Saturday, May 14, 2011

Subhanallah 4




Jangan kau nak berlagak sebab kau dilahirkan sebagai orang Islam. Dan jangan pulak kau ingat Allah itu tak adil sebab kau dilahirkan sebagai bukan orang Islam. Maha Suci Allah dari segala kelemahan yang kita pikirkan tentangNya. Allah adalah sempurna. Kita ajer yang masih belum memahami kesempurnaan Nya.


Orang Islam jangan ingat kau dah selamat sebab dalam dada kau dah ada kalimat. Bila kau dah diberi kelebihan, paling asas tanda terima kasih seorang hamba ialah menjaganya dengan baik. Kemudian memastikan anak keturunan juga memperolehinya. Tapi takkan sepanjang 80 tahun umur kita ni nak fokus kat diri sendiri dan anak pinak jer? Dah tentulah yang dilahirkan dengan kalimat ini LAYAK untuk menyebarkannya kepada SEMUA yang tidak berkalimat. Bagaikan para sahabat, bila mereka menyatakan syahadah, dan berjanji akan membela Baginda SAW, maka tiada apa lagi yang lebih penting baginya selain Allah dan Rasul. Soalnya, adakah iman yang sama ini yang kita warisi?

Orang bukan Islam pulak jangan pikir Allah itu tak adil. Perjalanan masih panjang. Kalau korang ingat hidup korang susah, sebenarnya, jika dibanding dengan hidup orang Islam, hidup korang ni kira dah tahap syurga dunia dah. Apa taknya. Korang minum arak, zina, riba dan macam-macam lagi dan bila dah mati, korang masih boleh tuding lagi kat orang Islam sebab orang yang dilahirkan Islam tak ajak dan paksa korang masuk Islam. Nampak tak? Allah itu Maha Adil. Jika Allah lahirkan kita sebagai muslim ke, non muslim ke, hewan ke, kulampair ke, semuanya terkandung hikmah di mana dihujung cerita ialah kita semua akan bertasbih kekaguman dengan hebat dan adilnya Allah.

Maka sebenarnya, dua-dua tak selamat...

Friday, May 13, 2011

Subhanallah 3 (Semuanya, dalam pengetahuan Allah.)


Kita ingat kita yang buat pilihan....



Allah sudah tetapkan segala-galanya. Allah telah tetapkan bahawa jika epal dibaling ke atas ketika ia dalam graviti bumi, ia akan jatuh ke tanah. Seperti juga Allah telah tetapkan cecair sebagai penghilang dahaga. Atau ibu sebagai makhluk yang melahirkan.


Allah dah tetapkan, sesiapa yang berusaha mengubah atau mencapai sesuatu, walau setelah diuji dia tetap meneruskan usahanya, maka orang itu akan mendapat kejayaan. Seperti janjiNya bahawa SETIAP permintaan akan dikabulkan selagi diminta padaNYA.


Allah juga dah tetapkan bahawa kiamat itu pada hari Jumaat. Allah dah tetapkan bahawa mati ialah pintu masuk kepada tempat menanti sebelum kiamat, yang menandakan perjalanan menuju penghisaban akan bermula. Allah juga telah tetapkan, setiap amalan baik dan buruk, walau sekecil zarah sekalipun, akan diteliti dan diadili.

Segalanya dalam pengetahuan Allah. Keputusan Allah. Kehendak Allah. Bukan Freemason. Atau Illuminati.


Jauh sekali BN.

Wednesday, May 11, 2011

Subhanallah 2



Ustaz Kasim (yang berserban; anak Guru Tok Sheikh Abdullah)
dengan seekor jembalang tanah

Tiada apa yang berlaku dalam alam ini yang tanpa pengetahuanNya.
Dari kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin, hinggalah ke keruntuhan akhlak dan moral dikalangan muslim Melayu. 

Kita tiada kuasa atas apa yang telah, sedang atau akan berlaku. 
Kita diadakan di sini, pada saat ini, hanyalah sebagai saksi.
Melihat apa yang berlaku, dan cuba fahami apa mesej yang disampaikan Nya.

Kalau taktau jugak, maka, selalu-selalulah tanya Dia.

Tuesday, May 10, 2011

Subhanallah 1






Segala yang baik datang dari Allah. Yang buruk juga berlaku dengan izin Allah. Dan setiap keputusan Allah itu ada hikmahnya. Ada hikmah bermakna ada kebaikan. Dan kebaikan dalam bahasa Allah ialah keberjayaan seseorang hamba untuk kembali kepada Nya.

Saturday, May 7, 2011

Sunyi...Sepi

Aku perlukan masa bersendiri
hati-hati dengan saya


.
.
.

Dan masa itulah mereka kembali...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails