Friday, July 29, 2011

Malaysia 1 - Singapura 1


Terdengar dalam komuter, ramalan seorang wali:

"Ambo berpirasak, Malayshia menaa ko, kalah ko, Kelate, tetak akaa cuti, esok"

~gambar sekadar hiasan~

Wednesday, July 27, 2011

Fakir di dunia, Payung di mahsyar

Kau dan aku, kita hanyalah makhluk biasa. Setinggi harap, senekad mahu manapun, kita, cuma boleh teruskan perjalanan. Dan dalam banyak perjalanan, kita perlu belajar menerima pengalaman yang diperolehi sebagai sesuatu yang berharga. Walaupun destinasi itu belum tentu, bahkan kadangkala mustahil untuk dilepasi.

Sebelum kita berjalan, perlu kita bersedia untuk menempuh perjalanan, serta jawapan atau hasil yang mungkin tidak selari dengan kehendak kita. Ramai yang sanggup merentasi lautan cabaran untuk sampai ke destinasi, namun tak ramai yang mampu teruskan, bila kebenaran yang diperoleh, bukan saja tidak sama malah berlawanan pula dengan kehendak.

Jalan menuju Nya, memanglah getir. Semakin getir ia dikala semakin dah kenal si pencari dengan hajatnya. Jadi, kepada salik yang sedang menghadapi ujian perit pada saat ini, kembali bersemangatlah! Teruskan perjuangan! Bergembiralah kerana kamu amat beruntung!

Kita perlukan lebih ramai payung di mahsyar nanti!

Friday, July 22, 2011

Dia ialah apa yang hamba Nya fikirkan tentang Nya.




Bila kita mendengar ayat di atas, kita boleh ambik kongklusi mudah bahawa kita takboleh pikir bukan bukan pasal tuhan. Kita takleh pikir yang tuhan ni itulah, inilah. Sebab tak mungkinlah otak kita yang dikatakan cuma di tahap 10% penerokaan ni, berkeupayaan nak memikirkan akan sesuatu yang sempurna. Buktinya, banyak kali sistem yang dikatakan sempurna, yang dicipta dan dinovasikan oleh generations of human, tetap menghasilkan kesan sampingan yang tak baik. Ini tidak berlaku kepada sistem atau ciptaan tuhan macam tumbuhan, sistem pencernaan, sistem ekonomi, dan sebagainya. Bahkan, pengkajian terhadap ciptaan serta perbuatan tuhan, tak pernah dan takkan habis.

Aku suka mengambil makna bahawa ayat di atas juga melambangkan akan kasih sayangnya tuhan terhadap manusia. Yelah. Tuhan tu kan ghaib, tak nampak. Maka, kepada manusia yang kenal Dia, tahu kedudukan Dia dalam realiti ini, maka Dia mudahkan proses interaksi antara Dia dengan hambaNya tadi dengan menyuruh hambaNya fikir (ingat) kat Dia. Beruntunglah para hamba yang bukan saja ingat, malah memikirkan pula tentang hubungannya dengan tuhannya. Kerana ingatan kepada Nya itu sesungguhnya datang dari, kerana dan untuk Nya juga. Kita katakan beruntung kerana telah dipilih untuk menyaksikan semua itu.

Ilmu yang aku dapat dari ayat di atas ialah, kalau aku nak keampunan, aku serulah nama tuhanku yang membawa erti ke arah pengampunan dan kegagahan. Kalau aku nak kesenangan dari sudut rezeki, aku minta dengan nama tuhanku yang membawa makna kepada kemurahan, kekayaan. Kaitan dari pengetahuan ini pula ialah, ketika aku susah, dan aku rasa macam aku kena uji, aku kena PIKIR tentang apa yang cuba Dia sampaikan pada aku. Dan dalam pemikiran itu, aku kena banyak salahkan diri sendiri sebab takkan tuhan nak buat silap pulak? Dah tentulah kesilapan, kekurangan, kelemahan tadi tu datang sebab KITA yang silap kat mana-mana. Salah baca ke. Salah paham ke. Salah amal ke?

Jadi, mulai hari ini, marilah kita jangan fikirkan apa-apa pasal Dia melainkan dengar cakap Dia dan taat ajer. Kalau rajin sangat nak menyoal, baik kita soal diri kita tentang macamana kita nak jadi lebih taat lagi ke, kenapa kita takboleh rajin macam budak tu ke, boleh tak kita jangan banyak soal? Hehehe.


Wallahualam

Friday, July 15, 2011

Apa bezanya?

Buta dah mata,
Pekak dah telinga,
Bukannya taktau, malah,
Turut mengejoin pula.
Betul dan tak betul semua bercampur gaul,
Last last aku yang hilang punca.

Hai, Malaysia, apa bezanya, jika aku dok kat Jepun, Amerika atau Singapura?
Sama aje cabarannya:
Susah jaga mata,
Susah jaga telinga,
Susahnya nak ingatkan,
Yang aku adalah beragama

Wednesday, July 13, 2011

Jangan Jadi Tongong




Ada dua jalan utama menuju Nya. Satu yang rumit tapi menguntungkan (sempit) dan satu yang mudah tapi melalaikan (luas).

Jalan yang sempit ialah jalan dakwah. Ia adalah jalan menyampaikan. Dakwah dalam istilah ini ialah menyebarkan risalah  tauhid, yakni kalimah laaeelaha illallah. Mengajarkan password ke syurga ini kepada semua manusia agar semuanya beroleh pembelaan diakhir cerita kelak. Ia dikatakan sempit kerana ia melibatkan pertembungan dengan manusia yang lain. Dan pempaham jelah camana susahnya kita nak menjaga lidah dan hati. Dapatlak orang yang memakai jubah dakwah ini membawa imej agama ke mana saja. Namun, jalan inilah yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW, maka tak dapat disangkal lagi, inilah jalan terbaik untuk manusia secara umumnya.

Jalan yang luas pula ialah jalan tasawuf. Sufi. Jalan ini dikatakan luas kerana objektif utama perjalanan ialah pembebasan dari pegangan makhluk kepada genggaman Allah. Soal interaksi antara manusia dalam jalan ini dikurangkan kepada interaksi si salik dengan pembimbing, serta keluarga dan masyarakatnya saja. Ia juga dikatakan luas kerana dalam kaedah ini, si salik belajar menyerahkan dirinya bulatbulat kepada Allah. Contoh kisah latihan di bahagian tauhid ni yang paling masyhur ialah kisah Nabi Ibrahim a.s.


Bila memilih antara dua keburukan macam dosa dengan dosa contohnya, pilihlah untuk tidak memilih. Kerana sebagai mukmin, apa jenis dosa, besar atau kecil adalah kebencian Allah. Dan kita tak mahu Allah benci.

Bila memilih antara dua kebaikan pula misalnya, memang otomatiklah kita memilih yang terbaek. Namun, seperti yang sedia maklum, kat Malaysia ni, bila dalam bab mendalami ilmu agama, kita tak boleh tidak akan berjumpa dengan dua puak yang dipetik sebagai contoh diawal tadi. Puak tabligh dengan puak tarekat. Satu baik. Yang lagi satu pun cam best jer. Badan ada satu? Nak join yang mana?


Sebagai manusia akhir zaman, yang mana semua sedia maklum bahawa segala jenis maksiat dari tok nenek moyang kita yang terdahulu, terkumpul dalam satu zaman, kita tak bolehlah nak berada dalam takuk tahap Islam yang rigid dan statik.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah, kita jangan sempitkan pemikiran kita dengan berpikir secara sebaris ajer. Dalam hal menuju kepada Allah, janganlah berkira sangat nak kena ikut haul zikir jer, atau nak kena jaga nisab jer, atau nak kena jaga attendance ceramah bulanan kat surau yang ada makan-makan jer. Jika sesuatu itu baik, maka hambik. Ikut. Yang tak baik, dendiam tengok. Jadikan teladan agar kita pun jangan berakhlak cibai yang sama. Ikut jalan tengah. OK?

Hehe. Dan sampailah ke ISIK artikel ini:


Bila kita kaitkan dalam hal politik pulak (hehe), kita jangan jadi tongong dengan berpikiran sempit bila dah pakai baju biru semuanya nak biru, bila pakai baju hijau, merah, biru muda, semuanya nak kena ikut kaler masing-masing, jer. Hei, sedara semua! Kita ni rakyat. Kita boleh pilih, mana yang kita suka. Sukati kitalah kita nak join ceramah PAS ke, UMNO ke, Ambiga ke. Barulah boleh compare. Sesapa yang menghalang kita dengan membuatkan kita rasa bersalah tatkala join ceramah mana-mana, adalah fanatik yang patut disekat. Melobi dan berkempen tu ada batasnya.


PRU dah dekat. Maka, selalu-selalulah ingat hak istimewa kita sebagai pengundi! 

Kita mahu dipimpin. Bukan diikat-hidungkan.

Thursday, July 7, 2011

Persediaan Ramadhan

Semakin dekat masa menghampiri bulan Ramadan, semakin kencanglah puak setan menanam benih-benih kemungkaran dalam hati orang Islam. Paling basic ialah peningkatan selera makan. Dulu boleh je skip lunch, tapi semakin menghampiri bulan puasa, semakin beria-ia kita merutinkan aktiviti makan. Malah, program macam kenduri, jamuan dan belanja kawan pun semakin banyak di akhir akhir bulan Syaaban. Dan bila makan dah banyak, badan dan roh jadi malas, akal jadi tumpul, malah nafsu pun menjadi-jadi. Amalan malam jumaat semakin menjadi rutin. Ada sesetengah pula, Ramadan bererti bulan berniaga. Kepala bisnes tu semakin kreatif nak meniaga apa kat bazar Ramadan nanti. Yang tak pernah berniaga pun, tang bulan amalan dilipatgandakan tu, lah dia nak mula meniaga. Semua ini menanamkan rasa agar manusia terlepas dari mendapat manfaat dek keberkatan Ramadan. Di satu sudut lain, para abid pula ditipu agar mereka bertambah semangat nak beramal hingga mereka bergantung harap atau menjadi perasan dek amalan mereka. Para alim pula dibakar dada mereka agar memandang rendah pada orang lain. Yang jahil pula, ramai yang ditipu semangat ingin kembali mereka dengan amalan-amalan tak bermakna, yang menjadi bahan lawak aje selepas bulan puasa nanti. Pendek kata, semua lapisan iman, tak terlepas dari digodam dan diganggu oleh askar setan. Dan semua ini semakin mencapai klimaksnya pada hujung hujung bulan Syaaban. Supaya masa bulan Ramadan nantik, masa semua setan ditangkap dan dibelenggu, manusia akan tetap melakukan kemungkaran kepada Allah. Wallahualam

Wednesday, July 6, 2011

Raja Adil, Raja di Daulat

Daulat Tuanku!
Sekurang-kurangnya ada juga Raja yang belajar dari riot di dunia Arab

Tindakan YDP Agong, Tuanku Mizan, memperkenan Bersih diadakan di Stadium Negara merupakan satu tindakan yang bagus. Tindakan ini pasti membuatkan pihak BN panas bontot. Dan membuatkan rakyat (bukan pembangkang) rasa mereka didengari.

Sama ada baginda akan turun atau tidak, dengar atau tidak, buat sesuatu atau tidak selepas Bersih ni nantik, dah tak relevan. Bahkan, seandainya PR tak menang PRU13 ni nantik pun dah tak penting. Mereka dan kita semua dah capai matlamat kita yakni memperbetulkan BN.
Amat salah jika fikir kita nak jatuhkan BN. Sebabnya, bila BN jatuh, akan ada lagi BN baru yang akan naik. Maka daripada kita jatuhkan, baik kita bersinergi ajer dengan mereka.
Komuter dah extend ke Sg. Gadut. Tak lama lagi ke Rembau pulak!

BN di sini pula bukanlah merujuk secara serkap kepada semua dalam BN tu. Tidak dinafikan, ada juga orang BN yang masih lagi berkhidmat untuk rakyat. Dan orang-orang camni, kita sokong. Kat Negeri sembilan contohnya, aku OK dengan Menteri Besar: Datuk Mohammad. Sejak beliau naik, rakyat Negeri Sembilan mula nampak perubahannya. Dari sudut jalanraya yang semakin ikut standard track drift, ke pemerkasaan institusi MAINS yang lebih proaktif dan mesra orang miskin, sehinggalah ke lego-an beliau terhadap kehendak belia kat negeri ini. Bukan macam KJ atau Saiful Bahri yang sampai sekarang aku tak tau apa kejadahnya diorang ada kat situ (ibu pejabat Umno Rembau pun macam tak terbela jer signboardnya).

Jadi, mesejnya di sini ialah, jangan jadi taksub pada mana-mana parti politik, Jadilah golongan yang berpikir. Dan apabila kita berpikir, kita berpikir sebagai satu jemaah, satu organisasi. 

BERSIH ialah konspirasi BN?

Abu baru pulang dari kerja. Sebagaimana kebiasaan, dia menyalakan sebatang #nusan sambil menunggu bas yang menuju ke destinasinya. Sedang Abu kusyuk mengasapkan belakang bas stand tempat dia menunggu, dia didatangi oleh seorang mamat.


"Bro, lu join itu Bersih?" mulanya. Sorang lagi, bisik Abu dalam hatinya. Abu buat muka tak berminat.


"Apasal?" tanya Abu nak jaga hati. Abu malas nak terlibat dengan semua benda ni. Mamat tu buat muka berminat nak explain.


"Gua rasa, Bersih ni hanyalah konspirasi BN" mulanya. Abu hampir tersedak dek asap yang dihisapnya. Wah? Ini cerita baru!


"Kenapa cakap camtu?" tanya Abu.


"Iyelah. Lu tak perasan ke semua media BN adalah yang paling sibuk memperkatakan tentangnya. Dalam #bullshituatama kat #RTM3, banyak lagilah"

"Lu bukan taktau rakyat Malaysia ni. Yang ditegah tulah yang bersemangat dia pergi buat" sambung mamat tu lagi. Abu hampir terlupa nak menyedut nusannya.


"Kenapa lu pikir Bersih ni sebenarnya konspirasi BN? Untuk apa?" tanya Abu mengembalikan mamat tu ke topik.


"Bila kali terakhir kita pilihanraya? Lu tak jawab pun takper. Sepatutnya, PRU diadakan setahun selepas PRK yang terakhir. Itu bermakna, PRU13 sepatutnya berlaku tahun depan. Jadi, camana nak buat supaya PRU tu diadakan pada tahun ini?" tanya mamat tu. Soalan perlembagaan sebegini memang kelemahan Abu. Abu tak berapa mahir benda-benda ni. Kalau bab furuk atau fardhu ain, boleh jugaklah Abu mencuba...


"Pilihanraya diadakan setelah parlimen dibubarkan" jawab Abu sambil berpikir.
"Dan parlimen boleh dibubarkan bila negara dalam keadaan darurat" sambung mamat tu dengan berminat. Abu mula kagum dengan keparanoidan mamat tersebut.


"Satu pihak kata, jom join Bersih demi Negara. Satu pihak lagi kata, jangan join Bersih demi Negara. Kau tak perasan ke persamaan antara isu Bersih dengan 13 Mei? Dua-dua berlaku kerana pilihanraya! Gua malas nak cakap bangsa apa yang menjadi dalang kepada semua ni. Tu pasal dulu-dulu orang kata, kalau jumpa diorang, palu diorang dulu"


"Tapi semua yang lu cakap ni, tak membuktikan bahawa semua ini adalah konspirasi BN" kata Abu cuba menyetabilkan keadaan mindanya yang semakin terpengaruh.


"Sapa yang untung bila berlaku kekecohan masa perhimpunan tu nantik" tanya mamat tu. Abu terdiam.


"Sapa yang rugi kalau apa-apa berlaku masa perhimpunan tu?" tanya mamat tu lagi. Abu mula mengorek kotak rokoknya mencari batang kedua. Dia offer sebatang kat mamat tu. Mamat tu menolak.


"Kalau betullah ini semua kerja BN, gila teruk dah diorang ni!" kata Abu. Mamat tu terkejut dengan remark Abu.


"Kenapa pulak lu cakap camtu?" tanya mamat tu pula kepada Abu.
"Yelah. Sampai tahap camtu sekali diorang pikir dalam hal nak mengekalkan kekuasaan mereka. Dah macam Amerika pulak. Kalau camni, gua tak heran kalau PRU ni diorang menang lagi" kata Abu. Mamat tu termenung jauh dek kebenaran kata-kata Abu. Bas pun sampai...

Tuesday, July 5, 2011

Nasib rakyat marhaen

Hai, entahlah. Harihari, pergi kerja naik kemudahan awam. Katanya dah naik taraf. Dah ok. Dah GTP. Tapi, jauh panggang dari api. Nak naik kenderaan sendiri, trafik jem, rega minyak naik. Naik pengangkutan awam pulak, bersesak sesak, tidur berdiri, pitam dengan bau keti. Tapi, itu kira OK lagi. Sebab dapat masuk/naik tren. Kengkadang, usahkan nak naik, batang hidung tren nya pun tak nampak.
Macam sekarang.
Macam semalam.
Dan agaknya, beginilah keadaannya, di hari hari mendatang...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails