Friday, December 31, 2010

Wednesday, December 29, 2010

Wali Dari Bangi (SuperNatural Nights)

My Future Game Night


"Kau tau apa sebab aku panggil kau orang semua malam ni?" tanya abang karkun. Atan dan Abu berpandangan. Diorang muka cemas. Brader bus stand kat belakang abang karkun. Macam simbolik pulak. Aku masa tu lebih menumpukan kepada bateri henpon yang sedang merekod perbualan ini kerana tadi tak sempat nak cas.

"Pasal blog saya, ke? Tabligh-Leak?" Tanyaku direct. Itu mengejutkan Atan dan Abu yang terus memandangku serentak. Brader bus stand muka cam takder kesan. Abang karkun pun sama.

"Tabligh-Leak tu idea saya" kata Abu pula. Abu bermuka series. Atan cuba bersembunyi sambil mengemaskan duduk sila nya. Aku baru masuk menu record. Ah! Start!

"Wan!" kata brader bus stand.
"Ye?" tanyaku. aku tak berselindung. Tindakan yang telah aku ambil, akan cuba kutegakkan walaupun basah. Kerana aku naktau apa komen mereka. Aku nak tau pasal semua ni sebab dalam tabligh takde sapa yang nak jawab kan. Dan aku tau masing-masing dah tau jawapannya. Apa salahnya kita semua berkongsi pendapat demi mempertingkatkan lagi keberkesanan usaha yang dengan gigih kita lakukan ini? Bukankah kalau disaat peperangan kita akan gunakan segala daya (selagi termaktub dalam garisan syarak) demi memastikan tertegaknya kebenaran, tak kiralah sapa yang menang atau kalah?

"Wan?" kata brader dah mula tersenyum. Abang karkun menggelengkan kepala sambil tersengih. Atan dan Abu muka blank.

"Malam ni second leg Malaysia Indonesia AFF. Kau rasa sapa menang?" tanya abang karkun.

"Ntah?" jawabku.

"Bagus" kata abang karkun.


Kami semua terus berhenti dan menangguhkan perbincangan sebab Supernatural dah start.

Kembali Melayan Supernatural

Cerita Supernatural malam tadi memang cool...
Korang mungkin tak paham
Tapi kepada yang biasa menulis,
Episod malam tadi memang cool...


Episod malam tadi menerangkan kenapa aku suka layan cerita ni...

Tuesday, December 28, 2010

Cerita Akhir Tahun


Di satu sudut, kelihatan seorang lelaki menyembah-nyembah seorang kaki tarik kereta daripada menunda kereta buruknya kerana dah 3 bulan tak bayar. Dia merayu agar diberi tangguh setengah hari lagi untuk mendapatkan wang kerana dua tiga menjak ini keadaan terdesak dan anak bininya jatuh sakit. Tanpa kereta, susahlah dia nak bawa anak isterinya ke rumah mak mentua setiap kali dia nak pergi kerja.

Di bawah sebatang pohon di tengah padang di sebuah kawasan perumahan, kelihatan tiga beradik sedang berehat dari pancaran matahari tengahari yang terik. Masing-masing mengandang beg galas mereka, cuba menjual barang-barang cenderamata yang dibeli dari Maideen kepada penduduk setempat. Mereka tak ke sekolah hari ini kerana membantu bapa mereka mencari wang nak beli susu untuk adik mereka yang sakit di rumah nenek mereka di kampung.

Di dalam sebuah rumah, kedengaran tangis esak seorang ibu tua yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Dalam fikirannya, anak-anaknya sedang sibuk menguruskan hal rumahtangga mereka di dalam dunia duit itu, duit ini. Bahkan si ibu tak pernah pun memberitahu bahawa hayatnya sudah hampir dek penyakit kronik yang tidak diubati atau diberitahu kepada sesiapa kerana dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya (yang sentiasa tak berduit). Dia tak mahu mengadu kerana nak jaga air muka anak-anaknya yang belajar tinggi-tinggi belaka. Mereka semua bekerja di syarikat besar tapi tak seorang pun yang punyai masa untuk diri mereka sendiri, walhal untuk ibu 'yang dikasihi'...

Di satu sudut yang lain, kelihatan seorang pelajar universiti lelaki sedang sugul termenung dalam dilema. Dia sedang mengira-ngira untuk melakukan sesuatu yang tak pernah terpikir olehnya selama ini demi keterusan dia dan adik-adiknya yang memerlukan wang untuk pelajaran mereka. Ibu bapanya tak berduit. Hutangnya dengan kengkawan juga dah bertimbun. Kemudian datang sebuah kereta mewah dan pelajar itu masuk ke dalam sambil disambut dengan peluk cium si Datin Horny.

Di tengah-tengah kegelapan malam, kelihatan seorang perempuan Melayu berkemas-kemas sesudah memuaskan nafsu seorang lelaki tua. Dia mengambil upahnya dan kembali ke rumahnya. Di rumah, kelihatan beberapa orang anak kecil yang tidur bergelimpangan di ruang tamu. Si perempuan mengejut mereka dan mereka semua bangun dan makan juadah yang di bawa pulang oleh si perempuan. Si perempuan tak makan. Dia hanya melihat dengan linangan air mata.

Di dalam sebuah pejabat setiap kali akhir tahun, tuan Pengarah sedang mengadakan mesyuarat tergempar tentang cara nak habiskan duit peruntukan yang ada lebih lagi 50ribu. Tahun lepas dia dibambu oleh SetiaUsaha kerana tak habiskan duit maka tahun ini dia tak nak dibambu lagi. Mereka sepejabat sepakat nak mengadakan seminar kat Genting selama 3 hari dua malam tapi tak boleh bawak keluarga sebab takmau bocor rahsia.


Siapa yang mahu tahu? Di saat hati semakin membatu.
Kerana semuanya sibuk dengan lazer dan celah dada Jupe.
Dan sekumpulan lelaki tak tutup aurat mengejar bola yang sebiji.

Tiada Harapan


Kalau aku tak begitu,
Masakan aku begini sekarang?

Dan kalau aku begini,
Mungkin ada lagi jalankah,
Untuk aku kembali begitu?

Kerana masa semakin suntuk.
Aku tak pasti dengan esok.
Dan aku semakin keliru,
Dengan apa yang kutahu.

Inginku buangkan semua dan kembali ke sediakala
Tanpa itu
Tanpa ini
Tiada harapan
Tiada sangkaan

Yang ada hanyalah hari ini

Monday, December 27, 2010

PAS for all

Aku baru balik. Dan banyak benda yang aku tak suka dah berlaku kat negara dan bangsa aku ni. Masa aku kat sana aku tak ambik tau sangat walaupun ada orang dok bukak RTM3 pakai henpon. Aku cuba lari dari semua ni sebab aku dalam latihan. Sekarang aku dah balik dan aku rasa menyampah dan rasa macam nak sambung latihan lagi. Tapi tak guna sebab niat dah lari.

Di satu sudut, keadaan politik bangsaku semakin kelakar. Dunia semakin diambang inflasi dengan kenaikan kadar dan magnitud jenayah, serta pelbagai bencana alam yang perlu diuruskan. Tetapi para penguasa dalam negaraku sibuk gaduh pasal adab mesyuarat, pasal tak puas hati sampai berpecah belah, dan tak kurang juga yang sibuk buat tahapa-hapa demi menyelamatkan keadaan spiritual masyarakat Malaysia yang semakin membimbangkan. Yang rakyat pulak semakin suka mempersoalkan dari kekal dalam barisan (bukan barisan nasional), lebih suka mengkritik daripada turut serta, dan ditengah-tengah semua kehuru-haraan, masih ada yang sempat menangguk diair keruh dengan mengambil untung. Maka makin kuatlah pendapatku mengatakan bahawa semua Melayu kena masuk PAS, dan yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam.

PAS ajer yang padaku yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam di Malaysia. Dan padaku hukum Islam itu indah. Kita semua tak indah sebab kita belum Islam lagi. Kita mungkin muslim. Tapi belum mukmin. Islam itu ialah agama. Kita ni hanyalah bangsa manusia. Tapi mengatakan kita bukan Islam itu pula salah. Maka sapa yang tahu dia belum Islam, dan mahukan Islam, maka masuklah PAS. Dan bila dah PAS, belajarlah apa itu Islam. Maknanya, yang masuk PAS tak semestinya orang Islam atau Melayu saja.

Dan orang PAS pula sepatutnya sedar, bila awak mengaku PAS dan mahu dikenali sebagai PAS, awak kena bercakap, berperangai dan berpakaian macam orang Islam. Jaga mulut dan jaga akhlak. Tugasnya lagi berat dari jadi mamat tabligh yang sekadar belajar cakap-cakap. Jadi pejuang politik hanyalah untuk orang yang dah sampai tahap ikhlas saja. Sebab mereka berkhidmat untuk negara. Aku tak sanggup. Aku sekadar mengundi ajer.

Orang akan kata aku berpikiran sempit. Aku jumud. Aku ekstrimis. Aku cuma aku. Seorang Melayu yang tak guna. Tapi aku mahukan perubahan.

Perubahan dari aku yang muslim kepada mukmin.

Perubahan daripada perpecahan kesekularan kepada perpaduan akan ketauhidan.

Dan menurut pandanganku yang terbatas ini, yang ada cuma PAS.

Aku suka apa yang PAS buat kat Kelantan kerana maju padaku bukanlah kebendaan. Aku tahu dunia ini sementara dan akhirat itu abadan abada, tapi dalam peperangan di dunia demokrasi, undi aku itu adalah senjata. Dan aku menyeru kepada golongan majoriti Malaysia, bersatulah di bawah PAS.

Cukuplah dengan main-main setakat hari ini.

Atan Dan Abu (sebab aku, TABLIGH jadi busuk)

"Tan, besok pinjam keta kau" kata Abu. Mulalah tu. Jemariku masih terpacak pada keyboard laptop. Masih contemplate sama ada nak tulis atau tidak. Aku rasa macam aku dah kantoi sedangkan aku pun tak tau aku dah langgar hukum apa. Aku rasa munafik sebab depan cakap ye-ye, belakang aku buat juger. Aku blank. Aku kantoi dengan abang karkun.

Semuanya bermula sebab aku mencari wali. Memang normallah aku sebagai seorang budak Melayu tipikal akan terpengaruh dengan cerita kesufian sebab aku membesar kat kawasan Rembau. Kat Rembau ada ramai wali. Yang terang-terangan mahupun yang sembunyi-sembunian. Kami biasa dengan jin dan setan. Dan setakat David Copperfield, kami takat duduk atas kelapa gomeng jer masa menonton persembahan live nya.

Dalam pencarianku mencari wali, aku bertemu dengan abang karkun masa kat U ni. universiti kakilima. Hahahaha. Dan asbab dari dia, aku juga bertemu dengan Atan dan Abu, serta semakin memahami brader bus stand. Yang anehnya, pertemuanku dengan mereka semua membuatkanku lebih sedar dan mengenali diriku. Seorang mamat yang aku dok masih tercari-cari sehingga kini.

Abang karkun ialah wali. Tapi dia bukan seorang wali yang dilantik. Dia mahu jadi wali. Dia mahu jadi wali bukan sebab dia mahukan keramat atau pangkat dalam masyarakat Rembau atau Melayu yang menghargai konsep sainthood. Dia mahu jadi wali kepada takrif. Wali Allah bermakna padanya ialah terhegeh-hegeh mahu menjadi kaki tangan Allah. Bagaikan orang Melayu yang terhegeh-hegeh nak keja gomen sebab nak pencen. Atau kontraktor yang terhegeh-hegeh kepada Tuan Pengarah sebab nak dapatkan tender. Dia mahu sebab dia tahu. Abang karkun tahu dan dia berbuat sesuatu.

Yang mewalikan dia pada mataku ada dua. Pertama sebab dia tetap mahu walaupun dia tahu dengan memilih untuk mahu bermakna membuka pintu kepada pelbagai ujian fizikal dan mental yang berupa bala dan mujahadah dalam kehidupan dunia yang sedang dalam fasa akhir zaman sekarang ni. Kedua sebab sungguhpun dia tahu apa pekdah atau mujahadahnya, dia bukan lakukan kerana nakkan ganjaran, tetapi kerana kasihkan ketuanya. Dan kasihkan ketuanya bermakna kasihkan Allah.

Dan padaku, dua sebab ini melayakkan dia sebagai wali Allah. Tak perlu karomah. Tak perlu kata yang penuh falsafah. Orang yang berkeinginan dan istiqomah dalam perjuangannya adalah motivasi yang lebih baik untukku daripada orang yang dah sampai tapi tak buat apa-apa.

"Kau nak pegi sekali, tak Wan?" tanya Abu padaku bertempik dari ruang tamu. Suaranya bergema dalam bilik aku yang bawah tangga ni. Aku memperlahankan suara aku berfikir dalam hati.

"Memanglah dia pergi sekali. Dah abang karkun cakap nak jumpa dia. Bawak laptop dengan line internet sekali. Apa maknanya? Nak bancuh pasal blog la tu" kata Atan straightforward. Aku terdiam mendengar perborakan adik beradik dua orang ni. Tanganku terus melipat laptop dan mengemaskan apa yang patut.

"Kau jangan risau, Wan. kitorang support kau" kata Abu. Aku memasukkan cable wayar laptop dalam beg.

"Aku dah cakap jangan guna tajuk Tabligh-Leak. Mesti member abang karkun terbaca, dan sound dia, punya" kata Atan menyatakan pendiriannya berlepas diri dari belasahan abang karkun sebentar lagi. Aku mengezipkan beg laptop. Aku berdiri dan mengemaskan pakaianku. Kalau dulu aku kena bertukar dulu pakai kurta apa bagai sebelum nak jumpa abang karkun dalam ocassion begini. Tapi sekarang dah tak payah. sebab aku dah siang malam dok berkurta dan berketayap. Lagi kerap dari aku memakai jam. Lecturer tabligh kat U pun kata aku ni dah josh dan selalu mintak aku doakan dia. Padaku, kurta ni lagi mudah dari baju biasa. Nak basuh pun senang. Nak lipat pun senang. Unik pun unik jugak sebab sekarang semua orang nak jadi yahudi. Aku nak jadi pakistan, apa salahnya?

"Takde-takde-takde. Aku setuju namanya Tabligh-Leak. Ada unsur lawak sikit" kata Abu. Aku ambik wallet, henpon, perfume halal dan kunci rumah. Aku ambik beg dan switch off the light.

"Sebab kau lah ni kita dapat susah" kata Atan. Kedengaran Atan dan Abu main kejar-kejar dan tepuk-tepuk kat ruang tamu. Sekali imbas macam beruang grizzly bergurau pulak aku tengok budak dua ekor ni. Kang terlambak pulak ashtray tu kang.


"Hari-hari nak hidup senaaaang jer, boring arr. Tengok perut kau tu, dah boroi" kata Abu sambil menyucuk perut Atan. Mereka berguling-guling bergurau atas lantai. Kerumut carpet rumah sewa aku. sibbaik housemate aku yang lain takde.

"Dah-dah. Jom-jom. Aku dah siap" kataku sambil menuju ke arah pintu.

Kami bergerak menuju ke rumah brader bus stand, port kami. Dah lama rasanya tak buat camni. Maklumlah, agak busy dua tiga menjak ni. Aku termenung sepanjang perjalanan...

Saturday, December 25, 2010

Dari Sinar Mata


Seribu tahun takkan mungkin

Di matamu mencerminkan rindu
(Mata seorang hamba)

Di matamu adalah kenyataan
(Setelah lihat, barulah faham)

aku tenggelam dalam
lautan kasih sayangmu
(...bila dah faham, timbullah sayang)

Tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini
(Tak mungkin lepaskan setelah sayang)


mendung hitam adalah semalam
(...segala dosa aku tinggalkan)

silau mata dari kilauan cinta
(azam baruku demi sebuah cinta)


jawab si Dia:

hatiku ini sayang
tak mungkin berubah

selagi kau berpegang teguh
pada janji



jawabku pula setelah panggilan cintaku berbalas:

setiap kata yang terucap
setiap nada yang tercipta
hanyalah untukmu
satu tak terpisah

seribu tahun takkan mungkin
bisa menghuraikan sebuah
cinta yang kau beri
untukkkk
diri ku yanggggggggg

pilu


lagu asal: BPR, "Seribu Tahun Takkan Mungkin"
by abang karkun


Friday, December 24, 2010

Tabligh-leak# 104 : Tak boleh cakap pasal politik 2

Baca dari mula...

Sampai habis satu space aku mengarut sebagai mukadimah. Sebab tulah takbley cerita pasal politik. Jangan salah faham. Tak bley cerita bukanlah bermakna takbley ambik tahu. Kalau ambik tahu pun masa Allah kasi tahu jer. Takde ngengader nak sepanjang masa nak ngadap tu jerr...


Kenapa takbley citer pasal 4 perkara tu? Kerana bila seseorang terlibat dalam kancah kekarkunan, maka dia akan dilatih untuk bercakap macam yang diterangkan dalam entry sebelum ini. Dia akan mula pandai bercakap, walaupun sekadar tahu adab masuk tandas sekalipun. Bila dia nak bercakap, dia kena paham amender yang nak dicakapkannya. Dan sebagai seorang yang berkupiah dan yang membela janggut, dia kena BUAT apa yang dia cakap. Tapi itu bukanlah bermakna dia kena diam jer kalau dia tak buat. Kalau tak cakap, sampai bila pun takkan buat, ye tak.


Dan bila seorang karkun pandai bercakap, dia akan ada kelebihan public speaking. Dan kalau orang yang ada skill public speaking bercakap pasal sesuatu, gila influential wa cakap lu.

Kalau dia tak tarik beliver, dia akan tarik haters. Dan dalam kedua-dua keadaan, dia sebenarnya memecahkan masyarakat kepada dua. Sebab politik pada pandangan tarekat tabligh ialah ciptaan manusia. Dan ciptaan manusia tak sempurna dan memang banyak loophole untuk didebatkan. Dan perdebatan tentang sesuatu yang dibuat oleh manusia, sampai bila pun takkan habis. Macam perbalahan tentang takrif atau pendapat. KArkun juga mesti mengelakkan perbalahan.

Kenapa?

Kerana tugas karkun ialah membawa fahaman manusia bahawa dunia ini sempit dan sementara, dan akhirat itu lah tempat yang kekal abadi.

Dan mengikut realiti itu, selepas mati, manusia bukan straight masuk syurga atau neraka once kita masuk kubur. Kalau masuk straight, senang. Habis cerita. Kena hukum. Tapi tak.

Macam kalau kita sedang menanti penghukuman, siksa yang paling terasa ialah penantian. Menunggu turn kita di dentist masa kecik-kecik lagi tension daripada proses gigi kita digerudi. Betul ke?


Kembali ke topik, kita kena melalui barzakh, kemudian mahsyar, kemudian mizan di mana setiap perlakuan kita semasa di dunia akan dipersoalkan. Proses menanti tu ajer dah satu siksaan.

Dan jika didapati ada unsur setan atau terpengaruh dengan setan, mereka kena dibersihkan dulu sebelum layak nak kembali ke kampung, tempat asal kita, tempat Nabi Adam a.s ditempatkan mula-mula. Dan kiranya nikmat di syurga itu adalah sesuatu yang tak pernah terpikir kat kepala manusia pun, jangan cerita lah siksa kat neraka.

Jadi janganlah memain dengan neraka. Hell itu. Hell ini. dan kalau dah sedar diri tu masuk neraka, jomlah bertaubat cecepat.


Kembali ke topik, karkun tak boleh cerita pasal 4 perkara tadi. Dan sebelum nak menilai tabligh itu apa, jangan menilai sekadar dari blog aku.

Ini blog wannabe

Kau ushar sini.

Tabligh-leak# 104 : Tak boleh cakap pasal politik


Salam. Salah satu adab tambahan bila seseorang keluar tabligh ialah kalau tak silap 4 perkara. Tapi yang aku ingat ialah takbley buat remark pasal politik, mazhab, agama orang lain atau ekonomi. Kalau aku tak silap la.

Kenapa, ye?

Aku pernah baca pasalnya dalam buku-buku tabligh yang terdapat di markas, tapi tak pernah ada orang yang mengaku TAHU atau arif tentangnya. Maka aku pun membuat andaian aku sendiri berdasarkan apa yang aku nampak dan baca.


Orang yang dah keluar tabligh dipanggil karkun. Dan karkun yang istiqomah menyokong aktiviti pentagligh-an di tempat tinggalnya, akan mengalami proses karkunisasi. Proses ini tidak dirasakan oleh sipelaku sebab dia dah takde masa nak pikir pasal diri atau keadaan dia. Dia sentiasa berlatih menukarkan mindsetnya kepada makrifatullah melalui penerapan fikir risau Baginda SAW dalam dirinya.
Ia hanya perasan bila ada orang sound dia.


Setelah sekian lamanya kita keluar tabligh, kita akan dipilih untuk bercakap dalam jemaah.

Ia bermula dengan saling memeriksa bacaan surah Al-Fatihah semasing. Kemudian diberikan tugas membacakan doa pembuka majlis.

Kemudian memberikan adab tidur.
Kemudian sentiasa di periksa akan ingatannya pasal adab-adab lain seperti adab tidur, adab makan, adab masuk tandas, adab masjid, etc.

Kemudian adab ghash. Semua ni dilakukan masa aktiviti taklim wa taklum. Kenkadang baca kitab. Kengkadang main tangkap-tangkap tajwid.

Kemuncaknya ialah memberikan bayan. Bila dah level ni, biasanya orang tu dah fully nurtured lah tu. Real karkun. Kau hantar jer kat mana kat Malaysia ni. Habis disuginya.

bersambung...

Thursday, December 23, 2010

Wali Dari Bangi (KANTOI laaa)



"Wan!" panggil abang karkun. Aiseh...Kening abang bercantum lagi laaa...Tah kenapa dada aku berdebar-debar. Brader bus stand kat belakang dia cuma memerhatikan. Aku dengan sedaya upayanya cuba membayangkan nasi lemak, ayam goreng berempah dan Kitab-Kitab yang kami bawak balik dari Indonesia.

"Ye, bang?" tanyaku blank. Mataku tertutup sebab masih cuba memakrifatkan imej nasi lemak.
"Takyah nak cover-cover" kata abang karkun. Gila serius muka dia. Brader meng cover ketawanya di belakang. Abang karkun berpaling dan mengushar brader. Brader berenti ketawa.

"Ni amender tabligh leak ni? Sapa punya idea, ni?" tanya abang karkun. Dada aku semakin bergoncang..Habis laaa. Cover-up aku dah terkantoi..

"Saya!" kata Atan.
"Saya jugak!" kata Abu pulak. Aku memandang mereka berdua. Aku memang tak budget jawapan dari mereka yang macam ni sebab aku masih sibuk membayangkan imej nasi kerabu pulak. Aku rasa dah tak payah kot. Sebab dah kantoi dah..

"Errr...Err...Anu..." aku terkapai-kapai mencari perkataan yang sesuai sebagai alasan. Aku tau abang boleh detect kalau aku tipu. FBI pun boleh tau, inikan pulak abang karkun.


"Dah-dah..Malam kang aku nak jumpa dengan korang bertiga!" tegas abang karkun lagi...
"Bawak laptop ngan line internet sekali" kata abang karkun.


Perjalanan kembali ke Rembau agak senyap. Abang karkun ngan brader bus stand berdengkur cam enjin motorbot disel kat belakang. Aku tak dapat melelapkan mataku. Otakku blank. Atan tengah drive. Abu cam biasa, sekejap bercakap. Sekejap menyanyi.



"Kau takde bawak ole-ole ke dari Indon?" tanya Abu memecah kebuntuanku.
"Hah? Kote?" tanyaku mamai.


"Kote apa pulak. Ole-ole. Satay tulang ke. Ketayap Jawa ke..." kata Abu.
Aku tak dapat fokus. Kepalaku asyik memikirkan akan jangka hayat blog payabesarpedas yang semakin pendek. Mungkin malam ni ialah ajalnya...

Atan Dan Abu

gambar curi

"Weiiii...Rindu la ngan kau" kata Atan padaku. Aku senyum padanya.

"Kalau rindu, tolong angkat beg ni" kataku sambil menghulurkan bagasiku. Atan menyambutnya.

"Bukan rindu, Wan. Asyik kena bahan jer ngan aku. Takde orang nak backing" kata Abu yang kat depan kami. Abang karkun tengah borak amender ntah ngan brader.

"Ohhh? Tak ikhlas" usikku pada Atan.

"Hehehe...Saya baru tahap beramal untuk ganjaran dunia" jawab Atan...

"Itu tahap pertama tu..." kataku.

"Berapa tahun dah dok kat tahap tuu jer" usik Abu lagi..Abu suka membahan Atan. Dan aku tak senang dengan sikap sebegini (walaupun aku kengkadang membahan si Mehmet El). Tapi aku senyum. Mengantuk lebih menguasai.

Kemanakah selepas ini?

Sepi.

Sunyi.

Sedih.

Bersendiri.

Ke manakah nak ku pergi?

Ibu bapaku tak peduli
Orang sekelilingku tak memahami
Dan Kau

Ya, Kau

Kau lah satu-satunya harapanku
Aku mengaku aku yang bersalah
Aku mengaku aku yang kalah
Dan aku mengharapkan Kau

Ya, Kau



Ampunilah aku Ya Allah
Aku sepi tanpa kehadiran Mu
Terimalah aku kembali

Wednesday, December 22, 2010

Motivasi Pagi di Radio IKIM

Gambar ni ada nasihat yang bagus. Tapi camana nak melaksanakannya?

Pagi tadi semasa menghantar ahliyaku ke tempat kerja, kami mendengar radio IKIM, rancangan Motivasi Pagi, macam biasa. Dan kepada yang tak biasa, rancangan ini menjemput para motivator untuk memberikan ransangan selama 15 minit agar para pendengar termotivasi untuk meneruskan hidup atau bekerja untuk hari ini.

Radio IKIM ni semakin popular kerana banyak rancangan yang dipaparkan dalam slotnya yang ilmiah dan bagus untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Disamping itu juga IKIM.FM merupakan escapisme daripada stesen radio yang lain yang lebih menumpukan kepada konsep hiburan. Aku sokong radio ni dan setiap bulan Ramadhan, semua channel radio dalam kereta aku akan aku tune ke arah IKIM.

Tapi motivator pagi tadi betul-betul buatkan aku termotivasi nak mengomen.

Hari ini beliau menceritakan pasal jangan jadi malas dengan kaedah meletakkan 'harapan' dan 'tahap penerimaan' dalam berusaha. Cuma contoh-contoh yang dia paparkan, ikon yang dia jadikan sandaran dalam hujahnya, takde sorang pun yang Islam. Donald Trump, Bill Gates dan Barack Obama. Pada aku, Donald Trump hanyalah seorang yang got lucky. Bill Gates pulak padaku ialah seorang manipulator yang telah menyedut segala kelebihan Steve Jobs. Barack Obama pulak dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi sebab dari kecik lagi dia dah bercita-cita nak jadi Presiden Amerika. Pada aku, mamat motivator tu lebih menumpukan konsep 'berjaya' nya kepada kejayaan dalam dunia. Takde sorang pun Sahabat atau Ulama lama atau pejuang Islam yang di promonya.

Ini pula pandangan aku.

Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk beriman. Percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Percaya bahaya perjalanan kita setelah kita diciptakan, tidak terhad kepada kehidupan di atas muka bumi saja. Baginda SAW diutuskan untuk membawa fikir risau manusia dari dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Kenapa?

Ingat lagi tak zaman kita ambik UPSR? PAda masa tu, exam UPSR itulah masalah paling besar dalam hidup kita. Kemudian, masa kita nak kena ambik PMR/SRP pulak, exam itulah masalah yang paling besar dalam hidup kita. Samalah juga masa nak ambik SPM. Dan masa kita ambik SPM, PMR tu dah rasa cam cikai jer. Dah rasa macam senang dan takde hal ajer. Kat sini kita lihat, masalah duniawi kita yang satu masa dulu kita rasa paling besar, sebenarnya taklah sebesar mana pun setelah kita melihatnya dari luar.

Bila tujuan hidup berkisar hanya dengan kehidupan dunia, maka kita rasa itulah masalah kita yang paling besar. Nak cari rezeki, nak bina keluarga. Nak buat retirement plan. Maka fikir risau dan masa kita akan banyak tertumpu kepada 'masalah besar' itu. Tapi bila masalah besar itu kita sandarkan kepada kehidupan akhirat, maka masalah duniawi ini tak akan memberi kesan kepada kita. Barulah betul konsep 'dunia ini hanyalah gurauan' yang selalu kita dengar dari budak-budak tabligh. Dengan cara ini, bila kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita, kita tak kalut. Kita tak panik. Dan otak yang berfikir mencari solusi akan menghasilkan solusi yang lebih baik jika otak itu berada dalam keadaan tenang.

Dan aku rasa, ramai orang Islam tahu bahawa meletakkan harapan kepada makhluk atau kejayaan di dunia, hanya akan membawa kepada kekecewaan dan kekosongan. Berada di tempat kekuasaan bukan berjaya. Kaya bukan berjaya. Tetapi mendapat keredhaan Allah itulah kejayaan. Mendapat kata-kata yang baik setelah mati itulah tanda berjaya. Donalad Trump yang terrer dalam deal itu pun kena fired kat bini dia. Berjaya kebendanya?

Aku taktaulah sama ada mamat motivator tu tersalah pilih ikon atau apa. Tapi kita di sebelah sini, yang susah payah nak larikan anak-anak kita dari mengidolakan otromen atau Bill Gates kepada mengidolakan para Nabi dan Sahabat, amatlah terasa dengan hujah yang diketengahkannya. Kerana anak-anak akan mepersoalkan keadaan hidup para sahabat yang serba kekurangan dari sudut duniawinya. Macam Abu Bakar r.a dan Khadijah yang wafat dalam keadaan miskin sedangkan mereka sebelum Islam adalah kaya raya. Macam Ali dan Umar yang mati dibunuh sedangkan semua tahu dua sahabat ini adalah pejuang yang bengis dalam mempertahankan agama Islam.

Aku tak suka dengan motivator pagi tadi. Dan aku risaukan apa dah jadi kepada budak-budak yang telah dimotivasikannya selama ini. Mungkin aku yang salah faham. Mungkin sambal nasi lemak pagi tadi pedas sangat. Tapi yang pasti, Radio Institut Kefahaman ISLAM Malaysia kena check sapa yang mereka jemput sebagai penceramah agar KEFAHAMAN orang Islam tak lari. Jangan main sebat ajer.

Tuesday, December 21, 2010

Wahai Irwan


Wahai kamu,
Ye, AKU
Sedarlah...
Kamu hanyalah batu asah
Yang kesat dan bermuka dua
Satu kasar
Yang lagi satu lagi kasar

Kewujudanmu hanya dirasai bila ada yang tumpul
Selepas itu, kamu akan dilupai
Kegunaanmu hanyalah untuk seketika
Dan kemudian kamu akan dilupakan
Hingga tiba ketikanya

Atan dan Abu: Aku yang betul

" I don't predict. I deduce"

Semalam Atan dan Abu melepak di kedai kopi, menunggu kami. Semasa menunggu, mereka tengok siaran ulangan perlawanan Malaysia dengan Vietnam.

"Yeaaaa, aku betul" mula Atan. Amenderlah yang betul, aku pun tak tau.

"Ahh, kebetulan jer tu" cantas Abu pula.
Never conclude based only on observation



"Kau bukan tau pasal bola pun, apatah lagi berupaya mempredict keputusan bola" hujah Abu yang mula main personal attack.

"Tapi aku betul, kan?" tegas Atan lagi.

"Kebetulan" kata Abu malas nak melayan.

"Aku tak perlu berilmu tinggi nak menilai bahawa dua-dua mangkuk ni TAKKAN DAPAT APA-APA GOL, seraya membenarkan agakan aku bahawa Malaysia akan ke peringkat seterusnya" usik Atan nak meng emo kan Abu yang mudah emo. Abu menghentikan tegukan pada cawan kopinya. Dari gaya dia meletakkan cawan tu, dah tau dah yang Atan berjaya. Abu memang sensitif sikit.

"Kalau kau tau sangat, Indonesia dengan Filipina, sapa menang?"
tanya Abu pula.
"Itu tak penting. Yang penting, Malaysia akan kalah" kata Atan dengan bijak.

Abu terdiam sebab malam itu, Atan memberi jawapan yang agak susah nak disangkal. Dalam hati, Abu mula mendoakan agar Malaysia akan menang.

Bukan sebab dia nak tengok Malaysia menang.
Bukan sebab dia mahu lihat peningkatan dalam bolasepak Malaysia.

Tapi sebab dia mahu Atan KALAH.

Pek!!! Belakang kepala Abu diketuk oleh abang karkun. Kami baru sampai di KLIA.

"Hati-hati!" kata abang karkun.

"Musuh kau bukan Atan, tapi setan dalam hati kau sendiri"
sambung abang karkun.

Atan mintak maaf pada Abu sebab nyaris-nyaris hantarkan Abu ke sempadan neraka. Abu pun sama sebab telah terpengaruh dengan setan dalam dirinya..

Tabligh-leak#105: Kenapa Orang Tabligh gunakan pendekatan 'cerita agama'


Sesuatu yang telah terjadi, adalah pelajaran kepada kita. Dan kita semua memang ternantik-nanti apakah cerita kita untuk esok hari. Namun untuk hari ini, kita kena buat apa yang sepatutnya, demi memastikan esok hari adalah lebih baik dari assumption yang kita telah buat semalam.

Bila bercakap tentang soal realiti dan kebenaran, kita sering membataskan skop perbincangan kepada soal apa yang nampak. Jika begitu, maka orang buta sepatutnya adalah orang yang paling jahil agama. Ini bukanlah keadaannya kerana sepanjang penglibatan dalam usaha tabligh, orang pekak dan tuli didapati lebih jahil dari orang buta. Bila kita tanyakan kepada orang buta, siapakah Allah, dengan mudah dia akan jawab; Allah itu Rabb. Tapi bila kita tanya kepada orang yang pekak dan bisu, apakah makna perkataan 'Allah' dan Muhammad' yang selalu mereka lihat di pintu masjid, ada yang menjawab Allah itu abang dan Muhammad itu adik.

Jadi, kata-kata "seeing is believing" itu tidaklah benar secara total. Itu hanyalah dakyah yang digunakan oleh golongan jahiliah yang telah lapuk dan telah lama kita perbetulkan. Bahkan sejarah telah menunjukkan bahawa kaum yahood yang telah ditunjukkan dengan segala macam majik akan kekuasaan Allah, merupakan golongan yang paling lantang memusuhi Nya. Inilah salah satu sebab kenapa karamah para wali itu seboleh-boleh disembunyikan oleh empunya diri.

Dakwah Baginda SAW berkisar semata-mata kaedah lisan dan bukan membawa Al-Quran atau dalil akal ke hulu ke hilir dalam meyakinkan kaumnya untuk kembali kepada tauhid. Baginda SAW tidak ada apa-apa bukti untuk digunakan sebagai hujah ke atas golongan kafir Quraisy yang pada masa itu adalah lebih cediakawan daripada Baginda. Walhal Allah boleh melengkapi Baginda dengan segala kelengkapan eksperimen dan buat satu presentation yang gempak kalau nak. Tapi tak. Itu bukan faktanya. Fakta menunjukkan bahawa Baginda yang tak reti menulis dan membaca itu, sekadar menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya secara lisan kepada semua orang.


Efek pendengaran memang lagi berkesan dalam menyampaikan sesuatu. Acap kali kita, mudah mempercayai atau terpengaruh dengan sesuatu yang kita dengari daripada apa yang kita lihat. Jangan salah sangka. Membaca juga sebenarnya ialah subset kepada pendengaran. Tulisan hanyalah susunan garisan dan titik yang merupakan simbolik kepada sebuah pernyataan lisan. Dan artikel yang berintonasikan sebuah percakapan, lebih mudah difahami daripada artikel yang sarat dengan fakta atau data. Dan apa yang kita dengar/baca lebih kita percaya daripada apa yang kita lihat.

Apa yang kita dengar juga, lekat lebih lama dalam hati kita. Dapat lak jika kita turut serta mempercakapkannya. Macam lagu. Lagu Maher Zain tak berapa masyuk jika kita sekadar mendengar. Kita akan dapat menjiwainya jika kita turut menyanyikannya. Tak hairanlah kenapa Al-Quran lebih mudah dihafal berbanding kitab-kitab lain. Dan atas sebab ini jugalah kenapa melagukan lagu-lagu yang lagho itu amatlah tidak digalakkan dalam agama Islam.

Dan apa yang kita cakapkan, maka kitalah yang pertama sekali mendengarnya.  Jemaah tabligh telah lama membina tarekat mereka atas konsep ini. Setiap orang yang terlibat diharuskan untuk bercakap atau mendengar tentang kebesaran dan keagungan Allah, serta mengulang-ulang membaca buku taklim dengan suara yang jelas, seolah-olah ada pendengarnya. Dan sudah tentulah bila BERCAKAP, mestilah ada yang kena mendengar. Dan sebab nak cari pendengar inilah, para karkun telah menjelajah ke serata dunia, hingga ke segenap pelusuk kampung. Bila dah dengar, maka kita akan mula mendalami. Dan seperti menyanyi tadi, untuk lebih dalam, kita kenalah mengamalkan apa yang kita cakapkan tadi. Barulah efek iman itu akan terasa.

Jangan sekadar MELIHAT dan kemudian membuat deduksi sendiri. Nah, sekarang anda telah mendengar. Marilah bersama 'menyanyi' dengan kami.

Monday, December 20, 2010

Homophobia

Orang sibuk nak ke depan, dia ke belakang pulak..

Astaghfirullah...

Doakanlah Azwan what ever tu. Dia masih belum murtad...
(jangan lupa nak doakan keselamatan diri sendiri dan keturunan dari bala ini)

Tabligh-Leak#103: Jemaah Tabligh di Malaysia




Walaupun aktivi tabligh telah lama bertapak di Malaysia, salah faham tentang apa sebenarnya 'jemaah tabligh' itu masih lagi wujud. Walaupun jemaah berduyun-duyun dikeluarkan dari Malaysia ke serata alam, orang MELAYU sendiri masih ramai yang melabelkan jemaah tabligh sekadar sebagai tin kosong. Ada yang mempersoalkan kesahihan sanad tarekat tabligh ini. Ramai juga yang melabelkan mereka sebagai wannabe.

Semua orang tahu jemaah tabligh menggunakan konsep dakwah dalam usaha mereka. Namun, menurut pemerhatian penulis, NIAT dalam melakukan dakwah dalam tabligh bukanlah untuk mengajar. Ia lebih kepada menyampaikan dengan harapan orang yang menyampaikan mendapat faedah dari apa yang disampaikannya. Serupa juga dengan jemaah tarekat lain yang menggunakan konsep zikir dalam amalan mereka. Zikir mereka itu, walaupun sama iaitu kalimah laa eelaa ha illallah, namun khasiatnya berlainan, bergantung kepada apa niat si penzikir. Ada yang zikir untuk bersihkan hati. Ada yang zikir untuk naikkan darjat. samalah dengan konsep dakwah yang digunakan dalam jemaah tabligh. Dan sesiapa ahli jemaah yang tak jaga niat, pasti dan pasti akan kena uji. Kalau tak on the spot, mesti kena jugak on the later spot. Betul tak?

Dan semua orang juga tahu, jemaah tabligh terdiri dari pelbagai jenis manusia dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada student, ada tok sheikh. Malah di Malaysia, tak kurang ajar jika dikatakan, kebanyakan mereka yang Josh dalam usaha adalah mereka yang ada sejarah hitam. Ada yang matpet, kaki pukul, walhal orang yang terang-terang anti dengan tabligh itu sendiri. Dan akibat dari ini, jemaah ini dipandang hina ketika mereka berkata-kata dengan golongan jawatankuasa masjid tempat mereka diputuskan. Kredibiliti mereka akan dipersoal dan pengetahuan mereka diuji-uji. Dapat pulak mamat tabligh pun kengkadang tersalah cakap (maklumlah, masih baru belajar) dan kesalahcakapan itulah yang akan menjadi point yang diulang-ulang selama bertahun-tahun oleh si pembenci.
Ahli jemaah takboleh menyalak dengan pandangan atau kritikan orang terhadap mereka kerana INIlah MUJAHADAH yang dok disebut-sebut oleh para maulana dan awwalin. Ahli jemaah kena melihat ke dalam dan mencari kelemahan diri setelah mendengar komen orang tadi. Ahli jemaah kena ingat semula mujahadah Baginda SAW dan para sahabat ketika berdakwah di Makkah. Dan serangan mental ini, tak terhad untuk yang datang dari luar saja. Lebih dahsyat lagi serangan yang datang dari anak bini, keluarga serta jiran-jiran. Dan untuk ini, ahli jemaah dinasihatkan agar membuat persediaan yang secukupnya, dunia dan akhirat setelah mengambil keputusan untuk terlibat dalam tarekat ini.

Jangan campakkan dirimu dalam kebinasaan. Kalau dah tau awak tu tak tahan kalau takde duit, jangan sedekah SEMUA ke jalan Allah (dah tu bila sesak, nak claim balik. Tadi kata ikhlas untuk Allah?) Kalau dah tahu awak nak keluar 40 hari, siapkan keperluan untuk anakbini secukupnya sebelum keluar. Jangan tertipu dengan setan. Jangan tertipu dengan api fanak yang meng Joshkan diri ketika ditasykil. Allah memang Maha Kuasa, tapi kita ni makam asbab maka kenalah BUAT asbab untuk dapatkan keizinan Nya. Ketahuilah TAHAP imanmu. Dan untuk mengetahuinya, carilah guru. Bermesyuaratlah dengan orang yang berpengalaman.

Dan kepada mereka yang diluar sana, yang masih skeptik dengan jemaah ini, jangan cepat menghukum. Jemaah tabligh YANG DIMESYUARATKAN adalah OK. Diorang bukanlah digerakkan untuk menghukum sesapa murtad atau kapir atau munafik. Mereka hanyalah penyampai. Jika nak tunggu korang semua datang masjid dan dengar ceramah, alamat cepatlah kiamat. Mereka ni semua melalui jalan yang ketat ini, meletakkan diri mereka di ambang neraka kerana nak menyampaikan sesuatu yang berharga kepada tuan-tuan semua:


Apa dia?


Kalau nak tau, joinlah mereka.



Sunday, December 19, 2010

Tabligh-leak: Artikel yang dicensoredkan: Liberalisasi Islam di Malaysia


Satu masa dulu, berborak pasal agama di kedai kopi atau di tempat-tempat yang selain masjid atau surau menunjukkan kecetekan adab seseorang terhadap sesuatu yang dikatakan suci. Namun semua itu telah berubah sejak terletusnya era teknologi maklumat di mana tahap pemahaman dan keluasan pemandangan orang Islam Malaysia terhadap penghayatan Islam semakin berkembang. Perbincangan tentang hukum-hakam Islam tidak lagi terbatas kepada golongan ustaz dan penceramah agama, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi corak lanskap agama Islam itu sendiri di negara ini.

Ini melembutkan hati masyarakat Islam Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan ketegasan mereka dalam mempertahankan pengamalan kesufian, untuk lebih menerima konsep kesederhanaan dalam penghayatan Islam. Kalau dulu, main gitar sambil menyebut-nyebut nama Allah dalam sebuah LAGU adalah satu penghinaan terhadap Islam, orang yang tak salam lepas solat itu adalah sombong, atau solat tak pakai kain sarung atau baju melayu itu kurang sempurna. Kini, seorang ustaz yang kelakar lebih benar dari ustaz yang takwa, lelaki pakai seluar paras kepala lutut itu adalah takper, dan tauhid itu hanyalah a state of mind.

Era 'Age of Reason' yang sepatutnya membuatkan manusia lebih teknikal terhadap kehidupan seharian serta realiti alam ini, hanya membuatkan orang Islam Malaysia semakin terkebelakang dalam pemahamannya.

Peningkatan golongan akademik serta theorist juga ada sumbangan signifikannya dalam hal ini. Ini kerana dalam dunia kapitalisme, bahan bukti itu lebih sah dalam mahkamah dari katakata seorang yang memang terkenal akan kewarakannya. Bahkan budak yang ada degree lagi laku hujahnya dari seorang pakcik yang dah buat benda ni sejak tak pass SRP. Segala benda dipikir dan dianalisa secara lojik, sehinggakan mamat tabligh terpaksa beri penjelasan saintifik akan kelebihan sesuatu sunnah itu untuk meyakinkan sipendengar untuk sama-sama menghidupkan suasana sunnah.

Akibat buruk dari semua yang diatas ialah perpecahan ummat Islam Malaysia kepada 'yang betul' (syarak) di satu pihak dan 'yang lebih betul' (warak) di satu pihak yang lain. Semua ada pandangan masing-masing, dan masing-masing mempertahankan kebenaran pendapat sendiri. Peliknya, orang yang paling mahu pandangannya itu diterima, tak boleh pula berbuat perkara yang sama bila orang lain memberi pandangan terhadap pemandangannya tadi. Dan perpecahan ini memecahbelahkan lagi bangsa Melayu (yang merupakan majoriti dan majoritinya Islam) kepada pelbagai kepingan umpama sekeping cermin yang pecah. Dan semakin kecil kepingan itu, maka semakin kuranglah power pantulannya memancarkan keindahan cahaya Islam kerana orang Islam memang tak lekang dijadikan ukuran akan keindahan agama Islam.

"Angah nak mulakan trend baru berjilbab"
Akibat yang ingin ditekankan ialah kesan berantai dari pemahaman liberal ini terhadap penghayatan agama dan spiritualiti anak-anak yang bakal mewarisi dunia. Mereka akan memandang rendah akan ketinggian dan kesucian akhlak dan bersifat narsisistik dalam pendapat mereka. Mereka kononnya bersifat terbuka kepada anak-anak mereka pula kerana percaya anak-anak itu adalah manusia yang punyai hak yang sama seperti mereka. Mereka akan tunduk kepada konsep 'bebas selepas berumur 18' dan tak berhak menghalang sesiapa dalam bersuara, hidup atau beragama. Bahkan, mereka yang mungkin berpengalaman buruk akibat pertembungan dengan orang lain, dengan SENGAJA menyebelahi pihak yang SALAH, sedangkan dalam dirinya tahu, mana yang baik dan mana yang tidak baik. Dan hasilnya, kejujuran dan kebaikan itu hanyalah teori dan mereka yang bangga dengan dosa dan kejahilannya pula dianggap sebagai seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Bila generasi muda telah rosak, maka keluarga serta negara itu sedang menuju ke arah kehancuran. Tambahan pula yang tua semakin dah tak berdaya.

Oleh itu, diharapkan agar semua pihak tampil ke saf hadapan untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan negara ini. Dan semua boleh lakukannya dengan kembali menerapkan unsur-unsur agama dalam kehiduapan sendiri, masyarakat serta keluarga.

Friday, December 17, 2010

TablighLeak: Kabel #101: Artikel-artikel yang dicensoredkan

Atan dan Abu (Bayan Maghrib by Atan)




Ini ditujukan kepada para pendakwah. Kepada mereka yang membuat keputusan untuk menjadikan dakwah itu maksud hidup. Kepada mereka yang berkorban masa, tenaga, harta, anakbini, nyawa, walhal syurga neraka mereka demi MENYAMPAIKAN risalah suci.

Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah kerana berani mengambil keputusan ini. Kerana inilah tarekat yang paling ketat. Dan musuhmu bukan setakat nafsu dan diri sendiri, malah anda mengisytiharkan PERANG terhadap si Iblis personally. Dan mamat ni, connection dia ramai. Network dia luas. Ilmunya tinggi. Senjata yang digunakannya terhadap kamu adalah yang tahap biologi dan psikologi. Dan semua ini tidaklah manfaat atau mudharat selagi kamu sentiasa ingat bahawa Laa eela ha illallah

Awasilah perbuatanmu. Kerana orang dijalan ini akan sentiasa diuji. Setiap tindak tandukmu adalah hujah kepada musuhmu yang diri sendiri. Setiap perkataanmu adalah replay yang akan menghantui di kala sepi. Kamu pun tahu cara nak selamat ialah dengan sentiasa merendah diri. Sentiasa ingat diri kamu itulah yang PALING hina SEKALI. Sewangi-wangi perfume, kat mukamu saja ada 7 lubang tahi. Dan kamu tak boleh lalai kepada riak, ujub atau takbur diri. Pada tohmahan dan cacimaki, kamu dah sedia. Ramai yang kantoi ketika dipuji.

Kemudian sentiasalah berjamaah. Kambing yang berjemaah, lebih sukar diserang dari kambing yang keseorangan. Serigala yang menunggu bukan yang di depan mata saja. BERDAMPINGlah dengan yang lebih mengetahui. Punyailah seorang guru. Kerana mengaji takkan selesai selagi berdenyut. Dan bukanlah seorang murid, jika tiada guru nya. Agama kita tak benci kepada yang suka bertanya. Maha Suci Dia, Dia hanya benci kepada yang suka MEMPERSOALKAN. Bukalah hatimu untuk menerima teguran. Kembalilah ke perenggan sebelum ini jika rasa tak paham, apa yang sedang kau bacakan.

Azamkan keistiqomahan amalan. Dan amalan tambahan, hanyalah atap kepada rumah yang ditegakkan dari batasan si tiang kefahaman. Faham bahawa tanpa tiang, tiadalah batas dan asas. Tiada asas, maka yang tambahan, tiadalah maknanya. Tiang didirikan mengikut KEHENDAK CUSTOMER. Bukan ikut suka. Lagi kuatnya tiang, lagi kukuhlah rumah. Tiada batas, maka kita takkan tahu sempadan rumah kita kat mana. Kita takkan tahu besar mana atap yang nak kita sediakan. Rumah yang besar pun tak guna juga jika tiada pengisian serta penyerinya. Barulah kecantikan amalan harian itu akan menguatkan apa yang lemah, dan mencantikkan apa yang dah sempurna. Kecantikan itu akan nampak DARI LUAR. Bila dah ada yang cakap cantik, barulah bersemangat nak KUATKAN lagi interior design dalaman pulak. Menambahkan lagi amalan untuk MENGUATKAN dalaman. Dan kalau rasa susah nak buat serentak cantik dan kuat ni, maka maknanya kita masih belum master perenggan sebelum ini...

Dan semasa bekerja, ingatlah beberapa perkara: Segala yang berlaku adalah dari Allah jua. Jika dah tahu ia akan jadi buruk, maka mengelak itu lebih baik dari menghujah. Jika nak tahu apakah akibatnya, kenalah berpikir sebelum berkata-kata. Kembalilah ke perenggan ketiga jika masih ada bibit terasaterasa. Dan jangan kata benda yang kamu tak buat. Tapi mengajak orang untuk sama-sama buat dengan kita tu takper. Sebab dakwah itu hanyalah alat. Dan inna akma lu binniat. Fadhilat solat dapat jika kita solat. Fadhilat puasa dapat kalau kita puasa. Fadhilat DAKWAH akan dapat, kalau kita dakwah. Dan kalau nak dakwah, kenalah belajar caranya. Macam solat, taklehlah kita nak buat ikut suka kita.

Dan yang paling susah sekali, ialah jaga keikhlasan. Kamu kena check tujuan kamu melakukan setiap apa yang kamu lakukan, sepanjang masa. Sebelum, semasa, selepas, walhal setiap kali kamu tercerita atau ditanya tentang peristiwa itu. Jangan ceritakan amalan yang kamu azamkan keikhlasannya kepada sesiapa. Kerana ia adalah bekalan ketika berjumpa Dia di sana. Namun kita kena sedar kita ditahap mana. Masih takper kalau kau beramal sebab nakkan dunia. Sebab sekarang kamu sudah tahu kamu berada DI TANGGA. Step kedua ialah MENDAKI. Hati-hati dan sedarlah, kerana lagi tinggi kita, lagi sakit sakitnya kalau jatuh nanti. Dan lagi nangka busuk.

Dan ketika berjumpa dengan saudara, ingatlah, mereka bukan musuhnya. Musuhnya ialah semua kecuali dia. Musuhnya ialah diri kita. Sebab kita bukan nak betulkan dia. Kita nak betulkan diri kita. Ikut rentak mereka. Tawanlah hati mereka. Yang otak, pakailah otak. Yang lojik, pakailah lojik. Yang lawak, kita ketawa. Yang guna ayat Al-Quran, kita dengar macam itulah first time kita dengar. Dan jika kemarahan itu kita perhatikan, padamkannya dengan kasih sayang. Ingat! Yang masuk neraka ialah kita. Mereka ni semua adalah penghuni syurga. Sebarkanlah salam kepada mereka. Berhenti berkata-kata bukanlah bermakna Allah itu kalah. Cuma kita yang masih belum cukup ilmu di dada. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Kembalilah ke perenggan keempat setiap kali kamu stuck.


Dan selagi kamu terdaya, teruskanlah. Dan ketika ada orang baru, raikanlah. Berkongsilah informasi. Doakan agar dia jadi lagi hebat dari idola kita. Sebab yang penting bukanlah sapa kalahkan sapa. Tapi KITA SEMUA TERLIBAT dalam kemenangan Nya.
Dan bila kamu sejuk atau lemah, kuatkanlah semangat, gigitlah azammu semula, gulung saja api cemburu atau keotaian kefahamanmu kerana pada saat ini, bukan kamu yang sedang keluar bertabligh di sana.

Dan andainya kamu tak tau, apa yang aku kata, memadailah dengan memberikan sokongan semampu mana; Dari menjadi rahaber, hinggalah ke tukang beli lada. Iktikaf dan bersamalah mereka. Dan jangan sekali-kali berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati mereka.

Kerana BUMI ini dah tak lama. Dan KITA NILAH SAJA UMMAT BAGINDA SAW YANG ADA. AYUH! SIAPA YANG SEDIA?


ikuti juga ia di sini

Thursday, December 16, 2010

Selamat Hari Khamis

Semalam hujan lebat
Tido pun tak engat
Bangun terpisat-pisat
Sambil garu pusat

Jangan lupa!
Esok ialah JUMAAT!

Ada yang kena masuk meeting pepagi ni

Ada yang tak buat apa-apa

Ada yang kena beratur
Ada yang masih menggosok matanya
Pepehal pun, USAHAKAN PERDAMAIAN
Jangan sokong pada perpecahan

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails