Dah bertahun aku tak bertemu dengan Abang Karkun, brader bus stand, Atan dan Abu serta lain lain. Dah bertahun juga berlalu sejak aku bernikah dan mempunyai cahayamata serta berumahtangga sendiri. Dan sudah bertahun juga rasanya, aku jauh dari Allah.
Sungguhpun begitu, Allah tak pernah jauh dari abang karkun, brader bus stand, Atan, Abu mahupun aku-aku nya sekali. Allah tak pernah lupa atau lalai. Allah tetaplah agung, seagungnya Dia dahulu dan selamanya.
Namun kita dalam nafsu kita tetap merass seolah kita jauh, terlindung malah ada yang rasa terhijab dari rahmat dan kasih sayang Nya. Tidak. Itu cumalah penipuan syaitan. Yang mahu kita berputus asa pada rahmat Allah. Berputus asa pada harapan. Dan manusia yang berputus asa, samalah seperti Iblis.
Walhal jawapan sudah ada; sujudlah sementara ada masa. Tapi kita, seperti juga Iblis, terus leka dalam ego dan ujub melalaikan diri cuba membuktikan sesuatu yang kita sendiri tahu cumalah ikutan nafsu.
Apapun, marilah tanam azam untuk bertaubat dan meminta padaNya agar diberi kesempatan mati dalam iman dan taubat.
Wahai saudara, dunia ini darul Asbab. Sesuatu reaksi adalah hasil dari aksi. Sebab-musabab. Berjaya kerana berusaha. Menang kerana ada perancangan. Hentikan berharap pada yang ghaib. Allah suka hamba Nya yang berusaha. Yang menguruskan setakat apa yang dia termampu dari terus menerus berharap pada keghaiban. Kerana kelebihan tidak datang percuma di darul asbab ini. Jika tidak, masakan Allah Yang Maha Pengasih biarkan ummat Islam sedunia ditindas, rakyat Palestin dizalimi, kanak kanak dan wanita dianiaya dan muslim berpecah. Kerana Dia mahu kita kuat mental dan fizikal. Sebaliknya kita lemah dengan ilmu syariah dan asyik lalai dan mengharapkan keghaiban dari memikirkan camana cara realistik menangani semua permasalahan yang kita hadapi...
Jika masalah duniawi yang kau alami, ambil pen, ambil kertas, tulis apa masalah kau dan attack satu satu. Bukan tadah tangan dan harapkan keajaiban sedangkan kau tak buat apa apa...
Ameen
No comments:
Post a Comment