Wednesday, August 18, 2010

Wali dari Bangi (Ghash 2)

KuWali Hitam dengan Abang Karkun
"Assalamualaikummm" salamku kepada tuan rumah. Senyaap jer? Tapi TV berbunyi dan kipas nampaknya berpusing. Tapi takde orang jawab. Ishhh!! Tak baik berburuk sangka. Mungkin tuan rumah dalam bilik air kot? Aku meninjau-ninjau ke dalam rumah. Abang karkun yang masa tu amer jemaah ghash (ziarah), bertasbih menegurku. Aku memandangnya dan tersenyum. Ziarah dari rumah ke rumah pada waktu petang ni memang aktiviti wajib kalau kitorang keluar mana-mana. Inilah tulang belakang kepada usaha ini: mengetuk setiap pintu rumah dan mengambil peluang yang sekejap itu untuk berbicara serba sedikit tentang iman. Tapi kena lakukan dengan adab. Dan menjenguk-jenguk ke dalam rumah itu sesuatu yang kurang beradab semasa ghash. Haduii. Kena lagi.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan masih kuning lagi, harga ayam naik gila dah babi.

Kenaikan harga ayam di pasaran tempatan tatkala hampirnya penghujung bulan Ramadhan, bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Orang Melayu Malaysia yang tak kreatif dalam pemakanan, sangat bergantung kepada lauk-pauk yang berasaskan ayam untuk dijadikan jamuan ketika Hari Raya pertama nantik. Tak ketelanjuran juga jika dikatakan, bahawa hampir setiap hari, orang Melayu memakan haiwan ini. Tak hairanlah jika kebanyakan dari Melayu berperangai macam ayam.

Interview dengan Saiko

Jangan SEKSI depan akuu!!
...semalam aku dipanggil untuk menemuramah seorang saiko yang baru ditangkap kerana telah menyerang dan membunuh perempuan-perempuan seksi. Aku ditugaskan untuk meneliti mamat ni dalam usaha memahami keadaan mental manusia kerana sungguhpun kes jenayah sebegini masih terpencil, tapi jumlah orang seksi semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Yang bertudung pun tak berkecuali. Aku pun saiko jugak kadang-kadang. Anyway, aku dah rakamkan banyak sesi perbualanku dengan mamat tu dan di bawah ni adalah salah satu yang aku dapati paling menarik..

Harini Hari Selasa (Malam kang ada dinner bukak Puasa)

Hari ini datang lagi. Aku masih bernafas lagi. Syukur ke hadrat Ilahi. Kerana peluang ini. Aku bingkas bangun, menggosok gigi dan mandi.
Perjalanan ke tempat kerja, orang berlumba-lumba, bukanke harini puasa? Kenderaan banyak, tapi keta kosong ajer. Bawak sorang layan kepala. Ataupun dok berdua. Yang bermotor tak engat dunia. Yang bawak bas, berenti ikut suka. Yang bawak lori, memandu macam dia beroda dua.

Kita, mug dan realiti (kejadian aku)

Dan apabila aku telah dijadikan, maka semua pengetahuan tentangku sudah ada di sisi Allah. Allah sudah menetapkan ajal, rezeki, jodoh, untung rugi cerita aku. Dan semua yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik. Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma aku ajer, sebagai makhluk yang diberikan segala kelebihan untuk memahami akan kehebatan Allah ini, perlu merebut peluang untuk lebih memahami, supaya aku lebih ikhlas dalam taat kepada Penciptaku. Kerana penciptaanku ini adalah umpama simbolik kemenangan kebaikan mengatasi keburukan. Dalam diriku ada dua unsur utama: baik dan jahat. Tak macam malaikat yang baik-baik saja atau jin yang jahat-jahat saja. Dan kalau aku serve purpose penciptaan aku, maka aku dikira berjaya. Kalau tak, aku dikira tak berjaya.

Sunday, August 15, 2010

Kita, mug dan realiti 7.1 (Barzakh-alam dimana MASA itu relatif)

Gambar real pasal siksa kubur (cuba cari dalam internet)
Kalau kita tak dapat jawab soalan pertama; tak tau sapa tuhan alam ni, kita akan kena bedal. Kita akan kena bedal dengan pemukul yang hebat dan dibedal punyalah teruk sampaikan kalau orang muda berambut hitam ikal mayang pun boleh berubah menjadi uban dalam sejam. Setiap bedalan membenamkan kita jauh ke dalam bumi. Belum pun hilang sakit dek kena bedal, jasad kita dicungkil semula dan diletakkan dalam posisi asal.

Kita, mug dan realiti 7.0 (Alam barzakh-adilkah Allah?)

Kiamat sudah hampir. Mungkin Jumaat depan. Atau Jumaat satu lagi. Tapi manusia dah start mati sejak zaman Habil dan Qabil lagi. Dan dah tentu mereka telah berada di barzakh beribu-ribu tahun lamanya berbanding korang yang hidup macam akan mati sejam sebelum kiamat. Apa yang akan berlaku selepas mati? Apa yang berlaku selepas kita habis menjawab soalan dari Munkar dan Nakir? Kalau tadi kita dah tau soal kehidupan (MUG), dan apa yang kita perlu buat untuk berjaya, ni dah kira masuk bab MANGKUK dah ni...Kita malas nak ulas apa yang berlaku dalam 4jam pertama selepas nyawa keluar dari jasad (mati). Bab ni agak menakutkan. kita terus ke bahagian selepas tapak kaki terakhir meninggalkan kita yang tertanam di kuburan...

Interview Dengan Wali (Atan dan Abu)

"Kenapa kau macam hairan jer dengan keghairahan orang nak memburu Lailatul Qadar?" tanyaku ke arah ruang yang kosong antara ATan dan Abu. Atan dan Abu memandang ruang kosong itu seolah-olah ada air liur aku yang menyembur atau sebagainya. Atan memandang ke bahu Abu. Abu memandang ke arah aku.

Interview Dengan Wali (Enter: Atan dan Abu)

Makan dalam dulang-Program wajib bila keluar 3H (gambar curi)
"Sapa Atan dengan Abu, ni?" aku tanya abang karkun. Abang karkun yang tengah menggoreng ikan untuk makan tengahari jemaah 3Hari, tak mengendahkan soalan aku. Dia terus membalik-balikkan ikan goreng dalam kuali. Aku baru sudah membasuh bawang. Sekarang nak potong ladyfingers pulak. Menu malam ni: ikan goreng, sayur campur, tempe dan tempoyak kaw. Budak-budak jemaah ada yang tengah random (buat dakwah secara rawak), belajar baca AlQURAN, basuh baju atau tido time-time ni. Kitorang tengah keluar kat Surau Kg. Sepri Dalam, Pedas, N9. Kitorang keluar bawak jemaah student IKBN Chembong yang tibatiba mabuk keluar tabligh. Naik haru biru jemaah kami nak melayan kerenah mereka. Bagus budak-budak ni. Semangat. Time cuti jer, diorang mesti keluar jemaah, buat usaha kawasan sekitar negeri aku. Eloklah tu. Rahmat sikit...

Friday, August 13, 2010

Interview dengan Wali (Lailatul Qadar Hunters)


Semua ni idea dari abang karkun. Dia cakap benda ni dah jadi rutin dia tiap kali bulan Ramadhan. Tapi tahun ni, dia tak terpilih untuk keluar 40hari. Jadi dia ajak kitorang buat apa yang dia buat setiap kali bulan Ramadhan tiba: memburu malam LailatulQadar.

Kisah Para Wali (Raja Muda yang bertaubat)

Zun Nun mengisahkan sebagai berikut:

Selama 30 tahun aku mengajak manusia untuk bertaubat, tetapi hanya seorang sahaja yang telah menghampiri Allah dengan segala ketaatan. Beginilah ceritanya:
Pada suatu hari sewaktu aku berada di pintu sebuah masjid, seorang raja muda bersama pengiringnya lalu di hadapanku. Kukatakan: "Tidak ada yang lebih bodoh daripada si lemah yang bergelut melawan si kuat"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails