Thursday, January 27, 2011

Dunia semakin huruhara!



Ahh. Sapa nak tau. Semasing tengah sibuk dengan urusan ini dan itu. Sibuk memikirkan sesuatu hingga terlupa segalanya. Mengkomen sana, berpendapat sini. Bincang petang, hingga bawak ke pagi. Kelemahan pengurusan disalahkan pada kekemelesetan ekonomi. Akibatnya rakyat dah malas nak kerja lagi dah, sibuk dalam bermemorandum dan update FB.

Di satu sudut kelihatan manusia menyelamatkan diri dari gempa bumi. Di lingkaran yang sama, kelihatan manusia lain dilanda gunung berapi. Dan di antara kesemuanya manusia juga dibanjiri air dan lumpur dan hujan asid. Untuk membersihkan semuanya, manusia dilanda juga dengan angin dan taufan.

Namun manusia tetap manusia. Dan manusia akhir zaman adalah yang paling menarik. Kapitalisma menunjukkan taring. Ia dimangkinkan oleh globalisasi dunia. Semua kelemahan manusia yang pernah berlaku di zaman sebelumnya, diulang tayang di akhir zaman. Dimainkan dengan butang fast forward juga ditekan.

Bagi yang kaya ada yang beringat ada yang tak sedar diri. Dari kengkawan pejabat, sampailah ke bini Ben Ali. Eh? Muslim ke ni? Gayahidup mewah, reputasi dan blackberry. Populariti, keta ada gps, spekmatalalat dan sticker McD. Semua pun tak pasti, kenapa sikat rambut macam Beckham ni.

Makan sehari lima kali dan setiap kali kat kedai yang boleh swipe ajer. Jamah main cubit-cubit, habis makan, paha ayam hutan dari amazon di tong sampahkan ajer. Takde bezanya dengan seperiuk besar nasi yang dilambakkan ke dalam longkang setelah kenduri. Atau semangkuk nata de coco lebihan mainan anak-anak yang tersekat di lubang sinki.

Sedangkan di sebelah sini dunia, ada manusia yang bernama budak, dok terjerit-jerit bukan sebab kelaparan, bukan sebab kaki kanannya baru saja kudung dek letupan dari pengebom berani mati ni tadi, tapi dek kerisauan akan keadaan keselamatan adiknya yang berada dengannya sebelum letupan berlaku tadi. Atau sebuah keluarga yang trauma nak tidur malam setelah rumah tempat mereka plan nak bersara itu diceroboh penjenayah.

Dan di mana-mana pula kelihatan dunia umpama dilanda huru hara di mana semuanya dah malas nak cari atau buat kerja sebab semuanya cam cilaka dan lebih rela memilih pintu hampa sebelum membakar diri dan kononnya nak mencetuskan revolusi?

Aku kata pada diriku:

Snap back to Reality!
Susu baby ni,
Nak BELI dengan APA, ni?

Wednesday, January 26, 2011

Atan Dan Abu (HighBeam)

"Ek Ellehhh..." kata Atan yang sedang memandu. Abu memusingkan kepalanya memandang Atan. Cahaya highbeam keta yang bertentangan memancari lubang hidung Atan yang luas. Maha Hebat Allah dalam penciptaan Nya.

"Amender?"
tanya Abu.
"Keta tadi tuuu" muncung Atan.

"Orang dah bagi haibim-haibim pun dia tak turunkan haibim dia"
rungut Atan lagi. Atan bagi signal nak membelok ke kiri. Kena masuk ikut sini, cepat sikit.

"Biaser ar tu"
mula Abu kembali.

"Den nyirap boto ngan orang tak turun haibim bila kita dah haibim-haibim dia"
mula Atan pula. Dia dah masuk gear empat. Jalan lurus. Ada lagi 20km. Dari gaya duduk dan dialek negorinya, Atan mahu Abu bercerita. Abu pun mula...Cam biaser.

"Rilek la. Kau takleh nak harap orang nak ikut cakap kauuu, jer"
"Kau cuma boleh sound dia ajer. Ikut tak ikut, terpulang kat dia"
luku dari Abu.

"Abis, dah haibim dia sampai menyakitkan mata kita? Sampai mata kita rabun lak sekejap sampai lari bearing terkeluar dari tebing?"
mesin gan dari Atan.

 

"Mungkin lampu lowbim dia dah blow. Mungkin kalau dia tak pakai haibim tu demi kau, anak bini dia yang dalam kereta tu jugak berisiko tinggi sebab pemandunya seorang yang rabun-rabun sikit..." tingtong dari Abu.

"Kalau dah tau benda tu penting, naper tak tukar jer mentol tu siapsiap?"
Atan menembak sambil melirik tanda muka kemenangan.

"Sebab sen takder. Lampu petrol tambahan pun dah nyala. Anak bini kebulur giler. Bawak balik kampung untung untung ada lebihan dinner. Dapatlah tidur nyenyak anakanak sementara menantikan pagi tiba..."

sajak dari Abu.

Atan terdiam cuba mencari klu.





nota:
Mereka sampai di rumah mak mereka pada pukul satu pagi. Lebihan kenduri bulanan masjid abah bawak dari masjid masih ada. Mereka (Atan dan Abu) makan dengan kelahapnya. Maklumlah, dry season...

Fana Cerita SuperNatural Malam Tadi.

Malam tadi RTM3 siarkan SuperNatural macam biasa. Episod pasal sorang budak guna sihir dalam kitab satanic untuk kegunaan mereka sendiri. Sam dan Dean jadi mangsa bebudak ni. Dapatlak si Dean memang dikehendaki oleh para setan sejak dia selamat dari neraka.

Isu pasal satanic dan sihir macam style yang diketengahkan dalam cerita SuperNatural ni tak dikira tahyul, pulak kan? Cerita Melayu yang ada lelaki bogel dan pakai kemenyan pulak yang dipotong-potong dan digam-gam.

Apapun, penerimaan masyarakat terhadap benda-benda camni semakin dah meningkat. Aku rasa aku sempat juga menyaksikan proses indoktrinasi mistik ni berlaku di Malaysia ni. Ia bermula dengan tahyul lembut yang di isingkan dengan kelawa-an tiga witch muda dalam Charms. Lepas tu yang aku ingat sangat masa meletupnya movie-movie vampire dan werewolf. Naik gaklah jualan gigi taring palsu tu sekejap. Bila dah mula nak meluat dengan vampire, klip 3gp hantu pulak naik. Sampaikan ultimate kehantuan itu membolehkan penerimaan cerita hantu keluar di siang hari macam Ju_On. Dan industri masih tersekat di situ walaupun kat Malaysia kita dah evolve dari main pontianak atau santau kepada sucker-gents-are-you.


Walaupun kita mengetawakan fanatik The Arrivals yang obses dengan kemunculan Dajjal nantik, atau menepuk bahu jiggers yang memberikan hujah bahawa cicak yang terjatuh kat lantai porch tadi tu adalah angkara zionis illuminati, kita tetap menyetujui satu perkara:

Kita berada di akhir zaman.

Dan kita yang berada di akhir zaman ni, kenalah bersatu dan bersama dalam menghadapi cabaran-cabaran spiritual yang semakin hebat ini. Lihatlah saja pembunuhan, jenayah, pecah amanah, rasuah, orang gila, peperangan di sekeliling kita. Congaklah sendiri harga, gaji, cukai, masa, hutang dan anak yang kita ada.

Dan kita renunglah esok atau masa depan yang kita sedang corakkan untuk anak-anak dan tanahair kita. Inikah dia, rumah yang kita nak wariskan pada mereka? Ini ke rupa keretanya, yang abang nak tinggalkan kat anak sulung abang?

Camtu ke, bacaan Patehah bakal imam dalam keluarga abang?


Kadangkala kawan kita yang bad mood.
Kadangkala KITA yang bad mood.
Itu bukanlah alasan untuk kita saling bad mood me-bad moody

Marilah sebarkan salam dan lebarkan senyuman.
Dan jangan membazir makanan yang telah dihidangkan.

Jemputlah makan.


Aku mahu jadi orang baikbaik by tukang komen

Semua orang ada perspektif. 
Perspektif yang baik ada titik puncanya



intro:

Pada Mak,
Aku ni seorang anak yang hidup susah.
Dari kecik takdapat hidup sebumbung dengan mak dia,
Dan bapakbapak dia tak berapa pedulikkan dia.

Pada adikadik,
Aku ni seorang yang hampeh.
Belajar tinggi tapi tahapahapa.
A big screw-up yang mengecewakan.
Tapi kena hormat jugak sebab blood is thicker than water.

ok. kita mula;


"Aku mahu jadi orang baikbaik"


Pada mereka,
Akulah mamat tahapahapa.
Yang kejap ada kejap takde.
Sukasuka hilang, sukasuka josh.
Tapi bercakap cam karkun otai gila.

Pada mereka yang lain,
Aku nilah simbolik kemunafikan.
Datang sembayang sensorang bukak kipas buang karan.
Ada masa cam orang Islam ada masa lagi hollywood dari orang kristian
Menjawab bila ditegur, bila mati nak orang tanamkan.

Aku tau

'Yang penting ialah pada: Dia'
Tapi, bukankah SEMUA ini tentang DIA, juga?

Yang bestnya,

Pada mereka mereka pulak,
Aku ni lah simbolik umat akhir zaman
Yang mahu keliru dalam mencari erti kehidupan dan pengertian dalam kehuru-haraan,
Yang mahu mengaku salah bukan kerana kalah,
Yang perlukan sokongan dan teguran hikmah.





Aku mahu mati sebagai orang yang baikbaik
tapi, bukankah realiti aku tadi agak pelik?



hmm?

:o




promo:
perhatikan perangai bloggers-bloggers Malaysia di blog saya yang satu lagi. Sila klik di sini

Tuesday, January 25, 2011

Malam ni jangan lupa!

Apakah nasib Sam dan Dean malam ni?

Apakah nasib AKU  malam ni?

Atan dan Abu (memain bawak UFO)


Ada satu kali tu, kami nak pergi melawat tok guru member brader bus stand. Saja ikut diorang. Menurut brader bus stand, member dia tu dengan brader dah kawan lama. Member dia ikut ada satu aliran tarekat tu, dan dah ada sikitsikit karomah kecik. Member dia suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang Allah pinjamkan padanya kepada aku, Atan dan Abu sebab kitorang budak baru. Sembayang atas angin la. Jalan atas air la. Jalan tembus dinding la. Tambahan pula masa dah nak time untuk menggila, katanya. Dah takyah nak cover-cover...

Masalahnya ialah kami cuma ada masa setakat hujung minggu tu ajer nak menghabiskan masa bersama kerana kabarnya member brader bus stand ni dah nak gerak lepas menyertai ijtimak Tongi yang sedang diadakan di Tongi sekarang. Lagipun dia kena cukupkan nisab tahunan dia cepatcepat. Nantik senang nak ambik apa-apa mission dari Allah...

Dan masalah kedua ialah tempat tok guru member brader bus stand tu pulak somewhere kat Indonesia. Part ni aku rasa kecik sebab brader ada ilmu lipat bumi. Kami pernah mengalaminya pertama kali ada satu kali tu dulu. Dan kalini, aku rasa kami akan melihat brader bus stand 'tunjuk' sikit karomah dia kat member dia ni.

Tapi tak.

Kami pergi naik UFO abang karkun. Nak dijadikan cerita, si Atan dan Abu diberikan tugas memandunya. Brader, member dia, dan aku lepak kat belakang. Kami akan ke Indonesia.

Perjalanan agak smooth walaupun Atan dan ABu bawak slow tak macam abang karkun bawak. Tapi nampak sangat tak kekok menandakan diorang pernah bawak bendani sebelum ni. Kami melintasi Selat Melaka dengan tenang.

Sesampainya di satu kawasan terpencil, kami me landing dan menurunkan brader dan member dia. Diorang turun dan bergerak ke arah sebuah rumah di hujung sawah bendang. Kami takleh turun kat sana sebab nantik orang kampung nampak. Nantik gempak pulak rumah Tok sheikh ni.

Sementara menunggu, muncullah idea dalam kepala hotak si Abu. Dia mula main-main dengan stereng UFO dan menerbangkan kami ke satu kawasan lapang berumput Israel yang kami lalui tadi. Abu kata dia nak buat crop circle. Aku dan Atan rasa it was a great idea. Mesti lawak giler punya bila cerita kat abang karkun. Si Atan dan Abu ni memang gila...

Kami buat bulat dan ada sikitsikit garis jer kat dalam dia. Lepas tu kami bla dan kembali menunggu di tempat yang sepatutnya. Stengah jam kemudian, setelah pelbagai cahaya kesaktian dan haiwan-haiwan keramat keluar masuk dari rumah di tengah bendang tu tamat, keluarlah brader bus stand dan member dia tadi. Mereka berjalan melintasi bendang menuju tempat UFO kami bersembunyi. Member brader nampak bercahaya-cahaya warna hijau dari jauh. Mungkin dah recaj power dari guru dia agaknya. Ni memang biaser dalam hal-hal tarekat ni. Cahaya tu bukan sebab benda yang diberi. Ia sebab karat dalam cermin diri itu yang telah dibersihkan, mengembalikan kejernihan pantulan si cermin akan cahaya dari Ilahi yang sememangnya sentiasa mencurah-curah memancar mancar setiap hari...Pergh


Lepas kami sampai di tanahair, kami lepak jap kat rumah member brader tu layan citer Smallville kat rumah dia.



Semalam kami terbaca keratan akhbar yang mengatakan ada crop circle di Indonesia. Hehe. Memang kami yang buat. Tapi kami buat bulat dan satu garis jer. Yang lainlain tu mesti ada orang yang tambahtambah tu. Kreatif betul orang Indon. Melayu kat sana lagi google dari Melayu Malaysia. gggg

Persidangan Parlimen ROH?

Hahaha. Aku sebagai orang REMBAU mengaku SEKARANG MEMANG ADA PERSIDANGAN ROH.
Lebih kurang 2.5 juta ROH dah ke sana dan jumlahnya semakin meningkat...

Bahkan dunia menjoloknya sebagai persidangan ummat Islam kedua terbesar selepas Haji.

Nak tau kat mana?

Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Semoga Allah memakbulkan doa KITA SEMUA!

Monday, January 24, 2011

Wali Dari Bangi (Kena dengan Abang Karkun)

"Wan, aku rasa kau kena kurangkan cerita-cerita pasal tabligh dalam blog kau" kata abang karkun pada malam tu. Aku tertunduk memandang seliparku. Aku cuba menguis-nguis kesan cat wrought iron yang melekat. Cuba mengcover akan kecemasan yang membuak-buak dalam dadaku.

"Kenapa?"
tanyaku.

"Sebab cerita-cerita kau boleh sebabkan banyak ketidakfahaman daripada kefahaman"
kata abang karkun.

"Kan ada ruangan komen. Pembaca boleh tanya kalau dia tak paham"
jawabku.

"Camana dia nak tanya kalau dia sendiri tak pasti apa yang dia paham? Dahla kau buat artikel kau dalam bentuk umum dan lawak-lawak. Cam tak series jer. Kerja dakwah ni benda series. Dia ada adab dan tertibnya. Bukan melalui blogging-blogging sumer ni"
kata abang karkun. Aku hanya terdiam. Aku kasi chan kat dia menaburkan peluru-pelurunya.

"Dakwah memberikan kesan yang baik kepada pendakwah dan yang didakwah. Kau pun tau hal ini, kan?"


"Ramai yang kata cara saya ni berkesan, apa?"


"Berkesan untuk terus mendekati blog kau dan kau, bukan berkesan dalam mendekatkan orang tu kepada Allah melalui perantaraan amal"
jawab abang karkun. Aku terasa dengan kebenaran kata-katanya. Aku memang suka dengan popular. Padaku, kata-kata orang yang popular yang bangang lebih didengari dari kata-kata seorang abid yang rigid.


"Tapi bang, saya bukanlah berblogging ni untuk berdakwah. Saya cuma berkongsi"
pusing aku ke arah lain pula.

"Tapi kau sendiri sedar yang pikir-risau kau dah berubah sejak kau mula berblogging, kan? Dari seorang yang suka mengkaji kepada seorang yang suka mengkeji. Daripada seorang yang merendah diri kepada seorang yang rasa dialah yang terkini"
hujah abang karkun pula.

Aku terdiam lagi. Tak cilah camni. Dia boleh baca pikiran aku dan aku pulak kengkadang tak paham pun apa yang bermain dalam kepala aku sendiri. Dan memang aku akui, sejak berblogging ni, kengkadang termasuk jugaklah pemikiran tentang dunia blog ni dalam solatku. Nampak sangat pikir risauku dah mula berubah...

"Perjuangan kita bukanlah setakat habis kat dunia ni sajer. Kita sedang mengumpulkan dana untuk perhitungan terakhir di mahsyar nantik. Sanggupkah kau mengambil risiko jika cara yang kau ambil ini menyebabkan orang semakin jauh dari Nya? Kau kan tahu jalan kau ni takde jaminan?"
tanya abang karkun series. Dia memandang tepat ke mataku. Terasa tusukan matanya itu menerjah jauh ke dalam peparuku. Aku mengetapkan bibirku. Aku jawab:

"Ye. Tapi dunia sekarang ialah dunia cyber. Saya sedang meletakkan lukah saya di sana. Dan kepada yang tertangkap, saya akan hilirkan kepada abang dan kengkawan abang. Dan bila air sungai dah surut nantik, saya sendiri yang akan masuk ke dalam lukah itu"


Abang karkun menepuk bahuku.
"Kau bercakap macam anak murid Abu Yazid...Adoihhh!!!"


Aku tujal bahu abang karkun.

"Baik abang sembelih jer saya dari abang acu-acukan pedang kat leher ni"
kataku sambil ketawa.

Interview dengan Wali (kena dengan brader)



"Islam bertapak di tanah ini kerana hikmah para pendakwahnya, bukan kekuatan hujah-hujah ilmuwannya"
kata brader bus stand cuba menenangkan perasaanku. Dia boleh rasa aura kegelisahan dalam hatiku agaknya. Masakan tidak, sebentar tadi abang karkun sound aku pasal blog ni.

"Kengkadang, benda yang tak lojik pada akal kita, memberikan hasil yang lebih daripada segala kelojikan yang kita rancangkan"
katanya lagi. Aku memandang kepadanya. Tah camana, aku tak suka dengan ke mana arahnya ayat-ayat brader kali ni. Dahlah kena ngan abang karkun tadi, ni nak kena dengan dia pulak.

"Jangan pandang remeh dengan usaha yang dilakukan oleh para karkun. Kau nampak diorang sekadar menyampaikan dalam lingkungan kawasan yang berdekatan dengan kawasan masjid ajer. Tapi efeknya lebih dari itu. Sebab hidayah milik Allah"
brader menjelaskan.

"Niat kau baik nak tarik orang yang dah ditarik oleh kemenarikan dunia cyber. Aku tak sangkal part tu. Tapi bila ia telah diputuskan oleh elders, maka kita kena taat. Mereka bukan sekadar membuat keputusan berdasarkan musyawarah. Diorang siap backup dengan zikir dan istikharah yang istiqomah"
kata brader lagi. Aku terasa aku semakin tertusuk jauh ke dalam lubuk sesalanku.


"Jadi, saya kena tinggalkan blog-blog ni sumer?"
tanyaku dalam nada hampa dan kecewa.

Brader bus stand tidak menjawab. Dia cuma menepukkan tangannya di bahuku. Aku tertunduk. Tapi hati kecilka tetap tak mahu akur.

Besok aku nak jumpa guru.

Friday, January 21, 2011

Keeping (spir)IT(ually) clean



Bagi yang mengetahui, cukuplah kita ingatkan di sini sekali lagi bahawa dalam realiti ini ada Pentadbirnya dan nama si Dia ialah Allah. Dan sistem pentadbiran yang diredhai-Nya untuk umat akhir zaman ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syarat pertama nak memeluk Islam ialah melisankan kalimah syahadah 'Laaaeelaahaa illal lah'. Kita tak masuk Islam. Itu dah larut namanya. Kita baru peluk jer.

Arakian, maka tiadalah cara yang paling amali dalam hal mendalami ilmu tentang Allah selain cara yang telah ditunjukkan oleh Allah sendiri melalui perantaran Nabi Muhammad SAW.

Masalah dalam hal ini, segala apa yang kita ketahui mengenai Baginda SAW hanyalah sekadar rujukan kepada kitab serta orang-orang tertentu yang dikatakan ramai sebagai OK untuk dirujuk.

Dalam hal dunia akhir zaman pula, nak mencari kitab atau bahan bacaan tu memang senang. Kat hujung jari jer. Nak cari orang yang mampu menerangkan pemerhatian itu pun senang. Dari sekecik-kecik budak, sampailah ke otai-otai Tok Sheikh. Anak kucing pun boleh beri explaination kepada apa yang sedang berlaku kepada kita ini.

Ramai pula yang beramal dengan konsep 'mengenal diri maka kenal tuhan' dalam hal hubungan dengan Allah. Melakukan muhasabah diri dalam usaha memahami siapakah pencipta alam ini serta cuba mendapatkan sekilas kefahaman tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya sehari-hari. Ada pula yang memandang seraya belajar dari alam sekeliling. Lebih ramai lagi yang sekadar mengkaji teori teologi dari kitab dan kajian2 sunnah dan sirah. Yang bukan Islam pulak lagi dahsyat. Sampai tahap siksa-siksa diri cucuk badan dan jalan atas api, dalam usaha cuba mendapatkan sedikit kefahaman tentang realiti.

Ustaz saya masa darjah 4 dan 5 pernah mengajarkan bahawa untuk jadi orang Islam, kita kena berkelakuan macam orang Islam dan berpikir macam orang Islam.

Menurutnya, untuk berkelakuan macam orang Islam, orang itu kena buat Rukun Islam. Aku baru tahu bahawa kita boleh dapatkan fadhilat setiap perbuatan dalam rukun tersebut setiap hari. Bukan setakat haji sekali seumur hidup atau bersyahadah 10 kali sehari jer.

Bila badan disibukkan dengan menjaga hal rukun ini, maka barulah sedikit kefahaman tentang rukun iman akan dibukakan. Barulah orang itu akan berpikiran macam orang Islam.

Ramai yang berkelakuan macam orang Islam, tapi pemikirannya tak Islam. Aku mungkin tergolong dalam ni.
Ramai yang berpemikiran Islam tapi perangainya tak macam orang Islam. Aku memang dalam golongan ni.

Sejak terkeluarnya blog ini, aku baru jumpa cara shortcut nak terapkan kedua-duanya sekali iaitu melalui jalan karkunisasi.

Macam-macam cara dan ikutan. Kita sebagai manusia memang suka melekakan diri dengan perjalanan sedangkan kita pun tak berapa nak pasti, apakah rancangan kita setelah sampai di destinasi nanti. Selagi hidup, selagi itu lah iman dalam keadaan bahaya.

Manusia dilahirkan dengan segala macam kelebihan dan kekurangan dari segi mental dan fizikal. Itu bukan bermakna Allah itu tidak adil. Sebab Allah tidak adili kita dalam semua benda tu. 

Semua manusia dijadikan sesuai dengan tahap pemahamannya tentang Allah. Dan dari situ, semuanya diberikan kemampuan yang sama untuk mendapatkan pemahaman tersebut dalam hal memperkasakan ketaatan dan hubungan dengan Allah.

Kerana yang susah pada aku ialah nak redha dengan sebuah kenyataan itu setelah ia diserlahkan.

Yang susah ialah untuk mengaku bahawa semua bullshit yang berlaku ke atas diri dan dunia aku pada hari ini ialah disebabkan oleh tindakan AKU sendiri.


Dan yang paling susah ialah nak mengekalkan kebersihan itu, setelah susah payah aku mendapatkannya tadi.



Selamat Hari Jumaat dan semoga taubat kita kali ini tahan lebih lama...

Bertuahnya umat akhir zaman


Kau tahu aku sedang cakap dengan kau.

Kau tanya jika Allah itu ada, kenapa Dia pilih untuk ghaib? Kau cakap berdakwah itu hanya untuk orang yang layak saja?

Pernahkah kau terfikir betapa bertuahnya kau sebagai umat akhir zaman kau tak nampak benda-benda ni semua secara direct? Semua nak main tersirat. Nak main ghaib-ghaib. Tak tunjuk direct jer kat langit dalam tulisan besar yang disusun dari awan setiap kali kau sudah melampaui batas. Kau ingat, setelah diberi warning kau akan ikut, ke? Kau mana pernah nak ikut peraturan...Kau kan rebel? Anti-matter? Dan sebab kesian kat kau lah Allah kasi ghaib itu semua. Ada jugaklah alasan yang kau ni jahil walmangkuk.

Dan kalau kau ni tak layak berdakwah, takkanlah Allah lahirkan kau dalam zaman Muhammad SAW? Dan sebagai ummat Baginda, bukankah berdakwah itu perkara yang diutamakan dalam perjuangan Baginda SAW? Bahkan Baginda SAW suruh ikut para sahabatnya umpama para pelayar ikut bintang tatkala matahari sudah tiada lagi. Dan para sahabat pulak, senang cerita, ingat balik kata-kata Abu Bakar r.a satu masa dulu:


"Aku lebih rela melihat keluarga Baginda SAW dijinjing oleh serigala dan anjing daripada membiarkan Islam turun walau sedikit pun..."

Kalau kau layak untuk jadi sekadar 'umat yang didakwah', tentu kau ni dah lahir kat zaman Nabi Luth a.s atau Nabi Nuh a.s.

Tapi sebab aku rasa kau ni Melayu, maka kau ni elok lahir zaman Nabi Musa a.s jer. Untung untung dapat sepenampar dua.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails