Wednesday, March 16, 2011

Wali dari Bangi (Si Pemuda yang Extra Joss)




Cerita bermula dengan seorang akauntan muda. Dia dah ada kerjaya, kereta, simpanan, rumah dan seorang awek yang bakal diperisterikannya. Semua nampak macam according to plan. Makbapak, jiran, housemate juga suka dengan dia. Orang suka ajak dia pegi kenduri dan dinner. Dia cool. Sehinggalah si akauntan muda ini dilaporkan terlibat dengan tabligh.

pemuda itu dilaporkan mula ambil mudah dengan pekerjaannya. Dia kelihatan lebih banyak menghabiskan masa di surau bersolat sunat daripada berada di mejanya menulis sesuatu atau menjaga talipon. Berborak dengan dia pun dah semakin tak best di mana setiap titik butir yang keluar dari mulutnya ialah Allah dan Rasul saja. Rakan serumah juga merungut dengan mengatakan TV serta radio mereka sering sahaja rosak secara misterius setiap kali kehadiran si pemuda ini. Tapi sejak pemuda kita ni dah join tabligh, mereka semakin tak sebulu. Nampak batang hidung jer, ada je la call yang masuk, tweet, atau malaikat yang lalu. Pemuda kita ni bukan tak perasan semua tu. Bahkan dia tau. Jalan yang dipilihnya ialah jalan keseorangan dan mujahadah. Maka, makin menjadi-jadilah joss dia.

Mula-mula dia berketayap ke hulu ke hilir. Lepas tu semakin kerap berkemeja pagoda. Pastu kemeja dia dah ada zip kat depan. Seluar pulak makin kembang dan makin pendek. Mata dia pun nampak barai-barai, siap ada kesan celak. By this time, ke mana saja pemuda ni pergi, dialah yang jadi imam. Orang mesti pandang dia satu macam dan segan-segan. Ini memberikan pemuda ini satu semangat dalam perubahan baru yang dialaminya.

Bila semangat dari luaran semakin membara, pemuda kita ini semakin series dalam kepentablighan nya. Dia tak miss mesyuarat markas, apatah lagi malam markas. Pantang dengar ada ijtimak atau jorr kat mana-mana, kalau dia tak khidmat, mesti dia iktikaf sekali, punya. Hubungan dengan awek semakin renggang. Balik kampung jumpa makbapak jiran kengkawan pun semakin kurang. Kerja pun dah pandai lompang-lompang. Kehidupannya semakin terarah dan berputar di sekeliling jemaah tabligh. Tangga masjid atau serambi surau itu lebih selesa padanya dari tilam atau sofa. Makan dalam dulang itu lebih kenyang dari makan pakai pinggan.


Sampai satu tahap, semua itu dirasakan dah bagai rutin padanya. Dia mula rasa hambar. Kosong. Bukannya dia tak buat zikir pagi petang. Bukannya dia tak buat 2jam setengah. Bahkan 3hari setiap bulan dia pun dah berapa tahun ntah istiqomah tak putus. Tapi pemuda kita ni rasa kosong. Dia rasa hambar. Semuanya predictable. Dah tak fight.


Dalam kelompok jemaah tu, ada dikalangan mereka yang ikut tarekat. Mereka dah lama nak ajak pemuda kita ni join tarekat diorang tapi sebab pemuda kita ni selalu sambutkan takazah bagi pihak markas diorang, maka diorang takde lah kacau dia sangat. Tah camana lak malam tu pemuda kita ni boleh sangkut pulak dengan puak-puak bijik tasbih ni. Hujung minggu tu, pemuda kita ni akan join zikir mingguan mereka.


Sejak dari tu, dah tak nampak batang hidung lagi dah kat markas....



Tuesday, March 15, 2011

Isu Baibel dalam BM


Haritu kecoh pasal buku Interlok. Sampai tak senang orang tua tu nak menghabiskan sisa-sisa hidupnya, korang kerja kan. Tak habis dengan buku Interlok, isu bahasa kembali diperdebatkan dengan isu Baibel dalam bahasa Melayu. Isu ni patutnya antara Hishamudin dan puak cej. Tetiba lak ada orang Melayu yang mempertahankan kehendak orang kistian ni. Eh? Korang ni mangkuk ke apa? Kok ye pun nak raih undi, takkan sampai sentuh isu agama?

Bukan apa, sebagai seorang orang kampung yang jumud dan Melayu totok, aku rasa terkilan dengan tindakan orang Melayu yang mempertahankan kemasukan Baibel dalam bahasa Melayu ke Tanah Melayu ini. Bangang ke apa? Walaupun bangsa Melayu ni bukan bangsa membaca, namun sekerat yang membaca tu pulak terdiri dari nerd-nerd yang mudah terpengaruh. Kau tengok jerlah camana diorang tepengaruh dengan idea free country lah, atheist lah, freedom of choice lah. Kau tengok jelah budaya membaca FB lagi hebat menular dari membaca buku sekolah atau suratkabar? Ni Tanah Melayu ke, apa ni?

Isu bahasa Melayu sebagai bahasa dalam Baibel, satu masa dulu hebat diperdebatkan antara blogger semenanjung dengan blogger dari borneo. dua-dua Islam. Sorang cakap tak boleh macam aku. Yang kat Borneo pulak kata tak murtad der dengan membaca Baibel dalam BM. Malah, bukan nak berlagak, kata mereka, Islam orang Borneo lagi takwa nampaknya dari orang Islam Semenanjung. Last-last kongklusi dari perdebatan itu kita dapati bahawa:


1) Tak setuju sebab takutkan masa depan akidah anak-anak kaum majoriti yang terdiri dari Islam ni akan berisiko. Di Malaysia, kebebasan beragama hanyalah kepada yang bukan Islam. Kepada yang Islam, mereka tertakluk dalam hukum syariah. Walaupun kecil, namun sistem syariah ada Baitulmal dan pengecualian cukai. Bermakna orang Islam Malaysia ada standard. Ada identiti. Dan identiti Islam Malaysia sejak dulu lagi ialah pegangan kita kepada hukum warak: pencegahan. Maka sebab itu, Baibel, kitab yang dilabel PALSU dalam agama Islam, ditegah dari menggunakan bahasa pengantar negara ini.


2) Setuju sebab bila ada unsur sebegini dalam masyarakat Islam Malaysia, muslim Malaysia akan bersedia dengan lebih meningkatkan kefahaman mereka tentang spiritualiti mereka sendiri. Dari sudut positif, ini memang benar. Disamping itu, ia memaksa bangsa Melayu dalam lebih memahami agama yang ditegah dari menjadi ikutan yang dok diulang-ulang dalam semayang ni. Ini sepatutnya menjadikan generasi muslim Melayu akan datang, lebih dalam pemahamannya. Ia dapat dicapai dengan mengintegrasi dan memperkasakan ilmu tauhid di peringkat sekolah rendah.


3) Berdiam diri. Orang yang berdiam diri terbahagi kepada dua:


a) tak tahu wth is going on
Melayu macam ni samada dia asyik dalam dunia dan masalah dia, atau dia sedang asyik dalam dunia atau masalah luar (orang). Tanya tu, tak tau, tanya ni, tak tau. Tapi bila masa-masa terluang, suara dia ajer yang dok membebel, menyemakkan ruang bandwith frekuensi bunyi boleh dengar. Diorang, kalau bom meletup kat sebelah pun diorang buat derkk ajer dengan headphone dia, sehinggalah shrapnel letupan kena kat kepala hotak mereka ni agaknya. Tapi bab benda tak berguna, janagan celen. Bola. Hoki. Badminton contohnya. Tanya bab berdehem, haram tak pernah amal, rupanya.


b) tahu wth is going on tapi choose to be diam
diorang ni dari satu sudut, bijak sebenarnya. terdiri dari orang yang pernah kecewa dalam hidup, pendendam, orang yang kosong atau anda. Ya. Kita tahu semua benda ni tapi apa yang kita buat? Apa yang kita rasa? Kita tak rasa apa-apa. sebab kita bukan dalam golongan setuju atau tidak setuju. Kita dok berdiam diri masa orang tanya ada apa-apa nak tanya tak, tapi membebel macam mak datin masa dalam keta on the way balik rumah. Kita dok berdiam diri dan menyelamatkan diri sendiri sedangkan kawan kat sebelah ajer dok terkuis-kuis cuba mencapai kita meminta tolongnya. Apa yang kita buat? Kita diajar agar jangan perlahan ditempat kemalangan, kan? Drop gear, kita jalannn...


Jadi berbalik kepada isu Baibel dalam BM, apa pendirian kita tentang isu ini:

HARRROOMMMM!!!!!!!

Apakata lepas ni kita buat siri kanak-kanak "Cerita Dari Baibel" pulak dalam Astro (dalam bahasa Melayu)?


sakit hati



ketahuilah, wahai diri
takkan kemana dengan sakit hati
terus menerus menyimpan bara
sungguhpun tak membakar,
bahangnya akan tetap membinasa

hidup terlalu singkat untuk membenci,
atau dibazirkan dengan bersendiri.
Baguslah jika tak pernah menyusahkan sesiapa.
Bukankah kini dah sampai masanya,
Kita memudahkan hidup orang lain pula?

Kenapa nak berjasa?
kenapa nak bertimbang rasa?
Bukankah dunia ini dah sampai masanya?
Rembat jer ler apa yang ada
Sapa yang last, dialah yang kena.

Tak. Bukan, kita lebih dari itu
Kita semua dijadikan untuk sesuatu,
Itu aku rasa, kau pun tau.
Memang kadangkala dalam menempuh liku,
Penat dan tekanan, buatkan kita keliru.
Tapi itu bukan alasan nak kau kau aku-aku
Masa semakin suntuk, 
Dunia semakin sempit,
Inilah masa yang sesuai, aku rasa...

Untuk kita bersatu.






Monday, March 14, 2011

Atan dan Abu (Gempa bumi, rusuhan, tsunami, nuklear dan Datuk Lee Chong Wei)





Atan: sampai sekarang Jepun masih dilanda dengan gegaran. Ini menyebabkan air laut berkocak dan menjadi tsunami. Menurut data huru-hara ombak direkodkan setinggi antara 1 hingga 10 meter.


Abu : Gegaran telah memusnahkan loji nuklear dan telah berlaku pencairan. Tak kisahlah apa maknanya tapi lepas ni kita jangan makan sushi atau pakai selipar jepun. isu nuklear ni juga bermakna akan ada teroris dapat sumber nak buat bom atom. Siaplah korang...


Atan : Ombak tsunami dijanga melanda kawasan sekitar benua. jujuran gunung berapi dan plat tektonik di permukaan bumi dikatakan masih belum selesai dengan kerja mereka. Sama ada akan ada gegaran finale atau semua tekanan itu meletus dengan letupan di gunung berapi yang berkenaan.


Abu : Dah tentu media Jepun dan dunia akan dikaburkan dari berita sebenar tentang pencemaran radioaktif yang berlaku di Jepun. Serupa macam cerita wayang yang diorang buat pasal peperangan di Iraq, Afghanistan, Iran, Pakistan atau propa-propa politik dan kapitalis kat Bullshit Utama. Sekarang pun orang Malaysia lagi sibuk blog pasal Merong Mahawangsa dari cerita pasal orang Jepun yang nak datang lepak kat rumah kita buat sementara.


Atan : Ekonomi dan masyarakat dunia yang teruja akibat huruhara di dunia Arab, dinormalizekan kembali dengan tragedi di Jepun. Pasaran ekonomi menjadi teragak-agak. Semua disaran agar mula beli emas dari sekarang. Harga duit akan di manipulasi. Tak pasal-pasal je kang ramai pengemis jadi muflis. Di satu sudut, Cik Israel mengambil peluang dengan meluaskan lagi kawasan jajahan mereka dan mengebom orang Palestin sepam dua.


Abu : Segala isu di luar sebenarnya merupakan input kepada Malaysia. Malaysia boleh meningkatkan lagi pelaburan dalam negeri dalam sektor semikonduktor dan teknologi memandangkan geografinya yang kukuh. Loading cip-cip kat Jepun yang tengah disaster tu mesti nak kena alih kat mana-mana. Nilah masanya. Isu dunia Arab juga meningkatkan pelancongan dan jumlah orang lelaki pakai seluar pendek semayang jemaah kat surau KLCC. Ramadhan kalini dijangka ceria. Sipakan plan nak berniaga apa. Tu ajer.


Atan : Keadaan huruhara pula semakin merebak ke sini sana. Rusuhan dan keganasan dilaporkan bermula juga di negara besar. Semua dah malas nak kerja bila duit gaji; walau camana jimat pun akan habis menjelang hari kedua. Batas moral atau timbang rasa semakin binasa. Manusia berpuak mengikut fahaman dan ideolisme.


Abu : Manusia semakin hilang kekuatan mental dek rasukan dadah, muzik dan seks. Ditambah lagi dengan tweeter. Orang tak cukup tidur pasal main tweet dengan follower gambar avatar cun tu memang biaser.


Atan dan Abu: Sigh...
Atan dan Abu : ...dan kau dan aku dah lupa semua ini sebab Datuk Lee Chong Wei menang All England.

Saturday, March 12, 2011

Lets do Do'a


May Allah; 
eases the burden

May Allah go easier,
 on the women and children

And may Allah 
forgive,
those 

who seek pardon...

Thursday, March 10, 2011

RTM3 cari pasal lagi! Supernatural diganti Fuhhh?!!



Malam haritu, rakan-rakan sefanatik siri SuperNatural yang ditayangkan di RTM3 setiap Selasa jam 11malam, telah mula men tweet-tweetkan diri semasing, mengingatkan akan detik siaran pada malam tersebut.

Semasing sibuk dengan cerita last week lah. Ada yang nak jadi Castiel lah. Ada jugak dua tiga orang tahsapantah datang join-join tweet dengan kitorang. Sempena menyambut siaran mingguan siri SuperNatural kat RTM3. Bukannya takleh download siri ni sampai habis. Dah ada dah. Tapi ia disiar semula jika kami nak refer balik bagi memastikan siapa betul masa kami berdebat pasal siri-siri kegemaran kami ini saja. Apa yang menariknya cerita Supernatural ialah bukan saja pada jalan cerita Dean dan Sam dalam mengelakkan apokalips, tapi juga eksplorasi gaya persembahan cerita yang ditonjolkan oleh pembuat atau team SuperNatural ni. Maklumlah. Bila ia sebuah siri TV, dia akan disaksikan oleh peminat, lebihlebih lagi pengkritik.

Cerita SuperNatural setakat ini mencabar pemikiran fans nya dengan menampilkan watak PENULIS buku Supernatural tu sendiri dalam kisah pengembaraan Sam dan Dean. Atau buat cerita Sam dan Dean terperangkap dalam game maze house dengan fanatik cerita SuperNatural (ni kira live tribute to fans la ni). Menjadi laktu! Lepas tu ada kisah dimana style 'what-if, what-if" digunakan untuk mem-spike kan siri mingguan yang kengkadang sampai part hambar. Tak macam cerita Charms, Friends atau Cosby yang sampai satu tahap kita meluat tengok orang menari mengeliat-ngeliat konon macam Bill Cosby atau Will Smith dalam No Jiggy With It. Watak Sam dan Dean aku rasa dah meresap ke dalam pelakon tu sampaikan aku takleh tahan gelak bila tengok Dean berlakon cerita cinta satu masa sekejap dulu. Tengok. Nama pun aku tak panggil nama dia sebenar. Sapa ntah nama Dean winchester. Anyway...


Semalam RTM3 pergi taruk cerita Fuhh! menggantikan cerita SuperNatural yang dah berkurun kat situ. Siap cakap lagi lepas ni takde tukar-tukar lagi dah. Weyhh!! Haritu kau main-mainkan SmallVille. Sukasuka siar. Sukasuka sambung. Pastu tetiba kau tukar jadi tunjuk ajar nak seeku.


Sekarang kau tukar slot SuperNatural pulak. Untuk Pengetahuan kau, kitorang ni tengok RTM3 masa Bullshit Utama dan cerita SuperNatural ajer. Sajer nak belajar-belajar jadi rakyat Malaysia di desa. Kau buat lak camni. Camner aku tak gi langgan Astro? Camner tak dakyah MTV dan Nickleodeon yang meresap masuk ke jiwa generasi akan datang? Camner orang tak pergi ke media alternatif? Dan mengundi semangat yang menggalakkan pemberontakan?

Yang hampehnya tu bukan sekadar memerhatikan dia buat hati penonton marhaen cam kita ni cam mainan. Yang hampehnya ialah mengetahui kita dijual.

hehe

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Rabu

Raw-Boo

Hari rabu dah.
semalam rilek-rilek.
harini pun cam nak rilek-rilek gak.

Sampai bila nak rilek milek ni?
Besok dah Kames
Minggu depan dah tengah bulan...
Bulan depan, dahhhh habis satu quarter.
Cepatnya?
Cepat, kan?

Tulah nilai MASA di akhir zaman
Ayuh! Teruskan perjuangan!

Tuesday, March 8, 2011

Kesunyian itu


Aku mengaku
Aku berasa sunyi

Aku sunyi masa aku beratur dengan bebudak shift pagi di cafe menunggu giliranku membeli sandwic buatan fresh untuk sarapan...
Aku sunyi bila aku berdiri menunggu mesin fotostat habis memfotostat dokumen spesifikasi new product yang aku nak suruh bebudak ni jalankan sekejap lagi.
Aku sunyi masa aku sensorang kerja masa hari isnin semalam.

korang cuti.
ya.
korang cuti tak bagitau aku.

takpe.
keje kau tu, aku dah setelkan.
customer complaint kau tu, pun aku dah lengahkan.
dan hari ini dah hari selasa.

kau masih lagi cutiiii?!!

Huaaarggghhhh!!!!




keluhan hati seorang hamba Allah yang kena kerja sensorang, semalam. Satu pejabat cuti mengejut, mengakibat semua hal pejabat, dia yang handle.

Are you IS-LAM?

Are you IS-LAM?
Or are you WAS-LAM?

I know I'm WANNABE-LAM

And I'm PROUD of it

So one more time:
Are you ISLAM?




*are you Islam is referring to your religion. the correct way to ask it is: are you a muslim? 

Monday, March 7, 2011

Atan dan Abu (budak mintak sumbangan)

Kalau takde duit, senyum je laaahhh

Atan dan Abu sedang minum-minum di sebuah kedai.
Mereka dihampiri oleh dua orang budak berketayap, berkemeja dan muka berpeluh-peluh. Mereka menghulurkan sehelai kertas yang di laminate kepada Abu. Abu tah kenapa, buat tak tau.


Berubah air muka budak-budak tu dengan perangai Abu.

Atan menyambut kertas itu. Atan menjemput budak dua orang tu duduk sekali. Kalau nak makan apa-apa, order ajer, Atan belanjer. Budak dua orang tu menolak dengan mesra.

Atan menyeluk poketnya dan mengeluarkan genggamannya. Budak yang sorang lagi menyambut genggaman Atan dengan muka bersyukur. Mereka paham yang Atan tak mahu tahu berapa ringgit yang ada dalam genggaman tu. Abu buat tak tauuu jer.

Bila budak dua orang tu dah agak jauh...

Atan : Apsal kau buat muka camtu?
Abu   : Muka camner?
Atan : Muka cam sial.
Abu   : Eh? Sukati aku, lah.
Atan : Kan abang karkun kata bermuka manis dengan peminta sedekah.
Abu   : Diorang bukan peminta sedekah! Diorang mintak sumbangan nak bina madrasah.
Atan : Ye lah. Tapi diorang kan tengah buat benda baik?
Abu  : Mana kau tau benda tu betul? Entah-entah sindiket apa entah?
Atan : Aku tak tau duit sedekah setiap Jumaatku tu sampai ke idak atau habis di dalam perut AJK masjid. Tapi adakah itu alasan untuk aku tidak bersedekah?

Abu   : ....(tarik muka tak puas hati)
Atan : Maaf bro. Lu salah. Wa tegur.
Abu   : Terima kasih.


p/s: Selepas membayar makanan, kebetulan Atan dan Abu terserempak semula dengan bebudak tu. Abu pun menghulurkan tangannya kepada mereka dan mintak maaf. Bebudak tu punyalah terharu. Makin ramai diorang approach mintak derma.


Friday, March 4, 2011

Dia datang lagi


Sekali lagi dia datang
Adakah aku beruntung?
Atau adakah aku akan malang?

Beruntung jika aku perolehi Rahmat Nya harini
Kerana ku dengar harini Dia bagi diskaun
Tiap-tiap minggu kasi diskaun
Dan aku mahu diskaun itu
Agar dapatlah sedikit,
Buat bekalku

Malang jika aku tak rebut peluang
Saat suntuk antara dua khutbah
Saat doa dimakbulkan
Dan Dia Mendengar dengan Kasih Sayang
Walaupun aku ni
Masih berperangai macam binatang

Aku benar-benar berharap
Agar minggu ini bukanlah yang terakhir
Agar minggu depan juga aku
Dapat bertemu
Dengannya yang rajin bertandang...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails