Tuesday, October 25, 2011

Atan dan Abu: Isu Banjir di Bangkok

Kami tengah melepak di serambi rumah brader bus stand. Dah lewat malam dah. Sejak gua kerja kilang semula ni, dah jarang lepak-lepak reramai camni. Abang karkun dengan Atan tengah mengadap tab. Abu tengah melayan twitter kat henpon dia. Aku cam biasa, menaip benda nilah. Sesekali ada yang menguap dek mengantuk. Tapi dalam ramai-ramai tu, gua tak nampak pun brader menguap. Orang sufi memang tak menguap agaknya.


"Eh? Bangkok dilanda banjir baru-baru ni, kan? Teruk jugak!" kata Abu tetiba. Matanya masih melekat kat skrin henponnya.


"A'ah. Dengar citer bandar Bangkok tu nak ditenggelamkan pasal nak selamatkan bandar dan tempat-tempat lain yang berdekatan" sambung Atan pulak tetiba. Abang karkun mengambil alih tab yang dihadap oelh mereka berdua tadi. Dari tempat aku duduk, kelihatan macam papran yang familiar kat skrin tab tu. Ni mesti tengah main game lastik-lastik burung, ni. Abang karkun pun terpengaruh jugak? Haiishhh.


"Mana ader!" jawab abang karkun dari jauh. Tak cover sungguh dengan keramat boleh baca pikiran dia. Cheh!


"So, apa masalah dengan isu tu?" tanya brader bus stand yang jaran-jrang nak join perbincangan isu semasa macam ni. Beliau biasanya akan bersuara dalam hal-hal melibatkan sufism macam bersih ke sudu yang kita guna kat kedai makan tadi or sejadah yang tak suci di surau-surau.


"Takdelah. Teruknya" kata Abu sambil buat muka concerned. Pelik. Abu jarang concerned dengan benda-benda macam ni. Tapi memang betul pun. Sejak dua menjak ni, natural disaster memang menjadi-jadi. Gempa bumi lah. Taufanlah. Banjir lah. Volkano lah. Hishhhh.


"Apa yang boleh kita simpulkan dari kejadian tu, ye bang?" tanyaku tetiba sedangkan jemariku sedang sibuk menaip setiap butir perbincangan kami malam tu. Angin sejuk tetiba menyapa. Kami semua pause sekejap melayan angin malam yang menyegarkan.


"Ada banyak pengajaran yang boleh kita ambik the moment kita dengar isu banjir kat Bangkok tu" kata abang karkun tetiba pulak. Wah. Best ni. explanantion abang karkun biasanya mesti ada unsur saintifik dan sufisme. Aku memasang telinga.


"Abang citerlaa" kata Abu. Atan dah dok mengadap abang karkun. Abang karkun dok leka kuis-kuis tab dia melastik burung. Atan rampas tab dari tangan abang karkun. Abang karkun terkejut dan berang sikit. Atan buat muka series kat abang karkun suruh dia explain.

"Dari sudut geografi, korang tau yang kita sekarang global warming, kan? So ketulan ais kat utara sana dah banyak yang cair dan air-air tu sumer pasti akan mengalir ke selatan. Ada yang tersejat dan jadi awan dan mengganas menjadi taufan. Ada yang mengalir ikut darat ikut jalan sungai dan air-air terdahulu" mula abang karkun yang membetulkan duduknya. Tangannya mencapaibeg berisi kit barang-barang berasap. Tangannya pantas memulakan proses penggulungan.


"Dari segi politik, banjir Bangkok tu patutnya boleh dibendung. Tapi sebab politik Thailand tak sekukuh macam dulu-dulu, diorang boleh pukak buat keputusan nak tenggelamkan kota. Kalau kat Amerika contohnya, tentu diorang akan buat decision yang lain. Ni dari segi politik"


"Dari segi spiritualnya, kita semua boleh bukak kitab. Tempat-tempat yang mungkar akan dicuci dengan bala-bala macam air, angin atau tanah. Kita sumer tahu Bangkok tu punya main industri apa, kan? Dapat pulak puak agama/spiritual kat situ dah sampai tahap tak rasa yang kemungkaran yang ada itu perlu ditegur. Dan bila itu berlaku, maka bala akan sampai." Abang karkun buat muka series. Kami semua tunduk sebab masing-masing terasa dalam bab ni.


"Saya tak nampak apa pelajaran yang kita boleh ambik dari semua ni" kata Atan yang sememangnya paling blank antara kami.


"Air yang kat Bangkok akan sampai ke Malaysia. Suka atau tidak, ini maknanya kat Malaysia pun ada senario dimana masa kemungkaran berlaku, yang tahu buat-buat tak tahu dan pejam sebelah mata dengan semua ini. Bala akan sampai ke Malaysia. Ini yang pertama" kata abang karkun sambil mengulum balutan yang dah siap.

"Tiap tiap tahun belah Utara Malaysia akan dilanda banjir. Dari segi politik, kalau rakyat kat tempat yang dilanda banjir tu tak bersedia, maka kerosakan akan teruk. Mereka kena bekerjasama dengan pemimpin mereka mencari solution untuk bersedia untuk bah yang akan datang. Dari segi fizikal (banjir yang datang) dan dari segi spiritual (masalah akhlak dan iman). Langkah pemulihan perlu dijalan dan dimulakan" abang karkun mencari-cari lighter nak nyalakan balutnya agaknya. Atan menghulurkan lighter. Abang karkun sambut dan nyalakan balutannya. Semua orang fokus kat nyalaan dihujung puntung balut bang karkun.


"Tapi paling penting sekarang ialah; mana cekodok yang dijanjikan ni?" tanya abang karkun tetiba. Kami semua mengerling ke brader bus stand sekalu tuan rumah.

Dandan anak brader bus stand sampai dengan semangkuk cekodok pisang yang masih panas. Kami semua mengadap juadah yang sampai. Terus lupa banjir, bangkok atau isu semasa pesumer...


Hmmm

Monday, October 24, 2011

Berbaik sangka lah

Walau dimana saja kita berada,
Apa saja keadaan kita,
Malah,
Tatkala semuanya seolah mengarah kepada ia,

Ingatlah agar...

Sentiasa berbaik sangka 
kepada Allah

Saturday, October 15, 2011

Obedient Wives Club (OWC) dan Permata yang Hilang

OWC : Dara Roh, Dara Akal dan Dara Fizikal
Obedient Wives Club (OWC) atau Kelab Taat Suami, memang dari mula lagi tak lekang dengan kontroversi. Kalau dulu, dorang ni dikritik atas sebab mempromosikan poligami, baru-baru ini, mereka bikin kecoh lagi selepas melancarkan Buku Panduan Sex Islam yang dengan kelakarnya diberikan nama: Islamic Sex, Fighting Jews to Return Islamic Sex to the World.


Bab mengutuk, serahkan kepada Malaysian
Mentang-mentanglah buku tu tak mudah didapati oleh orang ramai, media semua main kutuk je. Dari media barat, sampailah media Islam, semua memperkatakan point yang sama: buku itu menggalakkan sang suami, mengadakan hubungan kelamin dengan KESEMUA isterinya (OWC menggalakkan poligami), secara serentak. Point kedua ialah, dikatakan dalam buku itu, ada paparan yang lucah seperti cara mengusap buah dada isteri. Nak bagi impak lagi, dikatakan juga, OWC ni berasal dari Global Ikhwan Sdn Bhd, yakni serpihan dari kumpulan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia.


Ok, itu senarionya.


Sekarang, kita lihat realiti pula. Harus diingat, segala apa yang diberikan di bawah ini merupakan pandangan dan bukanlah HAKIKAT. Semoga dari pandangan ini, akan tercetuslah pandangan yang lebih baik, serta membawa perbincangan mengenai isu ini ke arah ilmiah dan akademik, bukan ke arah lucah atau melawakkan.
Najib jangan diikut....
Dia budak baik


1) Lelaki ada 1 nafsu, dan 9 akal. Perempuan pula ada 9 nafsu dan 1 akal.
Taktaulah benda ni betul ke tidak, tapi dari pemerhatian, nampak macam betul. Kenapa? Sebab pada asasnya, manusia bersifat 80/20. Yakni, manusia akan lebih menumpukan kepada yang kurang (20%) dan tak kisah dengan yang banyak (80%). Seperti juga seorang OKU yang sensitif akan kekurangannya, daripada fokus kepada kelebihannya. Jadi, dalam keadaan ini, si lelaki akan lebih fokus kepada nafsu sementara wanita pula, lebih fokus kepada akal. Di sini, menunjukkan bahawa, tumpuan lelaki yang utama ialah nafsu. 
"I want a lady on the street,
but a freak on the bed" - Ludacriz


2) Kelemahan lelaki ialah menahan nafsu terhadap wanita.


Statement ini macam tak betul tapi, sejarah menunjukkan inilah keadaannya. Nabi Adam a.s kantoi pasal Hawa a.s. Pembunuhan manusia pertama di atas muka bumi adalah kerana perempuan. Dan banyak kali pemimpin power-power yang telah menguasai dunia, dikalahkan oleh perempuan. Kenapa? Ini mungkin disebabkan oleh faktor pertama tadi. Lelaki lebih menumpukan kepada nafsu. Dan nafsu yang menjadi kelemahan utama seorang lelaki ialah nafsu terhadap wanita. Sungguhpun lelaki itu sudah ada isteri di rumah, tak dinafikan bahwa mereka kadang-kadang terbawa-bawa juga melayan perasaan melihat wanita lain. Lebih-lebih lagi, bila hubungan kelamin di rumah tak berapa meriah setelah kelahiran anak-anak. Atau si isteri tak lagi menjadi halwa mata kepada si suami.
Produk OWC:  Makin ramai anak-anak
yang berketayap dan bertudung


3) Nafsu sex itu biolojikal dan penipu


Unsur nafsu, tidak dapat dipisahkan dari insan. Jika insan tiada nafsu, maka dia ialah malaikat. Cuma Islam mengajar agar kita jangan tertipu dengan nafsu. Kerana ia suka menipu. Contoh paling mudah ialah ketika membeli juadah berbuka puasa. Masa memilih, nafsu nak itu nak ini. Tapi bila berbuka, baru minum air sirap bandung jer, dah kenyang dan muak. Kemudian kita pun membazir, dan pada malamnya kita menyesal. Tapi besok petang buat lagi. Samalah keadaannya dengan nafsu sex. Masa tak dapat, kemain lagi fantasi nak wanita yang berbadan cantik serta berpengalaman di ranjang. Tapi bila beraksi, baru dua kali dayung, daaah sampai. 
Dalam Islam, diajarkan untuk menjinakkan nafsu dengan berpuasa. Kerana selagi manusia itu makan, ia akan bernafsu. Dan cara mengelak dari ditipu oleh nafsu (atau apa saja), ialah dengan berilmu. Dalam kes sex, sang lelaki yang terkenal dengan ego ni, selalu menganggap mereka ni hebat di ranjang. Tak ramai yang mahu belajar tentang cara mengurus atau memaksimakan nafsu. Mereka taknak belajar tentang sex, bahkan menjadi syaitan sebagai guru pula dengan belajar sendiri dari internet atau 'kitab kitab lama'. Akibatnya, mereka selalu kalah sebelum si isteri bermula pun. Dan sebab mereka ni ego dan tak berilmu, mereka tak pedulik dah kehendak isteri mereka yang bernafsu 9 tu, lalu terus tidur. Ini adalah penderaan seksual malah kadangkala ia mejadi psikolojikal. Dapat pulak jika si isteri jenis yang tahu bawak diri. Tapi, seperti point pertama kita tadi, sibbaiklah si isteri menggunakan akalnya dari mementingkan nafsunya bila berlaku perkara yang tidak selari dengan kehendak mereka, maka kebanyakan dari mereka, hanya diamkan ajer benda ni. Macam-macam akibat boleh terjadi dan yang paling bahaya ialah, sex jadi hambar dan si isteri mula menyimpan dendam. Mujurlah stigma masyarakat melimitkan kebebasan seorang perempuan yang bernama isteri...
"Bosan? Jozan, adalaaa"


4) Lelaki mudah bosan


Lelaki ni, bila tak dapat, kemain lagi dia berusaha. Tapi bila dah dapat, jarang sekali dia menjaganya. Samalah halnya dengan sex.  Setelah beberapa tahun berkahwin, sex antara suami isteri akan reduce kepada sekadar mengawan. Sekadar nak keluarkan secangkir air tu ajer. Tak macam mula-mula dulu, di mana sex itu disertai dengan perasaan dan debaran. Dalam masyarakat barat, apabila hubungan kelamin suami isteri menjadi hambar, para kaunselor akan menganjurkan agar pasangan mencuba teknik baru atau pergi main kat tempat lain selain bilik tidur. Tapi sex dalam Islam ada adab. Takleh la nak ikut saranan Cik Steven atau Mr. Andrew tu. Kenalah ikut cara kita. Main kena dalam bilik, dalam keadaan yang terpuji. Bukan main kejar-kejar telanjang kat ruang tamu sampai terperanjat lak abang surat kabar lama kat luar tu.
Jadi, api hubungan kelamin antara suami isteri tu, kenalah dijaga agar sentiasa marak dan bermanfaat. Dan ia bukanlah tugas si suami atau si isteri sahaja, tetapi perlukan kiri dan kanan untuk menghasilkan tepukan tangan yang berbunyi. Namun, si lelaki akan tetap cepat bosan. Harap-harap, agar suami tu capai bosan bila dah tua dan dah takbley nak perform lagi. Kalau tidak, perangai bujangnya akan kelaur semula. Mulalah pakai alasan kesunyian la, isteri lebihkan anak (takde masa) la, dan efek kurang sex kepada lelaki adalah lebih signifikan dari efek kurang sex kepada wanita. Sebab utama ialah wanita dah training kat point ketiga tadi. Sebab kedua ialah point kedua di atas tadi yakni lelaki mudah kantoi dengan wanita.
Ayat-Ayat Cinta, Nur Kaseh, Tahadjud Cinta


5) Islam halalkan poligami


Penghalalan poligami dalam Islam, bukanlah ijmak ulamak atau qias dari perbuatan Nabi SAW. Ia adalah peraturan dari tuhan yang telah menciptakan manusia. Tuhan tahu lelaki memang akan memandang perempuan lain walaupun dia telah beristeri. Kenapa empat? Kerana ia adalah tahap normal keupayaan semua lelaki. Ada yang boleh handle dua, ada yang tiga. Ada juga lelaki yang boleh handle lebih, tapi rare. Aku taknak kupas apa kelayakan lelaki untuk berpoligami atau isu lelaki yang menyalahgunakan rule ini untuk nafsunya (see?, nafsu lagi). Yang aku nak fokus ialah impaknya kepada isteri. Sebelum tu, kita anggap, si lelaki berbini 4 ni, adil, hebat dan kaya.
Andai si isteri telah mengantoikan si suaminya bermain kayu tiga, ada dua jalan keluar. Teruskan atau tinggalkan. Tapi biasanya by the time lelaki buat hal ialah selepas ada anak, si wanita akan tertekan kerana  dia diselaputi emosi hinggakan terlupa akan pilihan kedua. Pilihan kedua ialah memberi kebenaran. Sebab daripada terus membiarkan suaminya merosakkan diri dan orang lain, baik susahkan hidup dia dengan mengizinkan dia berkahwin lain. Cuma kena ikat dia dengan kontrak bahawa jika isteri pertama rasa diabaikan, suami kena utamakan anak-anak dalam membuat pilihan (tersirat: utamakan isteri pertama). Dan bila perempuan tahu dia dibandingkan, yang ambik positif biasanya akan perform. Kita akan dapati layanan isteri pertama menjadi lebih baik dan istimewa, lebih-lebih lagi ketika di ranjang. Si lelaki pun syokla dan bila dia dah syok, kepalahotak dia takkan nak cari yang lain dah. Dan harap-harap by the time dia bosan semula, pistol dah tak boleh nak menembak atau dikeluarkan dari sarungnya lagi dah. Paham eh?




Aku ada 3 lagi point, tapi sebab pinggang aku dah sakit, aku nak menyimpul setakat apa yang dahada dulu. Kita berbalik kepada soal buku sex yang dikeluarkan oleh OWC ni. Sebelum tu, sapa yang tak pernah terrrrrrlawat/terklik/terdownload benda lucah kat internet? Pointnya disini, benda lucah amatlah mudah didapati di luar sana. dan ramai yang tertipu pastilah lelaki. Dan lelaki yang kuat melancap, lagi teruk dari lelaki yang curang. Sebab, kuat melancap ni, akan membawa kepada gay. Gay ni, diorang jadi cenggitu sebab kecik-kecik dulu (masa akil baligh), diorang kuat melancap. Dan orang yang kuat melancap, nafsunya sukar dipuaskan. Takde pompuan yang boleh puaskan dia. Tu sebab orang yang macam ni, bini dah empat pun masih menggatal lagi (well, mungkin juga sebab cukup/terlebih makan). Satu.


(Sekadar gambar hiasan)
Dua: Buku itu mengajar ahli kelab cara menikmati sex. Memanglah akan ada gambarajah. Mana lah nak paham kalau 'gambaran' itu diberi dalam bentuk 'tulisan', ye tak? Dan ia bukan dijual kepada awam. Ia adalah untuk ahli kelab. Secara teknikalnya, kitakan tahu OWC mendapat tentangan. Dengan cara buku ini, ia akan menambahkan lagi bilangan ahli kelab. Kat sini kita nampak yang orang dibelakang OWC ni, lagi bijak kepalahotaknya dari JIAS yang pergi tangkap Bob Lokman Atau Jabatan Kehalalan Makanan Melayu yang bertindak berdasarkan paparan kat #Aduan Rakyat . Ada sikit kesamaannya macam taktik yang diguna pakai oleh Mat Sabu pasal isu komunis hari tu...


Cuba buat ilustrasi cenggini.
Kelakar pun ada..hihihi
Tiga: Sapa tak tahu yang tugas utama seorang isteri ialah melayan suaminya di katil? Jaga anak, urus rumahtangga, masak, basuh kain baju, tu sumer kerja suami sebenarnya. Tapi sekali lagi sebab stigma masyarakat, si isteri lebih sinonim dengan segala urusan rumahtangga ini. Hinggakan dewasa ini, mereka terlalu letih nak melaksanakan tugas utama mereka. Bab ini, takde kena mengena dengan OWC pun. Saja jer cakap. Hehehe. Kasi hengat sikit kat para suami di luar sana. Bila kat rumah tu, jangan dok terkangkang depan tivi jer. Ringan-ringankan tulang tu ke dapur. Cuba buat. Silap-silap kang, ada plak yang main kat dapur tu. Haaa. Ni ada dalam OWC. Kahkahkah

Ini penghinaan terhadap MELAYU!
PERKASA kena bertindak!


Empat: Cuma aku tak tahan nama buku dia ajerla. Dan kalau betulla ada saranan suruh berjimak secara berjemaah tu, memang sakit arrr OWC ni. Bab ni, aku tak setuju dengan diorang. Tapi kalau betullah diorang ni ex Al-Arqam, aku tak nampak kelojikannya sect ini menganjurkan sesuatu yang outrageous dan jelas bertentangan dengan syarak. Aku saspek ini mesti kes macam statement pembangkang yang diputarbelitkan oleh media pro BN.


Lima: Pelik, kan? Padahal OWC ni niatnya betul. Caranya ajer yang agak kontroversi. Tapi satu dunia sudah kritik. Yang paling lantang ialah pejuang hak wanita dan NGO2 yang berlatar belakangkan sosialisme, liberalisme dan kristianisme. Pejuang-pejuang ni, tak puas main agaknya (maklumlah, asyik meeting dan choir jer). Ye lah. OWC ni nak setelkan masalah dalam poligami. Ni orang yang berpoligami ajer yang paham. Para pejuang hok wanita tak bertudung ni, memanglah tak paham. Orang Islam, kat rumah takde tivi, kak, bang. Selain anak-anak dan tahadjud, sex lah hiburan utama. Dan dengan buku ini, mereka akan bermain dengan ILMU. Kihkihkih. Yang akak pejuang beria-ria sangat ni, apasal taknak pergi kutuk/hina/buat press conference against lagu lagu lucah dan berbaur kepelacuran dalam industri kita ni? Atau pergi marah para artis yang semakin bogel? Atau bekerja dengan SKMM dalam mengawal katakunci lucah di google? Hah? Tak kurang ajar kalau aku katakan, yang menyalak ni adalah orang yang jin ya, lam ya, sin. Jeles. orang cakap A, dia paham A tanda.  Suka putar belit. Pada aku, dengan diorang nilah yang kita orang Islam kena hati-hati. Bukan OWC. OWC tak syirik, whaaat?


Enam: Buku Kamasutra, Permata yang Hilang dan Cara membuat Isteri Pancut yang boleh dibeli atau didownload oleh budak-budak takde pulak yang nak berpiket atau nak buat press conference mengutuknya, kan? Ini buku yang dijual kepada AHLIL saja pulak yang dikecohkan. Diorang ni, AHLIL ke? Hahahaha


Sekian dulu, aku mungkin salah tapi yang nyatanya, aku dah mengantuk. Pepehal, sila komen. Huarghhh.

Friday, October 14, 2011

Reblog dari KulupSakah - Kami Maun yang Terkena Taun

Susah atau senang, perjalanan tetap kena teruskan juga...
Sajak ini adalah curian dari blog Kulup Sakah. Ia adalah rentetan dari entry "Reformati Aku" yang berkenaan dengan isu kehidupan para karyawan. Ia menarik kerana karyawan, adalah umpama satu kelompok yang dipinggirkan dalam industri seni tanahair. Mereka mempunyai potensi dan boleh memberikan impak yang besar kepada pembangunan negara, jika sistem sokongan yang menunjangi mereka itu betul tegaknya. Namun, apa yang menyedihkan, kehidupan para karyawan di Malasyia ini seperti peminta sedekah jika bukan macam orang gila yang ramai berkeliaran di sekitar Puduraya.

Sajak ini sungguh menyayat hati kerana dalam pemimpin negara kita sibuk mengaburi mata dunia dan rakyat marhaen dengan mengatakan Malaysia menuju ke arah yang betul, kita dapati semakin ramai rakyat yang dikongkong bahang inflasi, dan jurang antara miskin dan kaya semakin terasa. Hai entahlah..Apa yang di atas kertas, memang takkan sama dengan yang di luar sana. Apa pun, kita hargai dulu sajak dari Bro @ronasina ini.


sampai bila kita mesti kena dengar lagi hasil karya karyawan dicilok oleh produksi gergasi?

atau karya kita digelapkan dan orang lain mengaku itu mereka punya hanya kerana mereka ada uang untuk merealisasikannya?

Ini berlaku kepada seorang kawan yang bernama besar tetapi sederhana telah dicilok karyanya oleh produksi besar dan mengenepikan beliau.

aku juga pernah penat-penat mengarang dan melukis bersama kawan-kawan tetapi digelapkan dan dilupakan kerana aku cokia.

kerana aku maun, anak isteriku maun, 
kami sarapan gonggok,
makan tengahari rumput,
minum embun,
makan malam kotak-kotak.
kami maun,maunkan kami.
kami seronok menjadi maun.

hantarlah rumput kering kepada kami kerana kami sangat bahagia menelannya.
sekian!










Wednesday, October 12, 2011

How to Save a Life



Lagu ni pernah aku post kat blog aku yang lain. Dan ia aku post sebab aku kehilangan seorang mamat yang aku dah plan nak approach sebab semua orang dalam blogosphere komplen beliau ni seorang yang liberal dan free thinker. Tapi terlepas sebab peminat blog ni pergi kacau dia dulu, mengakibatkan mamat tu terus taruk dinding antara aku dengan dia. Sampailah sekarang. Lirik lagu ni membuatkan aku terkedu.

Para pendakwah yang sekular macam aku, pasti dapat merasakan feel lagu ni. Liriknya ialah apa yang aku imejinkan akan berlaku kalaulah pertemuan yang aku rancangkan dua tahun lepas tu, berlaku...

Tuesday, October 11, 2011

Pusing-Pusing

Walaupun kita tahu, kita hanya berlegar,
itu bukan alasan untuk berhenti
Jika difikirkan, macam tiada guna atau sudahnya. Pagi bermula dengan suci dan tawadhuk, masih lagi seorang Islam. Masuk jer waktu dhuha, ternyata kekafirannya sebab tak solat subuh tadi. Dan akibat dah terbuka syahadah, tentera setan masuk dan menggodam hati dan perspektif agar kita inclined ke arah kemungkaran. Kita terus menerus melakukan dosa, menghitamkan lagi hati sehingga ke petang.

Bila petang, kita terlepas pula waktu zuhur setelah masuknya waktu Asar. Hitam debu yang melekat atas hati tadi sepanjang tengahari, telah di seal dengan hitam pekat dek meninggalkan solat fardhu. By this time, kita makin mungkar sampaikan perkara yang dosa pun rasa macam OK dan make sense ajer. Macam pakai baju ketat, seluar pendek atau berpegangan tangan sesama bukan muhrim. Kita bantai main bola. Atau ke taman permainan untuk berjoging sambil cuci mata.

Maghrib dilepaskan atas alasan badan penat. Isyak dilewatkan atas pengetahuan yang waktu Isyak panjang. Kita leka dalam urusan nafsu dan duniawi kita. Dan kita terus menerus sebegini. Hinggalah pada satu hari, tuhan memberi peringatan berupa bala atau sesuatu kematian yang kita saksi atau dengari. Ada yang mengambil iktibar. Ada yang tak rasa apa-apa. Ada juga yang membuat lawak pasal kematian. Dan tatkala yang mengetahui, buat-buat tak tahu tentang kemungkaran yang berlaku di depan matanya, maka terundanglah bala. Semua dilempang, diterajang dan diberi peringatan bahawa hari semakin tua, hati semakin hitam, dan kita semakin kesuntukan masa.

Bagi yang beruntung, maka sebelum tidur, mereka bermuhasabah. Memikirkan kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang hari. Bermula dengan suci dan murni diwaktu pagi, kini kita terbaring mengadap siling dalam kemungkaran dan dosa. Bahkan syahdah juga kali terakhir kita perbaharui ialah pada malam semalam.

Ayuh! Tatkala sudah tersedar akan saat itu, bingkaslah bangun dari pembaringan. Terjahlah saja kesejukan malam untuk membersihkan diri. Berwudhuk. Dan kembalilah bersujud memohon keampunan dari Nya di sepertiga malam. Sesungguhnya Dia, ternanti-nanti kepulangan mu...


Tidur.


Esoknya buat lagi.




Dan perkara ini berlarutan selama seminggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun.
Dah 30 tahun aku jadi seorang Islam. Dan aku masih lagi tidak berganjak dari sekadar seorang Islam. Pagi Islam, petang kapir. Petang Islam, malam kapir. Aku tak suka keadaan ini. Aku benci dengan keadaan spiritualiti aku.



Wednesday, October 5, 2011

Abang Karkun sound aku



Apakah ertinya menjadi orang Islam? Apakah maknanya apabila kita mengaku Islam? Soalan bodoh dan mengundang pelempang kalau ditanya oleh seorang muslim kepada muslim yang lain. Soalan yang taboo kalau kau dalam UMNO, kata Abu.

Kebanyakan muslim yang dapat nikmat iman sejak lahir, selalu terlupa erti menjadi seorang Islam. Kerana mereka jadi Islam bukan kerana kehendak, tapi kerana keadaan. Apa yang kita kena buat ialah mewujudkan kehendak itu, agar keislaman kita, bukan sekadar cukup makan atau barely surviving, tapi satu pegangan yang utuh dan jitu. Sebab kalau tak, jangan sampai tuhan turunkan bala pulak nak timbulkan kehendak itu nanti.

Menjadi seorang Islam bererti kita akui bahawa tuhan itu satu dan nama Nya ialah Allah. Maka patutnya terdetiklah dalam hati dan pikiran kita ni, nak tau dengan lebih lanjut tentang Allah. Kita boleh tau benda benda ni dengan mendalami ilmu tauhid, nama nama dan sifat sifat Allah, apa yang Dia suka tak suka dan benda benda yang macam tu, lah. Dan bila kita dah tau sikit sikit tentang Allah, maka kita akan perlukan contoh atau role model untuk ditiru dan diikut sebagai guideline. Dan Allah dah tetapkan; icon tersebut ialah nabi akhir zaman, khatamul anbiya; Nabi Muhammad SAW.

Baginda tidak menyepak, tapi disepak. Baginda tak memarahi, tapi dimarahi. Baginda balas kutukan dengan senyuman. Baginda telah buktikan, bahawa kejujuran, amanah, rendah diri dan percakapan yang baik baik boleh ubah masyarakat, bahkan masyarakat yang jahil lagi.


Itu semua, baru cerita pasal orang awam punya level dalam Islam ni. Bagi yang memakai jubah keagamaan pulak, kewajiban menjaga imej agama yang dibawa amatlah mustahak. Setiap perkataan, perbuatan, walhal cara bercakap dalam henpon pun akan dipersoalkan. Lebihlebih lagi oleh sedara seagama, kan?

Sebab tulah Baginda SAW pernah pesan agar kita jangan berprasangka buruk sesama manusia (apatah lagi terhadap sedara seagama), dan elakkan dari buat perkaraperkara yang boleh timbulkan syak atau persoalan kepada orang lain. Untuk inilah kenapa kita kena selalu lebih banyak mempersoalkan diri sendiri dari orang lain, dan kena cari 70 alasan nak menjawab paranoia buruk kita terhadap seseorang yang lain.

Amatlah rugi andai kita, yang dah lahirlahir dalam iman ni, tak luangkan masa nak dalami dan amal semua ni atau berusaha nak capai tahap kesempurnaan sebagai seorang Islam, sebelum kita mati. Takkanlah dah 55 tahun idup atas dunia, nama malaikat pun tak lancar? Dan lagilah rugi, andai kita lebih banyak luangkan masa untuk jauh dari Nya. Atau sibuk mengadu domba serta matimati mahu menjatuhkan seorang Islam yang lain.

Baik kita pecahkan aje Kaabah tu, kalau kita terus aje cenggini.

Marilah kita semua clearkan cache dan tekan butang refresh semula. Semoga kita semua sempat, dan kesempatan itu membuahkan manfaat.


~Abang Karkun, 2009, serambi rumah Brader bus stand.

Tuesday, October 4, 2011

Tatkala Kegelapan Menjenguk


Sungguh kelam hati ini,
Terasa tatkala
Menjengah kesunyian malam.

Hari hari diisi dengan berlarilari,
Hingga terlupa
Yang putih kan jadi hitam...


Kemana lagi mahu lari?
Pelusuk manakah mau sembunyi?
Bila yang merasa ialah hati?


Apa lagi yang dicari?
Alasan apakah nak diberi?
Andai jasad sendiri pun memungkiri?



Usahlah berdalih lagi
Teranglah sudah yang kanan dan kiri.
Betulkan kekuda, tetapkan hati.
Kalini semoga,
Tak terhantuk lagi.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails