Tuesday, November 23, 2010

Apa nak jadi, ni?


Apa ntah nak jadi
Semalam beria-ia berjanji
Harini
Pagipagi lagi aku dah mungkiri

Kadangkadang aku fedap dengan dia
Ye dia
Dia ialah aku
Aku yang tah hapahapa
Sekejap kata nak berubah
Tapi
Dah semakin teruk pulak, dah
Pernah juga aku kata nak lari
Dan aku pun berlari
Tapi aku tetap kembali ke sini

Dan kepulanganku semakin teruk
Jasadku semakin busuk
Hatiku semakin terkutuk

Aku risau
Aku takut

Kalaukalau inilah kali terakhir
Aku sedar akan kesalahanku

Atan dan Abu (Menyebarkan salam)



"Apsal kau bagi salam pada orang yang kau kenal ajer?" tanya Abu kepada Atan. Atan tersedar dari lalok mengantuknya.

"Ntah? Aku pun tak tau" jawab Atan blank.
"Kita kalau nak bagi salam, bukan hanya kepada yang kenal ajer. Kena bagi salam kepada semua" kata Abu.


"Menyebarkan salam tu ciri ahli syurga" kata Abu.

"A'ah. Ustaz haritu, pun ada sound camtu gak" sampuk Atan mengcover diri.
"Tu sebab aku malas nak pergi tempat yang ramai orang. Jenuh aku bagi salam" kata Abu lagi.

"Tapi, kalau diorang tak jawab, bukankah mereka berdosa?" tanya Atan pula.
"Ye tak ye jugak" kata Abu. Ada juga rupanya benda yang Abu taktau.
"Abih, bila kau dok bagibagi salam tu, dan kalau diorang tak jawab, maknanya, kau menyebabkan mereka berdosa. Apa beza kau dengan stean, kalau camtu?" cucuk Atan. Bukan selalu dia dapat point camni. Kelihatan kening Abu bercantum. Itu maknanya dia sedang berpikir. Samada dia berpikir nak menjawab dan memenangi ke atas Atan, atau dia cuba mencari apakah  penjelasan sebenar kepada senario soalan Atan yang ikhlas tadi.

"Jom kita gi umah brader" ajak Abu.
"Watper?" tanya Atan.
"Kita tanya dia, lah" kata Abu.
"Talipon jer lah" usul Atan.
"Malam kang kena gi umah dia gak. Malam ni kan Supernatural? Abangabang tu mesti lepak sana, punya" hujah Abu. ATan hanya terdiam. Tadi dia memang plan nak habiskan petang ini dengan membuta. Ni silap-silap kena gi Kg Kerinchi lak ni kang. Abu ni bukan betul. Impulsive sikit orangnya. Dia mendiamkan diri tanda tak setuju. Abu kelihatan tak senang dengan persoalan tadi. Dia mengeluarkan henponnya. Belum sempat mendail, henponnya berbunyi. Teropocot jugaklah Abu.


"Assalamualaikummmm" bunyi suara dalam talian. Brader bus stand laaa.
"Wa'alaikumussalam" jawab Abu dan Atan serentak sebab henpon Abu di loudspeaker kan.
"Malam ni datang tak?" tanya brader.
"Watper?" jual mahal Abu.
"Nak jawab soalan korang tu lah, hehe" jawab brader. Hambik kau...
"Perggggghhhhh....."kata Atan dan Abu serentak, kagum dengan kebolehan membaca pikiran keramat brader bus stand.

"Jangan lupa bawak keropok nira korang tu" kata brader bus stand lagi.
"Kalau datang sekarang takleh?" tanya Atan pula.
"Bukan korang ada ghash ke, petang ni?" tanya brader.
"Jangan gatalgatal nak ponteng. Kalau bukan korang, sapa lagi?" tanya brader lagi.

"Lagi satu, kalau nak tanya soalan agama, tanyalah kepada orang yang bertauliah" kata brader lagi. Atan dan Abu blank. Tadi kata nak jawab soalan. Ni suruh tanya kat orang lain pulak. Pelikpeliklah para wali ni.

"Kalau nakkan pendapat aku, OK. Aku cuma ingatkan korang untuk betulkan niat perjumpaan kita malam ni, jer. Bila niat, iktikad dan perbuatan tu selari, barulah harmoni" kata brader lagi. Mendalam sungguh ayat-ayatnya. Atan dan Abu akan mendiamkan diri sehingga pertemuan mereka malam ini...

Monday, November 22, 2010

Selamatkah Aku Minggu ini?




Banyak yang berlaku di sekeliling aku sepanjang minggu lepas. Yang paling penting, mestilah ketibaan Hari Raya Haji yang mengingatkan aku kepada erti menjadi seorang muslim di dalam dunia akhir zaman. Kemudian peristiwa banjir dan gunung berapi yang kebanyakan mangsanya adalah saudara maraku. Diikuti pula dengan isu perpecahan Melayu yang semakin ketara. Halhal kesukanan di GuangZhou. Tak lupa juga cerita Supernatural yang gempak giler (aku tengok pun secara tak sengaja kat warung masa khususi orang).

Dan semua yang berlaku itu, merupakan pelajaran kepada aku.

Peristiwa Korban merupakan peringatan kepada isu 'taat' sebagai seorang hamba. Sanggupkah aku TAAT menunaikan perintahNya, pada MASA yang ditentukanNya, dengan cara yang diredhaiNya, despite pola kehidupan dan LOJIK yang menganjurkan agar aku berfikir duakali, sebelum mengutamakanNYA di atas apa yang aku rasa PATUT aku buat pada masa yang sama. Hehe. Dapatlak mungkin isu ketaatan itu timbul atas asbab apa yang aku perkatakan. Apa yang aku lisankan. Apa yang aku telah putuskan sebagai prinsip hidup aku.
Maka pelajaran yang aku dapat ialah aku kena hatihati dengan apa yang aku KATA kan. Aku kena hatihati dengan percakapanku...

Peristiwa banjir dan gunung Merapi mengingatkan aku akan pentingnya menyediakan payung sebelum hujan. Dapatlak kalau aku memang dah tau bencana itu akan datang juga akibat dosa atau kelalaian yang telah aku lakukan. Maka sepatutnya aku kena beringat pada hari ini, agar esok yang tak pasti itu lebih mudah. Banjir di utara menyedarkanku akan kelemahanku yang tak dapat nak buat apa-apa sekiranya negara ini diserang dari arah Utara. Dahlah aku tak mengambil tahu dengan terperinci akan keadaan banjir yang melanda (bila surutnya, berapa orang kat refuge, apa plan corrective dan permanent solution PBT yang mendenda kita setiap kali kita lambat bayar cukai tu dalam isu ini, etc), bahkan nak berkerut dahi pun tidak. Usahkan nak menderma atau nak jadi sukarelawan. Aku mengalas pulak dengan mengatakan pada diriku sendiri bahawa dah ada orang berpolitik yang tolong mereka, atau aku tak berdaya, atau 'padan muka' pada diri sendiri.

Isu dalam politik bangsaku pula menyedarkanku betapa susahnya nak nak kalahkan nafsu. Jawatan politik dalam kerajaan itu umpama simbolik nafsu padaku. Semua orang yang makrifat padanya, akan mahukannya. Mereka akan rangka rancangan mereka dan mengejarnya sedaya upaya. Aku bukannya kerabat bangsawan atau keturunan menteri. Aku orang biasa. Jadi, untuk dapatkan jawatan itu, aku kena naik parti politik. Tapi, nak mendaki dalam UMNO agak susah sebab dalam UMNO, otai-otai punya akar dah berselirat kat dalam tu. Nak daki tangga dalam PAS pulak, aku bukannya istiqomah ketayap 24jam. Anak bini pun masih liat pakai tudung, dapat lak sejak aku pakai Mercedez dan lepak dengan datuk-datuk, ni. PKR lah yang paling menarik. Aku pun cam cerdik pandai dan ada ilmu agama sikitsikit. Lagipun PKR perlukan seorang adiwira falsafahwan yang unknown sekarang ni, bagi meneutralkan segala bullshit yang berlaku. Aku hanya perlu boom kan apperance aku, popular, bertanding jawatan dalam parti, dipilih sebagai calon dalam PRU, menang dan masuk Dewan. Dalam dewan, aku akan tunjuk pada penonton RTM bahawa aku ni seorang yang gempak. Aku yakin aku akan dapat follower. Blog aku meletup, apa? ....

...Tu sebab aku malas bincang isu politik sebab aku akan BERCAKAP tanpa henti hingga terlupa topik percakapanku...

Isu kesukanan pula hanya semakin membenarkan teori bahawa konsep 1 Malaysia itu sangat perlu untuk rakyat negara ini. Malaysia takleh bla dalam acara sukan berpasukan sebab orang Malaysia tak bersatu. Tapi setiap orang rakyat Malaysia ADA POTENSI mereka tersendiri. Jika mereka berada di gelanggang individual yang tepat, mereka mampu untuk dieksploitasikan untuk memblogwalkkan Malaysia di mata pelabur. Semoga pelaburan negara dalam menyertai Sukan di GuangZhou kali ini, BERBALOI. Kipidap Leechongweiii. Mangkuk hayun punya pasukan sepakraga bulatan.

Dan antara berita yang paling penting aku baca dalam sokkabar minggu lepas ialah kes seorang bapa yang dihukum penjara kerana mencuri susu untuk anaknya. Aku cabar Bersamamu, KES, 360, ADUAN RAKYAT, MELODI, walhal Pang Chinn Fei sendiri untuk pergi ambik tahu dan take care bini dan anak lelaki tersebut dan fahami apa cerita sebenarnya. Jangan pedulikkan soal right or wrong. Kita kena TAHU. Sebab sistem keadilan Malaysia adalah robot yang mangkuk. Dan sekiranya kes itu sebenarnya adalah satu PENINDASAN, maka doa si bapa yang dalam penjara itu, atau doa seorang isteri yang menderita itu, akan menjadi BALA yang teramat besar kepada negara ini.


Dan didalam semua yang di atas, aku sangat bersyukur kerana ramai juga para jemaah yang sedang bergerak disekeliling alam dengan rasa rendah diri dan takut kepada Allah, mengorbankan diri untuk MENJADI ASBAB rahmat dan maghfirah Nya ke seluruh alam. Dan aku juga sangat bersyukur kepada semua orang miskin dalam dunia ni yang masih mendoakan kesejahteraan dunia ini, walaupun dunia ini melayan mereka cam cibai. Dan kepada para zakirin yang mendoakan keampunan bagi ummat Muhammad SAW, walaupun mereka hanyalah ummat pada keturunan macam aku. Aku juga bersyukur kerana kasih sayangNya yang tercurah asbab ibuku yang sabar, isteriku yang taat, serta anak-anakku yang comel dan sihat walafiat. Aku mohon ampun dengan Allah dan semoga minggu ini lebih baik dari minggu sebelum-sebelum ini. Ameen.

Sunday, November 21, 2010

Mogok LAPAR

Ini untuk saudara rakyat satu Malaysia kita yang sedang menderita di utara dek bencana.

Ini juga untuk saudara maraku yang sedang menderita, dek bencana alam atau ujian yang menimpa jiwa, yang sedang berduka, yang sedang menanti kepulangan, yang sedang menunggu keamanan dan kesejahteraan.

Ini sempena perpecahan Melayu, sempena duit cukai aku yang digunakan untuk melatih polis penguatkuasaku berjudi. Sempena kemalangan yang semakin brutal. Sempena jenayah yang semakin menakutkan.

Ini sempena makanan yang dihidangkan di depanku sekarang ni. Sempena makanan yang dibuang ke dalam tong sampah, sempena pembaziran wang dan masa antara manusia, padahal dunia dah semakin sampai ke penghujungnya.

Ini adalah raunganku. Suaraku. Semangatku. Aku RASA keperitan mu, saudara-saudara ku! Aku SAKIT dengan perpecahan dalam kaumku. Ini sempena apa yang aku; seorang pemalas, seorang MELAYU, laungkan ketika kau orang sedang menghadapi ujian itu...

Temple of the Dog - Hunger Strike (Chris Cornell feat. Chester Bennington)

Saturday, November 20, 2010

Panggilan hati

Wahai hati
Kemana kau nak pegi?
Apa lagi yang kau hajati?
Semalam begitu harini begini
Terhantuk dan terngadah pun dah berkalikali

Wahai nafsu
Apa lagi yang kau nak tau?
Bukankah semuanya kau dah lalu?
Dan dah takde celah yang kau tak hidu
Tapi masih lagi tertipu

Wahai diri
Kubur dah kata mari
Dunia pun dah tak lama lagi
Buat apa mainmain dengan api
Sedangkan kanan itu hanyalah di sebelah kiri

Wahai aku
Tengah buat apa tu?
Sedang melepak atau sedang menggaru
Ataupun kau tidak,
Mengambil tahu?
Ketahuilah

Kita
Sedang diperhatikan

Thursday, November 18, 2010

Kita, Mug dan Realiti: Atan dan Abu (SuperNatural di RTM3 malam tadi)


"Perhhh...kau tengok tak Supernatural malam tadi?" tanya Atan pada Abu.

"Perghhh..Lucifer said it all" kata Abu sambil buat muka excited pada Atan.

"Tuu arrr" kata Atan pula.

"Lain arr ceriter supernatural. Diorang paham..." kata Atan lagi.

"Itu konsep satanism, tu. Kau jangan silap. Konsep kasihankan Iblis" kata Abu pula.


"Kasihankan Iblis?" tanya Atan.
"Kan Dean, eh, kan Lucifer cakap dia benci manusia sebab manusia membuat kerosakan di bumi tuhan" kata Abu. Atan melopong. Dia tak delah mendalam camtu sekali...

"Dia dah kata kat tuhan bahawa pengiktirafan manusia sebagai khalifah di bumi adalah satu mistake" sambung Abu.

"..tu yang Iblis pikir dan pegang atas lojik, data dan pemerhatiannya atas apa yang berlaku dalam pentadbiran tuhan di alam ini sekarang"

"Dan manusia, walaupun telah disound sampai tahap cerita Supernatural pun, masih lagi degil" Abu dah mula. Atan merilekkan badannya dan membetulkan duduknya. Dia bersedia nak mendengar cerita Abu.

"Kita masih lagi sibuk mengejar sesuatu yang kita tak tau. Masih menganggap duit, kekayaan dan kedudukan itu lebih berharga dari kejujuran, kesatuan dan kemajuan akhlak. Masih berpusing-pusing dalam kehidupan duniawi"


"Sedang usia dunia ini semakin menghampiri expiry datenya. Kau tengoklah bencana alam, suhu panas dunia, kenaikan paras laut, tanah runtuh..."

"Tak citer lagi yang buang bayi, zina, pembunuhan, judi dan arak yang berleluasa. Kezaliman atas dasar perkauman, politik atau agama yang mereka sendiri tak amalkan. Kelaparan di satu sudut, tapi pembaziran di sudut yang lain" kata Abu berderet-deret macam machine gun. Atan terkulai mendengar keluhan Abu.


"Abis tu, apa yang boleh kita lakukan untuk ubah semua ini?" tanya Atan memecah kesunyian semasa Abu mengambil nafas.

"Aku pun tak tau, Tan. Aku pun tak tau" kata Abu.

"Tapi aku tak pernah berhenti mencari..." sambung Abu lagi sebagai punch line. Kasi gempak sikit.


Malam tu mak masak gulai ikan sembilang salai, lawan dengan ulam raja dan kacang botor. Sambal tempoyak bagi mereka yang inginkan kelainan. Abu dan Atan makan dengan lahapnya. Maklumlah. Raya Haji kali ni ada kelainan. Mereka semua dapat menghabiskan makanan dengan aman. Takde gaduh-gaduh cam duludulu...

"Minggu depan, kira Sam dan Dean bergabung balik, lah?" tanya Atan pada Abu. Abu menarik puntungnya dalam.

"Bergantung pada RTM3..." kata Abu pendek.

"Yang pentingnya, Supernatural semalam mengajar kita akan konsep taat. Kalau tuhan kata sujud, sujud je lahhh" kata Abu.


Atan termenung. Itulah yang dia kagum kat Abu. Walaupun movie mengarut camana pun yang Abu tengok, semuanya akan pergi ke tuhan jugak...

Wednesday, November 17, 2010

Interview dengan wali (hari raya korban)

First attempt

Hari Raya Korban datang lagi. Namun kehadirannya kurang kurasa kerana sibuk dengan menguruskan hal rumahtangga dan kerja. Hinggakan nak cari daging lembu buat rendang malam ni pun kena cari last minute. Menyambut Hari Raya Haji ini adalah satu ritual yang dah lama aku tinggalkan sejak aku masuk U sampailah bekerja. Cuma bila dah jadi bapak ni, aku barulah nak bertatih belajar idup cam orang Islam demia memastikan anak-anak aku membesar dalam suasana seterusnya menjadi orang Islam. Eh? Amender yang aku mengarut ni? Dah lari topik ni...Sekali lagi...


-------

Second attempt

Hari Raya Korban ialah simbolik kepada merayakan kemenangan taat selepas tauhid. Dalam perjalanan seorang Islam mengenal tuhan, selepas dia kenal dengan Allah, dia kena mentauhidkan Allah. Selepas itu, ada beberapa tingkatan yang kelabu, kemudian sampailah ke tingkatan taat.

Secara laymen termnya, katakan sebelum ni aku tak berapa persoalkan kewujudan tuhan. Lepas aku akui ADAnya tuhan, maka patutnya datanglah ketaatan kepada tuhan tersebut. Sebab kepada sapa lagi seorang makhluk yang terang-terang tak berdaya macam aku ni bergantung? Kepada yang BERDAYA, lahh. Maka aku pun kononnya beriktikad PERCAYA kepada tuhan..

Tibatiba aku dapat perintah dari suara ghaib yang aku panggil tuhan tu, untuk menyembelih anak lelaki aku?

Lojik ke aku hanya dengan menadah tangan di tengah gurun pasir dengan anak yang menangis kehausan demi seteguk air, daripada aku bangun dan berlari-lari dari Safa ke Marwah melihat-lihat kalau-kalau ada khafilah yang lalu?

Hari Raya Korban ialah simbolik kepada kemenangan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar kepada Allah. Mereka terus menerus berpegang kepada janji Allah dalam membuat keputusan penting despite segala apa yang terpampang di depan mata mereka. Mereka melempar setan yang cuba memperdayakan mereka di saat mereka takde tempat merujuk. Mereka tidak terpedaya pun walau mereka berada dalam ketidaklojikan yang ketara. Merekalah contoh manusia yang taat.

Dan inilah apa yang aku flashback kan setiap kali datangnya hari raya haji.


-----------
Third attempt

Bila datang hari raya korban, jalan sekitar kampung aku, dari roundabout ILP Pedas sampailah ke exit tol Pedas Linggi ni jadi satu pasar daging yang panjang. Ramailah orang kampung membuka gerai kecil di tepi jalan dan menggantungkan bahagian lembu yang telah mereka lapah. Dan orang yang lalu lalang akan memberhentikan kereta mereka untuk membeli daging lembu, on the way ke destinasi mereka. Barulah datang bukan dengan tangan kosong. Datang dengan seplastik daging. Boring arr camni.


-------
Fourth attempt

Raya korban jer, mesti nak politikkan perkataan 'korban' tu. Kena berkorban lah. Pengorbanan lah. Semua kita, jer yang kena buat. Macamlah kita ni takde semangat patriotik langsung. Hari keagamaan pun nak exploit untuk politik. Terus hilang, mood aku tengok berita.

-------------------

Abu mencelah:

"Scuba, kau balik kampung pukul berapa ni? Dok update bloggggg jer?"


----
Fifth attempt

Hari Raya Korban. Semua orang balik ke kampung. Jalan ke Pedas melalui Senawang agak jem. Aku nak lalu ikut Rantau. Walaupun jauh, tapi ada peace of mind. Ahhh...Malaslah....

Aidil Adha 1431

Tuesday, November 16, 2010

Banjir-banjir-banjir

Aku naik fedap dengan isu banjir kat utara Malaysia ni. Dah berapa tahun dah berlaku, dan setiap kali semakin teruk. Kenapa kita masih mendengar kes-kes kemalangan ini, macam kita baru hadapi semua ini first time?


Kalau isu macam tsunami atau gempa bumi tu, aku boleh OK lagi laa kalau kita terkejut. Sebab kita takde pengalaman untuk menghadapinya. Tapi isu banjir ni dah jadi macam musim durian. Tapi kita masih tak belajar.


Jepun terletak dalam kawasan yang paling selalu gempa bumi. Tapi kesusahan itu hanyalah semakin mengkreatifkan mereka untuk terus berada di kawasan tersebut. Mereka menginovasi dan mengkaji semula teknik membina bangunan tinggi dan jambatan di kawasan gempa. Dan terus bangun WALAU setelah di BOM dengan bom atom. Siap buat mitos Ultraman lagi nak kasi anak-anak mereka sinar harapan akan hari esok. What do you expect? Diorang tak kenal Allah...


Namun kita kat Malaysia ni, yang tampuk pemerintahan dipegang oleh satu parti sejak dari lepas merdeka, yang takde sangatlah bencana alam selain BANJIR, masih macam budak baru bertatih dalam menghadapi isu bencana alam. Bukannya tampuk pemerintahan tu bertukar-tukar antara parti republikan dengan demokratik ke apa. Bila timbul isu jer, lagging reaction. Balik-balik kumpul makanan. Balik-balik bagi beg plastik, menyumbatkan lagi sungai.


Kita kena cari permanent solution untuk masalah banjir ini. Cukuplah kemusnahan dan kerosakan yang berlaku. Kita kena bangun dan berfikir secara rasional, melepasi sempadan perbezaan fahaman kita. Kita kena cari solution macam SMART tunnel kat KL tu.


Pepehal pun, kita sesama doakan agar sedara mara rakyat Malaysia yang sedang menghadapi ujian pada masa ini agar bersabar. Smeoga Allah mengampunkan dan menyelamatkan kita dari murka Nya.


Atan dan Abu (terperangkap dalam hujan)


Aku bersyukur
Aku bersyukur walaupun aku sedang terperangkap di bus stand ini di dalam hujan
Memerhatikan saja masa yang cuba kukejari
Berlalu pergi

Umpama MPV-MPV dan kereta-kereta yang meluncur laju di depanku ini
Mereka tak nampak aku di bus stand ini
Aku kesejukan ke
Aku keseorangan ke
Kerana mereka juga dalam gabrak mereka
Cuba lari dari hujan yang melanda

Biasanya time time camni aku akan menyumpah-nyumpah
Aku akan merungut-rungut
Pada sapa pun aku tak tau
Kononnya hidupku sungguh cibai
Kononnya hidupku sangat susah
Aku tak suka tersekat sebegini tak dapat buat apa-apa
Dan biasanya aku akan redah ajer...


Tapi kalini
Dalam saat ini
Semua itu tidak berlaku
Aku tenang dengan masa yang berlalu
Tah kenapa aku mau berenti pulak harini

Aku pasrah
Aku mengalah
Jika basah ialah takdir untukku,
Aku rasa kalini aku nak tunggu...
Hingga sampai masa aku

Wali Dari Bangi (Ujian keimanan)


Abang karkun dan aku sedang menunggu pesanan minuman kami di kedai kopi. Kami sedang menunggu kepulangan seseorang untuk dikhususi (ziarah khusus). Sementara menunggu mamat tu balik dari town, kami menunggu di kedai kopi. Seperti biasa, aku akan mencuri peluang sebegini untuk mengupdate blog.

"Bang, camner nak tau tahap iman kita?" tanyaku tibatiba dengan kening yang berkerut. Soalan ni selalu bermain di kepalaku. Yelah. Aku nak tau samada iman aku ada peningkatan ke idak sejak ikut abang karkun keluar-meluar ni..

"Banyak caranya. Tapi aku pun tak pasti. Hehehe" jawab abang karkun.

"Dalam zaman sekarang ni, kita boleh tengok dengan mengetahui tahap istoqomahnya kita menyahut seruan azan. Dan orang yang berulang-alik ke masjid nak menunaikan solat fardhu itulah yang paling beriman" mula abang karkun. Aku menge-on kan rekoding henpon aku dalam diam, tapi tangan kanan masih cover lagi letak atas laptop...Hehehe ;p

Sebentar itu jugalah waiter yang bawak minuman kami pun sampai. Beliau menghidangkan pesanan abang karkun dan aku. Abang karkun memegang lengan mamat waiter tu.


"Mu dah solat?" tanya abang karkun.
"Doh, beiii" jawab mamat tu tersipu-sipu. Abang karkun melepaskan genggamannya. Dia suka kacau mamat Tomyam tu. Dah berapa lama dah abang karkun tasykil dia, tapi masih liat lagi...


"Aisehhhh...Ada semut laa dalam oren saya" kataku setelah melihat ada beberapa ekor semut dalam minumanku.


"Hmm..Itu pun satu. Kalau lah ada segelas milo berisi seekor semut. dan segelas lagi yang berisi seekor lalat, yang mana satu kau akan minum?" tanya abang karkun. Aiseh...Dia buat dah...

"Er....Yang lalat, kot?" jawabku tak ikhlas.
"Ye lah tu. Kau pilih tu sebab kau tau. Tapi Adakah kau benar-benar dapat mengamalkannya? Tang tuu pun kita tak caya lagi cakap nabi. Camner nak pilih tangan kiri kaalu jumpa dajal nantik?" tanya abang karkun.

Aku merenung ajer gelas minumanku.


"Zaman sekarang ni, kita mudah perasan. Iktikad itu, buat keputusan ini. Camana kita nak pass ujian yang besarbesar macam kekayaan atau kemasyhuran sedangkan gelas lalat atau semut pun takleh pilih?"

Apakah yang real?

 Apakah realiti? Apakah yang wujud dan apakah yang tak wujud? Apakah yang abadi? Sekejap aku rasa macam ada. Sekejap macam takde. Kadang-kadang rasa rilek jer. Tapi selalunya, bad mood ajer...

Adakah kepedihan ini lebih real dari baju yang aku pakai? Adakah 'terima kasih' dari seorang yang kubantu itu lebih berharga dari seribu note jingga?

Adakah segala amalanku ini, ada nilainya?

Atau adakah aku sedang tertipu dan semakin jauh dari Nya?
Dan sekiranya ye, pun, adakah aku akan berpeluang mendapat keampunan dari Nya sebelum aku ke SANA?

Aku boleh terus membuang masa dengan bermain adakah-adakah sampai terlena. Aku hanya akan tersedar kembali bila masa dah nak abis atau bila hukuman sebab tak ikut tempoh masa tadi itu sampai.

Masa tu, barulah aku terkialkial menyalahkan itu inilah, akulah mangsa dalam konspirasi semua lah, aku selalu dalam keadaan yang tak mengizinkan lah, macam-macam 'lah'. Padahal aku tau, kalaulah aku buat betulbetul masa aku mulamula terpikir atau mengadap benda ni dulu, tentu hari ini aku akan lebih bersedia dan mudah.


Tapi takper. Sekurangkurangnya aku tersedar dan bangun semula. Dan aku akan terus bangun dan bangun dan bangun. Bangun, memang dah bangun dah. Dok berdiri jer dari tadi, ni...
Semua orang sedang menaiki kenderaan untuk berubah. Kau bila lagi? Dan nak naik apa?

Masalahnya ialah JALAN nya tah biler...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails