Aku teringat satu cerita pasal seorang murid yang berguru dengan seorang wali. Wali Allah, bila mereka sudah sampai makam yang tertentu, mereka akan didedahkan dengan rahsia-rahsia yang berkenaan dengan realiti ini. Ramai yang menyangka dapat melihat cahaya berwarna-warni dan cantik masa berzikir itu ialah tingkat pertama. Itu sebenarnya gangguan dari setan nak kasi si penzikir tu perasan.
Dalam tingkatan yang sebenar,seorang wali dapat melihat apa yang terkandung dalam hati orang lain. Ada tingkat di mana seorang wali dapat melihat apa yang bakal terjadi. Ada yang boleh mengawal alam ini demi melaksanakan tugas-tugas istimewa yang Allah berikan. Tingkatan paling tinggi bagi orang kebanyakan macam kami ni, ialah dapat melihat apa yang tertulis di kitab Luh Mahfuz. Lagi tinggi pun ada (level debu di tapak kaki para nabi). Namun, ramai juga orang yang telah naik ke makam yang tinggi, namun diturunkan pangkat kerana tak tertanggung dengan beban yang dipikul bila dah tau rahsia-rahsia atau tak jaga disiplin dan terpengaruh dengan nikmat duniawi. Yang jadi gila tu kira beruntung tu. Yang rugi tu adalah orang yang diturunkan pangkat sebab hilang kawalan ke atas nafsunya bila diuji setelah mengetahui akan rahsia-rahsia yang didedahkan. Ah. Malaslah aku nak cerita part ni. Aku pulak yang terasa pedasnya. Kembali kepada topik.
Kisah bermula dengan seorang murid yang telah berguru dengan seorang wali. Murid ni, dia bersungguh-sungguh nak capai tingkatan-tingkatan dalam kewalian. Maka dia pun menyatakan hasratnya kepada Tok Wali kita ni. Tok Wali kita ni tengok murid ni memang ikhlas niatnya, maka beliau pun bersetujulah nak ajarkan disiplin dan zikir-zikir tertentu bagi naikkan darjat. Murid ni pun ikut segala ajaran tok wali kita ni. Dan setelah beberapa lama, murid kita ni mula diterima dan makamnya mula ditingkatkan. Kesungguhan murid itu dalam berusaha mendekati Allah sangat dikagumi oleh gurunya. Namun, sebagai wali, beliau juga risau dengan peningkatan mendadak muridnya itu. Takut-takut murid ni jadi gila atau sebagainya sebab beliau perasan ada sejenis titik hitam dalam hati murid ini. Tapi sebab perintah kepadanya ialah untuk mengajarkan manusia ilmu mendekatkan hati kepada Allah, maka dia just buat apa yang diperintahkan saja tanpa pikir sangat pasal apa yang bakal terjadi kepada murid ni. Bukannya dia taknak ambik tahu, tapi biaser arr, wali...apa yang nafsu dia nak, tu lah yang paling dia tak buat.
Lama-kelamaan, murid kita ni pun diterima oleh Allah untuk masuk ke makam di mana dia dapat lihat segala apa yang tertulis di Luh Manfuz tu. Murid ni punyalah gembira. Dua tiga hari gak dia dok layan keindahan dan kehebatan ciptaan Luh Mahfuz buatan Allah dan betapa segala info dalam buku tu bukanlah seperti apa yang pernah terbayang olehnya. Semalam, harini, esok, akan datang, akhirat, syurga neraka seseorang, semua dia dapat lihat. Dan seperti manusia biasa, dia tak terkecuali dari melihat akan takdir dirinya. Dia dapati, dia ditakdirkan untuk masuk ke syurga akhirnya. Lagi lah dia gembira. Dalam kegembiraan dan kesyukuran itu, dia terpikir pulak pasal nasib gurunya; Tok Wali kita ni. Dia pun menyelam ke dalam lautan info dan setelah bersusah payah, dia pun berjumpa dengan takdir untuk Tok Wali ni. Punyalah terkejut bila dia dapati tok wali tersebut, yang telah mengajarkan kepadanya cara nak naikkan darjat tu, ditakdirkan untuk masuk neraka. Terus tersedar murid ni dari fana' nya. Dia tak dapat meneruskan amalannya malam tu sebab dok pikirkan nasib tok gurunya. Dia berbelah bagi. Dibagitau kang, takut-takut dia kena marah sebab benda yang dilihat itu rahsia dan bukanlah rahsia lagi jika ia diceritakan kepada orang lain. Tak dibagitau kang, itu dah macam membiarkan seorang ummat Nabi Muhammad SAW masuk neraka. Lama dia termenung. Dan dia dah nekad nak buat sesuatu untuk ubah takdir tok gurunya. Mulai dari saat itu, dia pun mula bermunajat kepada Allah supaya Allah masukkan gurunya ke dalam syurga.
Lama jugak dia amalkan munajatnya itu. Lepas dia habiskan zikir hariannya, dia mesti luangkan sedikit masa untuk berdoa kepada Allah agar Allah masukkan gurunya ke dalam syurga. Lama-kelamaan, dia dapati takdir untuk tok gurunya telah diubah. Sekarang tok gurunya ditakdirkan untuk ke syurga. Maka gembiralah kembali hati si murid dan dia nak pergi berjumpa dengan gurunya untuk menceritakan apa yang telah terjadi.
Esoknya, si murid menunggu sehingga semua murid yang lain bersurai sebelum berjumpa dengan tok wali kita ni. Dan bila dah sampai masanya, dia pun mendekati guru tersebut. Belum sempat dia bukak mulut, gurunya dengan muka merah padam berkata kepadanya:
"Selama 25 tahun aku melihat takdirku di Loh Mahfuz itu dan tak pernah sekalipun aku risau atau meminta agar Allah tukarkannya. Engkau baru seminggu didedahkan rahsia dan sudah mengubah itu dan ini seolah-olah kau lebih mengetahui apa yang lebih baik dari Yang Maha Mengetahui. Dan jika kau tidak mengembalikan sesuatu kembali ke tempat asalnya, maka berakhirlah sudah perjalanan mu dengan ku". Kemudian Tok Wali itu berpaling dan berlalu dari murid tadi yang terkedu. Dia baru sedar. Dia telah terpengaruh dengan rahsia yang telah didedahkan kepadanya. Bagaimana dia nak dipercayai untuk memegang amanah lagi jika amanah yang ada ditangannya dimanipulasi untuk menurut kemahuannya? Dia rasa menyesal.
Malam tu, dia mulakan bermunajat kepada Allah agar memasukkan gurunya ke dalam neraka. Setiap kali lepas habis bermunajat dan berdoa, dia akan check status gurunya. Dia tak senang hati dan takut untuk berjumpa dengan gurunya selagi dia tak betulkan keadaan seperti sedia kala. Satu hari, setelah dia hampir putus asa, dia dapati tulisan takdir untuk gurunya telah kembali seperti first time dia lihat dahulu. Esoknya dia pergi berjumpa dengan gurunya. Dai dah taktau nak expect apa tapi yang pasti, dia bersedia jer kalau-kalau gurunya marah kepadanya.
Tapi gurunya tak marah. Malah gurunya kagum dengan kelurusan murid ni yang sememangnya jarang-jarang ditemui. Dan adakalanya si guru berharap agar dia juga lurus macam muridnya itu.
The End.
2 comments:
kalau tak jadi wali,
jangan jadi kuali
hehehe
selama berpuasa
salam. Kuali memang dah jadi, pun.
Post a Comment