Aku hanyalah kuali.
Salahsatu dari pelbagai kelengkapan yang terdapat di dapur ini.
Aku selalu digunakan. Dan selalu dilupakan setelah digunakan.
Wajahku yang licin, hanyalah tempat tonyohan pelbagai jenis senduk dan sudip.
Ketika aku sedang berkhidmat pun, tiada siapa yang sedar kehadiranku, kerana mukaku dipenuhi dengan bahan mentah. Aku tahu aku tidak berguna jika aku sendiri. Aku hanya berguna apabila ada api. Tempatku adalah di atas tungku yang kotor dan buntutku hitam dan berkerak dek jelaga.
Pada awal kesedaranku, aku marah. Kerana semakin banyak aku berkhidmat, semakin teruk keadaan diriku. Aku juga tahu bila sampai masanya, jasadku akan disemadikan bersama longgokan sampah. Namun setelah aku mengerti, aku jadi tak kisah. Aku terima siapa diriku dan aku bersyukur kerana aku tahu apa tugasku.
3 comments:
best time nak sental kasi hilang hitam bontot kuali tu.arkk.
malam minggu, bergerilya di blog ini
tima kasih kawan2 dari seberang..
by the way..'bergerilya' tu apa maksudnya?
Post a Comment