Monday, December 20, 2010

Homophobia

Orang sibuk nak ke depan, dia ke belakang pulak..

Astaghfirullah...

Doakanlah Azwan what ever tu. Dia masih belum murtad...
(jangan lupa nak doakan keselamatan diri sendiri dan keturunan dari bala ini)

Tabligh-Leak#103: Jemaah Tabligh di Malaysia




Walaupun aktivi tabligh telah lama bertapak di Malaysia, salah faham tentang apa sebenarnya 'jemaah tabligh' itu masih lagi wujud. Walaupun jemaah berduyun-duyun dikeluarkan dari Malaysia ke serata alam, orang MELAYU sendiri masih ramai yang melabelkan jemaah tabligh sekadar sebagai tin kosong. Ada yang mempersoalkan kesahihan sanad tarekat tabligh ini. Ramai juga yang melabelkan mereka sebagai wannabe.

Semua orang tahu jemaah tabligh menggunakan konsep dakwah dalam usaha mereka. Namun, menurut pemerhatian penulis, NIAT dalam melakukan dakwah dalam tabligh bukanlah untuk mengajar. Ia lebih kepada menyampaikan dengan harapan orang yang menyampaikan mendapat faedah dari apa yang disampaikannya. Serupa juga dengan jemaah tarekat lain yang menggunakan konsep zikir dalam amalan mereka. Zikir mereka itu, walaupun sama iaitu kalimah laa eelaa ha illallah, namun khasiatnya berlainan, bergantung kepada apa niat si penzikir. Ada yang zikir untuk bersihkan hati. Ada yang zikir untuk naikkan darjat. samalah dengan konsep dakwah yang digunakan dalam jemaah tabligh. Dan sesiapa ahli jemaah yang tak jaga niat, pasti dan pasti akan kena uji. Kalau tak on the spot, mesti kena jugak on the later spot. Betul tak?

Dan semua orang juga tahu, jemaah tabligh terdiri dari pelbagai jenis manusia dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada student, ada tok sheikh. Malah di Malaysia, tak kurang ajar jika dikatakan, kebanyakan mereka yang Josh dalam usaha adalah mereka yang ada sejarah hitam. Ada yang matpet, kaki pukul, walhal orang yang terang-terang anti dengan tabligh itu sendiri. Dan akibat dari ini, jemaah ini dipandang hina ketika mereka berkata-kata dengan golongan jawatankuasa masjid tempat mereka diputuskan. Kredibiliti mereka akan dipersoal dan pengetahuan mereka diuji-uji. Dapat pulak mamat tabligh pun kengkadang tersalah cakap (maklumlah, masih baru belajar) dan kesalahcakapan itulah yang akan menjadi point yang diulang-ulang selama bertahun-tahun oleh si pembenci.
Ahli jemaah takboleh menyalak dengan pandangan atau kritikan orang terhadap mereka kerana INIlah MUJAHADAH yang dok disebut-sebut oleh para maulana dan awwalin. Ahli jemaah kena melihat ke dalam dan mencari kelemahan diri setelah mendengar komen orang tadi. Ahli jemaah kena ingat semula mujahadah Baginda SAW dan para sahabat ketika berdakwah di Makkah. Dan serangan mental ini, tak terhad untuk yang datang dari luar saja. Lebih dahsyat lagi serangan yang datang dari anak bini, keluarga serta jiran-jiran. Dan untuk ini, ahli jemaah dinasihatkan agar membuat persediaan yang secukupnya, dunia dan akhirat setelah mengambil keputusan untuk terlibat dalam tarekat ini.

Jangan campakkan dirimu dalam kebinasaan. Kalau dah tau awak tu tak tahan kalau takde duit, jangan sedekah SEMUA ke jalan Allah (dah tu bila sesak, nak claim balik. Tadi kata ikhlas untuk Allah?) Kalau dah tahu awak nak keluar 40 hari, siapkan keperluan untuk anakbini secukupnya sebelum keluar. Jangan tertipu dengan setan. Jangan tertipu dengan api fanak yang meng Joshkan diri ketika ditasykil. Allah memang Maha Kuasa, tapi kita ni makam asbab maka kenalah BUAT asbab untuk dapatkan keizinan Nya. Ketahuilah TAHAP imanmu. Dan untuk mengetahuinya, carilah guru. Bermesyuaratlah dengan orang yang berpengalaman.

Dan kepada mereka yang diluar sana, yang masih skeptik dengan jemaah ini, jangan cepat menghukum. Jemaah tabligh YANG DIMESYUARATKAN adalah OK. Diorang bukanlah digerakkan untuk menghukum sesapa murtad atau kapir atau munafik. Mereka hanyalah penyampai. Jika nak tunggu korang semua datang masjid dan dengar ceramah, alamat cepatlah kiamat. Mereka ni semua melalui jalan yang ketat ini, meletakkan diri mereka di ambang neraka kerana nak menyampaikan sesuatu yang berharga kepada tuan-tuan semua:


Apa dia?


Kalau nak tau, joinlah mereka.



Sunday, December 19, 2010

Tabligh-leak: Artikel yang dicensoredkan: Liberalisasi Islam di Malaysia


Satu masa dulu, berborak pasal agama di kedai kopi atau di tempat-tempat yang selain masjid atau surau menunjukkan kecetekan adab seseorang terhadap sesuatu yang dikatakan suci. Namun semua itu telah berubah sejak terletusnya era teknologi maklumat di mana tahap pemahaman dan keluasan pemandangan orang Islam Malaysia terhadap penghayatan Islam semakin berkembang. Perbincangan tentang hukum-hakam Islam tidak lagi terbatas kepada golongan ustaz dan penceramah agama, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi corak lanskap agama Islam itu sendiri di negara ini.

Ini melembutkan hati masyarakat Islam Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan ketegasan mereka dalam mempertahankan pengamalan kesufian, untuk lebih menerima konsep kesederhanaan dalam penghayatan Islam. Kalau dulu, main gitar sambil menyebut-nyebut nama Allah dalam sebuah LAGU adalah satu penghinaan terhadap Islam, orang yang tak salam lepas solat itu adalah sombong, atau solat tak pakai kain sarung atau baju melayu itu kurang sempurna. Kini, seorang ustaz yang kelakar lebih benar dari ustaz yang takwa, lelaki pakai seluar paras kepala lutut itu adalah takper, dan tauhid itu hanyalah a state of mind.

Era 'Age of Reason' yang sepatutnya membuatkan manusia lebih teknikal terhadap kehidupan seharian serta realiti alam ini, hanya membuatkan orang Islam Malaysia semakin terkebelakang dalam pemahamannya.

Peningkatan golongan akademik serta theorist juga ada sumbangan signifikannya dalam hal ini. Ini kerana dalam dunia kapitalisme, bahan bukti itu lebih sah dalam mahkamah dari katakata seorang yang memang terkenal akan kewarakannya. Bahkan budak yang ada degree lagi laku hujahnya dari seorang pakcik yang dah buat benda ni sejak tak pass SRP. Segala benda dipikir dan dianalisa secara lojik, sehinggakan mamat tabligh terpaksa beri penjelasan saintifik akan kelebihan sesuatu sunnah itu untuk meyakinkan sipendengar untuk sama-sama menghidupkan suasana sunnah.

Akibat buruk dari semua yang diatas ialah perpecahan ummat Islam Malaysia kepada 'yang betul' (syarak) di satu pihak dan 'yang lebih betul' (warak) di satu pihak yang lain. Semua ada pandangan masing-masing, dan masing-masing mempertahankan kebenaran pendapat sendiri. Peliknya, orang yang paling mahu pandangannya itu diterima, tak boleh pula berbuat perkara yang sama bila orang lain memberi pandangan terhadap pemandangannya tadi. Dan perpecahan ini memecahbelahkan lagi bangsa Melayu (yang merupakan majoriti dan majoritinya Islam) kepada pelbagai kepingan umpama sekeping cermin yang pecah. Dan semakin kecil kepingan itu, maka semakin kuranglah power pantulannya memancarkan keindahan cahaya Islam kerana orang Islam memang tak lekang dijadikan ukuran akan keindahan agama Islam.

"Angah nak mulakan trend baru berjilbab"
Akibat yang ingin ditekankan ialah kesan berantai dari pemahaman liberal ini terhadap penghayatan agama dan spiritualiti anak-anak yang bakal mewarisi dunia. Mereka akan memandang rendah akan ketinggian dan kesucian akhlak dan bersifat narsisistik dalam pendapat mereka. Mereka kononnya bersifat terbuka kepada anak-anak mereka pula kerana percaya anak-anak itu adalah manusia yang punyai hak yang sama seperti mereka. Mereka akan tunduk kepada konsep 'bebas selepas berumur 18' dan tak berhak menghalang sesiapa dalam bersuara, hidup atau beragama. Bahkan, mereka yang mungkin berpengalaman buruk akibat pertembungan dengan orang lain, dengan SENGAJA menyebelahi pihak yang SALAH, sedangkan dalam dirinya tahu, mana yang baik dan mana yang tidak baik. Dan hasilnya, kejujuran dan kebaikan itu hanyalah teori dan mereka yang bangga dengan dosa dan kejahilannya pula dianggap sebagai seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Bila generasi muda telah rosak, maka keluarga serta negara itu sedang menuju ke arah kehancuran. Tambahan pula yang tua semakin dah tak berdaya.

Oleh itu, diharapkan agar semua pihak tampil ke saf hadapan untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan negara ini. Dan semua boleh lakukannya dengan kembali menerapkan unsur-unsur agama dalam kehiduapan sendiri, masyarakat serta keluarga.

Friday, December 17, 2010

TablighLeak: Kabel #101: Artikel-artikel yang dicensoredkan

Atan dan Abu (Bayan Maghrib by Atan)




Ini ditujukan kepada para pendakwah. Kepada mereka yang membuat keputusan untuk menjadikan dakwah itu maksud hidup. Kepada mereka yang berkorban masa, tenaga, harta, anakbini, nyawa, walhal syurga neraka mereka demi MENYAMPAIKAN risalah suci.

Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah kerana berani mengambil keputusan ini. Kerana inilah tarekat yang paling ketat. Dan musuhmu bukan setakat nafsu dan diri sendiri, malah anda mengisytiharkan PERANG terhadap si Iblis personally. Dan mamat ni, connection dia ramai. Network dia luas. Ilmunya tinggi. Senjata yang digunakannya terhadap kamu adalah yang tahap biologi dan psikologi. Dan semua ini tidaklah manfaat atau mudharat selagi kamu sentiasa ingat bahawa Laa eela ha illallah

Awasilah perbuatanmu. Kerana orang dijalan ini akan sentiasa diuji. Setiap tindak tandukmu adalah hujah kepada musuhmu yang diri sendiri. Setiap perkataanmu adalah replay yang akan menghantui di kala sepi. Kamu pun tahu cara nak selamat ialah dengan sentiasa merendah diri. Sentiasa ingat diri kamu itulah yang PALING hina SEKALI. Sewangi-wangi perfume, kat mukamu saja ada 7 lubang tahi. Dan kamu tak boleh lalai kepada riak, ujub atau takbur diri. Pada tohmahan dan cacimaki, kamu dah sedia. Ramai yang kantoi ketika dipuji.

Kemudian sentiasalah berjamaah. Kambing yang berjemaah, lebih sukar diserang dari kambing yang keseorangan. Serigala yang menunggu bukan yang di depan mata saja. BERDAMPINGlah dengan yang lebih mengetahui. Punyailah seorang guru. Kerana mengaji takkan selesai selagi berdenyut. Dan bukanlah seorang murid, jika tiada guru nya. Agama kita tak benci kepada yang suka bertanya. Maha Suci Dia, Dia hanya benci kepada yang suka MEMPERSOALKAN. Bukalah hatimu untuk menerima teguran. Kembalilah ke perenggan sebelum ini jika rasa tak paham, apa yang sedang kau bacakan.

Azamkan keistiqomahan amalan. Dan amalan tambahan, hanyalah atap kepada rumah yang ditegakkan dari batasan si tiang kefahaman. Faham bahawa tanpa tiang, tiadalah batas dan asas. Tiada asas, maka yang tambahan, tiadalah maknanya. Tiang didirikan mengikut KEHENDAK CUSTOMER. Bukan ikut suka. Lagi kuatnya tiang, lagi kukuhlah rumah. Tiada batas, maka kita takkan tahu sempadan rumah kita kat mana. Kita takkan tahu besar mana atap yang nak kita sediakan. Rumah yang besar pun tak guna juga jika tiada pengisian serta penyerinya. Barulah kecantikan amalan harian itu akan menguatkan apa yang lemah, dan mencantikkan apa yang dah sempurna. Kecantikan itu akan nampak DARI LUAR. Bila dah ada yang cakap cantik, barulah bersemangat nak KUATKAN lagi interior design dalaman pulak. Menambahkan lagi amalan untuk MENGUATKAN dalaman. Dan kalau rasa susah nak buat serentak cantik dan kuat ni, maka maknanya kita masih belum master perenggan sebelum ini...

Dan semasa bekerja, ingatlah beberapa perkara: Segala yang berlaku adalah dari Allah jua. Jika dah tahu ia akan jadi buruk, maka mengelak itu lebih baik dari menghujah. Jika nak tahu apakah akibatnya, kenalah berpikir sebelum berkata-kata. Kembalilah ke perenggan ketiga jika masih ada bibit terasaterasa. Dan jangan kata benda yang kamu tak buat. Tapi mengajak orang untuk sama-sama buat dengan kita tu takper. Sebab dakwah itu hanyalah alat. Dan inna akma lu binniat. Fadhilat solat dapat jika kita solat. Fadhilat puasa dapat kalau kita puasa. Fadhilat DAKWAH akan dapat, kalau kita dakwah. Dan kalau nak dakwah, kenalah belajar caranya. Macam solat, taklehlah kita nak buat ikut suka kita.

Dan yang paling susah sekali, ialah jaga keikhlasan. Kamu kena check tujuan kamu melakukan setiap apa yang kamu lakukan, sepanjang masa. Sebelum, semasa, selepas, walhal setiap kali kamu tercerita atau ditanya tentang peristiwa itu. Jangan ceritakan amalan yang kamu azamkan keikhlasannya kepada sesiapa. Kerana ia adalah bekalan ketika berjumpa Dia di sana. Namun kita kena sedar kita ditahap mana. Masih takper kalau kau beramal sebab nakkan dunia. Sebab sekarang kamu sudah tahu kamu berada DI TANGGA. Step kedua ialah MENDAKI. Hati-hati dan sedarlah, kerana lagi tinggi kita, lagi sakit sakitnya kalau jatuh nanti. Dan lagi nangka busuk.

Dan ketika berjumpa dengan saudara, ingatlah, mereka bukan musuhnya. Musuhnya ialah semua kecuali dia. Musuhnya ialah diri kita. Sebab kita bukan nak betulkan dia. Kita nak betulkan diri kita. Ikut rentak mereka. Tawanlah hati mereka. Yang otak, pakailah otak. Yang lojik, pakailah lojik. Yang lawak, kita ketawa. Yang guna ayat Al-Quran, kita dengar macam itulah first time kita dengar. Dan jika kemarahan itu kita perhatikan, padamkannya dengan kasih sayang. Ingat! Yang masuk neraka ialah kita. Mereka ni semua adalah penghuni syurga. Sebarkanlah salam kepada mereka. Berhenti berkata-kata bukanlah bermakna Allah itu kalah. Cuma kita yang masih belum cukup ilmu di dada. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Kembalilah ke perenggan keempat setiap kali kamu stuck.


Dan selagi kamu terdaya, teruskanlah. Dan ketika ada orang baru, raikanlah. Berkongsilah informasi. Doakan agar dia jadi lagi hebat dari idola kita. Sebab yang penting bukanlah sapa kalahkan sapa. Tapi KITA SEMUA TERLIBAT dalam kemenangan Nya.
Dan bila kamu sejuk atau lemah, kuatkanlah semangat, gigitlah azammu semula, gulung saja api cemburu atau keotaian kefahamanmu kerana pada saat ini, bukan kamu yang sedang keluar bertabligh di sana.

Dan andainya kamu tak tau, apa yang aku kata, memadailah dengan memberikan sokongan semampu mana; Dari menjadi rahaber, hinggalah ke tukang beli lada. Iktikaf dan bersamalah mereka. Dan jangan sekali-kali berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati mereka.

Kerana BUMI ini dah tak lama. Dan KITA NILAH SAJA UMMAT BAGINDA SAW YANG ADA. AYUH! SIAPA YANG SEDIA?


ikuti juga ia di sini

Thursday, December 16, 2010

Selamat Hari Khamis

Semalam hujan lebat
Tido pun tak engat
Bangun terpisat-pisat
Sambil garu pusat

Jangan lupa!
Esok ialah JUMAAT!

Ada yang kena masuk meeting pepagi ni

Ada yang tak buat apa-apa

Ada yang kena beratur
Ada yang masih menggosok matanya
Pepehal pun, USAHAKAN PERDAMAIAN
Jangan sokong pada perpecahan

Wednesday, December 15, 2010

Berita Terkini



Rabu, 15 Disember 2010. Kampung Paya Besar Pedas, Negeri Sembilan. Sebuah blog yang berpaya besar tetapi pedas telah dikesan menyebarkan dakwah secara haram di sebuah perkampungan kecil dekat dengan pekan Rembau, barubaru ini.


Blog ini yang kononnya didakwa sebagai "catatan pandangan dalam bentuk web-log", telah dikesan menyebarkan fahaman sendiri yang pada pendapat penulis blog itu adalah selari dengan ajaran sunnah wal jamaah yang diikuti di negara ini.

"Sungguhpun ia selari dan tepat dengan tuntutan mazhab kita, jika pendakwah itu tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam atau JAI, dia dikira sebagai pendakwah HARAM" kata Allama Sheikh Tuan Haji Abu Danish Daniel; Ketua Agama Islam Malaysia kedua selepas Agung, ketika diminta mengulas tentang peningkatan mendadak jumlah 'unknown'yang mem follower blog tersebut sejak ia dimulakan pada pertengahan Julai tahun ini.

Seseorang boleh bergelar sebagai pendakwah bebas di Malaysia selepas menduduki peperiksaan dan temuduga sebagai pendakwah bebas di pejabat agama pada waktu pejabat. Ujian bertulis pada setiap Selasa sementara interview berjalan sepanjang masa, tapi ikut kecukupan man power. Silibes kependakwahan yang diluluskan, serta senarai buku teks yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan dan Telekomunikasi ada terdapat di semua toko buku yang terkemuka dan berhampiran.

"Kengkadang para ustaz kena ikut team polis dan bomba pergi rush atau gi tempat accident sebagai saksi, jadi takder orang nak jaga ofis. Kami dah mintak penambahan kakitangan dari Pusat, tapi mungkin sebab Jabatan kami tak terlibat secara langsung sebagai salah satu NKRA, maka nampaknya kami terpaksa redha dengan kerja yang melambak sebagai penguatkuasa agama, ni" keluh Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam yang enggan namanya disiarkan.

"Susahlah nak bertauliah-liah pulak. Inilah manusia bila dah berkuasa. Semua benda nak dicukainya, sampai nak tablek pun kena bayar yuran" rungut seorang karkun otai yang ditemubual sebentar tadi.

Kadar cukai yang dipungut sejak Akta Dakwah se Malaysia 2010 diperkenalkan sejak awal tahun ini menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Ini kerana di Malaysia, kerjaya sebagai pendakwah itu dipandang tinggi. Makan minum mereka siang dan malam, transport, malah siap dapat elaun bulanan dan bonus sara hidup beserta pencen DAN potongan KWSP, disupport sepenuhnya oleh kerajaan.
Pendekatan parti baru dalam menangani masalah peningkatan pengangguran berpendapat; duit hasil minyak dan sektor perindustrian negara saja memang tak cukup untuk mengelakkan rumah rakyat jelata ditimpa banjir, tapi ia taklah sepenting dari memastikan anak-anak muda bangsa kita lepasan universiti mendapat pekerjaan dengan segera. Dan pekerjaan sebagai pendakwah pula telah diwarwarkan melalu RTM sebagai satu pekerjaan yang mulia. Keberkesanannya dapat dirasai apabila 45% daripada kanak-kanak 7 tahun yang ditemubual telah memilih kerjaya sebagai pendakwah bebas sebagai citacita mereka. Sebelum ini, 60% budakbudak 7 tahun bercitacita nak jadi otromen, 20% Rosyam Nor, sementara 20% lagi nak jadi punk.

"Nombor ini ialah majoriti, di mana 25% lagi ialah bidang angkasawan, 15% duduk dalam opis,dan selebihnya others" ulas Encik Muthu, Pegawai Data Entry dan Elektromagnetik Negara berkenaan keputusan survey cita-cita budak darjah 1 yang diumumkan semalam.

"Bila sebuah blog diwujudkan dan mencapai tahap follower tertentu, pihak SKMM akan mula memantau berapa buffered earning serta jumlah perkataan mencarut dan gambar lucah yang terdapat dalam laman web itu. Lelabah sesawang kami akan menganalisa blog yang ekstrimis serta series dalam hal hal berkaitan ketuhanan, tauhid, serta PM dan Raja" ujar Encik Muthu lagi.

"Blog payabesarpedas didapati menyalahi Akta Pendakwahan melalui Blogging, Artikel 71400A Pindaan 2010 berlandaskan ayat sekian-sekian dari Surah sekian yang menghalang seseorang dari meletakkan iklan kalau blognya ada berbaur keislaman atau kepolitikan yang boleh menggugat kerajaan pusat. Dia boleh diberikan ganjaran sebanyak mana yang dia nak serta pilihan untuk menjadi pendakwah bebas berlesen atau tidak. Jika didapati tidak, maka sipesalah akan dihukum dengan mengistiqomahkan 40Hari setiap tahun selama 4 tahun serta wajib 2jam setengah setiap hari selama 50hari berturut-turut serta kerja amal ringan" Ulas panjang lebar dari encik Muthu yang mendapat pendidikan Islam formalnya di Sekolah Menengah Agama Rembau. Encik Muthu sendiri ada lesen sebagai pendakwah bebas walaupun dia bukan seorang Islam.

"Atas sebab itu, dikhuatiri blog ini akan mewujudkan fenomena Ayah Pin atau Allahyarham Ashaari dikalangan rakyat Malaysia dan dunia. Penyebaran pemikiran payabesarpedas harus disekat walaupun penulis boleh dapat lesen sebagai pendakwah bebas itu dengan harga RM250 untuk pakej Beginner (KAFA dan Mukaddam) selepas ini"


Ini bukan soal politik. Ini soal masa depan bangsa Melayu yang menjadikan agama Islam itu sebagai takrif kepada bangsanya. Dan blog yang banyak kali ulang dua perkataan ni serta banyak perkataan mencarut akan didakwa demi mengekalkan keharmonian sebuah negara majmuk seperti Malaysia

Pihak berwajib masih belum dapat memastikan lokasi penulis blog buat masa ini. Sumber terakhir melaporkan penulis dilihat berlegar-legar sambil naik motor kapcainya di Amsterdam. Sebagai penutup, kita akhiri Berita Terkini dengan Lagu dari diorang ni.



They paved paradise and put up a parkin' lot
With a pink hotel, a boutique, and a swingin' hot spot
Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone
They paved paradise and put up a parking lot

They took all the trees, and put em in a tree museum
And they charged the people a dollar and a half to see them
Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone
They paved paradise, and put up a parking lot

Hey farmer, farmer, put away your DDT
I don't care about spots on my apples,
LEAVE me the birds and the bees please
Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone
They paved paradise and put up a parking lot
Hey now, they paved paradise to put up a parking lot
Why not?

Listen, late last night, heard the screen door slam
And a big yellow taxi took my girl away
Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone
They paved paradise and put up a parking lot
Well, don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone
They paved paradise to put up a parking lot
Well now, they paved paradise
And put up a parking lot

I don't wanna give it
Why you wanna give it
Why you wanna givin it all away
Hey, hey, hey
Now you wanna give it
I should wanna give it
Now you wanna givin it all away

Hey, paved paradise, put up a parking lot
Paved paradise, and put up a parking lot

Lirik ada sekali dan semua boleh berkaraoke sama-sama.

Tuesday, December 14, 2010

Atan Dan Abu (on the way to khususi)

Perjalanan dari bandar ke kampung mamat tu mengambil masa 2jam. Dua tiga kali aku mati hidup semula dlaam keta tu bersama abang karkun. Lenyap dalam sakinah dek berzikir sejak mula naik keta tadi. Atan tengah drive. Abu tengah bercakap sorang-sorang kepada sapa yang mahu dengar. Mamat Abu ni, masa orang berborak, dia senyap macam takde. Masa orang nak tido, dia bantai memekak. Kat umah dia pun camtu. Atan selalu komplen kat aku yang mak diorang selalu ngadu kat dia yang Abu tu macam kelawar. Bila ditegur, dia keluar fatwalah, falsafahlah, mantiklah...Susah dapat anak-anak belajar tinggi-tinggi, ni...

Kawasan rumah mamat ni pulak, jauh ke pinggir hutan di kaki sebuah bukit sepanjang banjaran Titiwangsa. Perjalanan ada lagi 20 minit melaui jalan kawasan kampung. Jalan dia bertar, tapi ada banyak lubang. Abang karkun dan aku naik mabuk laut dok kat belakang sambil pegang pemegang tepi tingkap kat atap keta tu. Cam main game lak si Atan bawak keta mengelakkan lubang dan tahi lembu. Cam drift pun ye, gak sebab jalan dia berliku-liku macam jalan ke Lubuk China dari Kundur, N9. Siap Abu tolong bagi "Easy left", "Easy right" lagi cam dalam rally.


"Jauh lagi, ke?" tanyaku pada abang karkun.
"Jika kita maintain 60km sejam, dalam 5 minit Insya Allah sampailah" jawab abang karkun sambil membetulkan serbannya yang terburai. Ada yang istiqomah pakai serban cam brader bus stand. Abang karkun memang tak lekang dengan ketayap karkunnya. Masa solat jer dia berserban. Aku lak, masa solat dan bilabila aku suka jer berketayap. Cam sekarang aku tak berketayap. Ketayap ada dalam poket. Atan baru istiqomah pakai ketayap. Abu kejap pakai kejap tidak. Kalau pakai pun cam ada style 'tak kisah' dia yang femes tu. Senget nampak jambulla. Kuluplah....

Aku nak buat eksperimen. Aku merendahkan cermin tingkap kat belah aku. Dan menyeluk kocekku, mengeluarkan rokok. Nak isap rokok la ni. Aku offer Abu. Aku tau dia mesti hambik, punya. Abu ambik sebatang dan bagi kat Atan. Atan buat isyarat kepala dan matanya, suruh Abu nyalakan sebatang. Bila kotak sampai semula ke tanganku, aku offer kat abang karkun. Dia menolak.

Abu menghulurkan rokok yang telah dinyalakannya pada Atan yang sedang drive. Sebelum menyambutnya dengan tangan kiri, Atan membuka ketayap lebainya. Dia lipat-lipat dan masuk atas celah kat atap tu. Kemudian dia ambik rokok dari tangan Abu yang dok maintain hulur rokok dari tadi.

Aku dah budget.

"Tan! Apsal kau bukak ketayap dulu, baru isap rokok?" tanyaku. Pertanyaanku menarik perhatian abang karkun. Dia memasukkan tangan kanannya yang dari tadi dok gentel tasbih ke dalam poket jubahnya. Dah berkilat dah bijik tasbih kayu tu asyik digentel oleh abang karkun. Masa dia dapat dari Tok Sheikh dulu, bijik tu kusam jer...

"Kau memang bukak ketayap ke, kalau nak isap rokok" tanyaku lagi mengembalikan diri ke topik.

"A'ah" jawab Atan dari depan. Berkepul asap rokok keluar dari mulutnya.
"Kenapa?" tanyaku meng hehehehehe.

"Ntah!" jawab Atan.
"Aku tegok abang karkun buat camtu, aku buat, laaa" kata Atan. Aku memandang abang karkun. Dia mengangkat-angkat keningnya.

"Ada jugak aku isap rokok tak bukak ketayap" jawab abang karkun bertawadhuk.
"Den tau!" sampuk Abu pulak.

"Abang tak bukak ketayap kalau kita isap kat tempat tersembunyi, kan?" teka Abu.

"A'ah" jawab abang karkun.
"Kenapa?" tanyaku. Hahaha. Plan aku dah nak menjadi...



"Kita dah sampai" kata abang karkun menarik aku semula ke SEBAB kami jalan jejauh ni. Kami dah sampai kat umah mamat tu. Maka kami kena check dan betulkan niat kami ni sebab kami dah nak mula khususi...



Bismillah...

Monday, December 13, 2010

Dakwah ?



"Wan..." mula abang karkun.
"Ye bang" jawabku. Aku berhenti menaip dan memandang wajah abang karkun. Serentak palingan wajah itu, aku terpikir: kan bagus kalau aku layan makbapak aku sehormat aku melayan abang karkun...

"Kenapa kau beria-ia benar mengupdate blog kau kalini?" tanyanya.
Aiseh. Aku dah agak dah perkara ni akan berlaku.

"Takde bang. Saja sebagai terapi" jawabku mudah. Jawapan yang aku dah sediakan sejak sebelum kami keluar 40Hari kalini. Aku tak pasti samada jawapan itu betul atau tidak sebab aku dah PIKIRkan jawapannya SEBELUM soalan ini ditanya. Sedangkan jawapan itu tak pasti lagi secocok atau tidak dengan keadaan masa depanku di mana soalan itu bakal ditanya. Tapi aku tetap teruskan dengan PLAN aku. Aku menatap wajah abang karkun tepat pada matanya. Aku tertunduk sebab tah kenapa hatiku bergetar bila pandang mata dia lelama.

"Banyak manusia masuk neraka sebab lidah mereka" mula abang karkun semula. Aku memang tak budget serangan dari arah ini. Walaupun aku boleh melawak dengan menjawab bahawa aku MENAIP, bukan bercakap, aku juga tau jawapan sebegitu tak membawa perbualan ini ke arah yang produktif. Aku hanya terdiam. Menunggu sambungan dari abang.

"Kalau nak berdakwah pun, biarlah KENA CARAnya" kata abang karkun lagi.
"Syaitan itu bijak. Mereka saling berhubung antara yang dalam hati kau dengan yang dalam hati aku. Dan mereka berpakat membisikkan point-point ke dalam mulut kita semasa kita berdakwah tu. Agar kau dan aku bermusuhan. Dan lari dari niat sebenar" abang karkun bagi mukadimah.

"Diorang bermesyuarat dalam membincangkan agenda mereka. Kita ni pulak kebanyakannya LARI dari keputusan mesyuarat, KALAU bermesyuarat pun. Dan kejahatan yang dimesyuaratkan akan mengalahkan kebaikan yang TIDAK dimesyuaratkan. Perkara yang terancang akan mengalahkan yang tidak terancang. Tak kiralah camana BAIK sekalipun NIAT seseorang itu.

"Ada sebab kenapa kita perlu susah-susah ke sana ke mari dari masjid-ke masjid, rumah ke rumah, pintu ke pintu melakukan apa yang kita lakukan ini.

"Sebab perlakuan sunnah yang kita tiru dari Baginda SAW, punyai hikmah yang banyak. Selagi kita melakukannya SEMIRIP-MIRIP yang boleh dengan CARA Baginda Muhammad SAW lakukannya"

"Adab yang zahir tu, macam adab ghash, walau diulang-ulang setiap kali sebelum kita melakukannya pun boleh lalai, inikan pula adab batin yang tak nampak bila kita melanggarnya"

"Adab batin?" tanyaku blank. Aku pernah dengar pasal adab zahir dan batin ni pasal wudhu dan solat. Macam, masa kita basuh tangan, kita niatkan agar Allah keluarkan dosa yang kita dah buat dari tangan kita tu. Atau menghayati makna bacaan semasa membaca Al Fatihah...

"Contohnya masa kita mendengar mutakalim berkata-kata masa ghash. Adab zahirnya ialah kita kena diam dan mendengar kata-kata yang keluar itu umpama itulah kali pertama kita mendengarnya. Adab batinnya ialah kita cuba sedaya upaya mengingat dan memahaminya dan belajar darinya" explain abang karkun. Aku hanya terdiam.

"Dan yang paling penting ialah, kita sentiasa berada dalam mindset bahawa  yang BERCAKAP itu lebih hina dari yang MENDENGAR". Aku diam lagi.

"Tapi kalau kau berdakwah style macam ni, aku khuatir lebih banyak mudharat dari kebaikan, sekiranya katakata kau itu tidak diFIKIRkan dengan semasak-masaknya" kata abang karkun. tetiba jer kami terkembali ke topik. Ini memang kelebihan abang karkun. Dia buat kita lelan dalam explanation dia dulu, pastu dia balik ke topik.

"Saya blogging ni sebagai terapi" jawabku menegaskan. Masih dengan plan aku.
"Kalau macam tu, takper. Tapi kau jangan berdakwah pulak dengan berblog-blog ni" amaran abang karkun. Aku mengangguk tanda setuju.

"Sebab kita ni orang dah gelar KARKUN. Dan bila kita ni digelar sebegitu, maka kita sudah masuk dalam kancah BERDAKWAH. Dan setiap tindak tanduk orang yang atas jalan Alllah akan dipersoal" kata abang karkun menambah.

"Lebih banyak KEBURUKAN sebenarnya, jika seorang karkun menggunakan style macam ni kalau benar niatnya berdakwah. Bukankah KITA ini pengikut jalan yang mahu percaya bahawa TAKDE CARA BERDAKWAH lain selain cara Baginda SAW?"

Tapi aku bukanlah keluar tabligh ni sebab berdakwah. Yang aku paham, style bertemu mata ke mata, dari pintu ke pintu ni, adalah asbab paling berkesan dalam proses mendidik hati dan akhlak, selepas berzikir yang merupakan doanya. Dakwah hanyalah ALAT mentarbiah diri. untuk BELAJAR. Bukan MENGAJAR. Belajar mengajar tu dalam taklim wataklum. Ghash ni macam praktikel selepas belajar teori dalam taklim wataklum tu.

Aku mengeklik ke arah blog aku yang satu lagi. AKUSKIZO. Aku tunjukkan skrin laptop pada abang karkun.

"Nilah terapi, tu" kataku. Aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tunjuk laptop kat abang. Adakah aku cuba buktikan kebenaran alasanku?. Abang karkun mengangkat keningnya memandang skrin yang tertera muka depan blog. Dia membaca beberapa entry dengan sekali lalu. Pastu satu lagi. Pastu satu lagi. Pastu dia klik 'Older Post'.


"Abis tu, apa jadi dengan peguam skizo, tu?" tanyanya dengan muka berminat.

"La? ABANG pun terpengaruh?" tanyaku kehairanan.

Maka blog payabesarpedas TERSELAMAT buat kali ini...

Atan dan Abu (walking around in thin clothes)

Markas Amsterdam
Atan, Abu dan aku sedang keluar sebentar untuk membeli beberapa barang keperluan jemaah. Jarang-jarang kami bertiga dibenarkan keluar bersama untuk task yang fun macam ni masa kami keluar ni. Dapatlak tiga-tiga KHIDMAT untuk minggu ni. Peluang membeli belah ini kami bertiga gunakan untuk melihat-lihat keadaan sekeliling kota omputeh tempat jemaah kami ditempatkan.

Setelah kami membeli barang yang dirancang, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke arah masjid. Perjalanan mungkin mengambil masa yang lama sedikit, tapi kami tak perlu masak lunch harini sebab ada brother mat saleh ajak kami lunch di rumahnya. Jadi kami ada lebih masa. Kami cadang nak sebarkan salam. Nak kasi cabaran lagi, Atan dan Abu celen siapa tahan jalan-jalan tak pakai jaket sejuk. Mereka berdua hanya berkurta nipis ajer. Glove pun tak pakai. Ni nak dekat Krismas ni bai...

"Hello" kata Atan sambil tersenyum kepada seorang mat saleh tua dengan cucunya. Mereka tersenyum kembali dan membalas hello Atan.

"Good morning" kata Abu pula kepada tuan kedai yang sedang menjemurkan buah-buahan di depan kedainya. Tuan kedai omputeh tu senyum dan mengangkat tangannya kepada kami. Nampaknya, kawasan ini OK dengan orang berkurta dan berserban.

Tapi kami perasan jugak ada orang yang pandang kami dengan pandangan sinis semasa bertembung dengan kami. Ada yang buat muka pelik setelah diucapkan selamat pagi. Ada yang tak layan. Tapi ramai yang membalas kembali dengan senyuman setelah kami sapa dengan baik. Nampaknya, style menyebarkan salam yang abang karkun ajar agak berkesan. Atau mereka pelik sebab tengok Atan dan Abu yang berpakaian nipis dalam musim sejuk? Selepas hampir 2 blok kami berjalan, kami dapat rasakan macam kami ni superstar pulak. Dah hampir semua orang yang kami tembungi kami sapa. Polis pun angkat tangan melambai-lambai kepada kami.

Kami pun sampai ke masjid. Taklim sedang berjalan. Kami simpan bembarang kami dan join majlis taklim sambil menunggu waktu Zuhur.

Pada waktu petang, waktu lepas Asar, kami bertiga sedang sibuk menyediakan minuman petang untuk jemaah. Atan buat air. Abu susun cookies dan roti dalam talam. Aku pulak tengah fokus pada nasi beriani gam untuk dinner lepas Isya nantik. Kami perasan, lobi masjid ada bunyi riuh rendah, macam ramai orang. Kami tak terkesan sangat sebab terlalu kusyu dalam tugas kami. Punyalah terperanjatnya masa kami nak hidang makanan, ada ramai mat dan minah saleh di hadapan perkarangan masjid. Abang karkun, brader bus stand dan abang-abang otai yang lain sedang melayan orang yang datang. Dah macam konvensyen SDSI pulak aku tengok. Atan dan Abu berpandangan. Kami tetap meneruskan kerja kami.

"There they are!" kata seorang mat saleh sambil menucing kepada kami yang masing-masing sedang sibuk membalancekan dulang di tangan masing-masing. Kelihatan mereka menghampiri kami. Abang karkun dan brader bus stand tersenyum dari jauh.

"We saw you this morning. You guys were walking around wearing thin clothes. We brought you some jackets and shirts"
kata seorang makcik saleh sambil menghulurkan seplastik baju sejuk kepada seorang ahli jemaah kami yang lain.

"We want to know what you guys are doing here? Been 2 days already"
kata seorang mat saleh yang lain. Atan dan Abu yang kureng berbahasa Inggeris, terus memandangku serentak.

"We're sorry sir. We're here to learn more about our heart"
jawabku. Mat saleh tu berpandang sesama mereka. Abang karkun dan brader bus stand masih tersenyum dan masuk ke dalam masjid.

"What do you mean?"
tanya mamat saleh tu lagi. Kami memfree kan tangan kami dengan meletakkan dulang yang kami bawa tadi. Diorang ushar jer makanan yang ada dalam dulang tu.

"Come and join our tea break and my brother will tell you more"
pelawa aku sambil menjerling ke arah abang karkun yang muncul dari belakangku. Abang karkun mengangguk tanda dia sebagai ameer membenarkan tindakanku. By this time, Atan dan Abu dah bentang saprah panjang.

"Do we have enough for everybody?"
aku terdengar seorang dari jemaah tempatan bertanya kepada abang karkun.

"Allah Provides. We just focus on our tasks"
kata abang karkun. Aku pulak, yang menjaga inventory, secara lojiknya memang sedar makanan kami ni tak mencukupi. Tapi aku yakin sebab dah banyak kali dah jadi hal sebegini. Aku jaga dapur. Atan dan Abu jadi waiter. Abang karkun dan jemaah tempatan akan ikram mereka. Brader bus stand kat tepi mimbar, jadi zakirin. Macam dah biasa jer kami bagi-bagi tugas, ikut bakat masing-masing.

Petang tu, kami terskip ghash. Menjelang nak Maghrib, kebanyakan dari mat saleh tadi dah balik rumah. Ramai juga yang terus duduk dengan jemaah sebab nak join majlis bayan pulak.

"Is this normal?"
tanyaku pada jemaah tempatan. Di background kelihatan Atan dan Abu bergurau kat sink sambil basuh saprah.

"People come here to hear bayan"
tanyaku lagi.
"I don't know. It started since you guys came" jawab jemaah itu menepuk bahuku.

"Mungkin asbab Atan dan Abu mujahadah syiarkan pakaian mereka pagi tadi, Allah telah ketuk pintu hati mereka untuk datang. Sekarang kita kena buat kerja kita dengan betul"
sampuk abang karkun sambil menujal bahu tempat ia ditepuk tadi.

"Adoiiii laaaa" kataku.

Sunday, December 12, 2010

See No Evil


Kengkadang masa jenjalan di hujung minggu mengikram ahliya dan binti-bintiku, aku terserempak dengan kaum yang berseluar pendek atau yang tak menutup aurat. Aku akui, sebagai seorang Islam, aku tak dapat mengelak dari menerima bisikan-bisikan yang menyatakan kebencian atas apa yang aku perhatikan. Kerana yang melakukannya, bukanlah budak-budak tak mumayyis. Atau kanak-kanak kecil yang belum datang haid. Semuanya berpotensi untuk beranak jika mereka ini berjaya mempersenyawakan sesiapa sebentar lagi. Tak kiralah mereka itu Islam atau tidak.

Kebiasaannya aku akan mengelak dengan menundukkan pandanganku dan mengalihkannya kepada anak-anak atau ahliyaku. Aku akan cuba buat-buat sibuk atau buat-buat tak mempedulikan mereka. Namun, semenjak ada anak sulungku yang agak lasak ni, aku tak dapat mengelak dari awek-awek seksi atau amoi-amoi gebu yang suka dengan gelagat bintiku itu yang Alhamdulillah akan comelnya. Dan aku tak dapat menghalang dari terpaksa memandang mereka demi menjaga hati mereka. Namun, hati aku yang baru mula naik pangkat jadi mufti sejak Ramadhan tahun lalu, tak terlepas juga dari mengutuk perbuatan mereka mendedahkan aurat itu.

Akibatnya, aku selalu berakhir dengan mengutuk diri aku sendiri kerana mengutuk mereka. Kerana ada banyak kemungkinan mengapa mereka jahil sebegitu. Mungkin mereka terlupa. Mungkin kerana mereka taktau. Atau mungkin nilai norma kehidupan mereka tak sama denganku. Dan atas semua kemungkinan ini, aku yang sebagai mufti, amatlah bersalah.

Aku bersalah kerana dah tau, tapi tak menegur mereka mengikut kemampuanku. Aku yang bersalah kerana tak buat KERJA dengan sungguh-sungguh. Aku yang hina sebab dah tau tempat camni banyak orang cam mereka, tapi masih jugak nak bawak anak bini merayau-rayau tanpa tujuan dalam tempat sebegini. Lastlast, aku akan rasa dunia ni sempit. Aku akan rasa tak best. Aku akan rasa nak balik. Tapi kami baru jer sampai. Tiket parking pun masih panas lagi ni.

Akhirnya aku hanya akan tersenyum dan menyebarkan salam kepada mereka semua...

Saturday, December 11, 2010

Pesanan untuk AKU

Walau camana jahil
BERILMU
Atau KAPIR sekalipun
Kita ni
Atau gaya hidup kita ni
Jangan sekali-kali tak ngaku Islam

Sebab kunci itu terbuka dek 3 perkara:
Niat, Lisan dan Perbuatan

...dan bila Kunci itu sudah terbuka,
Maka masuklah musuh
Dan bila musuh dah masuk,
Perkara pertama yang dia akan lakukan:
Re-wire balik otak kita
Dan rosakkan lensa makrifat kita
Buatkan kita rasa macam kita BETUL
Buatkan DOSA itu nampak TAKPER
Dan lalaikan kita
Hinggalah
Sampai MASA


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails