Friday, September 30, 2011

Kita Mug dan Realiti : Aku dah lepas?

Horoskop yang dalam sokkabar or any ramalan adalah bahaya dibaca (ramalan cuaca camana? Bukankah hujan itu ketentuan mutlak Allah?) Sebab ia bukan kajian. Ia adalah taakulan berdasarkan astrology. Horoskop dan zodiak ni lebih kuranglah. Tapi zodiak ni lebih kepada ilmu kaji diri. Macam ilmu rahsia tarikh lahir, zodiak Cina, atau banyak lagi yang tak berapa famous.
Dicuri dari kerabu bersuara
Tapi, banyak-banyak ilmu kajidiri, bab yang paling penting dalam diri seorang manusia ialah bab hubungan manusia dengan Tuhan


Dalam bab ini, Allah Yang Maha Kaya telah bagi guideline kepada kita dalam kisah 25 rasul. Mula dari Nabi Adam a.s, sampailah Nabi Muhammad SAW.


Contoh: cerita anak-anak Adam a.s berkaitan tentang ketaatan dan keikhlasan. 2 asas paling raw dalam hal hubungan manusia dengan Allah. Taat masa kes kawin silang, tu. Ikhlas masa kes korban kambing yang mamt sorang tu kasi kambing kurus. Nakal betul manusia ni kan?


Diikuti dengan Nabi Nuh a.s pasal taat dan perjuangan, Nabi Ibrahim a.s pasal tauhid, Nabi Musa pasal kepimpinan, Nabi Isa pasal tauhid dan kejahatan manusia dan akhir sekali Baginda pasal LOVE seorang hamba kepada tuhannya.


Dan kau bayangkan, seluruh cerita dalam realiti ni, dari saat tuhan kata nak buat khalifah, sampailah wafatnya Baginda, adalah guideline...


Guideline agar kau dan aku berjaya. Kenapa? Sebab kita hidup di zaman tanpa nabi tapi maximummm punya ujian. Yang ada pulak tu, cuma kitab dan cerita lisan.


Sia-sia lah susah payah orang-orang terdahulu yang berkorban dan terkorban, dek nak dijadikan teladan kepada kita, agar kita dapat kembali kpd Nya.


Ni kita, orang yang lahir-lahir dah tau semua ni, masih ngengada lagi main nantidulunantidulu dengan Dia. Walhal orang lain kat luar sana teraba-raba mencari makna dalam kehidupan dan nilai kepada spiritualiti. Siap bertatoo tindik bagai ...
Dicuri dari Kerabu Bersuara


Lagi sedih bila yang tau tu lah yg lebih-lebih pulak buat main hal-hal berkaitan Allah, Muhammad dan Islam. Aku yang tau benda ni, kalau tak tegur diorang, memang mengundang bala. Kalau tak bala kepada semua, at least pun bala kepada aku.


Tu sebab kalau kau ada masalah ke, melawak ke, jangan sampai memain dengan perkara-perkara tu. Sebab sama ada kau percaya atau tidak...


Monday, September 26, 2011

Palestin Mahukan Kerusi Tetap di PBB

Meraung ummat Islam satu dunia mendengar ucapan Mahmoud Abbas

Atan tengah layan twitter. Abu tengah layan FB. Abang karkun tengah Skype dengan sapa ntah dengan iPad dia. Brader bus stand aku nampak sedang bersandar di dinding serambi. Jemari kanannya menjentik untaian tasbih kecil yang semenang dibawa brader ke mana mana. Semua tengah komuniket. Bersosial. Aku ajer cakap sensorang. Cam sial.
Is he the new Yasser Arafat? Will we see peace this time?


"Dengar citer Israel sound tindakan keras terhadap PBB kalau Palestin mendapat tempat dalam badan dunia, tu" kata Abu tetiba memulakan suasana.

"Ye lah. Iktiraf kewujudan Palestin, maka on paper, Israel boleh dibawa ke mahkamah dunia atas perbuatan mereka"
sampuk Atan yang tak kurang hebatnya.

Pandangan tertumpu pada Abang Karkun yang masih berborak dalam tab. Dia buat isyarat 1Malaysia, menandakan dia 'pass' giliran nak bagi pendapat. Kami semua mengalih pandangan ke Brader bus stand. Tetiba aku mula terasa tekanannya.
There is only ONE God!
"Pintu Baitul Maqdis hanya akan terbuka untuk orang Islam, dengan kunci zikir" kata brader sambil melelapkan matanya, fanak dalam aktiviti menjentik tasbihnya. Aku makin cemas. Aku taktau apa isu dengan Mahmoud Abbas, PBB atau pintu Baitul Maqdis. Terasa bagaikan setiap mata kat serambi tu seolah memandang aku. Bahkan mata orang yang sedang ber Skype dengan Abang karkun pun macam memerhatikan aku rasanya...


"Eh, tapi kenapa Israel beria-ria nak besarkan jajahannya, ek?" tanya Atan memecah ketegangan mindaku. Ye tak ye jugak. Kita sibuk dengar Israel ambik tanah orang Palestin. Takkan tak cukup-cukup lagi mereka nak kuasai?


"Diorang nak prepare untuk peristiwa pembantaian Yahudi, nantik. Masa tu, semua Yahudi akan kembali ke tanah Israel menanti kedatangan Dajal" jawab Abang karkun yang agaknya dah habis bercakap. Sat lagi mesti dia bagi missi baru kat kitorang...Namun, sekali lagi, aku terasa pressure untuk menambah inti diskusi yang sedang mereka bincangkan...
Apakah yang akan Obama lakukan?


"Err, walaupun usaha Abbas mungkin tak bawa apa-apa perubahan segera, namun, tembelang Israel dan Amerika sudah pecah. Sekarang menanti masa untuk bau itu dihidu ke seluruh dunia" kataku tiba-tiba...


"Pelik? Patutnya inilah masa para NGO atau sesapa saja yang bermulut laser dalam Malaysia dan SELURUH DUNIA untuk buat demo atau perarakan mendesak PBB menerima Palestin, kan?" kata Abu menghangatkan lagi suasana. Atan bersetuju dengan Abu.
Pokok kayu pun ada pejuang, haknya...Palestin?


"Oh, biasa lah. Pejuang kat Malaysia ni pejuang kebangsaan. Bukan pejuang kemanusiaan atau keagamaan. Hahahaha" kata Abang karkun berseloroh. Kami semua ketawa sebentar kecuali Brader bus stand.

Dan malam itu biasa-biasa ajer beside ketegangan tadi...Phewww...

Thursday, September 22, 2011

Atan dan Abu: Sufismenya membasuh Pinggan





Masa kecik-kecik dulu, salah satu benda yang bersungut Abu nak buat ialah basuh pinggan. Seingat Abu, dia pernah mencarut-carut dalam hati ada sekali tu mak dia paksa dia basuh pinggan sedara mara yang lepas makan tak reti basuh pinggan. Dah tu, bukan sekali tu jer. Abu dah make a point pada maknya yang dia tak bersetuju yang dia kena basuh pinggan, tapi yang sekali tu mak Abu tetap suruh Abu jugak yang basuh padahal Atan ada lepak sensorang kat depan.


"Basuh pinggan ni pun satu riadah kesufian ni bro" mula Abang karkun. Beliau meletakkan pinggan yang selesai disabunnya ke dalam besen bilas yang dipertanggngjawabkan kepada Abu. Mereka kena khidmat untuk majlis kahwin kengkawan Abang Karkun. Abang karkun tukang sabun, Abu tukang bilas.


"Abang ni, semua sufi" jawab Abu sambil menyeluk besennya mencari pinggan yang dilepaskan Abang karkun.


"Betul beb. Abang pun dibukakan hijab oleh seorang karkun tu masa abang keluar kat Pahang dulu" Abang karkun melepaskan sebijik pinggan lagi ke dalam besen Abu. Abu pantas menyambut. Tak mahu susah payah nak cari lagi macam tadi.


"Bukan apa, kau bayangkan. Setiap hari, kita berzikir, fokus zikir tu pada hati. Menghentam enapan dosa kat hati tu, mengosongkannya dan mengisikannya dengan kalimah tauhid..." Abang karkun masukkan sekeping pinggan lagi ke dlaam besen Abu.


"...OK, itu tindakan simbolik. Fokus 'rasa' setiap huruf dalam kalimah tu masuk ke dalam hati agar akhir kalam, perkataan-perkataan nilah yang akan terpancut keluar" sambung Abu yang sememang berilmu orangnya.


"OK. Tapi pointnya ialah ia ialah tindakan PEMBERSIHAN. Membersihkan hati dari noda. Dan kau sendiri yang cakap tadi, tindakan SIMBOLIK. Semua yang manusia buat takde manfaat atau mudarat terhadap apa-apa dalam alam ini. Semuanya, jika berlaku pun, adalah atas keizinan Allah. Dan perbuatannya berzikir dengan penuh fokus itu, sebenarnya tak memberi kesan apa-apa secara mutlak, tapi ia memberi kesan kerana kita menyebut kalimah yang membesarkan Allah dan bila Allah suka dengan kita, apa yang menjadi hajat kita akan terlaksana. Dalam kes ini, hal membersihkan hati. Ada juga orang berzikir nak terbang, nak halimunan, nak tumbuk bisa dan sebagainya..." bertalu-talu Abang karkun memuntahkan info. Sambil tu tangannya bergerak memasukkan lagi pinggan ke dalam besen Abu yang sedang melopong mendengar penjelasan secara machinegun dari Abang Karkun.


"...Jadi, dahalang-alang kita dok mengadap membasuh pinggan ni, kita doalah: 


Ya Allah, semoga Kau bersihkan hatiku sebagaimana air dan sabun ini membersihkan pinggan ini."


"Bidaah! Bidaah!" usik Abu yang nak cover terdiam sebab meng-clearkan besennya...

Wednesday, September 21, 2011

Atan dan Abu: Wali Mengamuk


Mangsa

Atan dan Abu membongkang dalam bilik. Malam semalam tah pukul berapalah diorang ni tidor. Bilik pun dah bau macam kedai snooker. Bukannya tak boleh isap rokok tu kat luar. Nak jugak isap rokok tu dalam bilik tidur. Tak paham betul bebudak ni. Sungut Abang karkun pepagi buta.

Atan dah sedar sebenarnya. Dia juga tau yang Abang karkun ada dalam bilik mereka. Tapi dia pura-pura tidur. Abu pulak dah terduduk. Walaupun matanya masih tertutup.


"Dah pukul berapa dah bang?" tanya Abu sambil matanya tertutup lagi. Abang karkun tersengih melihat telatah Abu.
Pasukan serbanistas mengejut Subuh


"Pukul 830 dah weyhh" jawab Abang karkun. Beliau menunujukkan ke arah jamnya.


"830 dah? Eh? Saya semayang subuh tak tadi?" tanya Abu. Dia menggarukan kepalanya.


"Astaga budak ni....Apa yang korang buat malam tadi sampai terlepas Subuh? Qiamullail ke? Tak guna berjaga sepanjang malam kalau Subuh dua rakaat tak sujud, beb!" 

Abang karkun melambung tilam yang mengandungi Atan dan Abu. Sibbaik Atan purapura tidur jer kalau tidak, mau terhantuk kat siling. Nilah susahnya bila berkawan dengan wali, ni. Time dia mengamuk tu yang tak boleh jangka apa tindakannya tu...

Sunday, September 18, 2011

Pengumuman dari DS Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa perkara menarik setakat 10minit pertama:

ISA dan buang negeri mansuh
3 akta darurat direpeal

Teks beliau lebih macam nak sound pasukannya. Dan lebih kuasa kepada lawyer.

...beliau dah bukak gelanggang. Aku harap pihak pembangkang dan RAKYAT, kita semua, BIJAKLAH sikit! Sekarang bukan masa nak main main!

Jom buat kerja!

Kahkahkah. Autobots! Transform! Lets roll. Kahkahkah

Sunday, September 11, 2011

Mat Sabu, komunis dan merdeka

Dah dekat 2 minggu aku tak tengok tivi. Ye. Sejak cerita #Supernatural dah takde kat #rtm3, cerita #Smallville pulak dah pulang ke planet Kripton secara tibatiba, aku dah hilang nafsu nak tengok tivi. Kalau tengokpun, sekadar tengok berita setiap hari Ahad jam 1230tengahari. Takpun tengok sitcom tetiap hari pukul 8malam tu.

Tapi, aku perasan yang kengkawan komplen pasal isu Mat Sabu yang memonopoli ruang udara dua tiga menjak, ni. Pada mulanya, aku takdela ambik port sangat. Ni mesti pasal miskomuniskasi, ni.
Isu definasi komunis dalam politik Malaysia tu, mula dipopularkan oleh golongan sosialis dalam PKR. Golongan ni yang memang terkenal dengan keanehan pahaman mereka tentang sesuatu takrif dalam kamus, telah menanamkan benih bahawa makna komunisme yang sebenar lebih bersifat nasionalis dan bukan rasis atau fasis, seperti yang diajarkan dalam bukubuku teks demokrasi.

Dari sini, mereka membawa perspektif para pejuang komunisme tanahair ke media mainstream. Perspektif sebegini sebelum ini merupakan taboo untuk diperbincangkan dalam sebuah negara demokrasi yang masih muda, kini menjadi bualan dan bahan walhal pakcik tua yang sebelum ini taktau pun yang China tu masih di bawah komunisme. Pada pendapat mereka, kemerdekaan ialah kejayaan daripada orang luar. British memang dah lama kat Tanah Melayu. Tapi British pulak masa tu, tengah goyang dek Jepun. Komunis Malaya yang kecoh ni, lahir masa ini lah. Masa Jepun atas, komunis dan British dok dalam hutan. Bila Jepun kalah, komunis lawan British pulak. Dari sini, puak ni kata bahawa komunis ni lah pejuang kemerdekaan. Kahkahkah. Pastu benda ni pusingpusing kat situ jer dari hari tu. Isu 6% ke atas pengguna prepaid pun tak meluas camni.

Yang kelakar sampai ada yang bersepanduk membantah kenyataan Mat Sabu. Lagi kelakar bila ada yang persoalkan Malaysia ni merdeka ke tidak sebenarnya. Dan lawak ni semakin hari semakin menjadi jadi. Tengok ajerlah #bullshitUtama


Dari sini kita lihat betapa setiap butir katakata pembangkang, tindaktanduk mereka, diperhati direkod dan dianalisa. Bahkan, keadaan rakyat marhaen di kawasan jajahan mereka juga, mendapat liputan media dan dunia. Kat sini kita belajar, kalau mau suara anda didengari, pilihlah pembangkang.




Mat Sabu baru naik jadi orang nombor 2 PAS. PAS pulak dalam pakatan pembangkang ni, macam senyaap je. Balik balik DAP. Balikbalik PKR. PRU dah dekat, ni. Mat Sabu berada di posisi di mana dia memang standard la kena buat isu nak kasitau dunia politik Malaysia yang lepas ni PAS akan lantang. Dan isu komunisme ni, dalam bulan kemerdekaan memang simbolik.
Jadi, adakah Mat Sabu bodoh, pengkhianat atau boneka dalam isu ini? Pada aku, dia dah bukak gelanggang. Aku cuma harap dia akan teruskan bergendang sebab ramai sedang berdendang...


Wallahualam

Thursday, September 8, 2011

Kita, Mug Dan Realiti - Manusia sebagai Organisma




Kekuatan pada manusia, kebanyakannya datang hasil dari latihan. Uniknya manusia sebagai organisma ialah, semakin banyak tekanan yang diberikan, semakin kuat kedayatahanannya terhadap tekanan tersebut. Ilmu ini digunakan dalam bidang bina badan di mana bahagian otot badan yang mahu dibesarkan, akan diusahakan dengan memberi letihan bertubi-tubi sehingga otot lenguh-lenguh. Hasilnya, otot pada bahagian itu akan lebih besar dan cantik.
"Adik takleh eksesais tumpu kat perut jer..tu yang jadi camni"

Samalah juga halnya dengan keupayaan seseorang manusia dalam menangani tekanan pemikiran/otak. Mereka ini contohnya terdiri dari para cendikiawan dan pemikir dunia yang memikirkan ke mana hala tuju manusia ini demi kesejahteraan manusia sejagat. Orang-orang yang berkeupayaan tinggi dalam bidang administratif dan strategik ini, dilatih dan diasah kebolehannya agar berkeupayaan menghasilkan solusi yang simple dan lojik dalam masa yang hampir spontan.
"Sapa kata takleh makan pakai niat, tadi?"

Harus diingat juga bahawa otak manusia, yang bertindak sebagai pengkalan yang mengawal segala tindakbalas dalam badan, terbahagi kepada dua hemisfera. Kiri yang mengawal lojik. Serta kanan yang mengawal emosi.
Click sini untuk lebig info tentang hemisfera otak

Kebanyakan ibubapa secara normalnya akan menekankan kemajuan di bidang lojik, contohnya ibubapa yang menekankan soal pendidikan dan persediaan untuk hidup di dunia. Sepanjang masa keupayaan fizikal dan mental anak-anak ini diasah dan ditingkatkan keupayaannya agar berupaya menangani masalah decisive demi membolehkan mereka mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
Latihan tertentu hanya meningkatkan keupayaan tertentu sahaja

Penekanan kepada keupayaan menangani masalah emosi, perasaan, ghairah pula, bukan saja hampir tiada, malah dianggap taboo di sesetengah masyarakat. Cara ini sebenarnya adalah teknik kawalan masyarakat kuno di mana sebarang perubahan baru akan ditolak. Akibat dari cara ini, anak-anak akan berkongsi maklumat sesama mereka atau dengan komuniti yang sekepala dengan mereka dalam membincangkan isu-isu berkaitan emosi, mental dan perasaan ini tadi. Dan semua tahu apa akan jadi bila sekumpulan manusia yang emo, berkumpul dan bertemu dalam majlis yang sama demi maksud keemoan mereka.

Apa yang kita nak sampaikan di sini ialah... Hmmmmm...


Lu pikir la sendiri.

Bye.

Friday, September 2, 2011

Homeless di Puduraya pada malam Raya 1432H

Berikut adalah video keadaan tempat tidur homeless kat area Puduraya pada malam Raya 1432H (2011). Aku dah tak sampai hati nak interview diorang secara personal atau ambik video dekatdekat. Satu sebab aku sendiri pun nak cepat balik rumah dan bawak anak bini balik kampung malam ni jugak. Sebab kedua ialah aku tak sanggup bermuka sedih dan bengang sepanjang Raya sebab once aku dah tahu akan keadaan orang sebegini, aku susah nak keluarkan dari fikiran aku dan biasanya ia akan terbawa-bawa hingga ke sampai bila ntah.

Aku pun tak berapa pasti apa yang boleh aku buat. Aku pun tak berapa pasti, kenapa aku mudah tersentuh dengan golongan sebegini. Aku pun tak tau. Cumanya, apa yang aku nak kongsikan ialah: di saat kita semua sedang sibuk fokus pada masalah kita nak beraya, ada orang yang malam ni nak tidor kat mana pun tak pasti lagi. Dan orang itu adalah orang yang so called kita claim sebagai SEDARA SEAGAMA.

Aku tertanya-tanya, apakah ertinya menganut agama yang suci ini?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails