Pilihan ada banyak, tapi yang nyata ada 2 ajer |
Ada 2 jalan yang nyata. Jalan pertama ialah jalan kesufian. Jalan kedua ialah jalan kenabian. Ramai yang tertipu dengan jalan kesufian kerana ujiannya ialah keakuan. Lagi ramai yang terkeliru dengan jalan kenabian kerana ujiannya ialah ketaatan.
Mengambil jalan kesufian bermakna menyertai puak tarekat. Sebelum bermula, kena suluh guru dengan syariat. Ada tak simpang siur dalam senarai sanad. Kemudian diikuti dengan aktiviti berbaiat. Setelah itu kena selalu ingat. Permainan iman, ujiannya hinggalah ke detik sakarat.
Ramai yang suka dengan jalan ini. Hanya perlu jaga diri sendiri dan hati. Otak diguna untuk memikirkan erti. Hati pula memandu, tapi jangan kerap memotong di sebelah kiri. Ujiannya berupa kemewahan dan keakuan. Namun tak ramai yang dapat, sebab zikir tak di istiqomahkan.
Mengambil jalan kenabian pula bermakna mengisytiharkan perang secara terbuka. Hidup berkurta, masjid itu rumah pertama. Dan setelah diisytiharkan, takkan musuh berdiam diri saja. Niat, amalan dan saf perlu sentiasa dijaga. Sedetik terleka, maka terjerat sudahlah ia. Kerana semuanya akan menjadi ujian tatkala, ketaatan dan keikhlasan menjadi tanda tanya.
Semakin ramai yang mengikut jalan ini. Dan antara yang ramai, pastilah akan diuji, yang mana betulbetul berisi. Kerana menyampai tanpa amal itu keji. Tapi lebih keji lagi yang mengumpat, orang yang CUBA memadamkan api.
sekadar hiasan |
Kita ummat akhir zaman. Yang jauh dari Nabi dan Tuhan. Asalnya satu, kini dah berpecah-pecahan. Kerana masing-masing terlalu taksub, dengan jalan yang telah menjadi pilihan. Dan lebih suka menghukum dari memperbetulkan keadaan.
sekadar hiasan |
Kita individu lalai yang bernama Melayu. Ingatlah: sebatang lidi takkan dapat jadi penyapu.
No comments:
Post a Comment