Satu masa dulu, berborak pasal agama di kedai kopi atau di tempat-tempat yang selain masjid atau surau menunjukkan
kecetekan adab seseorang terhadap sesuatu yang dikatakan
suci. Namun semua itu telah berubah sejak terletusnya era
teknologi maklumat di mana tahap pemahaman dan keluasan pemandangan orang Islam Malaysia terhadap penghayatan Islam semakin berkembang. Perbincangan tentang hukum-hakam Islam
tidak lagi terbatas kepada golongan ustaz dan penceramah agama, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi corak lanskap
agama Islam itu sendiri di negara ini.
Ini melembutkan hati masyarakat Islam Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan
ketegasan mereka dalam mempertahankan
pengamalan kesufian, untuk lebih menerima konsep
kesederhanaan dalam penghayatan Islam. Kalau dulu, main gitar sambil menyebut-nyebut nama Allah dalam sebuah LAGU adalah satu penghinaan terhadap Islam, orang yang tak salam lepas solat itu adalah sombong, atau solat tak pakai kain sarung atau baju melayu itu kurang sempurna. Kini, seorang ustaz yang kelakar lebih benar dari ustaz yang takwa, lelaki pakai seluar paras kepala lutut itu adalah takper, dan
tauhid itu hanyalah a state of mind.
Era 'Age of Reason' yang sepatutnya membuatkan manusia lebih teknikal terhadap kehidupan seharian serta realiti alam ini, hanya membuatkan orang Islam Malaysia semakin terkebelakang dalam pemahamannya.
Peningkatan golongan
akademik serta theorist juga ada sumbangan signifikannya dalam hal ini. Ini kerana dalam dunia kapitalisme, bahan bukti itu lebih sah dalam mahkamah dari katakata seorang yang memang terkenal akan kewarakannya. Bahkan budak yang ada degree lagi laku hujahnya dari seorang pakcik yang dah buat benda ni sejak tak pass SRP.
Segala benda dipikir dan dianalisa secara lojik, sehinggakan mamat tabligh terpaksa beri
penjelasan saintifik akan kelebihan sesuatu sunnah itu untuk meyakinkan sipendengar untuk sama-sama menghidupkan suasana sunnah.
Akibat buruk dari semua yang diatas ialah
perpecahan ummat Islam Malaysia kepada 'yang betul' (
syarak) di satu pihak dan 'yang lebih betul' (
warak) di satu pihak yang lain. Semua ada pandangan masing-masing, dan masing-masing mempertahankan kebenaran pendapat sendiri. Peliknya, orang yang paling mahu pandangannya itu diterima, tak boleh pula berbuat perkara yang sama bila orang lain memberi pandangan terhadap pemandangannya tadi. Dan perpecahan ini
memecahbelahkan lagi bangsa Melayu (yang merupakan majoriti dan majoritinya Islam) kepada pelbagai kepingan umpama sekeping cermin yang pecah. Dan semakin kecil kepingan itu, maka semakin kuranglah power pantulannya memancarkan keindahan cahaya Islam kerana
orang Islam memang tak lekang dijadikan ukuran akan keindahan agama Islam.
|
"Angah nak mulakan trend baru berjilbab" |
Akibat yang ingin ditekankan ialah
kesan berantai dari pemahaman liberal ini
terhadap penghayatan agama dan spiritualiti
anak-anak yang bakal mewarisi dunia. Mereka akan memandang rendah akan ketinggian dan kesucian akhlak dan bersifat
narsisistik dalam pendapat mereka. Mereka kononnya bersifat terbuka kepada anak-anak mereka pula kerana percaya anak-anak itu adalah
manusia yang punyai hak yang sama seperti mereka. Mereka akan tunduk kepada konsep '
bebas selepas berumur 18' dan tak berhak menghalang sesiapa dalam bersuara, hidup atau
beragama. Bahkan, mereka yang mungkin berpengalaman buruk akibat pertembungan dengan orang lain, dengan SENGAJA menyebelahi pihak yang SALAH, sedangkan dalam dirinya tahu, mana yang baik dan mana yang tidak baik. Dan hasilnya, kejujuran dan kebaikan itu hanyalah teori dan mereka yang bangga dengan dosa dan kejahilannya pula dianggap sebagai seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Bila generasi muda telah rosak, maka keluarga serta negara itu sedang menuju ke arah kehancuran.
Tambahan pula yang tua semakin dah tak berdaya.
Oleh itu, diharapkan agar
semua pihak tampil ke saf hadapan untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan negara ini. Dan semua boleh lakukannya dengan
kembali menerapkan unsur-unsur agama dalam kehiduapan sendiri, masyarakat serta keluarga.