Thursday, August 19, 2010

Tips Pemanduan (Kenali Lampu Isyarat Anda)

1. Kenderaan anda mempunyai alat untuk menyatakan kepada pengguna jalan raya yang lain ke mana anda ingin pergi. Nama alat itu ialah lampu isyarat (signal lights). Ia terletak di belakang stereng (biasanya di tangan kanan), sebatang dengan suiz untuk hidupkan lampu hadapan. Tak payah nak hulur dan pusing-pusing tangan cam Mr. Bean.

2. Sentiasa pastikan lampu-lampu isyarat di TEPI DAN LUAR KENDERAAN anda berfungsi dan menyala dengan terang semasa dihidupkan. Bukan sekadar lampu yang kat dashboard tu berdetak-detik jer semasa anda menekan butang lampu isyarat.

3. Gunakan lampu ini SEBELUM anda membelok ke kiri atau ke kanan dan bukannya SEMASA atau SELEPAS. Seelok-eloknya, anda menyalakan lampu ini sesuai dengan halaju kenderaan anda. Kalau bawak slow, dah dekat baru bagi signal pun boleh disabarkan lagi. Tapi kalau bawak laju, bagitaula awal-awal.

4. Selepas anda memberi isyarat lampu untuk ke kiri atau ke kanan, pastikan kereta di belakang anda yang tadi bawak slow, memotong anda dahulu. Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu kereta di belakang anda memotong kenderaan anda. Bagi signal dan kereta belakang akan menggelabah dan memecut macam 'sapa lambat dia kena'

5. Jangan lupa untuk mematikan lampu setelah anda membelok. Sekiranya terdapat keadaan dimana anda perlu membelok dua kali ke arah yang sama, hidup-mati-hidup-mati kan lampu ini mengikut masa-masa yang sesuai agar pemandu lain tahu ke mana anda nak pergi. Mereka bukan psikik dan tak berupaya membaca pikiran anda.


6. Lampu ini sangat membantu ketika anda hendak mengundurkan kenderaan, lebih-lebih lagi sekiranya ada pemandu lain yang sedang menunggu anda keluar dari tempat parking itu. Nyalakan arah yang anda nak undur dan ingat untuk memusingkan stereng mengikut arah lampu itu pada masa-masa yang sesuai dalam pengunduran anda tersebut.

7. Jangan nyalakan lampu ini serentak (hazard light) semasa dalam hujan yang lebat. Pemandu lain akan menyangka anda sedang berhenti atau perlahan dan cuba mengelak dan akan menyebabkan huru-hara sebab garisan-garisan panduan jalan raya tidak jelas semasa hujan lebat. Lampu hazard light dihidupkan semasa kecemasan sahaja. Jika hujan terlalu lebat, perlahankan kelajuan kenderaan anda dan hidupkan lampu seolah-olah dah malam. Dan jika anda ingin membelok, matikan hazard light dan bagi signal, belok, dan hidupkan kembali hazard light.

8. Lampu ini digunakan sebagai isyarat untuk menyatakan pilihan anda semasa di persimpangan jalan atau semasa anda ingin susur keluar dari jalan besar. Sekiranya anda berada di jalan yang berbengkang-bengkok seperti dalam Drive Thru misalnya, takpayah pakai signal tiap kali membelok. Pemandu belakang akan saiko sebab belum belajar tips seterusnya.

9. Jangan layan kelipan-kelipan lampu isyarat kenderaan dihadapan anda kerana dikhuatiri anda diserang sawan, tertidur atau terpukau. Tumpukan perhatian kepada destinasi anda (dan pesanan anda jika anda dalam Drive Thru) dan bersedia jika pemandu dihadapan membelok.

10. Lampu isyarat kiri digunakan untuk membelok ke kiri sementara lampu isyarat kanan untuk membelok ke kanan. Kalau anda tak pasti mana kiri dan kanan semasa memandu, muncungkan bibir dan halakannya ke arah yang anda hendak tujui. Kemudian hidupkan lampu isyarat ke arah situ.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails