Friday, February 11, 2011

SelamatKah Jumaat ku?




Harini nak semayang kat aner?
Nak naik keta saper?
Minggu ni turn siapa?

Ish ...
Lamanya diorang ni.
Kan dah cakap pukul 1230 tunggu kat sini.
Keta kat belakang pun dah haibim-haibim.
Ish...

Aiseh, pekena cendol la dulu dol,
barula lengkap semingguan kiat berpekerjaan.
Lepak kasi kebas lidah dulu.
Kalau sempat, pekena sedas dua dulu.
Aku dah boring arr bensen, sapa ada kent kotak biru?

Aiseh, bebudak lepas SPM pulak ramai kat saf depan.
Macamacam punya jenis serban, kupiah, songkok inci kelapan.
Cari port ada kipas, good ventilation dan jenjiran yang bagus,
Kalau dah plan nak tido pun, pepandailah cover bila terkelebuss

Layan the first 3 minutes of the khutbah jer
Yang part ittakullah dan selawat selawi jer
Apa dia cerita lepas tu dah tak kira
Semua masjid nak kena jaga hati funder juger.
Sambung tafakur dan fokus pada ittakullah je lahh...

tibalah part yang ditunggu-tunggu dalam seminggu.
Part saat berdoa antara dua khutbah.
Part terbukanya pintu rahmah
dan kemakbulan dek kepemurahan dan kemuliaan kejumaatan
Awakpun beria-ia lah berdoa
Macam nak luruh dah langit,
Macam dah nak runtuh dah  bumi,
Telinga berdesing, mata mengenyit,
dahi, dahi toksah citer....
Kalau boleh nak hantuk-hantukkan kat lantai time tu juger..

Kemudian masa kedua. Sambung tido. Tunggu orang angkat tangan nak berdoa. Doa sekali. Masa part doa raja tu, buat tangan cam doa tolak bala. hehehe. Jangannn. Tak baikk.

Bila semua dah cemas nak berdiri, cover-cover sikit mengeliat tu.
Dan gerakkan jari
Kasi buang kebas tu
Kok tak kang goyang....

Dan imam pun bertakbir...

.
.
.


"Kemudian bertebaranlah kamu mencari rahmat Allah..."

.
.
.


Semua bawak keta lelaju nak balik ofis.
Takde takwa-takwa der.
 Aku mainroad, kau yang tak bagi signal tadi!

Mana aderrr?

Yer!
Ni aku ada rakam dengan henfon, ni...


Thursday, February 10, 2011

Petang Khamis




Ish? Kejaaap jer dah Khamis?
Besok dah Jumaat dah?
Pelajar Malaysia dah habis balik, dah?

"Besok dah Jumaat, kerja aku tak siap lagi.
Petang ada conference call pulak, balik lambat la jawabnya ni nanti."

"Malam kang ada tahlil kat umah jiran lepas maghrib,
Balik umah kang kena kasi baby tido awal, valentine's day aku malam ni..."

Tak sempat nak tengok cermin, sikat rambut, mandi pun kambing,
terus sambung gerak.
Tah nak kemana ntah, nak cepat manjang,
tapi tang luar, nampak camtuuu gak?

Udah-Udah lah tu
Berentilah sekejap,
Sujudlah dulu...
Jangan risau, Insya Allah, 
kalau tak mati,
kita sampai,lah ke Sabtu...

Atan dan Abu (Heran tengok orang navigate Ubuntu)


Atan dan Abu tengah lepak tepi tiang masjid. Diorang tengah menyalahgunakan kemudahan Wifi dalam masjid untuk update blog, FB, tweet, dan layan segala benda Supernatural. Diorang di approach oleh dua orang budak omputeh berserban dan berjubah hitam. Janggut pun sebakul-sebakul...


"Assalamualaikum, brothers" kata yang tinggi sikit.
"Wa'alaikumussalam..." jawab Atan dan Abu buat muka ceria satu Malaysia.


"Are you guys online?" kata yang pendek sikit.


"We're using the masjid's Wifi" jawab Atan. Atan sedang belajar BI. Dia memang tak segansegan nak try ilmu baru dia dan membaikpulih mana yang perlu.


"Do you guys FB?" tanya yang sorang lagi. By this time, diorang semua dah cam pahampaham jer buat bulatan kecil mengadap laptop yang ditaruk atas kerusi lipat kecil. Abu cepat-cepat cover window-window yang berkenaan.


"The question is, do we update our status?" jawab Abu yang mula berpaling dan bersalam mesra dengan dua mamat ni. Mereka semua ketawa. Kuat jugaklah tapi sibbaik masjid tu besar, takdelah bergema sangat. Kedengaran bunyi pakcik sapa ntah terbatuk-batuk di kejauhan.



"Is it true that the revolution in Egypt was caused by FB?" tanya yang tinggi. Atan dan ABu berpandangan sesama mereka dengan muka blank. Manalah diorang ni tau tu sumer. Yang diorang ni tau: adab makan, adab tidor, adab masuk keluar tandas. Adab masjid pun kantoi. Nikan pulak nak pikir pasal revolusi...

"Why do you say that?" tanya Atan. Mamat serban yang kecik sikit tu dipersilakan menggunakan laptop. Beliau mula memposisikan diri, mencucuk pendrive, meng install something dan mula menguis mousepad dan menaip password. Laju gak mamat ni buat kerja. Dia pakai Linux Ubuntu agaknya. Macam main game lak dah aku tengok mamat serban ni kemudi internet. Kejap FB. Dia tuis jari, pegi ke blog. Dia tuis lagi skrin jadi kecik macam zoom dari jauh. Dah tu ada dua tiga window pulak yang tengah running 4-5 application dalam setiap window. Mamat tu ushar sesatu. Pergh. Menganga si Atan dan Abu walaupun dah sampai turn diorang sambung dialog lalu mereka berkata:



"Waaaahhhhh...". Mamat berserban tu berpaling. Dia melihat gelagat Atan dan Abu yang terpegun dengan cara dia mengemudikan laptop menggunakan OS Ubuntu. Tak linear dan kena klik detail-detail cam dalam Vista atau XP. Cam citer Tom Cruise yang precog tu pun ye gak. Cool ah. Atan dan Abu menghampiri mamat berserban tu. Cuak pulak mamat tu.



"I heard rumors saying that the revolution in Egypt was caused by FB and the internet" kata yang tinggi memecah suasana cam bangang.


"Really?" tanya Atan dan Abu yang sudah menolak mamat tu ketepi dan mula mainmain dengan laptop. Diorang cuba tuis-tuis kat mousepad tu dan cuba navigate thru the operating system macam mamat tadi buat. Mamat tu yang terjelepok sedikit dan ketawa dengan gelagat Atan dan Abu yang selamber dengan muker jeles mereka.

Dari jauh abang karkun dan brader bus stand mendekati jemaah mereka. Aku pun menutup laptopku dan mendekati mereka juga...






Hmmm...Adakah akan bermula?

Wednesday, February 9, 2011

Supernatural malam tadi...


Kali terakhir satu video berjaya buatkan air mata aku mengalir adalah masa cerita The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Cerita Supernatural malam tadi sekali lagi. Aku mula terasa sebaknya masa Famine baca isi hati Dean. Dan aku nyaris kantoi masa part akhir yang Dean mintak bantuan dari tuhan.

Dalam hati Dean ada kekecewaan yang teramat sangat. Dia telah diberitahu bahawa tuhan dah tak pedulikan keadaan dunia yang dah semakin huru-hara malahan membiarkan lagi puak malaikat mempercepatkan kiamat sebab dunia dah dipenuhi oleh kejahatan manusia. Dean juga telah diberitahu bahawa dia ditakdirkan akan membunuh Sam satu hari nantik masa Iblis menguasai tubuh Sam. Samlah satu-satunya keluarga yang dia ada selepas kematian bapanya dan kemurungan Bobby (mentornya). Bahkan, Dean dan Sam terus menjadi buruan pihak malaikat dan setan dan ini menyulitkan keadaan di mana mereka ni kerjanya adalah pemburu setan.

Semua keadaan menunjukkan seolah-olah Dean memang takde chan akan selamat. Kalau dia selamat pun, keselamatannya hanya dapat diperolehi setelah dia membunuh Sam. Dan dia tak setuju dengan takdirnya itu. Sebab tulah seboleh-bolehnya Dean taknak Sam gunakan power hitamnya walaupun power itu membantu juga, macam dalam kes malam tadi. Dia taknak Iblis mudah masuk jika Sam selalu gunakan powernya itu.

Namun itu tak menghalang Dean dari terus berusaha. Dan itulah kekuatan cerita ni yang aku suka. Ia mengagungkan ciri 'harapan' yang menjadi tunjang kepada segala apa yang memotivasikan manusia untuk terus berjuang dalam kepalatan hidup ini. Dean takde majik macam Sam.

Cuma katakata Famine, serta apa yang dah Sam lakukan malam tadi telah buatkan Dean goyah. Sungguhpun Dean bukanlah seorang yang beriman kepada tuhan (dalam cerita ni, tuhan dah fedap dan pergi bercuti setelah menetapkan takdir dunia ke arah kiamat), Dean akhirnya kalah juga dan berdoa agar tuhan membantunya. Sebab dalam kes Supernatural season kalini, memang dah takkan ada sapa lagi yang boleh bantu mereka selain tuhan. Castiel pun nampak makin hari makin lawak (Castiel ingatkan aku kepada cerita Harut Marut).

Perjuangan Dean yang nampak seolah-olah semuanya menunjukkan kekalahan itu aku simbolikkan kepada keadaan para pejuang Islam di akhir zaman ini. Pejuang Islam yang sebenar takkan memerangi orang yang jahil. Masalahnya, mereka yang jahil inilah yang banyak direkrut oleh Iblis dan menjadi satu kesedihan untuk melihat mereka yang jahil itu mati tanpa iman dan mendapat kesengsaraan selama-lamanya di neraka. Pejuang sebenar Islam ialah menyelamatkan manusia dari murka Allah (yakni neraka). Bukan dari genggaman pemerintah yang zalim. Atau dari genggaman missionaries yang sebenarnya juga jahil. Tapi macamana nak membalas balingan batu penduduk Thaif dengan doa yang baik? Macamana nak berdiam diri bila masa sujud depan Kaabah, kita dilambakkan dengan perut unta? Semua ini memerlukan kesabaran dan kesabaran itu sebenarnya boleh dicapai melalui latihan yang istiqomah.

Setakat hari ini, aku sering kantoi dengan ujian kesabaran. Tang sabar menahan nafsu satu hal. Part yang aku selalu kantoi adalah part sabar menahan ujian. Aku kantoi dengan bala. Dapat lak jika ia melibatkan orang yang aku sayang (nilai Sam kepada Dean). Cuma bezanya ialah, Dean masih kuat dan aku;






...aku betul-betul perlukan bantuan...


Ya Allah, Ampunilah daku dan terimalah daku kembali...


Aku mahu 'bekerja' semula...

Harap


Ya Allah,
Di dalam kekalutan ini
Di dalam kebingungan ini,
Aku mengharapkan perhatian MU

Kau Maha Mendengar
Kau Maha Mengasihani
Aku cumalah sekelumit kejadian
Dari ribuan makhluk ciptaan Mu

Tak luak Kesempurnaan MU
Tak kurang Keagungan MU
Andainya Kau sudi
Mengampunkan kami

Ampunilah kami
Kami terima pesanan Mu
Dan kami malu...
Ampunilah kami Ya Allah
Dan kekalkanlah kami dalam kebersihan
Dan kesejahteraan...


"Mintalah, Nescaya akan Ku Perkenankan..."




Aku teringat satu kisah di mana seorang lelaki kurus berpakaian compang-camping laksana pengemis dengan taat melakukan tawaf disekeliling Kaabah. Bila dah lengkap 7 pusingan, beliau akan berhenti di sekitar Hajarul Aswad dan memandang kepada secebis kertas di tangannya. Kemudian beliau berdoa dan melakukan tawaf lagi. Pada round yang keberapa ntah, beliau tersembam dan terus menemui ajalnya. Orang mengangkat mayatnya keluar dari kawasan masjid tapi seseorang telah terbaca cebisan kertas itu dan di dalamnya tertulis:

"Mintalah, nescaya Allah akan memakbulkannya"

Rupa-rupanya pengemis itu berdoa meminta sedikit makanan untuk keluarganya dan berharap agar tawaf yang dilakukannya akan disukai oleh Allah justeru memakbulkan doanya. Namun beliau pergi dulu sebelum sempat membawa apa-apa makanan untuk keluarganya....


Allah Memang Maha Kuasa, tuan-tuan dan puan-puan. Tapi dunia ini adalah Darul Asbab. Takde orang dalam dunia ni yang dapat Manna Wasalwa atau tumbuhan hidup tanpa matahari. Yang sedihnya, kita yang dah tahu semua ini, langsung tak teringin nak jadi asbab kepada turunnya rahmat Allah ke seluruh alam. Takdelah yang berazam nak jadikan maksud hidupnya untuk berkhidmat dan mengongsikan segala kebaikan yang Allah dah berikan pada mereka (yakni iman) kepada yang memerlukan.

Apatah lagi nak mendermakan harta atau masa. Balik-balik geleng kepala pada budak mintak sedekah. Balik-balik hantar spy Jakim follow budakbudak Tahfiz yang 'berlatih skil keusahawanan' tu balik ke madrasah.

Maka, marilah kita menjadikan diri kita ini sebagai asbab agar lebih ramai lagi manusia dalam dunia ini yang ingat kembali bahawa Allah Maha Mendengar dan Allah perkenankan doa mereka yang meminta-minta pada Nya...

Tuesday, February 8, 2011

Atan dan Abu (...balik kampung, motong gotah)


"Eh? Kau tak perasan ke Tan?" tanya Abu. Atan melirik pada Abu yang dok ushar-ushar kat luar keta sejak mereka memasuki kawasan ni tadi. Atan takleh nak fokus sangat kat luar sebab dia sedang memandu. Lagipun, kat luar cuma ada deretan pokok getah sejauh mata memandang. Dahlah orang kampung suka-suka bawak motor tetengah dari tadi. Dengan tong getahnya. Dengan galah panjangnya. Dah macam main Need for Speed pulak ngelak-ngelakkan diorang...


"Perasan apa? Pokok getah banyak lah" kata Atan. Dia cuba mengushar ke kiri dan ke kanan untuk memerasankan apa yang diperasankan oleh si Abu.


"Aku tengok banyak lak keta yang parking dalam kawasan pokok getah tu" kata Abu. Dia menuding ke arah sebuah Viva hitam yang kelihatan di celah-celah batang pokok getah di belah kanan jalan. Biasanya, penoreh getah cuma naik motor atau basikal ajer nak gi motong. Ni selamber bawak keta. Kilatkilat lak tu.


"Keta baru, tuu" kata Atan yang dah mula perasan.
"Siap ada Waja dengan spoiler sidai kain tadi, aku tengok" tambah si Abu pula.


"Penoreh getah sekarang kan kaya-kaya. Harga getah naik sekarang wooo" kata Atan. Abu mengangguk-angguk kecil tanda setuju dengan Atan.


"Eh, kita berenti minum lah dulu mana-mana" kata Abu tetiba. Atan bersetuju dengan cadangan Abu. Dah dekat 2 jam mereka dalam perjalanan nak ke Felda Bukit Rokan Utara, N9, nak pergi ambik seseorang. Kenderaan mereka mula masuk ke kawasan yang bertamadun setelah melalui deretan pokok-pokok getah dari tadi. Rumah, deretan kedai dan warung mula kelihatan di kiri kanan jalan. Kenderaan diberhentikan di sebelah kedai minum di hadapan Balai Raya. Atan dan Abu dah duduk di meja mereka.

Beberapa minit setelah Atan dan Abu meneguk minuman panas mereka, meja mereka didatangi 2 orang kampung.


"Weiii orang bandar, lamo tak nampak batang idung?" kata salah sorang dari mereka. Aroma gotahbuku memancar-mancar dari wajahnya. Yang sorang lagi pun tak kurang aura gotahlantun nya. Mereka menghulurkan salaman pada si Atan yang dah berdiri.


"Weiii...Arippp" kata Atan.
"Hehehe" kata Arip. Setelah salam-salam dan order minuman, perbualan pun dimulakan...


"Ko buek apo kek sini pepagi buto, ni?" tanya Arip. Arip menarik keluar sebatang rokok dari kotaknya. Dunhill, tu. Kemudian dia dok ketuk rokoknya dengan gaya lelaki sejati. Atan dan Abu malu nak keluarkan rokok tembakau Ayam mereka. Abu mintak sebatang. Arip menghulurkan. Asap mula berkepul di meja mereka.


"Kitorang nak jumpo Asan" jawab Atan.
"Eh? Bukan Asan dok Bangi sokali ngan korang, ko?" tanya mamat yang belum diperkenalkan lagi.


"A'ah. Tapi dio balik kojap nak jumpo omak eh. Ni nak ambik dio balik la ni" jawab Abu. Abu buat O dengan asap rokok. Acik dari meja sebelah ushar jer tindak tanduk Abu. Abu senyum kat Acik tu dan angkat tangan. Acik tu senyum balik dan rilekk.


"Tak buleh langsung boronggang" usik mamat yang belum diperkenalkan tadi. Mereka semua ketawa.


"Korang dah kojo?" tanya Arip. Atan dan Abu tersengih.
"Kitorang bolom habih bolajar laei" jawab Atan.
"Bilo, nak habih eh bolaja kau tu?" tanya mamat yang tadi pulak.
"Dari kocik sampai nak boruban lak dah, tak habih-habih dongan bolaja eh. Ontah hapo laei yang nak dibolaja eh, gak eh?" usik Arip.
"Bolaja ni, takkan habih" jawab Abu.
"Ekau ujung-ujung minggu kok takdo klas, baliklah kampung, motong gotah" usul Arip. Atan dan Abu buat muka berminat.


"Gotah sokarang naik hargo, woi. Sohari tigo ompek ratuih tu solambo" kata mamat tadi. Patutlah orang kampung bawak Waja gi motong...
"Korang takdo pokok. Kau motong pokok sapo?" tanya Abu.
"Pak sodaro den banyak kobon gotah. Mongolintin nak ngabih an eh" kata Arip lagi.


"Kalau dulu orang motong sampai tongahari yo, sokarang siap ado tigo ship!" kata mamat member Arip. Sibbaik tak tersembur air nescafe Atan tersedak dengar lawak dari member Arip.


"3 shift?" tanya Atan.
"A'ah" kata Arip pula.
"Dari pangka poko, sampailah ko colah ranting. Sumo di toreh eh" kata Arip lagi. Mereka semua ketawa.

"Orang Indon siap bokampung kek colah hutan kek Rombau tu haa nak ngojo an pokok gotah tak botuan" dakwa member Arip.


"Camtu sekali, ek?" kata Abu yang terdiam dari tadi.
"Bondo tongah paneh, kasi pukul la selagi todayo" kata Arip.
"Korang sumo bogaduh-gaduh kek bandar tu haa, buek apo bososak-sosak kek sanun? Kek kampung nia banyak kojo haa.." kata member Arip.


"Elehh, mano standedd..Busuk. Kotor. Takdo e-konn" kata Arip buat nada merajuk. Cam sial rupa Arip buat muncung camtu.


"Kok mampuih pulak pokok gotah tu kitorang kojo an, kanggg" kata Atan dalam nada lawak.


"Agak-agak la sikitt" jawab Arip. Mereka semua ketawa dan scene tamat setakat ini.

Monday, February 7, 2011

Aku nak berenti kerja


Baca dari mula weyhhh, cool giler...

...Aku menahan marahku dan mendengar bebelannya sampai habis. Nak buat camner? Aku ni kan machai? Camana amrah sekalipun aku ni, aku kena simpan dalam hati selagi aku tak dapat kerja lain. Kalau tak kang, apa anak bini aku nak makan? Rezki memang Allah kasi, tapi yang pasti, aku belum maqam tajirid lagi.

Setelah penat berceloteh, tauke masuk dalam. Agaknya dia memang bad mood agaknya. Setelah menyampaikan pesanan berdarah dari taukeku itu kepada budak-budak awning, dan memaksa mereka pergi tengok rumah customer tu, ku meneruskan kerja aku dengan aman sampai petang. Petang nampak nak ujan. Hari pun dah gelap. Aku cuba menghabiskan gril projek ni semampu aku. Aku solat Asar pukul 530 lah.

Tengah aku sibuk mengemas, tibatiba...



A) Tauke keluar balik. Tapi kalini dia senyum. Aku naik risau pulak tengok bonjol di pipinya. 



B) Gril dah siap tunggu nak cat yang kat belah kiri pulak tumbang ditiup angin. Sibbaik belum cat. Kuat betul angin ni lately...



C) Aku rasa boring yang teramat sangat. Aku ambik keputusan. Besok aku taknak datang lagi...



Pengkritik Al Pengkomeni



Semua orang sibuk memindahkan rakyat mereka dari Mesir. Malaysia juga tak berkecuali. Tapi, apakah pegangan Malaysia dalam isu Hosni Mubarak ni? Adakah kita tak kisah dengan parti yang bakal memerintah nantik? 

Macamana dengan nasib pelajar yang kita pindahkan tu setelah semua ini selesai? Adakah hati mereka akan terbuka kepada BN (sebab sebelum ni, lepasan Mesir dichop calon pembangkang)?

Kenapa pulak restu Amerika yang mesti diperolehi sebelum bakal pengganti dipilih? Bukankah rakyat Mesir mahukan demokrasi?

Di satu sudut lagi, sampai bila kita nak bergantung kepada sumbangan dan derma dalam menghadapi masalah banjir? Tidakkah kerajaan patut lebih dewasa dalam hal yang lebih kerap dan pasti daripada sukan tahunan sekolah-sekolah ini?
Camana pulak dengan isu kemalangan yang tak habis-habis? Yang mati tu sumer berduit tu! Kenapa kerajaan tak buat ajer keretapi peluru dari utara ke selatan kasi senangkan orang yang balik kampung daripada menaiktarafkan keretapi setiap 10 tahun sekali? Kenapa kerajaan taknak naikkan taraf keselamatan kenderaan jalanraya macam negara maju macam spek keta Proton yang diorang jual kat UK?

Sebagai rakyat yang internet di hujung jari, aku boleh main kenapa-kenapa sampai kiamat. Memang best mempersoalkan orang ni. Memang best mengkritik orang. Tapi lastlast, marah camana pun aku, kritik berfakta camana pun aku, aku tau ia takkan mengubah apa-apa kat Malaysia ni.


Sebab aku sendiri pun tak dengar cakap orang.
Aku ada masalah dan kepala aku sendiri.


Adakah anda ada kepala anda sendiri?
Adakah kepala anda betul?

Sunday, February 6, 2011

Hmmmhhh


Pepehal pun takziah kepada semua mangsa banjir.
Banjir lumpur dan banjir manusia.
Kepada semua mangsa keadaan.
Mangsa kekejaman.
Mangsa kebodohan
Atau mangsa kepurapuraan
Mangsa kegopohan
Mangsa keterushidupan

Seolah kita semua lupa kita ni insan
Manusia!
Kita bukan penguin!
atau ayam.
Selonggok mati takper
masih ada sereban

Atau mati untuk sebuah fahaman
yang kita sendiri tau berpunca sebab kemalasan

Kemalasan dengan kepura-puraan
Kemalasan terhadap kapitalisme
Kemalasan terhadap rutin

Rombakan diperlukan
Dan diperlukan dengan segera
Kerana kita dah malas nak berpening kepala
Hutang melebihi pendapatan
Nafsu melampaui batasan.
Lojik pun dah takleh nak slowkan
Apatah lagi seruan keagamaan.

Hati patah dalam kekecewaan
Apalagi nak buat?

Melainkan menyertai pemberontakan!
ayuh!









p/s:menyertai disini bukan bermaksud memulakan pemberontakan ditempat anda atau pergi naik kapal terbang ke mesir atau berinternet dan mneyebarkan asap orang mati terbakar. Menyertai dari sudut malaysia ialah menderma dan membantu dalam menyelamatkan rakyat malaysia yang terlibat dalam isu Mesir dan apa-apa isu di mana-mana bahagian di dunia ini. Kita satu malaysia dan daripada simpan duit lebih tu, baik menderma kepada yang memerlukan macam mangsa banjir atau sebagainya...

Thursday, February 3, 2011

Selamat Khamis

Bila semua orang dah sibuk hangkut balik rakyat diorang, 
barulah Malaysia nak gi angkut jugak.
Kalau tidak, selagi takde anak dato', 
takde anak menteri yang tersangkut kat Mesir tu,
 jangan haraplah perkara ni nak bergerak..

Tak menyumbang kepada KPI, ye tak?


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails