Tuesday, November 16, 2010

Apakah yang real?

 Apakah realiti? Apakah yang wujud dan apakah yang tak wujud? Apakah yang abadi? Sekejap aku rasa macam ada. Sekejap macam takde. Kadang-kadang rasa rilek jer. Tapi selalunya, bad mood ajer...

Adakah kepedihan ini lebih real dari baju yang aku pakai? Adakah 'terima kasih' dari seorang yang kubantu itu lebih berharga dari seribu note jingga?

Adakah segala amalanku ini, ada nilainya?

Atau adakah aku sedang tertipu dan semakin jauh dari Nya?
Dan sekiranya ye, pun, adakah aku akan berpeluang mendapat keampunan dari Nya sebelum aku ke SANA?

Aku boleh terus membuang masa dengan bermain adakah-adakah sampai terlena. Aku hanya akan tersedar kembali bila masa dah nak abis atau bila hukuman sebab tak ikut tempoh masa tadi itu sampai.

Masa tu, barulah aku terkialkial menyalahkan itu inilah, akulah mangsa dalam konspirasi semua lah, aku selalu dalam keadaan yang tak mengizinkan lah, macam-macam 'lah'. Padahal aku tau, kalaulah aku buat betulbetul masa aku mulamula terpikir atau mengadap benda ni dulu, tentu hari ini aku akan lebih bersedia dan mudah.


Tapi takper. Sekurangkurangnya aku tersedar dan bangun semula. Dan aku akan terus bangun dan bangun dan bangun. Bangun, memang dah bangun dah. Dok berdiri jer dari tadi, ni...
Semua orang sedang menaiki kenderaan untuk berubah. Kau bila lagi? Dan nak naik apa?

Masalahnya ialah JALAN nya tah biler...

Selamat Hari Selasa


Selamat Hari Selasa
Kepada semua
Semoga hari ini, kita kurang dosa
Dan semakin hampir pada Nya

Kerana besok Rabu,
Pastu Khamis.
Pas Jumaat Sabtu,
Mungkin kita HABIS





Dan takde sapa yang pedulikkan cerita sedih kita
Melainkan mak kita dan orang yang suka kita saja
Tapi andainya semua yang mengambil kira
Di seliling kita ni, dah takde
Kat sapa kita nak mengadu dan manjermanjer?
Selain dari Dia
Yang sentiasa memerhatikan kita




Semoga kita semua melepasi UJIAN kali ini
dengan kejayaan

Monday, November 15, 2010

kita mug dan realiti (So, what?)


Baiklah. Aku rasa, stage telah disetkan. Yakni korang semua dah paham konsep 'realiti' dalam blog ini. Kalau tak tau, korang boleh start baca dari mula di sini. Dan untuk the rest of November, aku akan cuba fedapkan korang dengan cerita dari siri ini saja. Konsep realiti ini penting supaya korang yang membaca entry dalam diary payabesarpedas ni NAMPAK benda tu camana aku nampak. Sebab kalau kau tak cuba memahami, kau takkan nampak, dan buat apa kau susah-susah membaca semua INI?

Bila kita dah tau konsep realiti, maka kita kononnya dah tau kat mana kita berada. Kat stage apa dalam skala kehidupan dan penciptaan roh kita ni, with respect to the timeline yang Allah dah setkan, kita berada. Kerana setelah kita diwujudkan, maka kita takkan takde. Jangan perasan anda itu sama dengan Allah sebab Allah takde mula, takde akhir.Kita ada mula. Tapi takde akhir. Cuma akhir cerita kita dalam realiti ini ialah samada syurga atau neraka. Sebab itulah entry yang ini dipostkan haritu...

Dan sebab kita dah tau takkan ada yang dok dipertengahan, dan kita pulak nampak gayanya macam lebih ke kiri-kirian, kita kena sediakan bekalan bebanyak. Bekalan apa?

Bekalan perjalanan.

Sebab sekarang kita dah tau kita kat mana. Contohnya Asan yang sekarang berumur 32 tahun dan bakal menjadi 33 lagi sebulan dua. Dan bila dah 33, maka akalnya bakal sempurna lagi 7 tahun, berdasarkan pendapat Imam Ghazali. Setelah akalnya sempurna, setiap dosa yang dilakukannya akan dikira FULL. Sebelum 40, dosa tu boleh jugak ditudingkan kepada nafsu yang dah conquer badan sejak kita puberty. Lepas 40, patutnya seorang yang BERAKAL boleh membezeakan yang mana BENAR dan yang mana TIDAK BENAR. Contohnya:

Mati itu BENAR.
Dan kehidupan selepas MATI itu benar
Soalan di barzakh itu BENAR
Hari Kiamat itu benar
Mahsyar itu benar
Kita akan diperiksa di depan Allah menggunakan mizan itu BENAR
Dan kalau dah lepas tu
Meniti titian sirat itu benar
Dan balik ke kampung,
Ke tempat di mana moyang kita yang mengikut turutan
Fikiran LOJIK dan semangat ingin kekal
Dari ketaatan sebuah larangan,
Telah menyebabkan kita semua terpaksa melalui
SEMUA BULLSHIT ini

Namun, apakan daya.
Kita sudah di sini.
We might as well enjoy the journey...


Dan kita pulak telah ditunjukkan jalan yang BENAR, oleh Nabi Muhammad SAW tentang KEBENARAN itu. Semua orang tau dialah KEBENARAN yang ditunggu-tunggu kepada manusia kerana dialah nabi AKHIR ZAMAN sebelum KIAMAT yang ditakuti EVEN oleh golongan para malaikat tu berlaku. Melalui dialah kita tau akan cerita semua ini. Melalui agama inilah kita mengerti semua ini. Apa dia semua ini tu? Jalan keselamatan untuk perjalanan kita seterusnya.

Dan untuk itu, kita bersambung ke esok hari...

Atan dan Abu (patung)


"Member aku kata kita takleh simpan patung dalam rumah" kata Atan. Abu memandang Atan.
"Kalau mainan budak, boleh. Patung takleh. APptah lagi patung yang melambangkan sesuatu macam patung atas trofi menang bowling, misalnya" jawab Abu.
"Kenapa?" tanya Atan.
"Orang cakap takleh, takleh laa. Sejak bila lak kau mempersoa;kan perintah?" kata Abu bengang. Berkerut keningnya. Nampak berwibawa pun ada jugak.

"Samikna wa atak na" kata Abu lagi.
"BAIK!!" jawab Atan buat suara macam Nobita kartun jepun.

Saat kau malas, ada orang sedang menderita...

Selamat Hari Isnin
Pagi tadi ingat nak MC
Biasalah tengah bulan
Kepala pening
Badan tak sihat
Orang rumah pulak
Datang bulan.

Tapi itu semua bukan alasan
Untuk kita menangguh-nangguhkan
Taubat dan Solat kena disegerakan
KERJA juga kena ditingkatkan
Semangat kena di rechargekan
Agar kita tidak ketinggalan

Saling tegur menegurlah
Ingat mengingati
Yang menegur dengan lembut
Yang ditegur jangan terkejut
Angkat-angkat kening lah
Dan senyumlah
Kita memerlukan semua sokongan
Untuk hari yang tabah di hadapan

Pesanan Budak Podeh


Marilah kita berhenti ketawa bergurau senda, atau makan nasik tak abis sempena bencana yang menimpa saudara kita di bahagian utara negara ini. Air glasier yang lalu China yang bunuh beribu ribu orang haritu dah sampai ke negara kita.


Saat kita membuangkan sisa makanan yang boleh di makan lagi ke dalam tong sampah itu, ada sedara mara kita yang sedang kelaparan memerhatikan saja anak-anak mereka menangis kehausan, kelaparan.


Hentikanlah perbalahan yang menunjukkan kebangangan kita di saat ada orang yang menderita. Pergilah berpolitik dengan menyumbangkan bakti dan tenaga kepada mereka yang sedang terpisah dengan keluarga mereka itu. Ada yang kematian orang yang disayangi. Ada yang sedang rasa macam nak mati sebab banjir tak banjir, utang tetap kena bayar...Besok nak raya aji...


Dan kepada yang sedang bergumbira, sedarlah dan kembalilah ke jalan yang benar. Masa semakin suntuk dan kita tak tau, mungkin hujan ribut petir serta banjir itu akan melanda kita pula.

Friday, November 12, 2010

Kita, mug dan realiti (surga atau neraka?)



...dan manusia dibiarkan buat seketika. Ada yang merengkok dalam neraka menghadapi siksaan sementara. Ada yang dah masuk syurga, menikmati keindahan dan nikmat yang kekal selamanya. Kemudian, Allah memerintahkan:


"Tutup pintu neraka. Maka rugilah kamu semua, selama-lama-lama-lama-lama.......nya"

Maka para  malaikat bertindak menutup pintu neraka. Maka terdengarlah jeritan dan raungan mereka yang ada di dalamnya. Kerana selepas tertutupnya pintu neraka, maka takkan ada lagilah manusia yang berpeluang untuk mendapat rahmat dan keampunan dan  keluar darinya...Namun, mereka masih menaruh harapan kerana pintu syurga masih terbuka...

Kemudian Allah memerintahkan:

"Tutup pintu syurga. Berbahagialah kamu semua selama-lama-lama-lama...nya"


Maka para malaikat bertindak taat dengan menutup pintu syurga pula. Kalini raungan dan jeritan manusia lebih kuat lagi. Ada yang meraung dan menjerit kerana gembira. Ada juga yang berduka kerana ada ahli keluarga mereka yang masih di neraka. Tapi raungan yang paling kuat adalah dari manusia di neraka kerana musnahlah sudah harapan mereka. Tiadalah lagi chan untuk mereka memohon rahmat dan kasihan dari Allah.

Kerana tempat pengakhiran manusia hanyalah dua: Syurga atau neraka. Takde yang dibiarkan dipertengahan melainkan di sesatkan oleh setan.

Buatlah pilihan anda. Apa? Anda tak percaya? Anda kata saya gila?

Jika saya menipu dan semua ini tahyul, maka beruntunglah anda. Tapi bagaimana jika apa yang saya katakan ini ADALAH BENAR? Mahukah anda terima RISIKOnya?

Pesanan untuk kawan


Kadang-kadang dunia ini terasa sempit. Hidup ini amat perit. Toleh ke kanan susah. Toleh ke kiri, duit. Rasa macam takde tempat nak melarikan diri. Takde siapa yang pedulikan kita lagi.

Tatkala itulah dia datang. Dia bertopengkan seorang kawan. Dia memujuk rayu, dengan alasan kononnya amat memahami perasaan. Dia akan melemparkan pelbagai soalan. Dari soalan yang mudah hinggalah kepada yang membingungkan. Dia mahu kita keliru. Dia mahu kita rasa kecewa. Dia mahu kita rasa camana dia rasa. Soalnya, dia mahu kita kecewa dengan sapa?

Dia mahu kita kecewa dengan hidup kita. Dia mahu kita bencikan takdir kita. Ini ialah syirik. Bila kita dah syirik, maka pintu hati yang ditutup dengan syahadah tadi akan terbuka. Maka askar-askarnya akan masuk dan racun kita agar kita membuat dosa. Mula-mula dosa kecik. Lepas tu evolve ke dosa besar pula. 

Seandainya kita tak beristighfar dan perbaharui syahadah kita (solat), maka mereka akan terus menggodam jiwa kita. Semua orang rasa macam tak betul. Kitalah mangsa. Kita ajerlah yang selalu dikenakan.

Kemudian kita akan mula bersendirian atau rasa kesepian. Dia akan sentiasa menemankan agar memastikan kita sentiasa bergerak ke arah yang dirancangnya. Dan jika kita tak kembali ke dalam jemaah, maka kita akan makin jauh dari Allah.


Ketahuilah kawan-kawanku sekalian. Usaha setan dalam menyesatkan manusia tak pernah berhenti. Walau camana cibai pun mamat kat depan kita ni, ketahuilah, dia bukan musuh kita sebenarnya.

Musuh kita ialah setan yang ada dalam diri kita ini. Jangan tertipu. Jangan terpedaya. Jangan layan pun perasaan-perasaan emo yang datang dalam diri kita.

Jangan suka dok bersendirian. Kerana kambing yang keseorangan, sangat mudah untuk diserang oleh serigala jadian...

Thursday, November 11, 2010

Kita ni beruntung


Kita ni beruntung
Sebab jadi manusia
sejahatjahat manapun kita
sefakirfakir manapun kita
Insya Allah, Dia akan BELA
Selagi kita
Tak curang pada Nya.

Kita curang bila kita tidak setia.
Kita curang bila Dia nombor dua.
Kita curang bila kita kata kita cinta, tapi tak kusyuk sebab vaibret mesej twitter

Namun Dia tetap menolong
Tetap memberikan kayu penyokong
Tapi kita masih lagi menyombong
Setelah selamat masalah di tolong

Setiap pagi Dia menanti
Tercaricari
Siapakah antara yang tidak melihatKu
Yang tidak pernah berjumpa dengan KekasihKU
Yang sedang ingatkan Ku?

Namun si pencinta poser
lena diulit mimpi
Atau terkebilkebil didepan Lappy
Menulis entry atau update FB
Tapi still
Claim diri tergolong dalam golongan sufi

Salam kepada semua


Salam kepada semua
Apa cerita?
Kerja semua dah OK ker?
Bos yang marah dah reda?
Hutang dah bayar kat member?

Hari ini aku takde
Tapi payabesarpedas tetap ada cerita
Sebab aku takmau korang kecewa
Datang sini nak membaca
Tapi update takder

Aku bukan budak high tech
Yang dok bandar dengan gadget
Aku main blog pun kat CC
Menaip pun bertatih lagi
Aku tak reti nak ber FB-FB
sebab takde sapa pun yang ingin mengerti

Bahawa semua ini hanyalah khayalan
Mainan buangan masa di saat keboringan
Sedikit ruang eskapisme dalam kehidupan
Yang semakin dewasa semakin membosankan

Kadangkala aku tertanya
Mana sudahnya
Adakah aku akan terus begini?
Menggadaikan esokku kerna nak hidup harini?
Adakah aku akan nikmati taubat?
Atau keturunanku akan terperangkap juga
Dalam vicious circle yang kubuat?

Takkan habis jika kita mencari
Apakah erti semua ini?
Kerana yang penting di saat ini
Adakah aku dalam keadaan yang bagus
Jika aku mati.

Kita mug dan realiti (Kisah Allah dengan manusia)


Setelah Allah jadikan manusia, Allah tanya kepadanya: siapa aku, dan siapa kau

Manusia menjawab: Kau tuhan, aku hamba

Kemudian Allah masukkan akal ke dalam manusia dan bertanya: siapa aku siapa kau.

Manusia menjawab: Kau tuhan, aku hamba

kemudian Allah masukkan nafsu ke dalam manusia dan bertanya: siapa aku siapa kau.

Manusia menjawab: Kau-kau, aku-aku.

Maka Allah masukkan manusia dalam neraka panas selama seribu tahun dan kemudian bertanya lagi kepada manusia: siapa aku siapa kau. Manusia menjawab:

Kau-Kau, aku-aku

Maka Allah masukkan manusia dalam neraka sejuk pula selama seribu tahun dan kemudian bertanya lagi kepada manusia: siapa aku siapa kau. Manusia menjawab:

Kau-kau, aku-aku.

Maka Allah masukkan manusia dalam neraka kelaparan pula. Baru setengah hari, manusia dalam keadaan menyembah-nyembah menyerah kalah berkata:

Kaulah Tuhanku, Akulah hamba yang hinaaaa.....

Maka Allah berikan sedikit roti padanya. Sedang manusia sibuk makan roti, Allah tanya semula: siapa aku siaapa kau.

Sambil mengunyah manusia menjawab:

KAU-KAU, AKU-AKU...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails