Thursday, February 17, 2011

Kita, Mug dan Realiti (Azan; Kenapa Tak Azan?)






Antara ramai-ramai orang yang bersolat jemaah dalam masjid tu, sapakah punya pahala yang paling banyak?

Tok Imam?
Makmum?
Siak?
Atau takde sorang pun yang dapat pahala?


Kenapa tanya soalan ghaib camni? Sebab orang yang bijak, dia buat kerja sikit tapi nak dapat ganjaran banyak...Hehehehe...


Pahala Tok Imam memang banyak. Tapi ia berisiko untuk menjadi dosa kiranya bacaan Tok Imam atau niat Tok Imam tak betul. Nak jadi Tok Imam pun kena ada kelayakan. Kelayakan terbaru ialah mesti pernah join Siri "Imam Muda" kalau umur kita ni baru cecah 20-an. Kalau tidak, yang dah kawin ajer yang boleh jadi imam. Ye ke? NI yang golongan muda rasa nak merusuh ni. Semua yang tua jer dapat. Yang muda dapat janda jer...eh? Nyimpang pulak...

Pahala Makmum memang banyak berbanding dengan tugas yang kena dilakukannya. Bacaan dia ditanggung oleh Imam tapi sebab pahala solat berjemaah tu besar gila pahalanya, dosa salah baca tu kira sebelah mata jer bila jadi makmum ni. Paling penting makmum kena ada usaha nak baca dengan baik. Itu jer. Itu bukanlah bermakna makmum bloeh solat main-main kat belakang. Memang dapat kain buruklah jawabnya...

Pahala Tok Siak memang banyak sebab dia yang bentang sejadah, kemas masjid, cuci tandas dan sebagainya. Tapi pahala yang dia dapat adalah jenis tempias. Bukan macam pahala solat berjemaah yang macam air terjun mencurah-curah.

Orang yang paling banyak pahalanya pada pandangan kami ialah Tok Bilal. Sebab dia azan. Azan ialah seruan untuk mendirikan solat. Dan sapa yang mengajak, dapat pahala amalan kebaikan yang dianjurkannya. Banyak, tu! Kalau sorang makmum dapat pahala solat berjemaah yang macam air mencurah tadi, bayangkan kalau ada satu saf? 3 orang pun dah penuh satu tangki! Tok Bilal yang bijak adalah Tok Bilal yang selain azan, dia juga ajak orang lain untuk berjemaah.

Maka di sini kita lihat, orang yang malu nak azan itu adalah orang yang jahil. Dan orang yang azan sebab nak menunjuk pulak adalah orang yang mangkuk.

Mesej kali ini ialah agar abang-abang sekalian, berebut-rebut nak azan bila masuk waktu solat. Anda boleh azan di masjid (rebut mic dari Tok Bilal!), di surau pejabat, atau di surau RnR di sekitar lebuhraya di Malaysia. Dulu kami ada ramai anggota nak pastikan setiap tempat sujud akan terkumandang azan. Tapi sebab sekarang semua orang dah lalai dengan benda lain yang lebih fun (macam menguatkuasakan syariat atau berjihad contohnya)


Ajarkan anak-anak kecil laki dan pompuan kita untuk azan. Biasakan mereka mengumandangkan azan di rumah atau dalam kereta atau di mana saja. Sentiasa tanya mereka dah solat ke belum selain dah makan atau dah siap kerja sekolah ke belum.

Dan artikel ini juga nak memujuk kepada mereka yang telah dan sedang istiqomah melaungkan azan di surau, musolla walhal di masjid tempat mereka tinggal, walaupun selama bertahun diorang azan ni, takde sorang pun yang datang. Teruskan! Jangan berhenti! Laungkan azan itu dengan bersungguh-sungguh. Dayukan "haiya 'alasolah" tu, semendayunya jiwa yang sedang bersedih kerana manusia diluar sana DENGAR dan TAHU tapi TAK MAHU TAAT. Sambung doa lepas azan dengan permintaan agar Allah bukakan hati mereka yang mendengar azan tadi. Jangan putus asa! Anda sedang melakukan satu perjuangan! Dan kadang-kadang, anda kena kretif dalam usaha anda. Jika nak cari duit anda boleh kreatif dan buat apa saja, masakan dalam bekerja untuk Allah anda main tadah tangan ajer? Gilagila sikit! Dan jangan bersedih! Rilek. Dunia nikan, gurauan? Tunggulah kiamat nantik dan kita akan dapati kitalah orang yang paling 'sejahtera' sekali...



bersambung....

Wednesday, February 16, 2011

Tabligh-Leak: Rahsia Brader Joe



Ada sorang brader tu aku dok perati dari mula aku join jemaah ni. Dia tido lambat, bangun tahadjud dan bila waktu Subuh, dialah bangun paling awal. Masa waktu siang, aku tengok dialah yang paling rajin. Masa tengahari antara Zuhur dan Asar, tak pernah aku tengok dia tido. Mesti dia sama ada buat random atau tolong orang khidmat. Tak letih ke dia ni? Aku pernah cuba ikut tahap gaban dia tu tapi lastlast amal infradi aku yang lari. Aku nak tau apa rahsia dia. Kolegen plus ke? Jus Tok Guru ke? Kopi Radix ke?


"Bang, saya tanya ni, abang jangan marah lak" mulaku.
"Eh..Selagi tak usik Allah dan Rasul, wa OK" jawab brader tu yang kami kenali sebagai Brader Joe ajer.


"Abang ni tak letih ke?" tanyaku. Jariku menekan butang record padda henfonku yang sengaja aku flashkan depan dia macam aku ni nak jawab sms ke apa...


"Eh...Letih jugak..." jawabnya sambil merendahkan pandangan.
"Saya tengok abang harihari tido lambat, bangun cepat. Tengahari tak tido. Abang tak letih ke?" tanyaku bertubi-tubi. Brader Joe senyum jer.


"Oh..Tu" jawabnya sambil tersenyum.

"Tang tu abang amalkan zikir" jawabnya. Yes! Kan betul aku cakap. Ni mesti ada amalan apa-apa ni..Akhirnya aku dapat satu amalan baru...


"Kongsi laaa" usulku sambil buat muka kiut (wekkk!!!)


"Senang jer dik. Sebelum tido, kita zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Insya Allah, Allah akan bangunkan kita pada waktu pagi tu dengan kekuatan dua orang hamba" katanya...

La? Zikir ni, jer? Fikirku pada masa tu..




(dialog di atas berlaku 4 tahun lepas)

p/s: Sejak aku mengamalkan zikir ini, dah dekat 2 tahun dah aku cuma tido 2-3 jam jer sehari (kecuali hujung minggu atau sakit)

Tuesday, February 15, 2011

Mari Kenal Rasul Kita Fakta#9


GURAU DAN SENDA RASULULLAH

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan kanak-kanak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada baginda lalu berkata,
"Wahai Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
--------------------------------------------------

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
---------------------------

Seorang perempuan tua berkata kepada Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. 

Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.


Mari Kenal Rasul Kita Fakta#8

Fakta#8

Sabda Rasulullah SAW:
 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
 aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)






Mari Kenal Rasul Kita Fakta#7

Fakta#7



ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
 Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN
 
1.. Thuwaibah
 
1. Hamzah
 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1. Halimah Al-Saidiyyah
 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-’Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
 
8. Abdul Ka’bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. ‘Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 

Mari Kenal Rasul Kita Fakta#6

Fakta#6


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra’



Mari Kenal Rasul Kita Fakta#5

Fakta#5
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam’ah
 
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Mari Kenal Rasul Kita Fakta#4

Fakta#4

USIA 53 TAHUN 
1· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 


2· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
1· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Mari Kenal Rasul Kita Fakta#3


Fakta#3

USIA 20 TAHUN 
1· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 

2· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 

2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 

3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 

4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
1· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 

2· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 

3· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
1· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

Mari Kenal Rasul Kita Fakta #2

Fakta #2:


USIA 5 TAHUN
 
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
2· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
1· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
2· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
1· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
2· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


Mari Kenal Rasul Kita Fakta#1

Fakta#1:

1· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 

2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 


3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 


4· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 


5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 


6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 


7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 


8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails