Wednesday, December 28, 2011

Redha atau Pasrah?

Bukan aku givap.
Atau dah fedap.
Tapi kadangkala aku keliru
Dengan cara dan matlamat.
Aku tak mau jadi tentera setan
Menghantar bangsaku ke dalam neraka
Walaupun adakalanya
Perbuatanku berlawanan dengan kata-kata
Aku mau jadi pengikut Baginda
Namunku tahu,
Aku bukanlah pemimpin ke syurga
Maka,
Apa yang boleh aku lakukan sekarang
Ialah mencampakkan seberapa banyak kaumku keluar
Dari neraka.
Jalanku mungkin berlainan
Namun matlamat dan harapan
Tetap sama.
Jika neraka itu adalah ketentuan untukku dari Nya,
Aku yakin.
Itulah yang terbaik

Wednesday, December 7, 2011

Atan Dan Abu : Pilihanraya dan Politik


Atan sedang leka main Angry Bird di henfonnya. Abu sedang leka menguis-nguis permukaan Tab Abang Karkun. Brader bus stand sedang lepak termenung (berzikir) kat depan tu. Aku dengan Abang Karkun sedang menusan kat belakang.


"Pilihanraya cam dah dekaat, jer?" kataku memecah keheningan yang setakat ini dipenuhi oleh asap-asap berbau cengkih. Abang karkun langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi dari komen sekerat aku. Aku menyedut dalam puntungku. Dan cuba buat O.


"Pilihanraya kat Malaysia ni hanyalah wayang. Sekadar nak tunjuk kat orang luar yang Malaysia ni adalah negara demokrasi" jawab Abang karkun pendek. Beliau memang tak berapa minat dengan cerita-cerita politik. Tambah lagi yang takde kena mengena dengan hal-hal dakwah.


"Apa pendapat abang tentang politik Malaysia? OK ke?" tanyaku cuba mencungkil. Abang karkun menyedut puntungnya. Jauh pandangannya. Tak pasti pulak sama ada dia sedang pikir nak jawab apa atau dia dok pikir masalah ummat.


"Apa lagi pasal politik Malaysia? Ok lah ni" jawabnya pendek.

OK? Apasal Abang karkun kata OK? Bukan ke kedudukan Melayu semakin goyah kat negara ni sekarang? Melayu dah berpecah belah kepada pelbagai pecahan politik dan setiap satunya bagaikan dah tiada jalan nak bercantum lagi? Dan para pemuka dari bangsa lain nampaknya tak segan silu lagi nak mencabar kedudukan agama Islam? Duit zakat dipersoal di Penang. Isu murtad dah diekspolitasi bagaikan spekulasi saham dikalangan oportunis? Jurang antara orang kaya dengan miskin semakin terasa? Bahang inflasi mula mengetuk pintu negara kita? Melayu dah sama ramai bergelendangan di kota-kota?


"Semua tu adalah masalah kita. Kita yang tak buat kerja, maka semua tu terkeluarlah" jawab abang karkun yang bagaikan tusukan pedang tepat ke pangkal hati aku. Ye. Aku dah lama tak turut serta keluar tabligh dengan mereka. Maklumlah, aku baru mula kat tempat kerja baru...


" Abang rasa BN akan majoriti tak kalini?" tanyaku mengalih topik.
"Allah akan berikan tampuk pemerintahan kepada yang layak dan bersedia. Apa saja yang berlaku, pasti ada pengajarannya" jawab Abang karkun.

"Politik kat Malaysia ni OK lagi. Pihak kerajaan semakin mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat dan pembangkang. Cuma pembangkanglah kena lebih bijak dalam mengutarakan isu-isu. Mereka kena ubah dari menggunakan serangan personal kepada membincangkan isu-isu sistemik. Isu birokrasi, isu kegagalan SME, isu masalah muda-mudi..." Abang karkun mengeronyohkan puntungnya yang semakin pendek. Aku turut melakukan perkara yang sama. Tetiba Abu datang menyertai jemaah bayan jin kami kat belakang ni.


"Wan, ada nusan lagi tak?" tanya Abu sambil menghulurkan Tab Abang karkun pada abang. Aku menghulurkan kotak nusantara kepad Abu.


"Lu sapot kerajaan, kan Wan? Apasal lu isap rokok tak bayar cukai?" tanya Abu. Aku tersentak dengan soalan Abu. Terkapai-kapai aku mencari jawapan.


"Aku dah takleh masuklah rokok lain" jawabku menyelamatkan diri.
"Oh, OK" jawab Abu.

"Kalau nak ikut, BN dah lama kalah teruk. Mereka cuma bergantung kepada akar-akar mereka yang telah menyelinap masuk jauh ke dalam sistem negara ini. Kalau tidak, awal-awal lagi mereka dah kalah dan awal-awal lagi negara ni dah hancur. Tapi itu masalah mereka. Masalah kita ialah keadaan akhlak, moral dan tauhid bangsa kita yang semakin parah. Kefakiran menghampirkan manusia kepada kekufuran. Tapi kemewahan pula menghampirkan kita pada keangkuhan..." kata Abang karkun tiba-tiba. Aku tersentak.


"Eleh bang, kita yang komplen dok risau-risau ni pun, sekadar lepak belakang masjid menusan. Masa buat kerja, buat memain pulak" kata Abu dengan pedasnya. Dia semakin tak cover sekarang.


"Betul kau cakap tu Bu. Mulai sekarang, aku akan lebih Jaws lagi dengan korang. Dah! Jom masuk, taklim!" kata Abang karkun. Aku menjeling pada Abu. Abu tersengih tak mengaku.

Dari jauh aku perasan Atan yang on the way nak join kami, buat U turn dan menyelamatkan diri...


Monday, December 5, 2011

Semboyan Telah Berbunyi

''Sapa nak beli lembu, angkat tangan. Zat! Kau takyah!''
Semboyan telah dibunyikan,
Tangan pun dah dihayunkan,
Para pemuka semakin beria-ia
Sedangkan rakyat masih leka ke sini sana.
''Gua saspek, PRU diumum pada...1/2/12...''
Pilihanraya di Malaysia datang lagi
Ia bukanlah masa untuk membuang undi
Tapi saat gembira untuk berjoli
Melepak di balairaya sampai ke pagi
Masa PRU ajer mat rempit dipanggil BELIA

Yang tah sapa-sapa, mula menjenguk muka,
Tetiba datang berkonvoi, sibuk nak salam dengan uwan kita
Salam berisi, senyum berhamper
Cakap meletup, janji berjela.
George Waibi belajar cara berpolitik dari Malaysia
masa persidangan isteri-isteri pertama dari Afrika hari tu
Yang perasan biru, mula sibuk menyeterika batik
Mula kembali bersongkok, tangga masjid tak pernah naik,
Selama ni balairaya sarang kambing dan penagih,
Sekarang manjang penuh, siap berhalau baru nak balik.
Susah payah gua tak berplastik setiap Sabtu. Sekarang?
Tokey PA system dan khemah dan katering,
Masa nilah nak penuhkan jadual, nak ambik booking.
Yang budak-budak pun dah pandai tendering,
Ambik upah, pasang bendera dan bunting.
Setakat nak pangkah, adik pun boleh mengundi. Itu pun susah ke?
Pilihanraya di Malaysia
Hanyalah perlawanan persahabatan.
Kalah menang dah ditentukan
Cuma sapa yang kena kalini ajer
Yang kita tunggu nak ketawakan.

Amender laaa

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails