Friday, December 24, 2010

Tabligh-leak# 104 : Tak boleh cakap pasal politik


Salam. Salah satu adab tambahan bila seseorang keluar tabligh ialah kalau tak silap 4 perkara. Tapi yang aku ingat ialah takbley buat remark pasal politik, mazhab, agama orang lain atau ekonomi. Kalau aku tak silap la.

Kenapa, ye?

Aku pernah baca pasalnya dalam buku-buku tabligh yang terdapat di markas, tapi tak pernah ada orang yang mengaku TAHU atau arif tentangnya. Maka aku pun membuat andaian aku sendiri berdasarkan apa yang aku nampak dan baca.


Orang yang dah keluar tabligh dipanggil karkun. Dan karkun yang istiqomah menyokong aktiviti pentagligh-an di tempat tinggalnya, akan mengalami proses karkunisasi. Proses ini tidak dirasakan oleh sipelaku sebab dia dah takde masa nak pikir pasal diri atau keadaan dia. Dia sentiasa berlatih menukarkan mindsetnya kepada makrifatullah melalui penerapan fikir risau Baginda SAW dalam dirinya.
Ia hanya perasan bila ada orang sound dia.


Setelah sekian lamanya kita keluar tabligh, kita akan dipilih untuk bercakap dalam jemaah.

Ia bermula dengan saling memeriksa bacaan surah Al-Fatihah semasing. Kemudian diberikan tugas membacakan doa pembuka majlis.

Kemudian memberikan adab tidur.
Kemudian sentiasa di periksa akan ingatannya pasal adab-adab lain seperti adab tidur, adab makan, adab masuk tandas, adab masjid, etc.

Kemudian adab ghash. Semua ni dilakukan masa aktiviti taklim wa taklum. Kenkadang baca kitab. Kengkadang main tangkap-tangkap tajwid.

Kemuncaknya ialah memberikan bayan. Bila dah level ni, biasanya orang tu dah fully nurtured lah tu. Real karkun. Kau hantar jer kat mana kat Malaysia ni. Habis disuginya.

bersambung...

2 comments:

± said...

cter abg karkun kening bersambung semalam x abes lagi. kena basuh ke scuba?hehe...tapi dah kuar balik tablighleak ni,kira approved la kot

Irwan said...

good question. Thanks! Itu akan bersambung dalam siri Wali dari Bangi...


good assumption, i'll answer later in an entry...gggg

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails