Friday, July 16, 2010

Wali dari Bangi 3

Ada sekali tu pulak, musim final exam. Biasa arr. Time exam, laibreri mesti penuh. Dah macam labyrinth pulak. Berpusu-pusu celah-celah rak buku gelap dan sejuk tu. Stim pun ada. Tapi lapar lebih menguasai.

Sigh.Tulah. Petang tadi, member nak belanja makan roti canai, taknak. Jual mahal. Wali konon. Dah tak sabar benar nak pulun study ni. Maklumlah. Study last minute. SO sekarang baru duaplohminit bukak buku, perut pulak dah buat riot. Kuat pulak buyi dia tu. Duit pulak tak bawak. Well, takde benda yang nak dibawakkan pun. Duit pun takdak. Cek MARA belum sampai. Kalau sampai besok pun, kena pegi Pertama nak cash in kan. Perggghhh. Ni nak baca buku pulak nak exem paper final ni...Pergghhh..Aku kena berjalan ni. Peluh sejuk dah mula mengalir...


Dua tangan dalam poket, kepala tertunduk, pesimis, LAPAR, aku mundar-mandir dalam library. Blank stare ke arah karpet. Tak dapat nak tumpu lain selain perut yang berkeroncong. Semua orang ku rasa memerhatikan ku. Berbisik pasalku. Mengetawakanku. Sambil menuding-nuding jari mereka ke arahku. Semuanya semakin kabur. Aku macam nak pitam dalam histeria. Tiba-tiba aku ternampak tompokan cahaya. Macam cahaya yesus dalam movie-movie propaganda yang aku pernah tengok. Abang karkun! Dia kelihatan sedang study kat salahsatu kubikel khas yang ada lampu spotlight panas. Patutlah bercahaya terang. Aku mendekati.

"Assalamualaikummm" salam abang karkun slow, trademark dia.
"Wa'alaikumussalam"
"Study? Last minute? Welcome to the club...hehehe" kata abang karkun. Aku senyum.
"Pucaaaat jer ni? Kau melancap, eh?" tanya abang karkun series. Bersambung kening dia.
"Mana ada" jawabku slow sambil tersenyum dan menolak manja bahu dia. Abang Karkun merangkul leher aku ke bawah meja kubikel, rapat ke dadanya. Dia mengeluarkan dua stik Sneakers. Satu dia sumbat dalam mulut aku, satu lagi dia simpan balik. Dia kenyit mata.
"Syyyyy" katanya. Dia mengisyaratkan aku makan kat kubikel belakang dia, tapi jangan bukak lampu. Aku akur jer. Tengah lapar, maaa. Aku makan snek tu dengan lahapnya. Nyam-Nyam. Dahabis, aku cakap timer kasih dan mneeruskan perjuanganku menempuh final paper esok.

Setengah jam lepas tu perut aku buat gig balik. Takbley tahan. Kalini siap terbayang lauk kari ayam. Nasik. Kentang putar cicah roti paun. Air sirap sejuk...Arrgghhh. Dunia kembali gelap. Aku letakkan book mark, tutup buku. Peluh dingin mula keluar. Aku kena berjalan ni...

Aku mundar-mandir, ke arah cahaya yesus. Aku malu, tapi aku terdesak. Aku perlu meneruskan malam ini untuk masa depan yang lebih cerah. Aku perlukan gred ni. AKu perlukan study ni. Aku perlukan sneakerssss..Aku terlihat cahaya yesus. Abang karkun. Dia perasan aku. Aku kaget. Aku tunduk. AKu terus landing kat sofa kat ruang depan dewan library tu sambil menyelak-nyelak majalah atas meja. Ishhh. Apa yang aku buat ni? Tak malunya aku? Ahhh. Bukan abang karkun tak paham pun. Tapi sneakers tu ada dua jer. Takkan kau nak makan dua-dua? Tapi aku laparrrr....Tengah aku contemplate-contemplate tu, bahu aku disentuh.

"Dah. Jom makan"

Aku toleh pandang atas; abang karkun.....

Wali dari Bangi 2

Ada sekali tu, aku kena buat assignment dengan abg karkun. Aku tunggu dia kat rumah sewa aku kat Bangi. Lagi setengah jam dia sampai. Aku suka buat kerja dengan dia. Sebab dia punctual. Dan reliable. Tak pernah dengar dalam gosip tempatan pasal dia ni lambat. Sumer puji dan respek punctuality diani. Lagipun, kitorang kena siapkan projek ni cepat. Team member lain macam mangkuk. Sumer main atas angin.com jer. Aisehhh! Baru teringat buku rujukan tertinggal kat dalam keta Ameng. Aku call Ameng. Trut-trut.Trut-trut.
"Meng! Kau katne?"
"Kat umahlaa"
"Kau tolong check lam keta kau ada tak buku saikoloji aku tertinggal semalam? Kat belakang seta kau kot."
"Jap.....a'ah! Ada. Abih camner?"
"Err...aiseh. Aku nak pakai tu..."
"Aku pass kat abang karkun la"
"hah? Dia buat apa kat situ?"
"Dia tolong pasangkan bumper belakang keta aku. Kan semalam kena langgar tu"
"Oh...Haha. Yelah"
"Aku pass kat dia arr"
"K-K-K"

Ok. Masalah setel. Eh? Kalau abang karkun kat sana, pukul berapa pulak dia akan berada di sini? Tak lojik. Ni ada lagi dua ploh minit. Mana sempat nak sampai Bangi kalau bertolak dari Serdang naik motor C70 dia tu?

"Saya dah balikkk!!" Kedengaran suara Kem macam suara Nobita dari bawah. Dia baru balik dari pasar malam kat Seksyen 1. Membawa makanan sebagai bekalan untuk malam ini. Aku turun ke bawah. Kem dikerumuni oleh housemate aku yang lain. Macam kucing kurap jer aku tengok ramai-ramai tak pakai baju berkerumun satu tempat macam tu. Kikiki. Layan kepala plakkk.

"Kata ada musyawarah dengan abang karkun?" kata Kem mengusik. Dia kenyit-kenyit kat Naj. Diorang terkekeh sesama diorang. Sekali lagi: macam cimpanzi pun ada.

"Tu lah." jawab aku.
"Tadi aku nampak dia kat pasar malam"
"Hah?"
"Dia yang belanja ayam sekor tu. Dengan bayam meram tu. Untuk kau, katanya. Dia pesan dia lambat sikit. Sepuluh minit"
"HAH?!"

"Assalamualaikummmm"
"Abang KArkunnnnnn"

Dah sampai dah. Tepat pada masanya. Makin respek aku...

Wali dari Bangi (1)

Aku pernah kenal dengan sorang mamat ni. Aku kenali dia sebagai abang Karkun. Aku dengar dia ni bekas budak metal. Tapi sepanjang aku kenal dia, tak pernah lekang lebai pakistan kat kepala dia. Mungkin sebab budak tabligh lain mesti cenderung nak pakai putih, tapi dia pakai hitam. Dia amik Kejuruteraan Mekanikal. Kira senior aku lah. Ke hulu ke hilir naik motor C70 cabuk, dengan helmet macam apek jual sayur pagipagi kat kampung aku. Apek! Bayam melah ada kaa?

Apa yang menariknya ialah tentang keramat-keramat abang Karkun ni. Haaaa. Aku kenal dia sebab ada sekali tu, lepas solat asar, aku dok termenung pasal ada masalah sikit. Dia selamba jer keluar dari masjid, senyum kat aku, dan ajak aku pegi minum, nak belanja laktu. Siap aku pau rokok dia lagi. Walaupun kitorang tak borak pun pasal masalah aku, tapi aku rasa lepas lepak dengan dia tu aku jadi tenang dan mudah nak berpikir nak buat apa lepas ni.

Sejak dari tu, hidup aku dah tak sama...

Thursday, July 15, 2010

Kisah para wali

Ramai orang tanya: apa itu wali? Wali ialah pembantu. Machai la. Pembantu kepada tuan la. Sebagai seorang manusia, kitakan ada ego. Tapi dalam ego-ego tu, kita pun akui kewujudan perasaan sebagai pengikut. Tapi seorang manusia yang ego, hanya akan mengikut sesuatu yang lebih hebat dari dia saja. Dan sebagai manusia, kita juga akui bahawa, takde sapa yang paling hebat dan sempurna dan baik dan CARE kita, selain Dia.

So, aku nak jadi wali. Aku tau, aku pernah jadi wali dulu. Sebab ada satu period masa tu, apa aku nak, aku tadah tangan je. Takyah nak asbab-asbab sumer ni. Tapi sejak 2010, keramat aku ni hilang. Dan aku tau, ni maknanya, aku dah turun pangkat. Biasanya, ni berlaku sebab aku dah ada buat silap. Atau tak jaga kebersihan. Hygiene. Zahir dan batin. Ni benda paling asas. Tu pasal dalam bab nak jadi sufi, kita belajar cara cebok yang sah oleh Dia dulu.

Aku nak jadi wali Dia. So aku kena baik. Lebih-lebih lagi bersih. Benda kotor takleh ada pada aku. Sebab mesej dari Dia datang bilabila. Aku kena sentiasa dalam hubungan dengan Dia. Barulah setiap perintah Dia untuk dunia ini melalui aku dulu. Hahaha. Dia tak perlukan aku sebenarnya. Aku jer yang terhegeh-hegeh nak kat Dia. Nakkan perhatian Dia. Sebab Dia ajer yang Matters. Dan Dia ada banyak aku-aku kat dunia ni. Dan aku nak jadi one of the few. Among thousands of thousands of rasuls of messengers of waliullah, etc...

Jangan salah paham. Jangan ingat wali kepada Dia hanya dengan melalui jalan amal dalam Islam. Yang penting ialah hak kemanusiaan. Pasal nak dapatkan rahmat Dia. Pasal tauhid. Amenda rahmat ni, aku pun tak tau tapi senang cerita, kira macam "kabel" la dengan Dia. Favor. Sebelah mata dengan kita. Hehehe. Bukan macam duit atau ganjaran ke sebab ganjaran ialah hasil usaha. Dia suka pasal siapa kita sebenar. Tu sebab agaknya ada orang jadi wali pasal kutip kertas tertulis "Bismillah..", atau pasal dia terus berubah bila mendengar sesuatu hadis atau ayat pada masa yang tepat, atau sebab dia bagi anjing kehausan sedikit air.

Aku tau jalan shortcut nak jadi waliullah. Join tabligh. Amalkan setiap zikir serta kau kena aktif dalam setiap program mereka, dengan pemahaman yang betul. Tabligh lah jalan tarekat yang paling ketat dalam pada masa paling sederhana bagi seorang muslim, dan paling appealing untuk seseorang yang baru nak berubah. Ia juga paling menjangkau segenap lapisan masyarakat jika dinilai dari segi line coverage. Kat mana-mana pun dah ada Maxis sekarang. Aku pun pakai Maxis. Tapi cakap camne? hahaha.




So aku dilahirkan, dan dibesarkan di tempat aku ni, dalam landscape sosial, politik, ekonomi, dan macamacam lagi ni. Dan aku nak jadi wali. Asbab pemerintahan Dia kat tempat aku. Dan aku rasa aku tau apa aku nak buat.

Pepehal kita minnum dulu. Hahaha.

Info

Salam. Aku harap kepada yang sudi datang membaca di blog ini, sudilah juga meninggalkan jerita anda di shoutbox sebelah ini. Beritahu semua orang yang ada ada dan dah datang ke kampung saya ni. Hahaha

kita, mug dan realiti(2)



..Aku dan kawan aku mula menerima hakikat bahawa perbezaan kami, cumalah perbezaan perspektif terhadap mug itu. Dan bila kami gabungkan pengetahuan kami tentang mug tu, kami dapat construct satu imej maya tentang hakikat akan sebuah mug. Dan bila kami dapat lihat mug itu dengan jelas, kami pun dah boleh mengawal mug dan sudunya. Seraya, menyedapkan lagi minuman yang dikacau dengan rata. Kami semua hidup bahagia. Sehinggalah lahir sorang lagi kawan kami. Dia ni maya. Dia tak wujud secara realiti. Dia hanyalah fahaman kolektif yang menjadi peraturan sesama kami mengenai penggunaan mug tersebut. Fuhhh..Dalam bro..

Wednesday, July 14, 2010

Den budak Podeh (2)

Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Masa zaman aku lepas SPM dulu, aku bukan tak suka Malaysia, tapi aku lebih suka negara luar yang kononnya ada kebebasan bersuara dan berpikir. Tambahan pula, kat luar mudah nak buat maksiat. Tapi itu dululah. Sekarang, setelah aku ke Eropah, ke China, Ke Amerika, dan ada anak, aku dapati Malaysia memang best. Hujan emas itu ada di sini. Cuma kena mendulang sikit...Hehehe

Kat sini, aku mudah nak amalkan hidup cara Islam. Ada banyak musolla dan masjid. Dan makin ramai sekarang yang dah mula memilih untuk bersolat jemaah dari bersolat sendirian. Ni satu peningkatan yang bagus. Dan ada pulak golongan yang mengajak orang bersolat di masjid. Ada golongan yang menguruskan jenazah, jadi aku tak risau sangat pasal sapa dan di mana aku ditanam nantik. Ada juga golongan yang menyediakan khidmat mengajar ilmu agama. Dari basic sampailah ke tahap nak jadi wali. Bagus untuk aku, keluarga dan keturunan aku sebab patutnya tugas mengajar ilmu agama kepada ahli keluarga ni, tugas aku. Tapi aku pun tin kosong, camana nak ajar orang?

Kat Malaysia jugak, mudah aku nak cari makanan yang terbaik. Aku taknak makan bangkai. Dan kesedaran akan kepentingan halalan thoyyibah tu semakin meningkat. Dan agensi pemantau pun semakin berani dan tahu apa tugas mereka. Cuma kebanyakan bahan makanan ruji kat Malaysia ni masih dikuasai oleh golongan bukan Islam yang tak berapa paham sangat konsep halalan thoyyibah ni. Ni salah aku sebab aku tak bagitau diorang. Sebab aku pun kadang-kadang main belasah jer. Diorang pun buat dono jerlah. Janji masyukk. Salah diorang ke? Tak ah. Salah aku. Sapa yang terdaya nak elak hidup dalam dunia kapitalis? Aku yang TAHU, tapi dulu BUAT TAK TAU. Tu pasalla jadi camni sekarang. Padan muka aku.


Tempat aku menetap ni, umpama puncak keindahan dalam bermacam-macam keindahan duniawi. Aku dok kat Paya Besar Pedas, N9. Rasa-rasa aku nak daki gunung, ada 3 gunung yang berdekatan: Gunung Tampin, Gunung Datuk dan Gunung Angsi. Rasa nak mandi laut, ada Port Dickson. Rasa nak mandi air panas, ada Pedas Hotspring dan kolam air panas dara kat Kg Lada, Rembau. Masa terluang, aku boleh bawak anak aku round-round kampung yang penuh dengan kehijauan dan taik lembu yang bersepah-sepah. Dapat lak sekarang musim rambutan dan durian. Siap main sepak-sepak jer buah durian kat tepi jalan. Kalau rasa nak tengok kemajuan, aku cuma perlu ke Rembau, naik komuter dan ke mana saja. Atau start keta dan masuk tol Pedas Linggi dan straight ke KLCC. Hambik...Takyah pegi Amerika atau HongKong atau Jepun dah. Kat KL tu dah macam fesyen show dah. Dulu nak tengok orang pakai pelik-pelik, kena pergi gig underground. Sekarang dah macam hari-hari ada gig. Dah tak heran dah mohawk-mohawk ni. Bukan takat tengok kat TV jer. Cleavage, pangkal buntut, kulit paha yang gebu, aku boleh tengok LIVE kat Malaysia, negara Islam ni. Takyah susah-susah nak cover-cover download clip lucah dari youtube. Buang karan jer. Kalau nak melancong atau catch-up dengan sejarah, aku cuma perlu ke Melaka. Sebelah jer. Nak ikut tol boleh, nak ikut jalan lama pun boleh.

Dan yang paling penting, kat Malaysia takde bencana alam yang hebat. Banjir tu biasa lah. Setiap tahun, salji yang dah cair dari tanah besar Cina akan turun ke Semenanjung. Kena bersedia lah, kan? Macam naik motor. Dah nampak kat depan tu gelap nak hujan, berentilah pakai raincoat dulu, sementara kita kat bawah jejantas ni. Gempa bumi tu patutnya dah berlaku tapi asbab ada manusia yang sedang buat sesuatu yang Allah suka kat Malaysia ni, bala tu Dia tekan butang pause dulu.

Kenapa aku bercakap macam warganegara yang jati ni? Sebab aku tak boleh berubah jika aku tak tau sapa diri aku dan kat mana aku berada. Yelah. Camana nak mulakan perjalanan jika kita sendiri taktau kat mana kita berada? Aku kena mengaku aku yang buat salah, barulah aku tau apa yang aku perlu perbetulkan. Aku kena menyayangi tempat aku, barulah datang semangat samada nak mengekal atau memperbaiki tempat tinggal aku. Aku kena sedar apa yang dah aku lakukan hari ni supaya aku dapat perbaiki lagi untuk hari esok.

Dan bila aku dah tua nantik, kampung aku ni memang sesuai sebagai tempat persaraan. Aku boleh bela ayam, kambing, kerbau dan kalau aku takde duit nak makan, aku sembelih jer diorang ni,dan petik apa-apa pucuk yang ada kat belakang rumah. Aku tak boleh buat semua ni di bandar atau di rumah orang tua. Dan macam yang aku cakap tadi, kat N9 ada banyak guru agama. Dari yang muda dan agresif, sampailah kepada yang tua dan kewali-walian. Atau aku boleh habiskan sisa hidup aku jadi wali Allah dengan join tabligh pergi menyebarkan kalimah tauhid ke seluruh dunia. Semua peluang ini ada di kampung dan negara aku.

Aku tak perlukan ketua aku ingatkan aku bahawa kita hanya ada SATU Malaysia. Aku tak perlu ke luar negara untuk mengetahui apa yang bermain di benak pemikiran orang-orang di sana. Aku cuma perlu tahu apa yang aku nak lihat dan semuanya akan terbuka di depan mataku, di tempat aku sendiri. Dan barulah aku tahu, apa yang aku perlu lakukan demi esok yang lebih ceria.

Aku taknak mati dan bawak semua benda ni dalam kubur. Ada banyak manusia di luar sana yang masih tercari-cari, melabur terlalu banyak masa untuk sesuatu yang akan mereka tinggalkan. Buang masa kumpul duit, last-last duit kena hambik kat orang. Buang masa untuk naikkan kompeni sendiri, last-last kena buang dari kompeni tu (macam Steve Jobs dulu). Rumah terbakar, keta baru yang tak reliable. Awek atau balak yang tahapabenda yang dia nak selain duit.

Tapi aku bukan anti kemajuan. Cuma definasi MAJU pada aku, berlainan dengan maksud MAJU pada orang lain. Dan aku rasa, inilah yang telah hilang dari masyarakat Malaysia. Kita ada bangsa Cina, India, Melayu, omputih dan lain-lain. Semua ni ada falsafah mereka tentang keharmonian dan apa itu kehidupan. Dan semuanya boleh hidup aman damai kat Malaysia. Kenapa? Sebab moyang kita dulu paham dengan erti kehidupan.

Tapi kapitalisme semakin mencengkam. Dah takde orang yang buat sesuatu kerana falsafah (ikhlas). Sumer mesti ada motif duit. Walhal yang nak jadi ketua (pemegang amanah rakyat) pun ada udang di sebalik nasi goreng. Aku keluarkan blog pun sebab duit. Hahaha. Dan perbezaan bangsa kat Malaysia ni semakin terasa. Mangkuk-mangkuk ni balik-balik pakai konsep fahaman kebangsaan yang cenderung kepada "racial superiority" sebagai tool dalam meraih undi. Aku sarankan kepada semua rakyat Malaysia: kalau ketua korang menyebarkan kebencian terhadap bangsa lain, sembelih ketua tu. Tapi kalau dia setakat cerita pasal survival bangsa dia, tu bagus. Normal lah tu. Dan korang kena pandai menilai ketua korang dalam hal ni sebab pencuri dah makin bijak sekarang ni..


Hentikan penyebaran kebencian di Malaysia ini kalau kau nak anakbini kau hidup selamat. Kalau tidak, aku sendiri yang akan lempang kau nantik. Jangan paksa aku suruh jin-jin kat sebelah ni "melawat" kau. Hahahahahahahahaha.

Wallahu'alam

Tuesday, July 13, 2010

Kita, mug dan realiti.



Ini ialah mug. Sejak dari kecik, aku diajar bahawa inilah rupa sebijik mug. Mug aku cantik. Seramik dan tahan panas. Ada sudu. Ada gambar bunga. Isiknya saja yang berubah-ubah. Kadang-kadang air milo. kebanyakannya air nescafe. Aku suka minuman yang kaw.

Tapi member aku cakap, mug tu ada telinga. Dia kata mug tu ada sudu, telinga kat tepi dan ada gambar bunga. Aku yang tak pernah tengok camana rupa telinga mug, terkial-kial la cuba nak membayangkan camana rupa telinga mug dari tepi. Dan kami akan bertelagahlah sebab masing-masing tegas dengan pendirian masing-masing pasal sama ada mug tu ada telinga atau tidak pada hakikatnya.

Datang sorang lagi member kitorang, dia ketawakan kitorang. Dia kata mug tu mana ada gambar bunga. Dan telinga tu bukan kat tepi, tapi kat depan. Dan kitorang pun main gado-gado.

Last-last, barulah kami tau bahawa kami sedang membincangkan tentang sesuatu yang sama, tapi dari sudut yang berlainan.


Dan semua aktiviti di atas, membuatkan kami terpikir bahawa, sudut pandangan peribadi kami ini, hanyalah salah satu dari spektrum yang menerangkan secebis dari keseluruhan kebenaran. Ada yang tengok dari sisi. Ada yang pandang dari depan. Ramai juga yang perasan, pandang dari atas. Dan kelamaan kami mengakui kepelbagaian perspektif ini namun, kami tetap tertanya-tanya: apakah hakikat mug ini sebenarnya? Apakah penting kita mengetahui akan sifat lahiriah mug itu sebelum mengguna seraya menghargai kebergunaannya? Atau perlukah kami mendalami ilmu pembuatan mug itu sendiri? Atau adakah mug ini akan lebih gempak jika dibuat dari stainless steel? Camana rupa telinga tu nantik? Boleh pakai sudu yang sama ke?

Tengah sibuk-sibuk hairan dengan mug, tiba-tiba si Pencipta ganti mug tu dengan mangkuk pulak.

Barulah kami tahu bahawa, jangan buang masa sangat dengan benda-benda ni sumer. Kalau banyak sangat masa, kenalilah si Pencipta itu sendiri.

Wallahu'alam

Jika hati itu raja, maka negara aku sedang tenat.

Aku risau. Penduduk negara aku nampaknya semakin ramai yang sakit perut, taun dan mati. Akibatnya, golongan yang belum sakit sudah paranoid dan mula mengomen-ngomen dan timbullah kerisaun dalam masyarakat. Anasir-anasir luar yang selama ini ditahan oleh rakyatku di pintu gate, sudah mula berani nak hulur-hulur kepala nak masuk halaman negara, dan kasi panas lagi keadaan. Mula-mula aku tak pasti kenapa. Tapi selepas berjumpa dengan guru tasawuf di raja, aku mendekati masalah ini dengan approach yang berbeza dari biasa.

Negara aku mungkin nampak membangun dan promising dari luar, tapi kat dalam, umpama sebuah kolam di mana air mengalir masuk dari arah yang pelbagai, tapi tak mengalir keluar dengan kadar yang betul sebab memang takde saluran atau saluran dah tersumbat. Akibatnya, semua benda yang dibawa dalam air masuk tadi, mendak dan berkumpul dalam kolam, menyebabkan sumber air untuk penduduk badan aku ni tercemar. Dan akibatnya macam-macamlah. Dengan kolam aku tu berbau dan menjijikkan, dengan penduduk aku yang sakit-sakit dan menggila, tak kurang juga golongan cheerleader yang tah datang dari mana ntah, tiba-tiba jer nak jadi wira rakyat dengan mengomen-ngomen pentadbiran aku.

Memang susah sebenarnya nak mentadbir negara. Dapat pulak dalam keadaan dunia tanpa sempadan, ICT dan kebebasan berfikir/bersuara ni. Yang merasa susah ialah orang yang ada rasa tanggungjawab nak melakukan sesuatu. Sebab aku tau aku kena turun padang, kumpul data, analisa, keluarkan hipotesis dan cuba solusi-solusi yang aku rasa boleh membantu. Part nak turun padang dan kumpul data tulah yang paling penting. Sebab kalau salah tanya soalan, data yang diperolehi tak berguna dan membuahkan hipotesis yang salah dan merugikan masa dan kudrat dalam mencuba penyelesaian yang takkan mengubah apa-apa. Dahlah nak melayan penduduk yang sedang sakit dan gila, disamping menahan saluran air daripada terus masuk, dan tak lupa juga nak melayan kerenah puak cheerleader yang komen banyak, tolong taknak. Last-last, penyelesaian tak berhasil pulak. Lagi kuatla sorakan puak cheerleader.

Kadang-kadang tu, nak je aku biarkan kolam ni kotor, tersumbat. Atau join puak cheerleader. Biarkan dulu penduduk aku mampus dua-tiga orang. Akhirnya mereka akan berusaha sendiri, daripada menunggu bantuan dari aku. Takdelah nak harapkan aku jer nak buat sumer. Aku taktaulah camana keadaan kolam air negara orang lain, tapi penduduk di sana nampak cam ceria dan tak banyak komplen pun. Adakah mereka sedang bagus? Atau mereka sedang berpura-pura? Ataupun penduduk tu tak taupun yang kolam air kotor itu satu masalah dan diorang dah anggap sakit itu normal?

Tapi aku bukan jenis yang macam ni. Aku jadi raja pun bukan pilihanku, tapi jika aku sudah berada di sini, maknanya aku layak dan ada kemampuan. Takkan si Pencipta tu tersilap dalam pentadbiran Nya? OK. Aku taknak mempersoal lagi. Aku nak fokus kepada menjawab jer.
Akulah yang silap sebenarnya. Mesti ada benda yang aku terlepas pandang. Ada peraturan yang aku dah langgar. Ada benda yang aku tak tau pasal menjaga kolam air negara. Maka aku kena fahami dalam-dalam masalah kolam aku ni. Mana datangnya air yang kotor tu. Camana nak bersihkan air kolam yang sedia ada dan memastikan air yang masuk juga bersih-bersih, disamping memastikan saluran keluar air ni lancar dan tidak tersumbat. Penyelesaian ini nampaknya takbley la harap "buat sekali dan bersih selama-lamanya" sebab air sentiasa mengalir masuk. Jadi aku kena buat jadual untuk audit pintu saluran masuk, mutu air kolam, peratus mendakan dalam kolam dan audit saluran keluar. Semua langkah ini, sekadar mengurangkan risiko air tercemar kepada penduduk negara aku. Yang mutlaknya, aku serah kepada ketentuan si Pencipta.

Rupa-rupanya penduduk aku yang tak masak air dahulu sebelum guna sebagai makanan atau minuman. Walaupun ni dah kira bukan salah aku, tapi aku tetap rasa bersalah. Kerana aku yang tak mengajarkan kepentingan menjaga kebersihan dan common sense. Aku assume diorang dah tau.

Rakyat aku jadi lalai kerana aku buat kerja sebagai ketua dengan bagus. Aku kena jadi jurulatih kepada mereka jika aku sayangkan mereka, bukan jadi makbapak mereka. Tapi ini bukanlah bermaksud mendedahkan mereka kepada kebebasan atau pembangunan tanpa batasan kerana kebebasan takkan dihargai atau dapat dikekalkan jika tiada kawalan. Air zam-zam yang pasti akan mengalir sampai kiamat pun Allah suruh buat perigi masa ia mula-mula keluar dulu. Samalah macam keamanan, kesihatan dan pembangunan.

Kenapa nak bersusah payah buat semua ni? Kenapa nak fokuskan kepada masalah mereka yang terang-terang puncanya akibat sikap pemalas mereka sendiri? Kenapa aku nak laksanakan tindakan pembetulan yang kekal selama-lamanya, sedangkan aku pun tak pasti sama ada selepas pilihan raya nantik aku akan tetap jadi raja atau tidak. Tentu raja yang baru ada idea dia sendiri tentang camana nak jaga kolam air negara dan apa yang aku usahakan ini akan dibuang dan digantikan begitu saja. Kenapa? Kenapi?

Kerana pada hari ini, akulah raja. Dan sekuat manapun pengetahuan, semangat dan kudratku, aku tetap akur; aku hanyalah manusia biasa.

Saturday, July 10, 2010

Wali dari Pahang

Ada satu cerita pasal seorang pakcik di hutan simpan di Pahang. Beliau tinggal bersama isterinya di sebuah rumah yang dibina khas untuk beliau. Rumah beliau bertiang tinggi (untuk elakkan ular atau air lecak masa musim hujan). Tapi ada sekeluarga harimau decide jadikan bawah rumah pakcik ni sebagai sarang mereka. Keluarga harimau ni terdiri daripada seekor ibu rimau dan 3 ekor anak-anaknya. Kadang-kadang, ada juga beberapa orang datang ke rumah pakcik ni nak berguru. Dan semua orang kagum tengok family harimau belang yang lepak bawah rumah tu. Si pakcik ni tak pernah kata dia yang bela harimau ni. Maklumlah, wali. Memang betulpun. Harimau tu yang datang dan lepak bawah rumah. Tapi Rimau and family tak kacau family si pakcik ni atau orang-orang yang datang berguru.
Cerita pasal rimau dok bawah rumah orang ni, akhirnya sampai ke telinga Pengarah Jabatan Perhilitan. Beliau bertindak menghantar beberapa orang eksekutifnya untuk menasihatkan pakcik tu untuk melepaskan harimau tu. Dah dua-tiga rombongan dihantar tapi mereka semua tak berjaya. Mereka semua cair dengan pakcik tu, malah ada yang terus menetap dan tinggal dalam hutan tu untuk berguru dengan pakcik tadi. Pengarah tertekan. Sebelum Karam Singh dapat tahu, aku kena buat sesuatu, bisik setan dalam hatinya.
Maka beliau pun berangkatlah ke rumah pakcik tu. Sesampainya rombongan Pengarah di rumah pakcik ni, mereka dipersilakan naik ke atas rumah. Si Pengarah perasan ibu rimau yang tengah menyusukan anak-anaknya lepak kat bawah rumah tu. Ibu rimau ushar jer. Goyang jugak si Pengarah ni. Pakcik wali kita ni, biasalah, adab menerima tetamu, walaupun beliau dah tau maksud kedatangan mereka. Beliau rilekkk jer, menidakkan arahan si Pengarah untuk melepaskan harimau tu ke hutan. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak membela rimau tu tapi rimau tu yang datang. Dah pernah halau tapi mak rimau tu bawak balik anak-anaknya lepak bawah rumah beliau. Si Pengarah buntu. Dan seperti Pengarah-Pengarah lain, beliau mula hilang sabar. Takkan dia pun nak balik pejabat dengan kekecewaan? Malulah dia kepada eksekutif-eksekutif yang dibasuhnya masa diorang kata diorang gagal dan nasihatkan agar Pengarah biarkan ajer rimau dan pakcik tu. Pengarah ni terus berceramah kepada pakcik ni pasal hak binatang la, perlembagaan la, kisah-kisah rimau naik hangain dan membaham orang la. Tahapa yang dia tersalah cakap agaknya, membuatkan pakcik kita ni berang. Tapi macam wali-wali Melayu, beliau hikmah...
Pakcik kita ni menyuruh si Pengarah diam dan mengajak rombongan Perhilitan ni ke bawah rumah. Mereka semua mengelilingi ibu rimau yang sedang menyusukan anaknya itu. Lalu si pakcik menarik sekor-sekor anak rimau yang sedang menyusu tu dari puting mereka. Ibu rimau ushar jer dengan mata mengantuk. Anak-anak rimau ni diasingkan kat satu tiang kat satu sudut rumah. Rombongan Perhilitan tahu, ni carik nahas namanya. Biasanya ibu-ibu akan marah bila anak-anak mereka yang sedang menyusu diganggu. Kedengaran bunyi rengekan anak-anak rimau. Ibu rimau ushar je. Si pakcik mendekati si ibu pulak. Rombongan sumer dah berdebar-debar. Ada juga yang dah mula memegang erat senapang dan pistol yang mereka bawa.
Si pakcik dengan selamba merangkul kepala ibu rimau dan cuba menyelak bibir rimau tu, menampakkan taringnya. Rimau tu layan jer. Cam kucing la pulak. Lepas tu, beliau menjentik taring harimau tu. Kemudian, beliau berkata: "Kalau rimau ni saya boleh buat gini, bayangkan apa yang saya boleh buat kepada tuan-tuan semua".
Pengarah tu paham dan mengarahkan rombongannya bungkus dan pulang ke pejabat.

Thursday, July 8, 2010

Aku dan agensi kerajaan-cerita 2 dan kan ku cari kongkluusiii

cerita 2:

Lepas PMR, aku masuk MRSM. Lepas MRSM, aku masuk KYPM Kuantan. Lepas tu aku masuk Uniten. Sepanjang pengajian aku di luar PayaBesarPedas ni, kerajaan membantu aku melalui MARA. Cek MARA tu umpama surat cinta yang aku nantikan setiap bulan. Aku rasa terhutang budi dengan MARA dan kerajaan.Aku pernah berazam untuk bekerja dengan MARA. Tapi aku takde kroni, kabel atau tali benang, so aku kenalah cari kerja lain sementara tunggu otai-otai dalam gomen tu meninggal.
Tapi Allah Maha Hebat. Selepas aku grad, ekonomi merudum dan banyak graduan menganggur. Aku pun sekali la. Aku join Skim Sangkutan Lanjutan dan ditempatkan di OISCA, BAngunan Mara, Jalan TAR. Aku bekerja sebagai juruteknik. Dan selama aku bekerja di situ (2 bulan), aku telah didedahkan dengan kebenaran.
Salah satu tugas aku masa tu ialah untuk menghubungkan Pejabat OISCA tu dengan Bangunan Mara melalui sistem LAN. Jadi aku memang selalu kena jumpa Makcik Pengarah bahagian OISCA, nak mintak tandatangan itu, ini. Nak cari dia ni petang-petang, jangan harap. Abis solat Zuhur je pukul 2.30 petang. Pukul 3.15ptg dah turun minum petang. Pagi? Pukul 8 sampai 10 pagi dia pegi beli sayur kat mini pasar tani kat tepi Bangunan MARA. Pukul 10pagi pulak, biasanya dia akan "sibuk" buat kerja dia dan aku takbley kacau. Kadang-kadang dia ada mesyuarat. Ok. Sibbaik aku ada ilmu National Geographic Channel. Setelah mengkaji pola pergerakan Makcik Pengarah tu, mengenal pasti raut muka ceria atau badmood dia, dan ayat-ayat baek pujian terhadap tudung atau baju kurung atau anak-anak dia yang belajar tinggi tu, barulah aku berjaya mendapatkan autograf untuk meneruskan tugasan aku.
Kemudian, setelah kedua-dua bangunan tu di LAN kan, aku pun nak buat database asas untuk budak-budak tajaan MARA yang ke Jepun melalui OISCA. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke belakang tabir Bangunan MARA dan melihat dengan makrifat yang hakiki bagaimana diorang ni buat kerja. Fail bertimbun sampai ke siling lah. Condong-condong nak tumbang lak tu. Yang fail sesat la, isik fail tercicir dan hilanglah, dan toksah cerita pasal borang permohonan pinjaman MARA yang aku pun tak tau camana nak cover kat Pakcik Khalil dari Felda Rokan Barat yang tanya aku status permohonan pinjaman MARA anaknya yang baru lepas SPM masa tu.
Yang menyayat hati ialah bila aku tertengok ada seorang pakcik dari Pahang yang terpaksa balik ke Temerloh balik sebab salinan SPM anaknya tak disahkan oleh ketua kampung. Yang membuatkan AKUSKIZO masa tu ialah masa aku dapati rupa-rupanya salah satu sebab kenapa cek MARA untuk student lambat keluar ialah sebab Pengarah (macam makcik Pengarah OISCA tadi), lambat tandatangan sebagai pengesahan. Punya menyirap aku. Siap aku terdengar lagi dia ajar budak ofisboy nak bagi alasan apa sebab nak cover dia yang lambat.
Terlintas balik kenangan masa aku kat Kuantan; terpaksa menghambakan diri untuk pinjam duit dari member. Ada masa tu terpaksa temankan akak senior balik naik bas dari Kuantan ke Johor demi nak dapatkan RM200. Kat uniten lagila maksiat. Yang paling aku bangga: 3 hari berturut-turut, hidup dengan 2 bungkus maggi jer. Suku makan pagi, suku makan petang, balance makan malam. Semuanya demi mendiamkan desakan dari perut aku ni yang kosong (supaya aku dapat tidur sebab besok nak exam), sebab cek MARA masuk lambat. Dahla lambat, nak kena tunggu 3 hari lagi nak cash kan. Kalau nak on the spot cash-out, kena pergi kat CIMB Pertama Kompleks, KL masa tu. Nak kena pinjam motor lagi. Duit berapa sen benar. Masa tu aku tak tau kenapa budak JPA boleh dapat duit on time tapi kitorang ada-ada aje masalah. Aku tak pikir apa-apa sebab mak aku selalu pesan; kita ni orang susah. Diorang nak bagi bantuan pada kita pun dah kira syukur. Tapi setelah melihat camana mangkuk-mangkuk ni bekerja dan setelah mengetahui apa tugas sebenar dan maksud akronim MARA tu sendiri, aku mengaku; aku kalah pada setan dalam hati aku ni.
Sejak dari tu, aku jadi anti-kerajaan. Lebih-lebih lagi MARA. Sungguhpun begitu, bila ada orang yang mempersoalkan tugas MARA, aku tetap melenting sebab secibai-cibai MARA tu, aku tak lupakan kulit. Malah kalau diberi peluang nak jadi Pengarah apa-apa dalam MARA, aku akan sanggup berenti kerja dan berkhidmat.
Dan benda pertama yang aku akan buat ialah pencen-awalkan Makcik-makcik dan pakcikpakcik yang bikin malu MARA ni. Lepas tu keluarkan budak-budak yang anak orang kaya dari senarai budak-budak MARA. Lepas tu buat JOM Heboh MARA. Hahahaha


Pemerhatian:

1) Suasana kerja dalam pejabat kerajaan tidak menggalakkan kreativiti. Tidak hairanlah jika kita menemui sistem yang lapuk, lembab dan tidak berguna dalam sistem sesuatu jabatan kerajaan sebab suasana pejabat tidak menggalakkan evolusi sistem tersebut. Salah satu cara mengatasi ialah dengan meletakkan seorang Pengarah/pengerusi yang objektif semasa berbincang dan punyai interpersonal skil yang tinggi dalam mengawal topik yang sedang dibincangkan dan motivasi ahli yang sedang membincangkannya. Bukan yang hebat dalam melaga-lagakan orang. Dia mesti sentiasa melihat bagaimana nak buat jabatannya lebih rakyat-friendly. Senang jer nak cari Pengarah macam ni. Cari yang jaga waktu solat dan solat berjemaah setiap waktu. Dialah orangnya. Sebab orang macam ni taat kepada bos yang tidak kelihatan, tak macam Pengarah sekarang yang bermuka-muka dan sibuk peluk periuk nasi dia jer.

2) Penjawat awam membawa imej kerajaan di hadapan rakyat. Mutu kaunter perkhidmatan yang buruk membayangkan pentadbiran yang buruk. Macam kedai makan jugak. Tapi hairannya, mutu ini boleh pulak dijaga bila pelanggan itu ialah orang luar (macam kaunter imigresen kat KLIA, dsb), tapi kaunter untuk rakyat (macam di GH atau klinik), layan orang macam kita tak bayar cukai pulak. Dan takde sapa pantau dan kalau komplen pun, Komunikasi Korporat dari jabatan tu akan cover balik. Tu sebablah kita mengadu kat TV3. Tapi TV3 pun dah condong macam fail-fail di pejabat MARA. Penyelesaiannya dah ada sebab ada setengah jabatan yang mutu servis kaunternya bagus macam yang dimulakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

3) Bukan semua student IPT yang menjual diri kerana nak bergaya atau terikut-ikut dengan budaya barat. Sapa yang nak jadi villain? Sapa yang taktau apa itu maksiat? Sapa yang tau bila kami menangis sorang-sorang depan tuhan sebab malu dengan apa yang kami lakukan demi untuk teruskan harapan ibubapa kami. Kitorang cuma mahu teruskan kehidupan sebab kos nak belajar untuk membantu negara kat Malaysia ni mahal sangat. Dulu korang yang cakap nak taja kitorang. Dahla mintak tajaan macam mintak sedekah. Bila dah jadi budak korang, kena mintak sedekah pulak setiap bulan sebab cek masuk lambat. Kos budak Arab nak belajar kat Malaysia, sama macam kos rakyat Malaysia nak belajar kat sini. Baik aku pegi Arab. Boleh aku bukak kompeni aku kat sana sebab takde saingan. Cukup tahun, bila kompeni dah maju, aku balik. Dapat Datuk. Penyelesaian untuk ini bukanlah buat survey. Tapi hantar agen perisikan untuk menyiasat sendiri apa sebabnya. Kata budak U ni penting untuk negara. Laburlah untuk buat risikan. Ni tidak, duit risikan tu habis hantar SB ke luar negara check hotel, check limo supaya line clear supaya diorang boleh lepak bogel dalam bilik hotel. Mangkuk betul. Penyelesaian? Contohi dan pertingkatkan lagi tugas JPA.


Konklusi:

Ada jumlah yang signifikan dari golongan rebel, budak-budak yang taknak balik Malaysia atau yang bermindset penentang kerajaan ni, dicetuskan oleh sikap orang yang bekerja untuk kerajaan sendiri. "Raja" dan "Kera" dalam "kerajaan" tu berubah-ubah. Tapi mamat-mamat ni tetap di sini. Dan ekor mereka semakin panjang, lemak mereka semakin tebal. Kalau nak ubah Malaysia, ubah veteran-veteran tua (yang tak berguna dan berfikiran sempit) dalam organisasi kerajaan kita ni. Sapa yang takbley terima (dan taknak belajar) FB, blog, email, atau taknak cuba idea baru, kita bagi kata dua: berubah atau sila tandatangan di sini (pencen awal).
Kita perlukan breakthrough dalam mutu civil servant kita supaya rakyat percaya kepada sistem (bantuan) yang ditawarkan kerajaan. Barulah mereka bergantung kepada kerajaan. Ni tidak. Last-last diorang pergi ke along. Atau orang luar. kenapa? SEBAB ORANG TEMPAT KITA BERNAUNG ITU TIDAK ENDAHKAN KITA (DAN PAKSA KITA ISI BORANG ITU INI MASA MINTAK TOLONG MEREKA) SETELAH KITA ANGKAT MEREKA JADI RAJA. Cuba cina takde IC kang, takyah isik borang, tau-tau dapat dah myKAD. Tak tanya pun apa itu rukunegara. Cakap Melayu pun tak reti. Lawak ke apa?

Baru-baru ni, kerajaan nak buatkan Melayu kurang bergantung kepada kerajaan. Amenda ni? Bila kami dah tak perlukan kerajaan, buat apa nak undi kamu? Itulah yang berlaku kepada non malays. Kita biarkan mereka berdikari dan sekarang mereka nak mula tunjuk taring. Padan muka kita. Nak ikut cara demokrasi, tapi tak paham selok-beloknya (sebab taknak belajar dengan pelopornya: Yahudi). Kera di hutan disusukan, biasa arr. Dah mak kera, dia jaga anak kera laa.

Jadi, kepada semua, marilah kita sama-sama bersatu dan sokong kerajaan balik dan lepas tu baru kita gaduh (dalam kelambu) pasal apa yang kita nak buat kat Malaysia ni untuk 20 tahun lagi (Cina dah buat dah, India dah mula nampak hasil dah). Kenapa 20 tahun? sebab setelah tahun ke 21, anak yang kami buat pada hari ini dah boleh mengundi dan mengubah kerajaan DEMOKRASI Malaysia ni. Hahahaha. Padan muka korang.

Berubahlah atau sila tandatangan di sini. Hahaha.


Pandangan sempit ini tidak ditaja oleh sapa-sapa sebab nak elakkan isu cek lambat. Sumer pakai duit dan masa sendiri.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails