Berbicaralah pada Allah melalui JIWA.
Dan andai kau sangsi dengan jiwamu, berbicaralah melalui jiwa orang lain dengan membantu, bersedekah misalnya...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...
Berbicaralah pada Allah melalui JIWA.
Dan andai kau sangsi dengan jiwamu, berbicaralah melalui jiwa orang lain dengan membantu, bersedekah misalnya...
Tahniah Malaysia, kerana bertamadun semasa menumbangkan BN pada 9 May 2018 yang lepas.
Harap lima tahun akan datang ini, kita menuju ke depan dan bukan ke belakang...
Dah bertahun aku tak bertemu dengan Abang Karkun, brader bus stand, Atan dan Abu serta lain lain. Dah bertahun juga berlalu sejak aku bernikah dan mempunyai cahayamata serta berumahtangga sendiri. Dan sudah bertahun juga rasanya, aku jauh dari Allah.
Sungguhpun begitu, Allah tak pernah jauh dari abang karkun, brader bus stand, Atan, Abu mahupun aku-aku nya sekali. Allah tak pernah lupa atau lalai. Allah tetaplah agung, seagungnya Dia dahulu dan selamanya.
Namun kita dalam nafsu kita tetap merass seolah kita jauh, terlindung malah ada yang rasa terhijab dari rahmat dan kasih sayang Nya. Tidak. Itu cumalah penipuan syaitan. Yang mahu kita berputus asa pada rahmat Allah. Berputus asa pada harapan. Dan manusia yang berputus asa, samalah seperti Iblis.
Walhal jawapan sudah ada; sujudlah sementara ada masa. Tapi kita, seperti juga Iblis, terus leka dalam ego dan ujub melalaikan diri cuba membuktikan sesuatu yang kita sendiri tahu cumalah ikutan nafsu.
Apapun, marilah tanam azam untuk bertaubat dan meminta padaNya agar diberi kesempatan mati dalam iman dan taubat.
Wahai saudara, dunia ini darul Asbab. Sesuatu reaksi adalah hasil dari aksi. Sebab-musabab. Berjaya kerana berusaha. Menang kerana ada perancangan. Hentikan berharap pada yang ghaib. Allah suka hamba Nya yang berusaha. Yang menguruskan setakat apa yang dia termampu dari terus menerus berharap pada keghaiban. Kerana kelebihan tidak datang percuma di darul asbab ini. Jika tidak, masakan Allah Yang Maha Pengasih biarkan ummat Islam sedunia ditindas, rakyat Palestin dizalimi, kanak kanak dan wanita dianiaya dan muslim berpecah. Kerana Dia mahu kita kuat mental dan fizikal. Sebaliknya kita lemah dengan ilmu syariah dan asyik lalai dan mengharapkan keghaiban dari memikirkan camana cara realistik menangani semua permasalahan yang kita hadapi...
Jika masalah duniawi yang kau alami, ambil pen, ambil kertas, tulis apa masalah kau dan attack satu satu. Bukan tadah tangan dan harapkan keajaiban sedangkan kau tak buat apa apa...
Ameen
Andai semua ini peringatan, berilah tanda.
Andai semua ini ujian, berilah semangat.
Andai semua ini penyaksian, berilah masa.
Andai semua ini sesuatu, maka berilah ilmu...
Tak sanggup lagi kumelalui jalan yang sama,
Jalan sunyi nan gelap dan sepi.
Kerna nyatanya masaku semakin suntuk,
Dan bebanku semakin teruk.
Andai ini adalah kesilapan, berilah jalan keluar.
Ameen, Ya Rahman...
Kalau keluar dari Exit Tol PLUS Pedas-Linggi, ambik kiri nak ke Rembau/Pedas/Seremban |
Keluar jer simpang, mesti jumpa kedai buah ni dulu. |
Lepas tu akan lalu surau kat kiri, dan kolam pancing ikan kat kanan |
Teruskan ke depan. Haa...kat belah kiri atas bukit, tulah rumah ibunda ku.. |
Kemudian melalui Kolej Komuniti Rembau |
Lepas tu akan lalu deretan kedai makan tepi jalan kat belah kiri dan akak jual lemang kat kanan |
Akan melalui Masjid Lama, yang sekarang dah jadi Madrasah mini... |
Depan sikit jer, adalah masjid baru |
Lepas jer masjid baru, belah kanan adalah Taman Pedas Indah. Dulu time gua kecikkecik, taman ni adalah ladang kelapa sawit yang menakutkan |
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI |
The famous "ILP Pedas roundabout" |
Oh bulan,
Betapa kau kurindukan,
Cantiknya kau malam ini,
Buatku lupa rasa sepi.
Aku bersyukur kerna kesempatan, dicelah tekanan keadaan.
Oh bulan,
Betapa cahayamu mengasyikkan,
Sengaja kucampakkan diri ke lembah paling hitam, agar kita dapat bersendirian.
Aku juga tahu rasanya, dilihat hanya tatkala kegelapan.
Oh bulan,
Andai ini yang terakhir aku tetap syukur, kerna hadirmu walau bisu, buatku terhibur.
17 Ramadhan 1435
Nabi Nuh a.s semua tahu berumur 400 tahun lebih. Tapi, Nabi Idris a.s yang sebelumnya, berumur 80 lebih jer.
Jika manusia telah evolve, apasal umur manusia makin pendek selepas banjir besar?
#Zineskizo #Tu7uh akan buatkan anda paranoid bila baca Salasilah Nabi lepas ni. Siyes tak tipu.
Keterangan lanjut, sila ke akuskizo.blogspot.com
Kalau orang kat area Seremban tanya, saya tinggal di mana, dan jawapannya ialah Seremban Selatan, pasti saya akan mendapat reaksi satu macam dari mereka, tak kiralah macamana pun orang tu cuba nak kaver.
Sebab kalau saya jawab saya tinggal di Taman Tuanku Jaafar, takpe lagi, sebab itu kawasan Melayu. Kalau saya jawab Seremban Jaya atau Pinggiran Senawang pun, orang masih terima lagi sebab dua kawasan ni pun jumlah orang Melayu berbanding Cina dan India, dah mula bertambah. Tapi sebab saya jawab saya datang dari Seremban Selatan, saya pasti akan dibalas dengan rupa satu macam, tu.
Mungkin saya jer yang perasan. Atau mungkin stigma yang menyelubungi tempat ini, sebenarnya lebih menyelubungi saya jer sebenarnya tapi tiap kali saya sebut nama area tempat saya tinggal sejak 2010 ini pada orang, orang samada akan 'Oh? Ok' atau, 'Itu bukan tempat gangster, ke?'
Ye. SEREMBAN SELATAN memang dikenali sebab kepanasan garisannya. Bukan sebab pendatang yang memilih untuk tinggal di sini sebelum mereka beramai-ramai migrasi ke Taman Jasmin. Bukan sebab ada banyak bangunan dan deretan rumah tinggal separuh siap yang terapung-apung ditengah-tengah birokrasi. Bukan juga sebab macha-macha berwajah saspen yang sering kelihatan menebeng melayan todi murah bersama rakan-rakan di setiap simpang di taman ini. Tak. Seremban Selatan PANAS bukan sebab semua di atas.
Seremban Selatan terbahagu kepada 3 Fasa. Fasa satu tah mana mula dan hujungnya. Fasa 2 pula terkenal sebab Surau Haji Musa yang pernah berkhatibkan Ustaz Kusyairi yang berkhutbah tanpa teks. Fasa 3 terbahagi kepada 2. 3A, yang belah tangki air, dan 3B yang dekat dengan stesen komuter. Melayu lebih majoriti di 3B sementara 3A dikuasai oleh kaum India.
Selama tinggal di sini, belum pulak saya atau jiran-jiran di fasa 3A atau B mengalami apa-apa gangguan selain gangguan air. Rukuntetangga dan surau dua fasa ini juga aktif. Bahkan Menteri Besar sendiri pernah datang dan merasmikan, padang permainan yang dikenali sebagai Dataran Seremban Selatan. Cuma mungkin yang agak disesali ialah kedai runcit dan kedai makan yang cuma lebih meriah di Seremban Jaya daripada kawasan ini.
Apapun, tempat ini punyai reputasinya sendiri dan dirasakan yang ia semakin popular sekitar masyarakat setempat, melebihi dari apa yang mampu ditawarkannya.
Tempat ini akan lebih baik jika ada sistem pengangkutannya sendiri. Kena ada pangkalan teksi di sini memandangkan peratus penduduk kelas sederhana dan rendah di sini dan Seremban Jaya adalah tinggi.
Kena ada gerakan yang menyatukan persatuan kaum India dan Melayu di sini agar integrasi dua kaum utama di sini berjalan dengan harmoni. Ini penting memandangkan komposisi kaum di sini yang pelbagai dan peningkatan pendatang asing yang memang tiada kawalannya, akan membuatkan tempat ini macam tak bertuan yang akhirnya membuatkan kawasan Seremban Jaya-Selatan jadi macam kebanyakan bandar besar tiap kali tiba musim perayaan.
Pihak berkuasa juga perlu menangani segera masalah bangunan dan rumah kosong yang banyak di kawasan kami ni. Tempat-tempat sebegini menyakitkan mata memandang, serta menggalakkan pertumbuhan komuniti jin yang gemar dengan rumah kosong.
Seremban Selatan, seperti juga banyak kawasan di negara ini, membazirkan potensi yang telah dirancang untuknya oleh pemimpin terdahulu. Pemimpin sili berganti, namun kita sebagai penduduk akan tetap di sini. Kita tak boleh harapkan orang yang sekadar 8ke5 tu nak jaga tempat kita. Kita tak boleh harapkan menteri atau ADUN yang memandang kita sekadar route dalam tour pilihanrayanya. Kita hanya ada kita dan kitalah harapan kita.
Ayuh bangkit dan jaga semula tempat kita! Demi anak-anak kita!