Friday, April 1, 2011

Berapa cepat mereka membantu kita?



Dua bulan lepas, kami di PBP telah mengadakan ujikaji. Nama ujikaji itu ialah: "Berapa cepat mereka membantu kita?"

Sebagaimana yang sedia maklum, sekarang ialah zaman inflasi. Ramai yang jatuh bankrap. Dan ramai yang muflis ni, adalah kaum Melayu. Jadi, satu ujikaji dilakukan untuk mengkaji apakah bentuk bantuan yang boleh diterima oleh orang sebegini. Kami di PBP telah mencuba beberapa jalan dan telah bertemu dengan penemuan yang luar biasa:

Skop kajian ialah mengenalpasti bantuan yang ditawarkan untuk golongan ini dan betapa berkesan dan cepatnya bantuan tersebut. Kita tak bercerita mengenai soal nak ajar mamat tu memancing. Ni kita cerita kes orang yang perlukan duit NOW. Bukan later.



Baitul Mal : bentuk bantuan yang ada terhad. Yang biasa ialah untuk pendidikan anak-anak (tapi perlukan pelbagai surat pengesahan). Kat Seremban, cuma bantuan nak bayar sewa atau bil api air saja yang diterima. Lain dari jenis ini, kena buat surat dan bergantung kepada pegawai yang menilai. Dia rasa kita dapat, dapat lah, Dia rasa kita tak dapat, mengangalah. Bantuan pula diberikan setiap hari Rabu oleh MB. Ada kalanya cek diberikan melalui majlis tertentu. Bailtumal ni amat baik untuk muallaf. Tapi untuk rakyat bumiputera, bersedialah nak jawab banyak soalan. Nak senang, datang dengan ketua kampung dan bawak kertas dan pen takut kena buat surat apa-apa on the spot. Bantuan yang diluluskan akan diterima paling cepat 2 minggu. Kubur dah kering baru dapat duit nak tanam.


Perkasa: Takyah susah-susah nak mengadu kat diorang ni. Hampeh. Mula-mula dia tanya kita ni UMNO ke. Lepas tu dia tanya ADUN kita sapa, Undang kita sapa (untuk orang N9), sampailah main Nabi dan Tuhan. Last-last, diorang akan sorong kita ke Yang Di pertua mereka. YDP ni pulak, akan mula jawab dengan hadis dan potongan ayat Al-Quran dan suruh kita mintak kat tuhan. Baik aku jumpa Tok Sheikh aku suruh dia doakan aku. Lagi makbul. Mangkuk.


ADUN: cara paling baik ialah buat surat dan bagi surat tu by hand. Itu pun kalau kau berjaya mengharungi groupies, SB dan bodyguard mereka. Dan bila dah bagi surat, jangan tunggu lelama. Sehari jer, terus follow-up. Seminggu jer, tanya. Kalau tak follow-up, jangan haraplah diorang nak bukak sampul surat kau. Meeting diorang kat Putrajaya lagi penting dari mendengar keluh kesah rakyat yang diwakilinya ni.


UMNO: Tunggu pilihanraya. Selain dari itu, jangan haraplah dia nak layan


Pembangkang: Kalau kau ada cerita baek pasal kerajaan, senang sikit. Kalau tak, korang kena ingat. Diorang sendiri pun tak berduit, apatah lagi nak betulkan jalan ke kampung kau. Takyah mimpi.



Orang kaya Melayu: Jangan haraplah. Dapat lak kalau diorang ni memang turun temurun kaya raya. OKB pun boleh sombong, apatah lagi sepupu sepapat raja? Tapi try jugak ler. Manalah tau...


Cara yang paling berkesan nak mintak bantuan ialah mengadu kat RTM3. Tapi ini pun ikut kesesuaian timing. Kalau cerita kau sesuai (kau hidup merempat di kawasan pembangkang misalnya), cepatlah  bantuan sampai. Kalau cerita kau takat so-so ajer, takyah mimpi lah diorang nak layan kau.



Gereja: Kau cakap jer nak berapa, dia hulur on the spot. Takde tanya-tanya. Takde bukak cerita mata kail la, memancing lah. Tak caya pergi try (bukannya nak murtad pun). Camana lak diorang yang takde JAKIM, takde MAINS, takde peruntukan, boleh keluar duit camni punya senang? Apsal yang lain takleh benchmark mereka?




Hasil dari ujikaji ini, kami dapati, pihak berkuasa tempatanlah punca kenapa rakyat benci dengan kerajaan. Mereka menyusahkan rakyat yang meminta bantuan dengan mem ping-pong kan mereka dan melayan mereka macam peminta sedekah. Tak salah kalau lepas ni ada cerita penjawat awam, ADUN atau mamat PERKASA yang mati ditetak. Melayu murtad dah memang ramai...


4 comments:

Ibni Hatari said...

kpd org yg fitrah berkeinginan nafsu utk
1. hidup selama2nya
2. kaya sebanyak2nya
3. kekuasaan setinggi2nya
4. kebahagiaan seenak2nya.

dan keinginannya diatas dijadikan sbg maksud hidup, tanpa memperdulikan kemaslahatan org lain bahkan menyebabkan kesusahan yg melarat kpd org lain.

ingatlah utk hubbud dunia,janji Allah dlm Alquran, Allah akan jadikan kehidupannya bayangan neraka.

salah satu petanda diri org itu ada bayangan neraka ini, Allah campakkan dlm setiap makhluknya pandangan kebencian.
padahal org mukmin jika org memandangnya, teringat akan Allah.

pesanan utk diri : cuba tanya org yg pandang kita esp yg ada hubungkait dgn kita nih.

diorg menyampah(mcm dlm artikel diatas)atau suka?

terima kasih dgn artikel ini kerana menjadi wakil menzahirkan apa yg aku pendamkan dlm hati aku ini

jelas, padat n tepat!

Irwan said...

Dari satu sudut, orang akan kata padan muka aku sebab pergi mintak bantuan kat makhluk.

Tapi mangkuk-mangkuk yang cakap camtu, diorang tau ke aku sujud memalam kat Allah berapa kali?

Diorang tau tak aku mintak kat Allah berapa kali sehari?

Diorang tau tak Allah jawab kat aku: "Aku dah sembunyikan bahagian kau dalam gaji penguasa kau. Kau cuba ushar kat diorang dulu. Kalau diorang tak layan kau, kau sound Aku"

Patutnya diorang beruntung sebab aku tabligh-leaks kan dulu benda ni. Kalau aku terus report jer kat Dia, camner?

Tak tsunami, Malaysia ni?

Orang yang marah aku sebab mintak kat makhluk, diorang boleh cakaplah, diorang wali. Tadah jer, dapat. Aku ni makhluk. Rezeki aku disembunyikan some where.

Ni aku tengah selak batu la ni...

Ibni Hatari said...

kesian kau, moga Allah mudahkan. harap ko tak terasa tapi aku niat nak kongsi skit kaedah keluar dpd masalah dgn perantaraan agama, dari apa yg aku dgr dpd org2 alim ..
tak kira sapapun hatta org kafir n smua org memang ada hadapi perkara n masalah. lumrahnya kita akan buat ikhtiar utk cari jalan menyelesaian masalah.ikhtiar engko tak salah n padahal dlm setiap perkara masalah, memang Allah perintahkan kita utk ikhtiar, tapi jgn kita letakkan keyakinan dlm ikhtiar. kita ikhtiar krn perintah Allah. lagipun ikhtiar adalah punca yg ke 4 utk Allah selesaikan masalah..

cuma org yg nak belajar2 beriman n selesaikan masalah dgn bantuan Allah nih, dia kena step by step punya methodology.
susunan methodogy adalah
1.dakwah
2.taqwa
3.amal
4.ikthiar
5.tawaqul

org alim kita kata, pasal apa kita tak dpt nusrah Allah, pasal kita tak nak selesai masalah ikut methodology... manusia (mcm aku) kene je masalah, terus je buat
1. tawaqul
2. ikhtiar
3. amal
4. taqwa
5. dakwah (ini memang dah tak ramai yg buat..)

nak pecah n terangkan 1-5 tu panjang sngt, ko lebih tau lagi..

Ibni Hatari said...

oh ye kalau kita selesai masalah dgn buat cara terbalik tu, tanda keyakinan kpd Allah lemah..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails