Wednesday, December 19, 2012

20.12.2012


Harini ialah 19 Disember 2012. Besok ialah 20. Lepas tu ialah 21 Disember 2012, tarikh keramat yang diwar-warkan oleh media alternatif sebagai 'Hari Takut Sedunia'. Pelbagai lawak telah dirancang untuk menyambut hari tersebut dan sesetengahnya telah dirancang sejak zaman Nabi Idris a.s lagi oleh musuh sukaramai: Cik Iblis.

Bukan rahsia lagi, makhluk bernama 'MASA' itu (seperti makhluk-makhluk lain juga) ada musimnya. Melalui musim-musim ini, makhluk akan melalui proses pembersihan dan pembaharuan, bergantung kepada dimensi mana dia duduk. Lagi tinggi dimensinya, lagi kurang jumlah pembersihan yang diperlukan, maka lagi panjang kitaran setiap musimnya, maka kuranglah juga jumlah kitaran. Makhluk yang dah bersih, takyah nak kitar-kitar dah.

Bumi juga melalui proses kitaran. Melalui ilmu yang Allah kurniakan pada zaman Nabi Idris a.s, beliau dah buat jam yang berpandukan kepada musim bumi. Melalui rahmat Allah juga, manusia pada zaman beliau telah didedahkan dengan ilmu tentang kitaran astroloji, kitaran matahari dan bulan, malah kitaran 'masa' itu sendiri (yang berakhir dengan kiamat). Pengetahuan ini telah menggempar semua makhluk di dimensi ketiga pada masa itu, lebih-lebih lagi si Iblis laknatullah. Semua orang tahu yang dia ni takde apa-apa power selain boleh bisik-bisik jer kat kita. Plaing kuat dia *puff* menjelma depan kita. Last time dia buat camtu dpena manusia (Idris a.s), dia hilang sebelah mata. Punyalah bengang dia. Masakan tidak? Kenapa spend eternity without depth perception.

So, ye. Jumaat ni, bumi akan melalui satu lagi kitaran. Dan ia akan efek keadaan fizikal bumi ni, yang sudah tentu akan efek semua makhluk yang ada dalamnya. Tapi, bukan rahsia lagi yang keturunan manusia akan survive semua ni (walau akan ada period huru-hara, sengsara dan derita) tapi hei, kalau semua orang rasa benda yang sama, ia taklah jadi seteruk mana, betul? Rilek laaa. Maka, kalau manusia tak hilang ingatan pun (ada teori yang mengatakan otak manusia akan di reset akibat fenomena alam itu), manusia takkan sempat nak fokus sebab kejap dengar gempa bumi kat Amerika Selatan, kejap dengar Tsunami kat New York, kejap taufan kat mana ntah. Kejap Rosmah umum nak guna juta-juta untuk pegi ushar orang susah kat Afrika. Kejap video some whoever dalam parti whatever tersebar. Last-last kita buang masa ambik tau nak catchup dengan apa yang sedang berlaku daripada pikir apa yang kita nak buat lepas ni. Lagipun, hilang ingatan bukan sesuatu yang baru dalam hidup manusia sejati. Kita mulakan pagi dengan segala rancangan dan semangat disiplin tapi lepas makan tengahari jer, semua plan tadi kita sambung dalam dunia metafizik jer (membuta). So, apa nak takut hilang ingatan? OK apa? Aku sapa? Mana ada? Tu bukan hutang PTPTN saya, contohnya.

Kami tahu apa yang bakal berlaku dan kami juga ada risau yang timbul dek rasa kasih yang Allah kurniakan dalam hati kami. Dan kami gunakan fikir risau ini untuk menjana doa-doa kami untuk sekalian ummat Muhammad SAW serta semua manusia dan alam, serta motivasi untuk bertindak mengingatkan semua tentang perkara-perkara yang penting.

Kita semua makhluk. Malaikat, manusia, jin. Dan semua ini semata-mata nak menunjukkan akan kebijaksanaan Allah dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmah perbuatanNya. Ok kan ajer dan enjoy the ride. Takyah sabar-sabar. Buat jer dengan bersungguh-sungguh. Selagi kita sedar dan bergantung harap pada Nya, Allah Yang Maha Pengasih, tidak akan mensia-sia...

Wallahu alam.

-Abang karkun






Memahami Realiti

Aku sedang melayan video di yutiub. Atan tengah main game kat hempon dia. Abu dengan Abang Karkun tengah selidik something kat tab Abang Karkun.

"Power jugak Tab made in China, ni" kata Abu.
"Made in China, tak semestinya takbley pakai" jawab Abang Karkun.
"Bukankah Baginda SAW pernah kata yang bunyinya lebih kurang; tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina?" kata Atan tiba-tiba. Tengah pasang telinga, rupanya. OK. Aku test.

"Hari tu masa 4th of July, diorang jumpa apa yang dikatakan sebagai Higgs boson. Diorang dah jumpa bukti yang dalam 'space' and 'time' kita ni, ada medan yang dipanggil Higgs field. Pendek cerita, diorang dah temui konsep 'alam ghaib'" kataku panjang lebar. Semua orang pandang pada aku kecuali Abang karkun. Tipikel.

"So?" tanyanya.
"Takdela. Saya terpikir jer, camana alam ni berfungsi, sebenarnya"
"Teruskan"

"Camni. Ahli sihir datang ke sebuah kampung. Di atas pentas, ada sebiji batu yang besar. Depan orang ramai, dia angkat batu tu tanpa sentuh pun. Orang kampung pun kagum" mulaku.

"Tetiba ada pakcik berteriak, ahli sihir itu hanya guna tipu daya. Yang berlaku sebenarnya ialah, ada jin yang angkat batu tu. Tapi orang ramai tak nampak. So, orang pun selamat. Cerita pun abes kat situ" aku senyap sebentar, bagi Atan dan Abu catchup. Aku tak risau Abang karkun tak paham ke apa sebab dia boleh baca pikiran. Aku tau dia dah tau makna soalan aku.

"So, melalui ilmu mata kasar, saya boleh explain the mechanics of macam mana nak mengangkat batu tu. Kena ada peralatan. Tapi sekarang, saya tak nampak jin tu. Dan saya tak nampak atau rasa apa-apa yang boleh dijelaskan menurut ilmu fizik saya, bagaimana jin itu, mengangkat batu tersebut. Macamana batu tu boleh lepas dari tarikan graviti bumi. Macamana benda yang tak berjisim boleh angkat batu besar tu" Aku tengok Atan dan Abu. Dua-dua tengah menganga. Abang karkun ketawa.

"Oh, keh keh keh. Amender, la kau ni. Itu yang kau pikirkan?" kata Atan.
"Ntahnya. Cubala pikir kalau elektrik takde masa 21 Disember nantik, mana nak cekau lilin ke, mana nak cari motobot murah ke, sapa ada batang pancing lebih ke..." kata Abu pula. Kami semua ketawa. Tapi itu tak menjawab soalan. Aku pandang Abang karkun. Dia sibuk lap air matanya dek lawak bangang adik beradik dua ekor ni. Aku mula saspek diorang ni ada darah jin sesikit. Aku picit ibu jari kaki kiri Atan.

"Keluar! Keluar!" kataku. Atan menggeleng-gelengkan kepalanya macam kena histeria. Makin kuat kami ketawa.

"Dah-dah! Astaghfirullah...Lalai betul aku dibuatnya dengan korang ni!" kata Abang karkun. Aku ushaar jer Abang karkun, menunggu jawapan kepada soalanku. Ada jugak aku try-try konon nak baca fikiran Abang karkun tapi biasalah. Paling kuat pun aku terbayang gambar sebijik kacang, jer. Makrifat kebendanya? Anyway, by that time, Brader bus stand pun sampai membawa dulang berisi jag dan gelas-gelas kosong.

"Air dah sampai!" kata Abu.
"Bismillah! Bismillah! Jemput! Air orang bujang jer, ek?" kata Brader bus stand merendah diri. Wali-wali memang camni. Baik budi pekerti dan suka menjamu orang. Aku leka sekejap tapi kembali fokus kepada persoalan bila bibirku menyentuh air kopi o yang masih panas lagi. Adoi! Kok ye, pun kaaaan...

"Hehe. Maaf. Nabi biasanya akan minum air bila dah suam sikit. Tunggu dia sejuk, jap" kata Brader bus stand. Kelihatan Abu dan Atan yang tadi berkerut memuncungkan bibir nak menghirup air kopi panas, terus buat muka relaks dan meletakkan gelas masing-masing dengan berhati-hati takut air panas tu tumpah,  di tempat yang tak terlanggar, nantik. Aku pandang Abang karkun. Dia tak usik gelas dia.

"Dah lama dah, manusia kaji benda ni. Bukaklah Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Manusia akan jumpa jugak, macam-macam secret. Rahsia penciptaan, rahsia bagaimana semua ini berfungsi, rahsia masa, rahsia dalam rahsia dalam rahsia...

Sungguhpun begitu,ia tetap terbatas hingga 90% ketepatan. Tetap akan ada 10% ketidakpastian, walau manusia dan jin dah rancang hingga ke nano saat yang ke per sejuta. Dan 10% itu, adalah pivotal pulak tu. Takde dia, 90% tadi tu tak berguna" kata Abang karkun panjang lebar. Kami semua dah duduk mengadap dia. Tapi dia masih leka dengan Tab dia. Ntah apa sajalah yang menarik sangat tu agaknya?

"Ramalan kaji cuaca, ni haaa" kata Abang karkun sambil angkat dan tunjuk Tabnya padaku. Kelihatan gambar peta dunia dengan line-line kaler-kaler dan pola pergerakan awan. OK. Aku diam, sekarang. Sambung arr lagi, bang?

"Tapi, untuk mereka yang dah paham, Allah beri kelebihan. Setiap kelebihan, sesuai dengan tahap iman mereka dan mereka tidak terpengaruh dengan kelebihan itu. Ingat tak cerita pembantu Nabi Sulaiman Al-Asif yang ahli kitab tu?" Abang karkun berenti dan meletakkan Tabnya tadi ke sisi kirinya.

"Yang kalahkan ifrit dengan bawak Istana Puteri Balkis, tu?" tanyaku. Abang karkun mengangguk dan membetulkan postur dan duduk tegak depan gelas minumannya. Dia senyum. Atan dan Abu buat muka saspen. Brader bus stand pun senyum sambil geleng kepala. Aku tenung jer Abang karkun.

Dengan selamber dia pegang gelas panas tu dengan telapak tangan kanannya. Dia angkat dan pegang gelas tu depan bibir. Kelihatan wap air terbang laju dek nafas Abang karkun. Eh? Bukan gelas tu panas ke? Aku pandang Abu. Atan muka excited. Dia pun pegang gelas dia tapi terkujat sebab panas.

"Alhamdulillah. Semoga Allah tambahkan barokah dalam hidup tuan rumah yang menyediakan hidangan ini. Bismillah..." katanya dan terus meneguk air panas tu perlahan-lahan. Setelah tiga teguk, dia letakkan semula kat tepi dan ambik balik Tabnya tadi.

"Perghhhhh!!!!! Camner abang buat? Camner bang? Ajar, arrrr" kata Abu sambil goyang tangan Abang karkun. Atan pulak dah duduk kat tepi bahagian kaki dan ambik kaki kiri Abang karkun dan taruk atas pahanya dan mula mengurut-ngurut. Brader bus stand tersengih. Aku usik gelas aku dan biarkan tanganku memeluk gelas panas tu sambil cuba fokus nak tahan kepanasan tu. Siap buat berdengung lagi macam meditasi reiki. Tapi panas jugak. Nak meletup rasanya jari aku. Aku masih tak puas hati.

"Kongsi-kongsi, la ilmuuu" kata Atan pula.
"Ntah. Tapi tabligh.." cucukku. Abang karkun ketawa lagi.

"Dah tua pun tak berubah-ubah!" seloroh Abang karkun pada kami.
"SIFU!" kata mereka berdua serentak.
"Sifu bijik tasbih, kau! Hahaha" jawab Abang karkun. Serambi rumah brader bus stand, bergema lagi dengan gelak ketawa, malam Selasa tu. Dah lama tak camni...

Friday, December 14, 2012

Masa telah tiba

Fibonacci Spiral, Golden Ratio, Phi, natural law 
Agama ialah kepercayaan. Walau semakin ramai mula menterjemahkan 'percaya' kepada erti simboliknya dalam dunia materialistik, majoriti tetap bersetuju bahawa 'agama' ialah pegangan kerohanian manusia, bahawa alam ini punyai aturan dan sistemnya yang tersendiri, dan sistem itu cenderung kepada harmoni dan kemurnian.
Alam fizikal penuh dengan batasan
maya yang tidak kelihatan
Manusia hanya dengar kata dari dirinya sendiri, atau seseorang (atau sesuatu) yang dia percaya punyai 'kuasa' atau 'hak' ke atasnya. Ini bermakna, batas yang ada dalam diri seorang manusia, ialah norma yang dia percaya. Apa yang kita percaya pula ialah apa yang dia telah pelajari melalui pengalaman yang diperolehinya melalui pendidikan, keluarga, masyarakat atau keadaan semasa dunia.

Manusia dilahirkan di atas bumi, walau bermula dari pelbagai latar belakang yang berbeza, sebenarnya akan melalui perjalanan kerohanian yang sama. Perjalanan yang bakal kita tempuhi, adalah sesuai dengan untaian memori yang terbentuk dari tok nenek kita, hinggalah ke saat kita mulai sedar akan kewujudan kita. Kita mulai bertanya akan nilai dan erti kehidupan, dan mulai mencari tempat kita dalam 'the big picture'.

Kita akan bertembung dengan pelbagai paras dalam pendidikan seorang manusia, bermula dari melengkapkan keperluan asas seperti membaca, mengira, menjaga diri sendiri serta nilai-nilai asas kemasyarakatan, didedahkan kepada kemungkinan yang tiada batas dalam pengajaran ilmu-ilmu keduniaan, diajarkan pintu-pintu ke dunia spiritualiti dan kemudian dilepaskan ke dalam dunia dimana kita mula mengamalkan segala teori atau kefahaman yang diperoleh tadi, untuk membentuk kefahaman serta kepercayaan terhadap fahaman tersebut.
Kapitalisme; agama manusia materialistik
yang buatkan manusia fikir, dialah tuhan.
Buat sementara waktu, kita disibukkan dengan segala persediaan bagi memastikan kehidupan duniawi yang bakal ditempuhi sehingga tua nanti, dilalui dengan aman. Kita kumpul duit, harta, memperkukuh dan membina keluarga, serta mencipta satu imej baru untuk diri kita. Bagi yang dimudahkan, semoga mereka tidak bongkak dan merasakan mereka bagus merancang. Bagi yang temui kegagalan, ingatlah bahawa kegagalan adalah tangga-tangga dalam pembelajaran. Kita terus leka dalam membayar semula hutang budi kepada yang telah bantu kita hingga ke tahap ini, disamping menaikkan harga hidup kita sendiri. Hinggalah suatu hari, kita disedarkan semula oleh sesuatu seperti bala yang menimpa keluarga atau satu video yang menyentuh hati dari Youtube, yang mengingatkan kita kepada soalan yang kita tanya masa kita mula-mula dibukakan dunia ini, dulu; siapa kita dan apa ertinya semua ini?

Barulah kita kembali reverse engineering kan hidup, membuka lembaran mukasurat dalam diari lama, atau duduk bersandar meletakkan tangan di dahi merenung apa yang telah terjadi hingga kini, mencari spiritualiti. Yang tidur takkan nampak selagi mereka tak buka mata dan melihat. Yang bahaya ialah mereka yang rasa diri mereka dah cukup baik. Yang baik adalah mereka yang rasa dirinya sama.

Dan dalam kesuntukan masa, kita penuhkan sisa masa kita dengan mengenalpasti bayang-bayang dalam kehidupan kita, memberikannya nama agar kita tidak tertipu LAGI olehnya. Namun, masih ada juga yang leka dengan pengetahuan tentang kegelapan hingga mereka terus hancur dan rugi. Hanya segelintir saja yang hatinya tak tergoda tapi terus kekal dalam sifat kemanusiaannya. Mereka takkan terpedaya dengan kekaguman yang terhasil dek bayang-bayang, tapi terus mencari punca kepada wujudnya bayang-bayang itu (cahaya). 

Jangan leka dengan bayang-bayang...

Kenapa? 
Kerana mereka sentiasa fokus kepada soalan dan tak cepat puas hati dengan jawapan.

"It was dark in there, so tonite
 I got my torchlight on"


"Agama. 
 Kepercayaan. 
 Semua orang boleh percaya.
 Hanya bukakan matanya"

...soalnya, apa tindakan kita, 
andai hijab dibuka?


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails