Thursday, July 8, 2010

Aku dan agensi kerajaan-cerita 1

cerita 1:

Nama aku tak penting. Yang penting, apa yang aku nak sampaikan. Aku ada Diploma. Lepas grad, aku plan nak mintak kerja kerajaan. Tapi takde kekosongan. Sementara menunggu kekosongan tu, aku kerja ngan swasta. Kerja kilang, kerja restoran, jadi salesgirl, jadi waitress, macamacam. Setiap tempat aku bekerja, aku belajar dan siapkan diri aku dengan pengetahuan macam disiplin, 5S, clean as I go dan macam-macam lagi istilah-istilah dalam dunia servis ni. Alhamdulillah, setelah hampir 7 tahun ke sana ke mari bekerja dengan swasta, aku dapat kerja gomen. Aku berazam nak gunakan segala apa yang aku ada ni, untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara yang tercinta ni. Aku konon-konon nak cuba ubah impresi masyarakat terhadap penjawat awam yang terkenal dengan poor service and kepala hangin.Naifnya aku.
Aku dapat kerja dengan jabatan yang agak mencabar juga. Dan aku rasa seronok. Walaupun aku mewarisi banyak taik yang ditinggalkan oleh budak-budak sebelum aku, aku tak mengeluh atau sebagainya. Aku kenalpasti apa yang aku perlu buat, dan attack ikut list "urgent-important". Benda yang besar dan lapuk sudah mula bergerak. Perkara harian (yang rumit dan memeningkan kepala) pun Alhamdulillah settle tanpa kecoh-kecoh. Setahun telah berlalu dan datanglah performance review. Aku dah biasa dengan practice ni dan aku dah jelas apa hasil kerja dan pencapaian aku selama setahun ni. Dan bos aku (Pengarah) impress dengan kerja aku dan telah beri markah yang aku rasa puas hati gakla. Aku happy. Aku tenang. Aku tak ambik tau atau ambik kisah apa markah orang sebab aku takmau terlibat dalam peperangan nafsu dengan setan dalam hati aku nantik.
Tapi sejak kebelakangan ini, 2-3 bulan selepas review tu, aku mula perasan sesuatu. Bila dalam mesyuarat, orang macam sindir-sindir aku. Bila Pengarah tanya secara umum kerja sapa yang masih tak siap, semua orang akan check aku dulu. Kalau aku dah siap, maka habislah yang lain (yang memang kompom tak pernah siap walaupun dah 5 tahun buat kerja yang sama). Dan semua orang akan tolong jawabkan soalan-soalan yang patutnya aku yang jawab. Aku jadi pelik. Tapi lama-kelamaan, aku mula syak. Aku pun buat beberapa ujikaji untuk mengesahkan paranoia aku. Dan memang terbukti ada orang yang tak puas hati pada aku. Dan aku dapat tahu, dia tak puas hati sebab review haritu dia dan geng-geng makan tengahari dia dapat review buruk. Dan aku pulak, budak baru yang takde sapa-sapa ajar apa tugas aku, atau nak menjelaskan betul-betul apa bidang kuasa aku, dan camana aku patut buat kerja, dapat markah yang boleh dikira paling tinggi dalam jabatan. Dan aku rasa dia makin terasa sebab Pengarah suruh dia mencontohi aku. Rakan-rakan dan suami menasihatkan aku agar jangan ambil peduli dengan perangai mereka dan teruskan buat kerja aku.
Tapi baru-baru ni, aku rasa macam tertekan sikit. Sebab semakin hari, kecibaian geng PHD ni makin menjadi-jadi. Hampir setiap hari mamat otai ketua diorang ni akan datang check kerja aku, apa yang aku tak siap lagi, suruh-suruh buat itu ini macam aku taktau apa yang aku patut buat. Kehadirannya tak membantu apa-apa selain menaikkan darah dan level prejudis aku terhadap dia ajer. Dan aku tau semua kelemahan aku yang dia nampak tadi, dia persembahkan kepada Pengarah dalam bentuk penyampaian yang sensasi.
Apa lagi yang aku nak buat? Kalau aku diam je kang, aku yang rimas. Tapi aku tetap pilih untuk diam saja sebab mamat ni dah lama dalam jabatan ni dan Pengarah selalu refer kat dia kalau ada apa-apa isu. Lagi aku layan kang, makin menjadi-jadilah kedengkian dia pada aku. Dan demi menjaga hati aku yang semakin sensitif ini, aku mula tak pedulik dengan kerja atau performance jabatan aku. Maksudnya, aku tak seagresif dulu. Aku takut kalau-kalau agresif aku ni disalahtafsirkan oleh otai-otai pemalas ni sebagai ancaman kepada mereka (sebab mereka slow dan bila ada orang laju, Pengarah akan compare diorang dengan orang laju tu dan buatkan mereka berimej buruk). Aku tertekan bila bekerja sebab aku telah dididik untuk settlekan semua kerja dengan cepat dan jangan bertangguh jika tiada sebab nak berbuat demikian. Lagipun, ni memang sifat pompuan. Tak suka bertangguh. Aku bengkek bila terang-terang dah ada cara yang lebih effisien dan simple dalam melakukan sesuatu itu, tapi idea tu aku diamkan sebab takmau nampak pandai depan otai-otai yang awal-awal lagi dah bentangkan idea mereka (aku tau itu semua idea budak pelatih yang memang tak pernah putus diperah). Last-last aku yang give-up dan mengambil keputusan untuk tukar ke jabatan lain kat tempat lain. Aku ingat masalah akan settle.
Sama gak. Lagi cibai ada. Kadang-kadang tu aku rasa macam nak kerja swasta balik. Aku doakan agar veteran-veteran tak berguna ni dapat taufik dan hidayah sebelum diorang mampus. Dan aku hanya akan maafkan mereka kalau tuhan aku suruh masa kat mahsyar nantik. Buat masa ni, aku memang tak puashati dengan veteran-veteran government servant. Dahlah kerja pemalas, ilmu taknak ajar, dahtu tak boleh terima pendapat atau teguran orang. Menyusahkan organisasi dan merugikan duit suami aku yang tak pernah lambat bayar cukai. Pencapaian diutamakan konon. Piirahhh!!!

*ditulis oleh suami aku, jadi bahasanya agak kasar sedikit sebab dia tengah badmood. Sambal tak cukup pedas tadi, katanya. Maaf.

RTM 1: Di luar ruang lingkup-Bakat kita, Kemana perginya mereka?

Semalam aku tertengok perbincangan pasal Malaysia yang semakin hari ketandusan bakat-bakat. Dan bakat yang dibincangkan ialah bakat macam dalam ekonomi, politik atau teknologi , bukan sekadar dalam musik atau seni saja.
Diorang dok bincang apa sebab dan macamana nak ubah. Aku tak sempat nak utarakan pendapat aku masa tu sebab rancangan tu singkat sangat dan moderator pun nampak macam terkial-kial je dengan info yang datang dari panel dan pemanggil-pemanggil sampai terlupa nak bagi konklusi perbincangan itu.

Orang nak keluar, kita tak boleh nak halang. Budak lepas SPM pun tau sebabnya ialah duit dan prospek. Lepas graduasi, takde perkara yang lebih penting dari membayar balik pinjaman pelajaran dan camana nak bayar dengan gaji yang saya dapat kalau kerja kat Malaysia? Masa untuk return of investment mak saya pun akan berlanjutan sampai berpuluh tahun. Tekanan kerja sama je kat mana-mana pun. Lagipun, ketika kat luar, saya akan lebih fokus pada kerja sebab saya takde apa-apa kat luar sana. Kat Malaysia ni, saya ada banyak alasan untuk menangguh-nangguhkan peningkatan kerjaya saya dengan alasan keluarga, traffic jam, banjir atau sebagainya. Ditambah lagi dengan nafsu saya sebagai seorang yang berumur 24-26 yang memang dalam fasa "mencuba semuanya" yang tak dapat saya "terokai" kalau di Malaysia.

Sebelum saya sibuk spekulet pasal topik ni, saya kena paham senario semasa. Apakah jenis bakat yang banyak ke luar negara itu? Adakah bakat ini kritikal dalam rangka rancangan pembangunan negara saya? Atau ni sumer hanyalah soalan yang akhirnya mengetuk pintu rumah pemimpin sendiri bila anak-anak mereka pun taknak dok kat Malaysia bila diorang dah grad. Pandai jer bagi alasan taknak dok kat Malaysia.

Kalau yang ramai keluar negara tu ialah bakal doktor pakar atau pakar kuantum fizik (yang takde demand lagi di Malaysia), kita ada ke keupayaan untuk mengembangkan kepakaran mereka dengan tahap teknologi yang ada dalam Malaysia jika kita tahan mereka di sini? Dan jika kita biarkan mereka di luar, apa pelan kita dalam memastikan Malaysia tetap di hati mereka? Macam orang Cina, walaupun mereka dah bertahun kat Malaysia, masih lagi cakap ini ialah chinese tea (padahal daun teh datang dari Cameron highland), itu ialah chinese chestnut (buah berangan). Orang India pulak dengan Hinduism yang berkiblatkan negara India. Melayu? Kat Malaysia pun dah tak macam orang Islam. Sibbaik ada buah rambutan, manggis dan durian, promo jugaklah jiwa bangsa aku di persada dunia.

Dan budaya industri di Malaysia yang lebih kepada konsep "show me what you can do" daripada mengenalpasti trait tertentu yang mereka perlukan dalam organisasi mereka, yang ada dalam graduan baru. Itulah sebab bahagian Pengurusan pening kepala nak mengimbangi antara akaun Sumber Manusia yang memang akan meningkat setiap tahun tetapi aliran masuk semakin sedikit kerana harga produk yang semakin murah. Saya tak salahkan mereka kerana saya sendiri pun akan bla dari kilang tu setelah dua tahun mereka melatih saya menjadi seorang pekerja yang baik. Kita di Malaysia tak peduli sangat knowledge retainment/management padahal benda ni wajib dalam agenda bangsa-bangsa berjaya dunia (Yahudi, Aryan, Jepun, etc). Sebab apa? top management pun pikir dia nak bla bila kontrak dah habis..Nak buat apa nak beria-ia membina syarikat yang bukan bapak saya punya ni? Last-last, pasal saya datang mesyuarat lambat sekali jer, saya kena buang.
Jika tuan-tuan mahukan think-tank, orang yang berguna dalam perancangan, dapatkan mereka yang berCGPA tinggi. Jika tuan-tuan mahukan orang yang akan execute pelan rancangan itu, yang kotorkan tangan, yang berani barai mesin dan pasang balik, dapatkan yang berCGPA sederhana. Ini tidak. Semua nak ambik budak-budak CGPA tinggi jer. Akibatnya organisasi di Malaysia ni ramai yang pandai cakap jer. Yang tukang buat biasanya adalah dua-tiga kerat dan adalah orang yang sama dan paling kurang dihargai dalam organisasi. Biasanya mereka ialah golongan operator atau juruteknik. Dan golongan graduan berCGPA sederhana yang tak bekerja ni, lama-kelamaan akan mengambil alih bisnes-bisnes yang telah dibina dengan susah payah oleh golongan vokasional (yang memang terkenal dengan sifat kepala angin). Satu lagi masalah. Dan golongan vokasional akan kalah sebab mereka ada sifat kepala angin dan mulalah terjadi kejadian dengki-mendengki, berpuak-puak, hingga ke tahap jenayah. Tekanan boleh buatkan sesiapa saja menggila, lebih-lebih lagi mereka yang ada trait malas berpikir dan suka ponteng masa sekolah dulu.

Orang yang buat sistem pendidikan, kena paham apa yang tersirat setiap kali keputusan UPSR, PMR dan SPM dah keluar. Kena paham dengan tahap patriotisme dalam budak-budak Malaysia. Jangan sibuk tengok berapa orang yang markah tinggi jer. Sibuk dengan upper percentile. Komposisi populasi dalam graf normal itu perlu juga diketahui, barulah kita boleh pikir camana nak alihkan purata populasi itu ke kiri atau ke kanan, ke arah masyarakat berpendapatan tinggi. Dan semua graf normal menunjukkan golongan average adalah paling ramai dan kita perlukan pelan tindakan untuk mengekploitasi potensi mereka ini daripada dibiarkan begitu saja atau mereka akan salahgunakan kebolehupayaan mereka untuk jalan pintas yang semakin menarik sejak kebelakangan ini: jenayah.

By the end of the day, bakat yang buat keputusan nak keluar tu, adalah budak-budak lagi. Diorang masih mencari-cari dan memang normal jika mereka tertarik kepada hujan emas. Tetapi selagi makbapak mereka, keluarga mereka atau jiwa mereka masih di Malaysia, aku rasa kita tak perlu risau ke mana perginya mereka ini. Dan inilah peranan kita semua sekarang: menanamkan semangat sayangi Malaysia. Bukan sekadar mengaku ini tempat kita tapi masih hidup dan buat keputusan macam parasit. Dah kenyang atau tak boleh nak gigit, lari. Time kasih pun takde.

Tuesday, July 6, 2010

Den budak podeh (Akulah budak tu)

cerita pasal melayu yang beragama islam. islam kata; manusia ialah asbab pemerintahan Allah dimuka bumi. Dan style pemerintahan yang kita tau melalui Al Quran ialah khalifah dan mulk (beraja). Tapi selepas Nabi Muhammad SAW, sistem khalifahlah yang kita tau. Jadi, kita Melayu Islam kat Malaysia ni, kena ikut raja. Jadi, PM tu sapa? Buat apa dia kat situ? Melalui subjek sejarah, aku nampak PM ni umpama ketua kepada residen-residen British. Dia bertanggungjawab, uruskan semua hal negara, kecuali agama, budaya dan bahasa. Maknanya, PM kerja untuk raja. Dan raja pula menaungi rakyat menurut ajaran Islam.
Dan sebagai bangsa Melayu di Negeri Sembilan, saya dapati, ada ramai lagi raja selain raja, tempat saya berada sekarang. dan sebagai seorang yang berfikiran analitikal dan terbuka,saya takbley tahan diri saya dari membandingkan raja saya dengan raja kawan-kawan sebangsa saya di tempat lain. Dan saya jatuh cinta kepada Sultan Brunei. Lately, saya start perasan Sultan Johor. Setiap Jumaat, saya doakan kesejahteraan YDPertuan. Saya cuba nak rasa beraja. Banyak raja saya. Dan mereka ada kelebihan masing-masing. Ampun tuanku. Patik tak reti berbahasa.
Briged PM dan kengkawannya are doing a great job. Keep it up. Pihak pengkritik (pembangkang) pun dah semakin bijak. Tak main benda-benda sentimen lapuk macam perkauman dan sebagainya. Dan rakyat, landscape tempat anak-anak aku bakal membesar ni, semakin bangang dengan kes zina, buang baby, bunuh-bunuh dan sebagainya. Aku nak sound kepada semua perompak atau bakal penyangak. Apa-apa pun pilihan korang, tolonglah jangan sakiti orang lain. Jangan susahkan orang yang takde kena mengena. Nuff said. Tapi briged kena ingat, keputusan mutlak ialah raja. Dia hanya boleh suggest saja. Raja yang pilih.
Dan aku sebagai rakyat Malaysia kena taat kepada raja aku. Tak kiralah. Nobody's perfect, maa. Tapi kita kena berpegang kepada sesuatu jika tak mau jatuh dek apa saja.

Wallahu'alam

Monday, July 5, 2010

Kajian Sejarah dan geografi tempatan-"apa gunanya buat folio ni?"

Ada masa-masanya aku terdengar adik-adik aku mengeluh pasal kena buat folio dalam subjek Sejarah dan Geografi masa tingkatan 3. Sebab sungguhpun diorang ni superb dalam exam, part buat kerja kraftangan macam skrap book atau kertas kerja ni, diorang ada sedikit lemah. Dan ini akan effect pada markah dan akan effect pada PMR dan akan effect pada SPM dan masa depan ke menara gading mereka. Dan mereka takmau membuatkan mak kitorang risau pasal semua ni sebab mak pun tak tahu what the hell is going on. CGPA tu apa pun tak tau.

Ada sorang tu pernah tanya aku apa kejadahnya buat folio untuk subjek Sejarah dan Geografi masa nak ambik PMR. Aku senyum. Soalan yang bagus. Sebagai anak sulung, aku sendiri pun pernah tanya diri aku soalan yang sama. Dan juga soalan macam "Apsal nak libatkan kerja kraftangan folio ni dalam markah PMR aku?" atau "Tak adilla kepada Muthusamy yang dok kat dalam estet Chembong yang takde komputer tu" atau "Apsal time aku nak ambik peksalah kau nak ubah UPSR la, PMRla, SPM la?". Ini membuktikan genetik fikiran kritikal yang ada pada aku ni bukan datang dari bapak aku, tapi dari mak kami. Dan aku bersyukur sebab adik aku pun kritikal cam aku gak. Kembali ke topik asal...
Aku membesar di Paya Besar Pedas, N9. Kawasan kampung ni terletak di Semenanjung Malaysia, di garisan Khatulistiwa yang beriklim tropika yang hanya ada dua musim ajer: panas atau hujan. Peralihan musim; ada musim angin. Bila panas, panas dan lembap. Bila hujan, silap-silap ada banjir dan air Sungai Pedas akan melimpah dan sistem pengangkutan ke dalam atau keluar kampung aku akan terputus.Sebab kampung aku terletak di sebelah timur sungai dan jalan besar di sebelah barat. Di utara ada pekan Rembau dan di selatan ada Johor. Dan aku tau nama ketua kampung aku, apa tugas dia dan kat jawatankuasa mana aku nak hubungi kalau aku nak mintak bantuan buat kenduri kendara, atau bila nak mintak tandatangan sahkan fotostat sijil PMR aku. Dan aku tau air sungai Pedas tu kuning masa banjir sebab lumpur, iaitu tanah laterit, iaitu lapisan kerak bumi yang biasa terdapat di kawasan sekitar banjaran Titiwangsa yang menjalari Semenanjung Malaysia ini. Dan mungkin sebab inilah Semenanjung Malaysia terlepas sedikit saja dari lingkaran gunung berapi dunia yang sedang mengganas sekarang. Aku tak faham semua ini dengan belajar subjek Geografi. Aku FAHAM semua ni masa aku dok tercungap-cungap mengkatalogkan jenis tanah liat yang ada di sekitar Sungai Pedas, masa buat folio Kajian Geografi Tempatan, 1993.

Dan aku bangga kerana jadi rakyat Malaysia sebab negara ini aman damai, dan aku berbangga dapat bergaul dengan kaum besar Asia yang lain seperti yang disuruh oleh agamaku tanpa perlu susah ke luar negara. Aku tau bagaimana Malaysia boleh jadi begini, apa syarat-syaratnya dan apa peranan aku sebagai warganegara Malaysia. Dan aku tau bahayanya jika negara ini tidak dijaga tanah dan budayanya, kerana nanti semua ini akan hilang dan anak aku takkan dapat menyaksikan keindahan Sungai Pedas. Nanti anak aku hanya buat folio berdasarkan info yang dia perolehi dari internet, bukan dari pengalamannya sendiri. Dan aku faham semua ni bukan dari subjek Sejarah. Tapi bila aku dah hantar Kajian Sejarah Tempatan kat cikgu dan risau dengan markah yang bakal aku perolehi.
Dan banyak lagi yang aku perolehi sebab cikgu BM aku pun suruh kitorang buat folio jugak untuk buku-buku yang kitorang baca sepanjang 1992-1993 (Tingkatan 2 dan 3). Masa tu aku mengeluh.

Dan aku akui, folio kau komputer ke, tak komputer ke, tak mempengaruhi markah kau. Sebab masa Kajian Sejarah Tempatan, aku buat semua 100% pakai tangan. Takde fotostat peta. Takde graf komputer. Sumer aku lukis pakai tangan. Dan aku dapat markah paling tinggi masa tu. Dan aku ulang lagi benda ni masa aku kat MRSM Serting 94-95 untuk buku nota Matematik Tambahan aku dan mendapat pujian disamping membuatkan aku lebih minat dalam subjek yang membosankan itu. Kalau cikgu kau cakap markah Muthusamy rendah sebab dia tak pakai komputer, kau bagitau aku sapa nama cikgu tu. Dan aku buat zine Schizophrenic dan kau membaca blog ni.

Jadi, aku rasa buat folio dalam subjek Geografi dan Sejarah itu ada pekdahnya. Masa PMRlah paling sesuai sebab kalau masa SPM, korang takde masa nak buat dah. Tak adillah. Kalau bagus kenapa tak buat untuk semua subjek? Sebab pengetahuan Geografi dan Sejarah ini penting untuk kita yang duduk kat Semenanjung Malaysia ni. Sebab kita takkan ambil endah lagi pasal semua ni sebab selepas SPM, kita akan dok sibuk mendalami subjek Matematik Tambahan atau Kimia atau Biologi atau subjek pilihan ramai: sex.

Tanpa Geografi dan Sejarah, korang sumer takkan tau sapa korang, kat mana korang berada, apa tugas korang dan apa yang korang kena buat sekarang. Diorang ni suka ubah-ubah sistem pendidikan. Pendidikan pun tak pasti lagi sampai mesej sepenuhnya ke semua rakyat, dah sibuk cerita nak influence orang dengan sistem tu. Aku tak taulah apa akan jadi kat Malaysia ni kalau diorang betul-betul nak buang UPSR dan PMR. Najib sendiri kata inovate. Ni sibuk nak abolish dan recreate sistem baru. Tengok apa dah jadi kat generasi PMR tahun 2000 ke atas? Amenda la diorang ni. Kembali ke topik asal...

Tu sebab korang ada banyak masa nak mengomen dan baca blog macam ni.
Sebab pandang rendah pada subjek Geografi dan Sejarah. Lebih-lebih lagi BM dan BI.Korang taktau apa yang korang patut buat masa ni. Kalau korang tau, korang akan dapati korang tak cukup masa. Sebab Malaysia belum kuat lagi dan penjajah-penjajah dah memenuhi inbox email dan pemikiran kita. AKu tak salahkan korang. Korang tau apa. Diorang biasa salahkan mak bapak. Tapi aku kata cikgu dan sistem pendidikan kita ni pun ada peranan penting mereka dan mereka bersalah sebab korang habiskan banyak masa dengan diorang, bukan dengan mak bapak.

Dan adik aku akan naik semangat dan kelihatan dia macam dah tau apa nak buat sebab dia terus pusing belakang dan ambik pen dan menulis sesuatu dan aku akan biarkan dia sambung buat keja dia. Aku keluar gi ambik angin jap.
Lagi setengah jam aku tinjau adik. Laa...membuta dah. Tadi semangat sangat.
Hai...budak-budak.

Risau aku apa akan jadi kat kampung aku ni...

Scuba

Sunday, May 30, 2010

Hobi

Perkataan ini Nampak asing bila saiz font nya telalu besar atau ia diulang2 lihat berkali2. Macam perkataan life.
Life. Life? Life!!
Hobi. Semua orang ada hobi. Apa itu hobi? Kenapa orang nak berhobi? Wujudkan banyak persoalan pasal hobi. Jangan jawab dulu.Bagi contoh2 hobi . berbasikal, congkak, korek hibung.
Cerita sikit pasal mamat yg extreme berhobi. Mamat yang cerita pasal bola jer. Semua benda bola. Kagum
Pastu pasal mamat facebook. kutuk
Cerita pasal hobi orang yang mengganggu hidup orang lain macam main skate malam2, etc
Cerita pasal hobi yg psikotik macam membunuh cicak, suka porn, dok dalam bilik diam2, mak panggil pun tak jawab, tak nampak makan ke tido ke, berak ke hapa ke, wali kea pa anak aku ni?
Apa pentingnya hobi? Kenapa nak berhobi?

Kemungkinan 1: hobi buatkan kita ada identity
Kemungkinan 2: hobi bantu kita release stress, gerakkan otak kanan
Kemungkinan 3: hobi yg bantu kita buat hobi yg satu lagi: tekel awek
Ceritalah takde pekdahnya memikirkan kemungkinan2 yang mungkin untuk mencari jawapan kepada persoalan kenapa orang berhobi dan adakah hobi perlu atau soalan2 bodoh yang tahapapapantah
Benda tu tak penting kalau ia diajar kepada kita sejak kecik. Lepas tanya nama, umur dan dah makan ke belum, mesti tanya hobi atau cita2. Balik2 kumpul setem. Balik2 mengembara, membaca. So hobi mesti penting. Dari kecik dah ditanam supaya “mesti ada hobi “samada betul 2 komited pada hobi itu atau tidak. Macam tanya apakah agama anda.
Bila kali terakhir kita komited terhadap hobi kita? Bila kali terakhir kita komited terhadap JIWA kita?

Apa nak buat lepas ni? (Where were we?)

Soalan yang tak berapa penting untuk orang2 yang baru lepas makan. Tapi ia menggentarkan jiwa kepada seorang lepasan SPM yang baru 2 bulan dok kat rumah tak buat apa2 selain bangun, tido, makan, tivi, tandas, solat, ulang balik.

Atau kepada seorang yg sedang tersesat kat tengah hutan sensorang dan nampak cam dah nak senja dan memang takde idea what or where the hell dia berada sekarang.

Tapi ia memang tak menarik kepada aku, sekarang. Atau kau. Sebab kita kenyang. kita mengantuk. Letih. Kita nak rehat kejap. Lek dulu. Lepas NI kang, kita pikir la. Parking dulu.

Atau sebab kita takde hala tujuan yang jelas dalam hidup kita? Takde perjuangan. Yelah. Tahap pemikiran kita ialah sampai objektif ajer. Angan2 sampai ke lubang kubur jer. Destinasi. Apa jadi selepas objektif tercapai, kita tak berapa kisah sangat. Tak berapa pikir sangat apa agenda kita lepas tu. Macam sibuk pergi medical checkup, sekali baru tau ada kencing manis dengan darah tinggi tahap kronik.
Kita tak berapa nak bersedia dengan apa yang terjadi setelah kita sampai di destinasi. Tak berapa jelas dengan apa plan kita bila kita dah tahu kebenaran yang kita dok bermati-matian nak tau tu.

On the way kang, kita singgah RnR seremban, lunch. Pastu keluar kat town Seremban, singgah Jusco. Shopping sikit, beli buah, buat buah tangan. Balik kampong. Jumpa mak. Salam2. Lepak. Makan. Tido. Breakfast. Lepak. Lunch. Lepak. Balik KL. .Kerja.

Bacalah surat khabar, tengok TV, dengar radio. Isu politik, keganasan, jenayah, tragedy, peperangan, etc. Semua cerita action. Cerita kebencian. Kejahatan. Takde cerita komedi ke, cerita inspiring ke.Cerita kebaikan. Kasih saying. Semua maklumat pasal benda2 yang membuatkan adrenalin mengalir jer.

Dan bila dah marah, dah tau, dah boleh budget apa yang berlaku lepas ni pada sukan bolasepak Malaysia, apa yang kita buat?


Buat tak tau.

Sambung kunyah dan telan something

Sunday, May 16, 2010

Iklan



How it all started



Inilah artikel pembukaan untuk Shizo#1. Ia menerangkan tentang sifat "satu pencarian" yang timbul dalam diri seseorang bila dia mencapai usia remaja. Ini ialah normal di mana bila seorang individu mulai sedar akan situasi dirinya, keadaan sekelilingnya, dia akan mula mencari-cari adakah dia tergolong dalam mana-mana kelompok.

Agaknya inilah sebab kebanyakan remaja sekarang akan join apa saja yg mereka anggap "cool". Rempit, fesyen, akademik, minat, muzik dan macam-macam lagi. Mereka memang dah lahir dengan kecenderungan2 atau trait2 genetik yang tertentu, kemudian kecenderungan/corak ini disokong oleh apa-apa yang mereka belajar dari umur 1 tahun hingga 9 tahun. Dari TV, radio, adik beradik, makbapak, uwanatuk, sedaramara, dll. Kemudian, mak bapaklah yang bertanggungjawab samada menguat atau mengubah corak2 yg ada pada anak2 mereka. Jika kecenderungan anak yang negatif tidak dibendung sejak kecil, korang ingat dapat ke nak suruh orang tua untuk pakai seluar panjang menutup aurat masa pergi shopping kat Giant? Atau bagitau pada mak datin sebelah ni yang orang pompuan kena pakai tudung? Dah tak dapat dah. Betul2 harap hidayat atau BALA dari Allah saja yang ubah mereka ni. Tahukah anda apa kecenderungan anak2 anda? Tahukah anda, apa kecenderungan anda?... Dah! Jangan nak salahkan makbapak anda. Anda dah tua! Pikir dan ubahlah perangai buruk sendiri!

Budak2 mana tau apa yang baik apa yang tidak kalau orang yang tau tak bagitau. Tapi orang yang tau pun buat tak tau, maka tak salahlah jika sunatullah masyarakat kita ni menuju kehancuran, seperti yang telah digariskan dalam hadis. Maka benarlah saranan Islam yang menyuruh manusia untuk berjemaah dalam apa saja.

"Dalam jemaah ada mesyuarat dan dalam mesyuarat, ada persatuan hati, dan dalam persatuan hati, ada kebaikan..."

Kembali kepada topik, aku rasa undergroundlah yang paling cool pada aku masa tu, maka bermulalah pengembaraan aku dalam dunia underground...

Artikel ni bertujuan untuk menetapkan lanskap untuk zine ini yang bercerita sekitar dunia underground. Jadi korang takkan jumpa apa2 berkenaan selamatkan ikan paus atau artikel pasal metal atau skinhead atau sebagainya. Atau apa2 pasal politik. Aku pilih tentang kehidupan. Ini merupakan escapism kepada zine2 underground pada masa tu yang mementingkan genre zine (sebab mahu zine digolong sebagai genre tertentu) dan mendapat sokongan macam punk/metal dalam memastikan "reputasi" zine sentiasa panas...

Aku buat zine tanpa peduli itu semua. Aku cuma ingin lari dari semua ini dan bawa sapa2 yang mahu lari juga turut berlari denganku. Dan untuk berlari, aku perlukan duit. Dan untuk duit, aku perlu jual banyak zine...Inilah pikiran aku pada masa tu...Duit-duit-duit

Wednesday, May 12, 2010

Incomplete Art

The Ultimate Sekapur Sireh

Salam. Setelah sekian lamanya, kita bertemu kembali. Kalau dulu dalam bentuk harcopy yang aku jual di pintu masuk gig, sekarang ke dalam bentuk blog. Alhamdulillah, aku rasa aku berada dalam suatu keadaan yang mana aku dah boleh keluarkan satu lagi isu Schizophrenic yg terhenti jualannya semenjak isu ke 5. Dengan penggunaan media internet ini, aku menjangka semakin banyaklah bullshit yg boleh aku roll untuk menghasilkan duit demi menjana kehendak nafsu aku yg tah kemana nak pergi ni. Zine Schizophrenic dihasilkan untuk menghasilkan duit. Tapi sekarang, aku pun tak tau camana nak hasilkan duit dengan blog. Tapi member2 dan adik aku dok desak supaya memanfaatkan mastercopy zine Schizophrenic yg ada, aku pun mengelak dgn alasan takde masa. Tiba2 ada kilat menyambar dan terdengarlah suara “Kau kena buat blog untuk Schizophrenic”, maka aku pun tak dapat nak buat apa2 lagi melainkan ambik MC dan terus mengadap laptop, menulis benda yg korang tengah baca ni. Untuk isu2 yg akan datang, apa yang korang baca adalah benar pada masa penyiaran saja. Sebab aku tulis berdasarkan pemahaman semasa aku saja, dan besok biasanya Allah akan beri petunjuk samada aku on the right track ke tidak…Macam kilat tadi…

Pepehal pun, kepada yg baru kenal dengan dunia Schizophrenic, aku memperkenalkan kepada korang semua sekali lagi, sebuah diari seorang aku dalam perjalananku menuju entah kemana. Kebanyakan perkara yg dibincangkan dalam isu terdahulu, berkaitan dgn apa yg aku alami pada masa penulisan, seperti perasaan semasa nak sembelih ayam, atau imbangan antara kehendak sendiri dgn kehendak orang lain, penerokaan diri, dan benda2 duniawi macam tu lah. Dan benda2 ni, aku tulis, lukis dan cetak atas kertas A4 dan jual RM2 untuk 10 keping A4 berisi artikel dan lukisan buatan tangan. Takde fancy2 laminate ke apa, konon nak bring value pada mastercopy. Tapi Allah Yang Maha Kaya telah menarik balik nikmatNya dengan aku menghilangkan mastercopy tu masa proses berpindah randah sejak aku bekerja ni. Dah puas aku mencarinya tapi tak jumpa2 lagi. Akhirnya aku menerima hakikat bahawa ia telah pergi tak kembali. Kemudian kilat menyambar lagi dengan mengatakan: “Kau pakailah otak kauuuuu”…dan semua alasan untuk tidak memulakan blog Schizophrenic, hilang.

Namun, Alhamdulillah. Allah tetap berikan kekuatan untuk aku kadangkala merekod perkara2 yg ingin aku sampaikan kepada aku sendiri. Ikut mood la. Ada lah sehelai sana, sehelai sini, semua dalam bentuk tulisan kecik2, bertaburan kat rak, yang menyusahkan ahliya aku menyusunnya.

Banyak yg telah berubah sejak isu ke-5. Dulu aku dok pergi gig, disko, tak solat. Sekarang ni aku dah bernikah (dan dikurniakan Amanina), bekerja dan banyak hutang. Dan sudah tentulah banyak perkara menarik yg dilalui yang boleh dijadikan iktibar kepada aku sendiri yg selalu lupa ni. Dan harapanku melalui blog ini ialah untuk lebih memahami diri aku sendiri dan mengetahui jawapan kepada soalan itu:

WHY?

Why not?

why now?

It’s TIME.

TIME for what? What time? Who are you? Hei!!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails