Kalau takde duit, senyum je laaahhh |
Atan dan Abu sedang minum-minum di sebuah kedai.
Mereka dihampiri oleh dua orang budak berketayap, berkemeja dan muka berpeluh-peluh. Mereka menghulurkan sehelai kertas yang di laminate kepada Abu. Abu tah kenapa, buat tak tau.
Berubah air muka budak-budak tu dengan perangai Abu.
Atan menyambut kertas itu. Atan menjemput budak dua orang tu duduk sekali. Kalau nak makan apa-apa, order ajer, Atan belanjer. Budak dua orang tu menolak dengan mesra.
Atan menyeluk poketnya dan mengeluarkan genggamannya. Budak yang sorang lagi menyambut genggaman Atan dengan muka bersyukur. Mereka paham yang Atan tak mahu tahu berapa ringgit yang ada dalam genggaman tu. Abu buat tak tauuu jer.
Bila budak dua orang tu dah agak jauh...
Atan : Apsal kau buat muka camtu?
Abu : Muka camner?
Atan : Muka cam sial.
Abu : Eh? Sukati aku, lah.
Atan : Kan abang karkun kata bermuka manis dengan peminta sedekah.
Abu : Diorang bukan peminta sedekah! Diorang mintak sumbangan nak bina madrasah.
Atan : Ye lah. Tapi diorang kan tengah buat benda baik?
Abu : Mana kau tau benda tu betul? Entah-entah sindiket apa entah?
Atan : Aku tak tau duit sedekah setiap Jumaatku tu sampai ke idak atau habis di dalam perut AJK masjid. Tapi adakah itu alasan untuk aku tidak bersedekah?
Abu : ....(tarik muka tak puas hati)
Atan : Maaf bro. Lu salah. Wa tegur.
Abu : Terima kasih.
p/s: Selepas membayar makanan, kebetulan Atan dan Abu terserempak semula dengan bebudak tu. Abu pun menghulurkan tangannya kepada mereka dan mintak maaf. Bebudak tu punyalah terharu. Makin ramai diorang approach mintak derma.
4 comments:
berbaik sangka kadangkala boleh mengusir sifat ragu-ragu kita terhadap orang lain..aku pun dulu tak berapa mesra dengan budak meminta sumbangan ni tapi bila aku fikir balik aku menyesal kerana buruk sangka pada sedara sendiri.
setuju!!!! sebab apa yang berlaku depan mata kita ni adalah cerminan kepada siapa diri kita pada masa itu...
semoga Allah sentiasa merangkumkan kita dalam rahmat Nya
sikit je nk bagi pun. x jadi miskin.
makin kaya lagi, ader...
Post a Comment