Kita ingat kita yang buat pilihan.... |
Allah sudah tetapkan segala-galanya. Allah telah tetapkan bahawa jika epal dibaling ke atas ketika ia dalam graviti bumi, ia akan jatuh ke tanah. Seperti juga Allah telah tetapkan cecair sebagai penghilang dahaga. Atau ibu sebagai makhluk yang melahirkan.
Allah dah tetapkan, sesiapa yang berusaha mengubah atau mencapai sesuatu, walau setelah diuji dia tetap meneruskan usahanya, maka orang itu akan mendapat kejayaan. Seperti janjiNya bahawa SETIAP permintaan akan dikabulkan selagi diminta padaNYA.
Allah juga dah tetapkan bahawa kiamat itu pada hari Jumaat. Allah dah tetapkan bahawa mati ialah pintu masuk kepada tempat menanti sebelum kiamat, yang menandakan perjalanan menuju penghisaban akan bermula. Allah juga telah tetapkan, setiap amalan baik dan buruk, walau sekecil zarah sekalipun, akan diteliti dan diadili.
Segalanya dalam pengetahuan Allah. Keputusan Allah. Kehendak Allah. Bukan Freemason. Atau Illuminati.
Jauh sekali BN.
2 comments:
aku masih tak faham dgn gambar tu.
Itu cumalah tanggapan theorist pasal alam dan predestination.
Alam ini bukan straight seperti yang kita sangkakan. Susah nak diterangkan.
Post a Comment