Wednesday, September 15, 2010

Dialog dengan Satanist




"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...


"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.
"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.
"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.
"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.
"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.
Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh
"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.
"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.
Crowley. Mamat saiko pertama
"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.
"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.
"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.
"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.
"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.


"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.
"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.
"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.
"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.
"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.
"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.
"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.
"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.
"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.
"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.

Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

26 comments:

azhar said...

teruja aku baca entri ni..takder lagi ker...

jiwa sifar said...

mintak copy.

nur said...

pendekatan yg berilmiah.. mintak copy juga..

Just_me said...

salam.. mohon copy ke blog sy.. syukran..

Robot | Sakti said...

wow..

mantap lah bro.

I LIKE THIS..

xrugi saya follow blog bro.
ni byk lagi x baca ni.

:D

Irwan said...

aku xde kose..Allah Yang Maha kuasa

noreed said...

best entry ni. thanks for sharing :)

± said...

soalan off topic
kau penah jumpa lg tak ngan budak cina tu?

Irwan said...

Dia dah masuk Islam lepas kes ni.

Dia ngaku sebenarnya dia jadi satanist sebab kecewa dgn parents dia yang lebihkan abang-abang dan kakak2 dia yang belajar pandai dari dia.

Sekarang dia ada kat some pondok kat Indonesia buat alim..

Aku jer yang masih di sini

± said...

subhanallah. teguran yg camni sepatutnya digunapakai oleh so-called 'ahli agama' utk menegur golongan yang tersasar cam satanist atau apa2 saja cult yg x berasas

tetiba aku rasa cam hina sangat. still stuck in here without any progress

Irwan said...

samalah bro. Tapi tang tu, aku anggap aku ni macam tanah liat. Berguna untuk orang, tapi tak berguna untuk diri sendiri....huhu

Penglipur Lara said...

:D :D :D Semoga Allah bg hidayah atas asbab bro..

Irwan said...

Segala yang berlaku ada himahnya. Kita jer yang nak belajar atau tidak

jani said...

baca ttg entri nie..hti aq sayu jer..trdiam kjp..huhu.knp ek??xtau aq

Irwan said...

sayu? lek la bro..tu simptom nak hari jumaat tu...banyak-banyakkan taubat...kang talut tak sampai jumaat depan pulak..kikiki

Cik Aien said...

research info yg terbaik.. mmg mendalam.. minx share boleh?

miss nina said...

terasa sesuatu di dalam entri ni. bukan untuk yang jauh tersasar, kita yang kadangkala lalai pun patut belajar sesuatu dari entri ni

LiSa KhAiRuL said...

Allahuakbar....

Anwar Faiz said...

salam, bagus lah entri ni.. tak pernah terpikir pasal iblis tak penah syirik..

nodin said...

satu cara perdebatan yg amat bagus sekali.. cukuplah dgn menyentuh lojik akal
Allah lebih mengetahui

Kak fatim said...

Salam, usaha tuan sangat baik. Kakak harap tuan terus istiqamah dalam jalan dakwah. Kakak pun nak kenalkan blog ni pada suami kakak, dia nampak slow sikit akhir2 ni ..dah lama tak keluar...

Irwan said...

kak fatim, jangan lupa doakan untuk saya sekali...Ameeennn

Kap said...

terima kasih.

Aizat Hawari said...

Good article bro.. cuma nak tanya skit.. kan dalam Quran Allah dah cerita pasal kompemnya setan/iblis ni akan masuk neraka? so...mana mungkin ada probability yang setan/iblis ni akan sujud blek kat Allah.. kan dlm Quran jugak dah dicerita mcmana orang yang beriman pada Allah dan Rasul akan sama2 dicampak dlm neraka dgn Iblis n d geng.. secondly, Allah Maha Adil, mungkin ke Allah akan maafkan iblis yang the bermilenia sesatkan ber bilion umat manusia.. cos kalu mcm tu, suma yang terpengaruh dgn usaha si iblis ni juga harus di maafkan. even pon kalau dorang ni tak layak di maafkan, mcmana pula probability iblis ini untuk di maafkan oleh Allah yang maha Adil becos sebab iblis la dorang ni sume masuk neraka?? Saya ni hanya la hamba yang lemah dan tidak berpengetahuan mcm tuan..minta tolong terangkan.. syukran jazilan..

MOHD AMLI BIN ISMAIL said...

smoga Allah bg tnjuk kita pntu tabat....last skali tu yg mhl tuan...seat RECARO???

Irwan said...

Aizat, apa yg kau kata tu betul. Tapi mamat satanist ni tak tau...so, kita layan org bodo dgn cara org bodo, laa.a kan? LOL

Amli: seat recaro. ye

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails