Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Kesunyian itu
Aku mengaku
Aku berasa sunyi
Aku sunyi masa aku beratur dengan bebudak shift pagi di cafe menunggu giliranku membeli sandwic buatan fresh untuk sarapan...
Aku sunyi bila aku berdiri menunggu mesin fotostat habis memfotostat dokumen spesifikasi new product yang aku nak suruh bebudak ni jalankan sekejap lagi.
Aku sunyi masa aku sensorang kerja masa hari isnin semalam.
korang cuti.
ya.
korang cuti tak bagitau aku.
takpe.
keje kau tu, aku dah setelkan.
customer complaint kau tu, pun aku dah lengahkan.
dan hari ini dah hari selasa.
kau masih lagi cutiiii?!!
Huaaarggghhhh!!!!
keluhan hati seorang hamba Allah yang kena kerja sensorang, semalam. Satu pejabat cuti mengejut, mengakibat semua hal pejabat, dia yang handle.
Monday, March 7, 2011
Atan dan Abu (budak mintak sumbangan)
![]() |
| Kalau takde duit, senyum je laaahhh |
Atan dan Abu sedang minum-minum di sebuah kedai.
Mereka dihampiri oleh dua orang budak berketayap, berkemeja dan muka berpeluh-peluh. Mereka menghulurkan sehelai kertas yang di laminate kepada Abu. Abu tah kenapa, buat tak tau.
Berubah air muka budak-budak tu dengan perangai Abu.
Atan menyambut kertas itu. Atan menjemput budak dua orang tu duduk sekali. Kalau nak makan apa-apa, order ajer, Atan belanjer. Budak dua orang tu menolak dengan mesra.
Atan menyeluk poketnya dan mengeluarkan genggamannya. Budak yang sorang lagi menyambut genggaman Atan dengan muka bersyukur. Mereka paham yang Atan tak mahu tahu berapa ringgit yang ada dalam genggaman tu. Abu buat tak tauuu jer.
Bila budak dua orang tu dah agak jauh...
Atan : Apsal kau buat muka camtu?
Abu : Muka camner?
Atan : Muka cam sial.
Abu : Eh? Sukati aku, lah.
Atan : Kan abang karkun kata bermuka manis dengan peminta sedekah.
Abu : Diorang bukan peminta sedekah! Diorang mintak sumbangan nak bina madrasah.
Atan : Ye lah. Tapi diorang kan tengah buat benda baik?
Abu : Mana kau tau benda tu betul? Entah-entah sindiket apa entah?
Atan : Aku tak tau duit sedekah setiap Jumaatku tu sampai ke idak atau habis di dalam perut AJK masjid. Tapi adakah itu alasan untuk aku tidak bersedekah?
Abu : ....(tarik muka tak puas hati)
Atan : Maaf bro. Lu salah. Wa tegur.
Abu : Terima kasih.
p/s: Selepas membayar makanan, kebetulan Atan dan Abu terserempak semula dengan bebudak tu. Abu pun menghulurkan tangannya kepada mereka dan mintak maaf. Bebudak tu punyalah terharu. Makin ramai diorang approach mintak derma.
Friday, March 4, 2011
Dia datang lagi
Sekali lagi dia datang
Adakah aku beruntung?
Atau adakah aku akan malang?
Beruntung jika aku perolehi Rahmat Nya harini
Kerana ku dengar harini Dia bagi diskaun
Tiap-tiap minggu kasi diskaun
Dan aku mahu diskaun itu
Agar dapatlah sedikit,
Buat bekalku
Malang jika aku tak rebut peluang
Saat suntuk antara dua khutbah
Saat doa dimakbulkan
Dan Dia Mendengar dengan Kasih Sayang
Walaupun aku ni
Masih berperangai macam binatang
Aku benar-benar berharap
Agar minggu ini bukanlah yang terakhir
Agar minggu depan juga aku
Dapat bertemu
Dengannya yang rajin bertandang...
Thursday, March 3, 2011
Ikhlas
Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.
Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?
Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.
......
Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.
Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.
Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).
.................
Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:
"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"
...................
(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)
Wednesday, March 2, 2011
Ada masa-masa tu...
Ada masa aku semangat
Ada masa aku lemau
Ada masa aku sihat
Ada masa aku sasau
Aku semangat bila kulihat kesungguhan
Budakmuda yang taktau apa-apa
Beria-ia melakukan sesuatu
Yang dah jadi umpama rutin padaku
Aku tumpang semangat mereka
Moga aku juga kembali berjuang
Serajin mereka
Aku lemau bila kulihat perpecahan
Orangtua yang takmau dengar kata
Terlalu keras dalam tak setuju
Hingga yang muda jadi keliru
Aku doa agar jangan jadi cam mereka
Dan berharap agar
Generasi seterusnya
Lebih baik pula
Aku sihat bila kulihat pertambahan
Jemaah masjid dan jemaah tempatan
Baru syok nak buat usaha
Dapat tambah bilangan kenalan
Dan yang paling best
Ada orang di belakang
Bila aku berjalan di depan
Aku sasau bila kulihat kebencian
Bangsaku yang asyik bermusuhan
Sampai bilakah kita akan terus berputaran
Begini sajakah hingga kemudian?
Ada masanya,
Aku;
Terasa amat buntu
Tuesday, March 1, 2011
Wali dari Bangi (IPB or not to IPB)
Dulu-dulu, masa aku mula-mula ikut abang karkun, selalu jugaklah aku jumpa dengan kengkawan abang yang tanya kat aku:
"Bila nak keluar IPB?"
"Dah pergi Raiwind?"
"Dah salam dengan Maulana?"
Aku tanya abang karkun kenapa nak kena keluar 40 hari atau ke IPB (India, Pakistan, Bangladesh) untuk PAHAM usaha agama ini. Beliau tersenyum. Mungkin sebab dia nampak apa yang ada dalam hati aku. Atau mungkin aku takkan faham akan jawapan itu sebab keadaan hatiku pada masa itu.
Soalan itu terngiang-ngiang buat sekian lamanya sehinggalah haritu.
Dengan UFO yang kami salahgunakan, aku dapati kebanyakan tempat di IPB adalah tempat mujahadah. Kalau ingat nak pergi sana nak bersenang-lenang, maka kita akan kecewa. Kat sana, masyarakatnya hidup dalam kesederhanaan jika bukan dalam kedhaifan. Takde bangunan pencakar langit. Takde aircond. Ventilasi yang sempurna dalam ruang kediaman pun kira bertuah kalau dapat rumah yang bertingkap. Kat sana, usahkan nak makan, nak terberak pun kena pikir dua tiga kali. Tapi yang menariknya, orang di sana berakhlak mulia. Mereka memuliakan tetamu (walau tetamu ke negara mereka sekalipun). Mereka menggigit sunnah Baginda SAW bagaikan orang lapar yang menggonggong daging. Mereka berjemaah di masjid setiap kali mendengar azan. Pendek kata, ia adalah tempat yang sesuai sebagai latihan asas keislaman. Nak taknak kita akan di bogelkan daripada kelebihan dan kemewahan kepada keperluan kemanusiaan yang asasi saja.
Tapi aku pikirkan, bagaimanakah keadaanku nantik andainya aku sudah melalui semua ini dan perlu kembali ke medan mujahadahku? Bolehkah aku menyelamatkan diriku dari dadah dan racun yang pernah berjaya mengalahkanku? Terdayakah aku menepis sogokan ribuan ringgit yang disuapkan di bawah mejaku? Dapatkah aku menolak awek seksi yang menggatal denganku ini? Perlukah aku ke IPB lagi nantik?
Ah! Aku tak pedulik!
Semua ni kita citer balik nantik!
Saya sedia!!!
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Haiya 'alal Falah!
Untuk BERJAYA manusia kena ada dua:
Habblum minallah (hubungan baik dengan Allah)
Habblum minnan nas (hubungan baik dengan manusia)
Kejayaan RASMI ialah endup dalam SYURGA. Nak masuk syurga, manusia kena SEBUT PASSWORD DI BAWAH NI SEMASA HIDUPNYA dan MATI DENGAN PASSWORD.
ASYHA DUALLAA EELA HA ILLALLAH,
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR ROSULULLAH
(Aku bersaksi bahwa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH)
Setelah itu, selain kita kena mengetahui siapa ALLAH dan Muhammad SAW itu, dan apa makna bila dah masuk ISLAM ni, kita kena ingat:
ALLAH ITU MAHA AGUNG DAN TAK TERIKAT DEK MANA_MANA-MANA HUKUM
Dan Allah telah menetapkan rezeki setiap ciptaanNya.
Dan dalam hal rezeki dan cara mendapatkannya, Allah juga telah menetapkan jalan asbab bagi memudahkan manusia mendapatkannya. Kerana jika bukan jalan asbab yang Allah ambik, tentu manusia atas dunia tak jadi macam sekarang ni (kemajuan teknologi, ekonomi, pemikiran, etc). Tentu diorang jadi cam cerita majik macam The Matrix atau sebagainya. Tentulah orang kapir kebulur tak makan dan Iblis hidup sengsara dari saat dia taknak sujud, sampailah ke selama-lamanya. Tapi tak. Allah Maha HEBAT dan Maha Bijaksana.
Dan dalam menempuh keasbaban mencari rezeki yang telah dijanjikan itu, manusia kena ikut jalan yang ditunjukkan oleh BAGINDA SAW. Ikut jalan lain, dapat gak. Tapi tak dapat pahala la. Abis kat dunia jela. Dapat kenyang, berak dan kencing je. Takde faedah disudut akhirat (ni yang kita cakap takde pekdah-takde pekdah tu). Hidup kat dunia ni ialah mengumpul bekal untuk kehidupan akhirat. Jangan bila dah mati nantik kita mula dengan dompet yang kosong. Kat mahsyar memang pasti kena pau punya. Maklumlah, hutang banyak. MARA, PTPN, keta, umah, kawan, sedara....Memang alamat tak cium bau syurga lah gamaknya.
Jadi dalam memastikan segala rezeki (dan rahmat), hasil kebaikan yang dah kita lakukan, atau dari doa orang kepada kita, atau dari RAHMAT ALLAH kepada kita, dalam memastikan segala kebaikan yang macam air hujan yang terkumpul di atas kanopi kemah ni, turun mencurah dan sampai dan melencunkan kita, kita kena ada penyodok atau galahnya. Nak cucuk itu kemah yang mengembung. Kasi bocor satu lubang.
Dan penyodok itu ialah hablum minan nas. Menjaga hubungan sesama manusia. Muamalat, munakahat, bermasyarakat.
Ia dimulakan dengan menyebarkan salam dan senyuman, menggalakkan kata-kata yang baik daripada remark yang negatif dan pesimis, menggalakkan persatuan dan kemajuan daripada perpecahan dan kemusnahan (follow twitter aku..hehehe)
Itulah orang Islam. Dan ORANG ISLAM SEBENAR TIDAK MODERATE. MEREKA TAKKAN TOLAK ANSUR. Orang ISLAM sebenar takkan mau semua ini dipermain-mainkan. Mereka takkan mau apa yang telah susah payah dibina dan dikekalkan oleh orang terdahulu (sampai mati-mati weyyhhh!), hanyut begitu sahaja dek kemaruk masyarakat dengan gaya hidup sensasi atau FB.
ISLAM BUKANLAH TERORIS KEGANASAN!
ISLAM ADALAH PEJUANG KEAMANAN!
Kami balas peluru dengan batu
Kami balas kartun mengejek dengan pemboikotan
Kami balas genocide dengan bantahan seluruh dunia secara aman
Apa lagi bukti yang kau mahukan?
Camana BACUL lagi yang kau nak?
Sekarang kau tuduh kami promote keganasan?
Kau tuduh kami mudah dipengaruhi dek internet dan spekulasi?
Kau tahu tak apa yang kami dah alami?
![]() |
| "Kau rasa hudud tu ganas sebab yang kena sodomi semalam bukan kau" |
Baiklah. Kalau kau nak tau apa itu keganasan,
.
.
.
Kami biarkan Allah saja yang tunjukkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















