Friday, August 19, 2011

Kutakdapat teruskan tanpaMU

Keheningan malam, menjemput perasaan kelam, menjenguk kenangan silam. Dia menjeling dendam. Aku terpaku diam.

Bukan kuengkari kewujudanmu
Aku kosong tanpamu
Namun keketagihan padamu itu
Menjahanamkan ku.

Aku tak dapat hidup tanpamu
Tapi kujuga tak dapat teruskan disampingmu
Maka, kau kupenjara di sudut hatiku.
Kerna peraturannya telah jelas
Dalam hati, ruangnya cuma satu
Cuma aku yang dungu
Suka membiarkan diri dipandu.

Namun kutertanya:
Siapakah...
Yang memandumu?

Wednesday, August 17, 2011

Dalam Ramadhan ini, aku tersungkur,
Berkali berjanji, namun lupa bersyukur,
Direntap semua hingga menggelupur,
Tak lalu makan, duduk atau tidur.

Kefakiran membawa ke kekecewaan,
Tekanan mendesakkan keputusan,
Ditambah lagi dengan bebanan,
Bahwa semua dakwaan, adalah kenyataan.

Konon berlari membawa diri ke tepian neraka,
Mengeluh kesah, menipu diri sendiri, mahu lupa,
Padahal bukan taktau semuanya salah kita,
Membiarkan nafsu menguda.

Bangunlah!
Bersihkanlah dirimu.
Sujud taubat pada tuhan,
Dan berubahlah.
Berubahlah!
Sebelum semuanya terlambat!

Ramadhan17, #sembansatan

Friday, August 12, 2011

Bazar Ramadhan Ampangan 2

...besambung dari yang sebelum ini. Hehe.

Tahun lepas, berlagalaga bontot pengunjung. Kini, laluan pengunjung ke baram di sini sudah dilebarkan. Bernafas sikit.
Pilihan makanan memang banyak. Murtabak, pelbagai kueh, binatang panggang, air, nasik. Ada jugak di celah celah tu yang jual mercun dan baju raya.

Yang pastinya, semua orang akan bawa pulang beg plastik. Walaupun aku sedar hal ini, aku juga tidak terkecuali. Aduss

Baram Ampangan ni cool gak la. Masa petang orang jual juadah berbuka, masa malam orang jual baju dan kasut raya (kat bazar belah BSN). Biasanya, orang tempatan akan turun beramai-ramai shopping raya pada malam Raya sebab dikatakan bahawa pada masa tu, semua barang murah.

Bazar Ramadhan Ampangan, Seremban 2011

Pintu depan Baram belah Pasar
Mengabadikan kenangan yang tak pasti lagi datang
Lihat jarak ruang antara gerai. Dulu, ruang ni ngam-ngam bontot anak dara jer
Longgokan air pelbagai perisa
Nasi Ayam Hainan
Murtabak!
Ayam Golek
Sebagai manusia biasa yang dok kat area Ampangan, Seremban, memang tak sah Ramadhan ni kalau tak menjenguk baram kat Ampangan. Bagi yang taktau, baram kat sini ada 2: 1 kat area pasar, 1 lagi kat area belah BSN/benteng. Petang Isnin lepas, kami lakibini berpeluang melengkapkan ibadat puasa kami tahun ini dengan berkunjung ke baram Ampangan.
Kami mula kat yang belah pasar. Dari luar, nampak macam biasa aje. Pada pukul 530pm, baram dipenuhi dengan budak budak sekolah dan orang opis yang baru balik kerja.

bersambung...

Thursday, August 11, 2011

Ini bulan mereka. Raikanlah!

Mereka ada di mana-mana

Ada yang datang dengan produk

Ada yang datang dengan cerita

Ada yang datang dalam keadaan yang cukup untuk menerangkan segala-galanya

Yang mengharukan bukanlah mereka. Tapi yang kat rumah mereka
Betapa mereka telah dizalimi

..bukan dari ibu bapa mereka yang tak berdaya, TAPI DARI KITA


Sampaikah hati? Sampai bila?

Kita tak rasa apa-apa sebab kita-kita, dia-dia

Jangan salahkan mereka jika mereka biarkan anak kita suatu hari nanti

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432, setiajaya, selangor

Oh Tuhan,
Seruan sekalian alam.
Yang memiliki siang,
Yang merajai malam.
Dengarlah tatkala tiada yang mendengar,
Pandanglah tatkala tiada yang memandang,
KepadaMu saja tempat bergantung,
Walau sesudah, kutaksedar diuntung.
Ampunkanlah daku,
Aku mengaku.
Aku tunggangan nafsu.
Dan andai Kau tak kasihankanku,
Pasti akukan,
Terus menjahanamkan diriku lagi

Thursday, August 4, 2011

Adakah ini tanda LailatulQadr?

Sebuah bangku stainless steel di stesen keretapi KL, bengkok bagaikan bersujud. Hahahahaha

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan : Say No to plastik bags!

Kedatangan Ramadhan bermakna bermulalah ibadat puasa. Kat Malaysia, bulan Ramadhan ni dah jadi macam bulan pesta. Orang kerja sambil lewa dan bermalas-malas dan semua pakat balik cepat. Pastu, semua orang beramai-ramai membelanjakan saki-baki pahala yang tinggal di bazar-bazar Ramadhan. Tengok kueh, tengok juadah. Tak ketinggalan juga melihat telatah pemakaian awek-awek era globalisasi dan tudung Yuna. Ramai juga dilaporkan mula berani datang ke bazar Ramadhan memaki hotpants dan tak pakai bra.



Namun, kedatangan Ramadhan juga bermakna datanglah kembali pencemar-pencemar bumi. Mereka ni, bukan saja suka membazir dengan makanan yang berlebihan, bahkan juga suka menyepah-nyepahkan plastik yang diorang dapat dari bazar Ramadhan tu. Apalah salah bila pergi beli makanan tu, bawak bekas sendiri ke, mangkuk tingkat sendiri ke. Ni tidak, dah berapa tahun dah puasa? Camtuu jerlah.

Itu jer. Sekian.





Tuesday, August 2, 2011

Tak kesahlah dari mana kita datang...

Jangan pedulikan sangat keadaan perjalanan yang berliku

Jangan terpengaruh dengan pelbagai cabang dan ranting
Dan pabila sudah utuh, jangan lupa memayungi..

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432!

Takde guna puasa jika perkara asasnya tiada

Bersamalah kita memberika sokongan dan galakan kepada sesama kita

Yang paling tak tahan ialah kedahagaan
Stok kurma madu dahada? 
Bawa Quran kecil kemana-mana (bijak la sikit)

Friday, July 29, 2011

Malaysia 1 - Singapura 1


Terdengar dalam komuter, ramalan seorang wali:

"Ambo berpirasak, Malayshia menaa ko, kalah ko, Kelate, tetak akaa cuti, esok"

~gambar sekadar hiasan~

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails