Thursday, July 7, 2011
Persediaan Ramadhan
Semakin dekat masa menghampiri bulan Ramadan, semakin kencanglah puak setan menanam benih-benih kemungkaran dalam hati orang Islam. Paling basic ialah peningkatan selera makan. Dulu boleh je skip lunch, tapi semakin menghampiri bulan puasa, semakin beria-ia kita merutinkan aktiviti makan. Malah, program macam kenduri, jamuan dan belanja kawan pun semakin banyak di akhir akhir bulan Syaaban. Dan bila makan dah banyak, badan dan roh jadi malas, akal jadi tumpul, malah nafsu pun menjadi-jadi. Amalan malam jumaat semakin menjadi rutin. Ada sesetengah pula, Ramadan bererti bulan berniaga. Kepala bisnes tu semakin kreatif nak meniaga apa kat bazar Ramadan nanti. Yang tak pernah berniaga pun, tang bulan amalan dilipatgandakan tu, lah dia nak mula meniaga. Semua ini menanamkan rasa agar manusia terlepas dari mendapat manfaat dek keberkatan Ramadan. Di satu sudut lain, para abid pula ditipu agar mereka bertambah semangat nak beramal hingga mereka bergantung harap atau menjadi perasan dek amalan mereka. Para alim pula dibakar dada mereka agar memandang rendah pada orang lain. Yang jahil pula, ramai yang ditipu semangat ingin kembali mereka dengan amalan-amalan tak bermakna, yang menjadi bahan lawak aje selepas bulan puasa nanti. Pendek kata, semua lapisan iman, tak terlepas dari digodam dan diganggu oleh askar setan. Dan semua ini semakin mencapai klimaksnya pada hujung hujung bulan Syaaban. Supaya masa bulan Ramadan nantik, masa semua setan ditangkap dan dibelenggu, manusia akan tetap melakukan kemungkaran kepada Allah. Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bila lu nampak entry sebegini, maknanya ia di post dari henpon. Hins-Hins (berlagak dengan ilmu baru)
Post a Comment