-hapa ntah.

Tapi aku memang kena cari guru...Aku petik puntung rokok ke luar pagar dan bingas bangun. Terhenti sekejap aku di situ.

Mata aku berpinar sebab bangun dengan tiba-tiba. Nak pitam rasanya...

Monday, April 25, 2011

Ya. Aku dah GILA!




Allah Allah Allah...
Aku bukan tak pedulik dengan Libya
Cuma aku dah tak pasti, 
Sapa yang sapa sebenarnya.

Allah, Allah, Allah...
Aku bukan tak hirau keadaan di Palestin
Cuma aku dah jelik
Perang batu melawan mesin,
Mana sudahnya?

Allah, Allah, Allah...
Aku bukan tak tau pasal Iran,
Yaman, Bahrain, Afghanistan, Iraq,
Burqa di Perancis dan terorisme di Eropah
Kengkadang tu sampai aku naik menyampah.
Tapi apakan daya?
Aku adalah saudara mereka
Dan brotherhood comes first
Dapat pula di atas nama agama

Allah, Allah, Allah...
Aku tak boleh buat apa-apa.
Lahaula wala quwwata illa billah.
Aku cuma boleh berharap Allah kurniakan kekuatan
Agar kami semua berjaya
Keluar dari dunia ini dengan IMAN


Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah!...
Nak beriman, aku kena usaha.
Ada banyak jalan dalam sunnah wal jamaah ni yang boleh kita guna
Aku suka jalan tabligh waktu siang
Dan jalan tarekat di waktu malam
Dan di masa-masa antaranya,
Aku ingat kat
Allah,Allah, Allah 
Lagi banyak pekdahnya...

Rembau's Digitalization (intro2)



Bila aku cakap dasar untuk daerah kita untuk tahun itu ialah 1, maka semua rakyat perlulah bersatu dan berfikir sebagai satu entity. Cina, Melayu, India, Kadazan, matsaleh, semua yang ada dalam Rembau ni, berpikiran sebagai satu badan. Dan dalam mode sebegini, kita akan lebih tumpukan kepada kemajuan DALAMAN daerah kita.

Benda-benda yang akan kita titik beratkan ialah kemajuan hal-hal kebajikan dan sosial rakyat (makan, tidur, kerja, berharta), penambahbaikan kepada KPI utama daerah, pendidikan, ekonomi, jenayah dan perkara-perkara yang akan menyediakan daerah kita ni lebih berdaya saing. Kita akan lebih tertutup dan menumpukan kepada isu setempat. Bak sebuah kereta lumba yang terpaksa masuk ke dalam pit untuk penukaran tayar, side mirror, sekadar nak lap helmet pemandu dari kelikatu atau yang mengedar pamplet yang mempromosikan team. Setiap orang ada tugas masing-masing asalkan masing-masing mahu partisipet. Kita perlukan semua orang.

Bila aku cakap dasar daerah kita ialah 0, bermakna, cara setiap komponen dalam daerah ini berpikir ialah neutral. Dengan mindset yang sebegini, dasar daerah kita lebih kepada hal-hal LUAR daerah. Kita akan lebih bersikap outward. Pada tahun yang kosong, kita akan lebih menumpukan kepada soal nak memainkan peranan lebih aktif sebagai komponen dalam sebuah negeri. Ada kala kita berfungsi sebagai pelabur. Ada masa sebagai rakan-kongsi. Ada masa kita bersama kawan-kawan dari daerah atau negeri yang lain diluar sana yang berjuang dalam mempertahankan pendirian dan kefahaman yang selari dengan kefahaman dan hala tuju daerah kita.

Dapat tak? Skru aku pun jadi longgar sebab cuba nak menafsir dan menerangkan benda kompleks ni kepada korang. Idea ni taklah sesimple ini, tapi konsep ini sebenarnya membantu rakyat memahami, apakah yang sedang bermain difikiran pemimpin yang disokongnya. Kalau dalam kepala pemimpin tu, balik-balik kroni dierrrr jer, maka kita taulah, apa yang kita nak buat pada bulan 6 nantik. Ooops.

Aku akan terangkan dengan lebih terperinci lagi tentang apa itu satu dan apa itu kosong. Nak senang paham, korang boleh relatekan idea kosong dan satu ini dengan konsep parti demokrat dan republikan di Amerika. Parti demokrat lebih menumpukan kepada isu dalaman US. Parti republikan pula lebih kepada hal-hal luar dari US. Dalam hal mengekalkan reputasi sebagai polis dunia, misalnya. OK, sekarang kita move on.



bersambung...hikhikhik....

Rembau's Digitalization (intro)






Pilihanraya menjelang tiba. Sungguhpun SPR belum mengumumkan siapa yang bakal bertanding, aku mesti mula berkempen dari sekarang. Jika calon yang bertanding menggunakan wang ringgit, pengaruh dan janji yang belum pasti tertepati sebagai alat dalam kempen mereka, aku cuma ada idea. Tapi aku juga ada Facebook, Youtube, blog, twitter, dan forum, dan YM dan lain-lain media sosial yang percuma. Dan dengan semua ini, aku nak masuk bertanding sebagai Undang Rembau yang baru.

Tunggu!

Korang gelakkan aku sebab kau cakap title Undang mana ada pertandingan? Ia ditentukan oleh mesyuarat atau undian komponen yang membentuk Undang tersebut? Kau cakap aku tak tau asas negeri sendiri? Kau silap. Betulkan diri kau. Dah? Kita sambung.

Manifesto aku mudah: Jika aku jadi Undang, aku akan DIGITALkan REMBAU. 
Secara asasnya, digital bermakna satu (1) atau kosong (0).






bersambung


Salam Satu Baru



Assalamualaikum!
Selamat minggu baru.
Selamat nyawa baru.
Selamat azam baru.
Semoga jadi baru.
Setiap minggu.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails